Mari kita belajar mengenai kenderaan ..

by - Selasa, September 20, 2011

 

image

Gambar di atas tu , gambar lampu isyarat yang biasanya terletak di bahagian badan kenderaan dan tiada pada manusia. Faham setakat ini ??

Kegunaannya adalah untuk memberi isyarat bila nak masuk selekoh /simpang atau nak memberhentikan kereta di tepi jalan.. Kalau dulu , boleh guna tangan tapi memandangkan sekarang ini lampu isyarat kenderaan pon dah macam spot light keterangannya , maka tangan tak perlu digunakan langsung.

Jika anda ada kereta/ motor dan jarang menggunakannya bila sepatut menggunakannya , adalah disyorkan gantung saja lampu tersebut di leher atau pacakkan saja di telinga anda.

Lampu isyarat kereta / motor bukanlah perhiasan. Ianya mampu menyelamatkan pengguna jalanraya lain jika digunakan dengan sepatutnya.

image

You May Also Like

4 comments

  1. Izinkan saya link blog Tuan... Selamat hari raya Aidilfitri...

    BalasPadam
  2. setuju sangat... tapi ada gak yang dah masuk simpang baru bagi lampu isyarat... yang tu apa cer....

    BalasPadam
  3. haaaa.. btul2.... sila gunakan apa yg ada tu,ni tdak..ikut dan je pusing ke kiri/kanan

    BalasPadam