" Siapakah kau sebenarnya ? "
Haih.. sedih..Tu saja aku mampu luahkan ..
Nak kata takde agama , ada .. Nak kata takde pegangan hidup , nampak macam ada .. Nak kata gila , waras pulak .. Nak kata apa lagi ? Apa yang patut dikatakan ?
Perasaan dengki , iri hati , benci semakin kuat dalam diri manusia kebelakangan ini .. Setiap hari kita boleh nampak semua ini di depan mata kita .. Mengapakah semua ini berlaku ?
Sikap tidak senang melihat kejayaan orang lain mendorong satu perasaan ketidakpuashatian seseorang menyebabkan mencari satu lubang untuk menjatuhkannya .. Kenapa ? Kenapa tidak saja bersaing secara sihat ? Tidak mampu ? Jika tidak mampu mengapa tidak diamkan diri saja ? Perlu ke melihatnya jatuh dan bersama sama duduk dengannya lalu ketawa berdekah dekah ? Itu simbol manusia berakal ?
Apakah yang sedang berlaku ? Akhir zaman ? Jangan dipersalahkan pada keadaan. Ilmu serta akal yang ada patut digunakan untuk kemajuan ummah dan juga diri sendiri. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya.
Marilah ketawa berdekah dekat bersama syaitan. Syaitan mencari rakan untuk bersama sama mereka menghuni di neraka kelak. Apakah kita ingin turut sama mereka ?
Gambar hiasan - Bharian
7 comments
manusia yang bernafsu syaitan jer mcm tu babg ben
BalasPadamskrg ramai orang dah jadi giler kerana dunia yang penuh pancaroba
BalasPadamMintak Bantuan Semua Blog Gilamodified telah Dihacked
biasela..ramai ada phd skrg..penyakit hati yg kronik..
BalasPadambila nafsu menguasai diri, agama letak tepi. Entri ilmiah yg perlu dicontohi..Tq Ben.
BalasPadamBila diri da tak dapat di kawal, tu yg tmbul brmcm sfat2 jahat. Hmm.Bila diri da tak dapat di kawal, tu yg tmbul brmcm sfat2 jahat. Hmm.
BalasPadamnak wat camne...org yg busuk hati ni ada dimana2 saje
BalasPadamdunia semakin pelik kan..manusia menjatuhkan sesama sendiri..bila nafsu menguasai akal,fikiran lumpuh utk berfungsi..hati sepi dan jauh dari ketenangan tulah penyebab manusia lupe diri..saba ye bang ben..
BalasPadam