Ular yang mana paling bisa ??

by - Khamis, September 08, 2011

 

image

Ini King Cobra atau tedung selar .. takde kaitan dengan King Kong atau King koil .. Dikatakan ular yang cukup berbisa ? Apakah ianya paling berbisa ?

Sedikit info mengenai Ular tedung selar ini ..

Ular Tedung Selar adalah ular berbisa terbesar di dunia. Ia mampu mencapai panjang sehingga 5.58 meter (18.3 kaki.), walaupun saiz biasa adalah sekitar 2.5 meter (8 kaki.); dan mampu mencapai berat sehingga 10 kilogram (22 paun). Ular Tedung Selar mempunyai warna kulit hitam, kehijauan atau coklat, seringkali dengan garis bewarna putih atau kuning; semasa ular kecil garis ini lebih jelas kelihatan. Ia berasal di Asia Tenggara, mendiami hutan Malaysia, India, dan Filipina, tatapi tidak terdapat di Sri Lanka. Makanan utamanya adalah ular lain, tetapi sekiranya terdesak, ia akan memburu haiwan bertulang belakang (vertebrates) kecil lain. Ular Tedung Selar hanya memburu pada waktu siang, menggunakan matanya, dan dengan itu dikelaskan sebagai diurnal. DIsebabkan ia tidak mempunyai gigi kacip, ia menelan mangsanya lengkap sebagaimana ular lain. - wikipedia

 

Bagaimana pula dengan yang ini ?

image

Nampak kecik je kan ? Comel jeer .. Nama dia INLAND TAIPAN of AUSTRALIA .. Satu patukan dari ular comel ni mengandungi bisa yang mampu membunuh 100 manusia dewasa atau sejumlah 250 ribu tikus ! Best kan ?

Bisanya 200-400 kali ganda berbisa dari bisa ular tedung .. Dan menariknya satu kali dia ni patuk , amik masa paling singkat pon 45 minit untuk tidur selamanya .. Menarik bukan fakta ni ?

Jadi bila jumpa ular ni , jangan teragak agak untuk amik gambar dia .. Kalau rasa dah lama hidup la.. Hehehhe .. Guwau je .. Wallaualam ..

You May Also Like

7 comments

  1. Dahlah saya takut dengan ular..haisshhh

    BalasPadam
  2. brader ben, saya nak bace entry ni, tapi entry banyak sgt gambar ular, saya tak bley tgk, tangan kiri cover gambar ular atas, tgn kanan pegang mouse


    acaner nak baceee T.T

    BalasPadam
  3. tak boleh sebut..kat opis memang ada bnyk ular ni

    BalasPadam
  4. wuwuwu terus menusuk kalbu tengok ular..geli!! nak baca entry ni pun baca laju-laju...=.=

    BalasPadam
  5. huuuuuuu
    x kesah la ular pape pun
    ttp takot
    huhuhu

    BalasPadam
  6. geli dgn ular..
    bahaya betul kan ular ni..

    BalasPadam