Kerana cinta , kita disini .. Kerana cinta juga kita pergi .. Cinta tidak semestinya bersatu tetapi kerana cintalah kita bertemu

by - Sabtu, September 03, 2011


Ah .. mereka mengeluh mengatakan kerana CINTAlah mereka merana .. Tapi pernahkah mereka mengeluh kerana CINTAlah mereka gembira ?  Perlukah mengeluh dikala merana ? Mengapa tidak memandang akan kebaikkan dikala perpisahan itu ?
Ah .. mereka menolak CINTA kerana takut kecewa .. Kecewa hadir kerana gagal  menghayati CINTA  kerana Allah .. CINTA kerana dunialah menyebabkan kita derita .. Derita kerana terlupa erti CINTA ..
Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(QS. Ali 'Imraan, 3:31)
Marilah kita kembali menyelak kembali dasar dasar CINTA kita .. Apakah yang kita CINTAi .. Kerana apakah kita diCINTAi ? Jika berjaya menemuinya , pasti bersinar kehidupan kita .. Pasti bererti nafas kita .. Pasti bererti mati kita nanti ...
CINTA yang penuh dugaan itulah CINTA .. CINTA bukan seperti makan aiskrim sebalik CINTA ibarat buah kelapa ..Tak kira muda , tak kira tua , tetap ada gunanya ..
CINTA tidak perlu ditolak sebaliknya CINTA perlu dijalan yang benar ..

You May Also Like

7 comments

  1. tak perlu menolak cinta. kita juga ada di dunia ini kerana cinta. cinta adalah fitrah manusia. seronok dapat mencinta. bertuah bila dicinta. dan bahagia bila mencinta dan dicinta. yang pasti cinta Nya paling utama. :)

    BalasPadam
  2. kenapa lepas cintai dan dicintai.. "i" tu huruf kecik ??ade mksud tersirat ke??

    BalasPadam
  3. Kerana cinta jugalah kita lahir di dunia ini. Cinta yang kekal adalah cinta dari Ilahi.

    Tapi kebanyakkan dari kita, bila dah frust barulah nak ingat pada Allah.

    BalasPadam
  4. BAru je wat entry pasal cinta...hurm..ssh nk tafsir cinta...xbleh nk fikir pasal cinta skang ni..

    BalasPadam
  5. anis suka phase ni CINTA ibarat buah kelapa ..Tak kira muda , tak kira tua , tetap ada gunanya ..:-)

    BalasPadam
  6. cinra ada kala tidak adil.
    hanya manusia yang layak dapat menerimanya

    BalasPadam
  7. sebab tu kalau nak buktikan cinta, hanya satu je cara.. KAHWIN!

    BalasPadam