Perlukah DBP terlibat sama dalam penapisan filem masakini ?

by - Isnin, September 26, 2011

 

Selain Lembaga Penapisan Filem ( LPF ) , agak agaknya la kan perlu tak Dewan Bahasa Dan Pustaka juga libatkan diri dalam penapisan filem sekarang ini memandangkan rakyat Malaysia kembali menonton filem tempatan ?

 

Atau mungkin dah ada wakil dalam LPF ? Kalau benar dah ada , kenapa perkataan-perkataan pelik wujud dalam filem ? Sungguhpun wujud perkataan di dunia nyata , perlukah unsur negatif itu diterapkan dalam filem yang ditonton oleh anak remaja kita ??

 

Jangan main sedap nak kaut untung sampai ketepikan adat budaya kita .. Cuba tengok filem filem P.Ramlee (maaf , tu antara contoh filem terbaik masakini )  , bahasa dia tetap standard walaupun dalam babak samseng.. Jangan kata bahasa Melayu baru nak dicipta tahun tu ??? Tak silap , tokey produksi tu  dari Hongkong kan walaupun beroperasi di Singapore .. P.Ramlee tetap terapkan nilai cintakan bahasa Melayu .. Sekarang?? Lu langsi ? Apa celup ??

 

Filem mendidik penonton secara tidak langsung .. Apakah ingin perkataan perkataan negatif ini diucapkan oleh anak remaja kita sekarang ?? " Apa celuuuup  !!! " Cuba fikirkan dari mana datangnya perkataan tu ?? Ada blogger membongkarkan ayat tu .. Menurutnya , APA CELUP tu  ialah WHAT THE FUCK !

 

Terperanjat ? Rujuk entri sahabat APA CELUP adalah WHAT THE FUCK .. Baca dan fahami sendiri .. Inikah budaya yang ingin kita pada masa akan datang ? Budaya berbahasa samseng ???

 

Diharap pembikin filem dan penulis skrip dapat menilai semula setiap karya mereka .. Ingat , apa yang anda lakukan adalah saham anda .. Diharap DBP dalam ambil langkah permulaan.. Jangan tunggu hancur baru nak mula bersuara ...

You May Also Like

5 comments

  1. entry tu sy dh tapis dah..entry asal die ..nthla...sush nk bg tau..mcm abg ben ckp..tegur secara berhemah...thnx ye sbb tlg promote abg ben...:)

    BalasPadam
  2. satu idea yang menarik untuk diperbahaskan...
    Saya sokong pndapat bro..

    BalasPadam
  3. ide abg agar DBP turut campur tangan dalam penapisan filem kontempporari ini wajar dicuba.
    Lemah, letih, jemu dengan kualiti filem lawak Malaysia yang belakangan ini boleh dikategorikan
    umpama selipar tandas...

    BalasPadam
  4. sepatutnya memang lah kena libatkan mereka... tetapi kononnya akan timbul kelak isu perihal tersekat la pulak inovasi dan perkembangan dunia filem Malaysia... kononnya dilaungkan "Filem kita wajah kita"... so fikirlah sendiri adakah ini wajah kita seperti yang dilaungkan itu.. .

    BalasPadam