Sasaran aku sebagai seorang blogger ..

by - Isnin, September 19, 2011

 

Sejak kebelakangan ini , aku dah sertai beberapa aktiviti blogger samada dari Advertlets , rakan blogger dan juga badan NGO (SENYAP).

Menarik ! Selama ini aku berblog hanyan mengikut bagaimana mereka yang dulu dulu berblog yang mana hanya memikirkan soal keuntungan.

Memang benar , $$ amat penting dalam kehidupan kita . Tapi bila dah terlalu mengejar $$ , soal kepuasan adalah nombor dua .. Soal dosa pahala dah tidak dikira langsung .. Asalkan $$ masuk poket..

Bila aku sertai bengkel SENYAP semalam , baru aku menyusun semula niat aku berblog ini. Sama seperti bila aku mula 'bercerpen' , aku kembali mengutamakan soal kepuasan pembaca dan juga aku.

Ada blogger suka menyampaikan  info di dalam blognya . Ada blogger gemar 'berkarya'. Dan ada juga blogger tak tau apa apa langsung nak dibuat dengan blognya memandangkan tiada pendedahan.

Dulu aku memikirkan , blogger tak semestinya perlu bertemu sesama mereka tapi lama kelamaan , pendapat aku itu aku tolak ketepi. Pertemuan sesama blogger atau menyertai aktiviti blogger secara sederhana mampu mengubah corak penulisan kita setelah perbincangan secara sihat dilakukan .

Selepas ini aku akan ceritakan tentang SENYAP. Dan kini , aku semakin yakin dengan apa yang aku buat dan idamkan selama ini..

You May Also Like

5 comments

  1. Salam abg Ben.. Seronok tak pergi event SENYAP? Mesti laa sronok, rite?
    Smoga abg Ben truskan usaha dalam b'blog ye.. Truskan usaha dalam b'karya.. :)

    BalasPadam
  2. Apa yg kita buat perlu ada arah tuju yg jelas.. barulah ia akan mendatangkan manfaat dan tidak sekadar buang masa... :-)

    BalasPadam
  3. saya rasa macam ada aura baik jer nih..:)

    BalasPadam
  4. wah,untunglaaa
    so,ape perancangan baru tu

    BalasPadam