Kalau tak HANTU mesti GANGSTER !

by - Rabu, September 21, 2011

 

Itukah citarasa penonton filem rakyat Malaysia sekarang ni ? Macam naik roller coaster la pulak. Masuk panggung , nak kena jantung tu dup dap , dup dap ... Keluar , senyum riang jeer !

 

Bila ditanya apakah pengajaran yang anda dapat dari filem itu ? Bagi seminit untuk recall setiap babak .. Lambat !! Kalau tanya apakah skrip yang anda suka ??? Pastinya tiada kaitan dengan agama punya ..

 

Menyedihkan ke ?? Entahlah .. Nak salahkan sapa ? Pembikin filem ? Penonton ? Pelakon ? Masing masing 'terpaksa' memikirkan perut sendiri. Kalau nak harapkan penuh dengan pengajaran maka tunggulah bantuan kewangan dari kerajaan.. Kalau ada bantuan , maka bolehlah wujud filem filem seperti Bukit Kepong , Leftenan Adnan dan filem filem patriotik yang lain ..

 

Aku suka filem filem aksi ni tapi bila lihat pembikin filem dari negara kita buat begitu , aku rasa macam tak kena pulak ..  Bukan apa , rakyat negara ni tak la seganas seperti  yang digambarkan tapi dalam diam sebenarnya kita dibentuk menjadi ganas melalui apa yang ditonton setiap hari..

 

Janganlah kata ,masing masing punya akal fikiran untuk memikirkan yang mana baik dan yang mana buruk .. Kita kena fikir bagaimana nak buatkan mereka yang tak mampu berfikir dengan baik agar mampu mencerna setiap isi itu dengan betul .. Jangan berikan nasi lemak lalu kata ' makanlah .. asalkan perut kamu kenyang .. ". Sepatutnya berkata , " kalau boleh , elakkan makan sambal yang terlalu berminyak itu .. ".

 

Filem sekarang , menuju ke arah pembentukkan pemikiran pemimpin masa depan . Apa yang ditonton , itulah yang bakal terfikir. Hasilnya ?Sama sama kita fikirkan yang terbaik untuk generasi yang akan datang yakni anak cucu kita .

image image

image 

Cabaran buat pembikin filem.. Bagaimana nak menghasilkan filem yang lawak , box office tapi berilmiah serta mampu ditonton berkali-kali seperti filem-filem P.Ramlee..

You May Also Like

10 comments

  1. Jawap jangan x jawab wahai pengarah filem. : )

    BalasPadam
  2. saya penyokong kuat filem2 p ramlee... tengok berkali2 pun tak jemu berbanding dengan filem2 melayu sekarang.... jalan cerita lebih kurang sama.. jika kita lihat cerita seram, dah boleh agak sence setrusnya... skang ni plak trend cerita lawak, semua filem nak ambil dia sahaja berlakun, lepastu pelakun tu plak tak pandai nak mengubah watak, menjadikan cerita-cerita tu semua dah cam sama jer. hurmmmm

    BalasPadam
  3. salam perkenalan..
    ubah cara pemikiran dulu baru boleh mengubah masa depan...

    BalasPadam
  4. sampai sekrang masih belum ada filem yang seronok ditonton banyak kali macam citer P.Ramlee

    BalasPadam
  5. ok la 2...benda dekat dengan realiti hidup masyarakat kita...

    memang penuh ganster dimana2 sekarang nie...dekat tong sampah belek2 ckit jumpa mayat kena tikam la...

    bab hantu 2 no-komen...tapi realitinya,memang ada yang terkena ganguan hantu macam 2..

    nak tunggu bila kerajaan malaysia benarkan buat cerita yang boleh mendedahkan keburukkan ahli politik kerajaan,movie cara2 polis terima merasuah..macam movie2 negara lain..nie tak...polis baik macam malaikat,jumpa tengah jalan minta 3ringgit gak...puih cite malaysia yg tak dedahkan realiti sebenar masyarakat malaysia..

    kerajaan industri movie pun nak kontrol...video lucah berlambak plak

    BalasPadam
  6. Itulah trend masa sekarang nie kan..Adh..karang makin ramai plak hantu n gangster kat malaysia..huhu..ada kena mengenakah?

    Pendapatan Saya Sudah USD 18.40 (2 hari join)
    [Klik Sini]
    Jana Pendapatan Online PERCUMA [Dibayar Dalam USD]

    BalasPadam
  7. @TopiJerami90 satu hari nanti , bila ada anak .. cuba cerita keburukan yg pernah dibuat sewaktu muda dulu ..

    Kena faham .. ada yang patut disimpan dan ada yang patut diceritakan..

    Realiti kehidupan kita disebabkan apa yang disogokkan .. Kalau tak diubah , sampai bila asyik nak 'makan nasi' je ?

    BalasPadam
  8. betul tu abg ben. bosanlah genre nak sama jer. semua nak bermusim. kalau hantu berkepul2 keluar filem drama hantu. rempit dulu pun camtu. bosannnnn

    BalasPadam
  9. ermm, betul tu. filem p.ramlee tak bosan utk ditonton. main la banyak kali pun, xbosan. sampai boleh hafal jalan cter tu

    BalasPadam
  10. payah mau cakap macam ni..so sendiri mau ingat la...jaga jangan x jaga family anda...

    BalasPadam