1Malaysia ada .. 1Melayu ?

by - Ahad, Oktober 09, 2011

" Kau orang mana ?  Kelantan ? Pulau Pinang ? Oh.. Johor.. Okeh.. "
Seperkara yang mendukacitakan aku dari dulu ialah , ada orang kita ni bersifat kenegerian. Mengapa ini semua masih lagi berlaku di zaman ini sedangkan kita sibuk dengan 1Malaysia .. Tapi bangsa melayu sendiri tidak disatukan sepenuhnya. Ini kenyataan.

Melayu , sudah pasti beragama Islam.Tak taulah kalau ada yang murtad. Kenapa perlu membezakan mengikut negeri ? Bila berbicara , bila berkawan pastinya ada berpuak puak. Begitu juga bila memilih pasangan hidup.
Jangan menuding jari. Semua sama. Kita perlu tanya pada diri kita sendiri. Apa perlunya bersifat kenegerian sedangkan semuanya beragama Islam. Perlukah tanya , 'kau orang mana ?'

Terbaca di suratkhabar pagi ni , aku kecewa sangat dengan kenyataan orang ni.. Ada satu kes rompakan di Mesir melibatkan seorang pelajar wanita kita yang menuntut di sana , dikelar ketika bergelut dengan perompak.. Hati-hati keluarkan statement walaupun mmg itu tugas dia iaitu menjaga anak negerinya.. ( tak kira anak negeri mana sekali pun , mereka tetap anak orang dan warganegara Malaysia. Fikir sebelum keluarkan statement.)
  
Apa yang pasti , Melayu akan bersatu bila ada masalah perkauman dan agama saja..Bila bab lain ?  Maaf jika ada yang terasa. Aku inginkan melayu bersatu dibawah nama ISLAM .. Tak kira la dari negeri mana sekali pon , kita tak perlu bersifat kenegerian sebaliknya atas sifat saudara seagama.
Maka ada yang akan berbunyi.. Perlu ke bersatu ? Tanya diri sendiri.

* Edit untuk elakkan kontroversi nanti.

You May Also Like

10 comments

  1. sepatutnye kite yg tnye diri sendiri perlu ke berpuak kn? hidup kat dunia ni kne bermasyarat sikit bru aman. negeri? apalah nk dibanggakan sgt dgn negeri yg kita ada. senyum:)

    BalasPadam
  2. biasalah org politik DUN.kalau ahli politik parlimen nanti lainlah jugak komen dia.kihkihkih...

    BalasPadam
  3. kalau buat 1Melayu nanti org tuduh rasis.. tp kenytaan pasal bersyukur bukan ank perak tu memang xpatu.

    BalasPadam
  4. betui tu.. Sokong seratus peratus.. Pernah jugak kena kalau bab-bab melibatkan negeri.

    BalasPadam
  5. mane2 pergi pown, mesti sebut pasal negeri..
    sebab tue yang dah diajar dari dulu..
    sebab tue dah jadik berpuak2..

    BalasPadam
  6. kerana politik, dalam 1 masjid pun boleh ada 2 imam, ini islam..

    melayu ni jangan kata diantara negeri, 1 negeri pun berpuak disebabkan keturunan..jawa, bugis dll

    BalasPadam
  7. salam...

    Ke arah malaysia menjadi sebuah negara maju dan kuat perpaduan adalah sgt penting...

    bukan perpaduan sesama bangsa sahaja...malahan perpaduan yang melibatkan bangsa2 lain atau antara bangsa...

    Kadangkala sikap sesetengah politician yang suka mengeluarkan kenyataan yang boleh memecah belahkan perpaduan antara kaum / puak amat dikesali...

    BalasPadam
  8. Setelah membaca artikel penuh, saya rasa tiada kesalahan dalam laporan tersebut.
    anda mungkin tidak perasaan ini.

    "Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid"

    Jadi beliau menjaga kebajikan anak2 kelahiran negeri perak... bagaimana dgn kebajikan negeri lain? adakah mereka yang lain bekerja?

    Cikgu motivasi pesan, baca arahan dan soalan sehingga habis baru jawab soalan latihan.

    BalasPadam
  9. @Fazrol Bin Che Isa

    Owh..saya baca dan saya faham.. cuba baca balik entri ni.. dan fahamkan ..

    Cikgu pesan gak , kalau jawab ... fikirkan sensitivi cikgu yang tanda jawapan tu nanti..

    BalasPadam
  10. Sifat kenegerian tu kadangkala perlu juga tapi janganlah ia dijadikan penghalang untuk menyatukan rakyat 1Malaysia.

    BalasPadam