Mungkin gila tapi tak mudah untuk berjaya ..

by - Ahad, September 11, 2011

 

Baru lepas baca entri di blog Dr.Hafiz .. Satu entri motivasi yang benar-benar mengingatkan aku ketika mula mula berblog dulu .. Pinjam sat eh Doc..

Orang berjaya senang dikenalpasti kerana kelainan yang ditonjokan oleh mereka kerana mereka ada 3 sikap yang dibentuk oleh 3 mindset berikut:

Sanggup bersusah payah untuk mencapai kejayaan diidamkannya.

Sanggup bekerja lebih lama dari orang lain disekeliling.

Sanggup bekerja setiap hari walaupun pada hari cuti.

( Penerangan lanjut boleh baca di blog Dr.Hafiz. )

 

Semua kata-kata itu mengingatkan aku , satu tika dulu .. Aku masih belum boleh dikatakan berjaya dalam dunia blog ini memandangkan aku masih berusaha keras untuk merealisasikannya dengan bersungguh-sungguh..

Alhamdulillah , setakat ni ada beberapa pihak yang dah buka mata terhadap blog aku ini seperti SIMPLYSITI , Advertlets ( yang mana dah memberikan aku banyak  jobs advertorial ) dan pengklan pengiklan kecil yang lain .. Esok ada shooting untuk rancangan di RTM lak.. Walaupun RTM , kita belajar dari kecil dan berusaha untuk yang besar !

Untuk mendapatkan 'kepercayaan' mereka ini , aku bukanlah setakat  membuat kajian terhadap 'permintaan' pembaca malah aku telah korbankan banyak masa aku terhadap blog ini .

Mungkin ada yang kata aku obses tapi sebanyaknya tidak .. Ambil contoh seorang atlit seni mempertahankan diri atau bina badan . Mereka bukan saja memperuntukkan masa sejam atau dua jam sehari untuk mengadakan latihan tapi berjam-jam lamanya. .

Pernah aku tonton dokumentari di tv , Jacky Chan sewaktu belajar seni mempertahankan diri , beliau hanya rehat kurang 5 jam sehari saja dan selebihnya dihabiskan masa hanya untuk latihan.

Blog , ada yang amik ringan mengenainya tapi punya cita cita besar. Mereka impikan pendapatan lumayan dari blog.. Mampukah ? Siapa sangka Siti Nurhaliza yang sekadar masuk pertandingan menyanyi di RTM seterusnya juara dan sekarang hidup mewah ?

Segalanya adalah rezeki .. Benar.. Tapi rezeki tidak datang sendirinya.. Kita perlu usaha untuk mendapatkannya.. Setelah usaha , kita berdoa ... Seterusnya yakin dan tawakal terhadap apa yang kita lakukan itu .

Aku .. bukan nak bangga atas pencapaian aku itu tapi apa yang aku nak sampaikanlah , kejayaan takkan datang hanya dengan air liur dan kederat yang seminit dua !

You May Also Like

2 comments

  1. betul tu BA, kejayaan takkan dtg bergolek tanpa sebarang usaha...

    BalasPadam
  2. bila baca ni rs bersemngt plak,,hehe,,papepun perlu ada minat dan cekal,,kan,,,

    BalasPadam