AIM18 : Diboikot artis ?

by - Sabtu, Oktober 22, 2011

 

Hurm.. gitulah ceritanya ..

Menurut Gua ,ramai artis tidak bersetuju dengan senarai pencalonan akhir serta isu kewarganegaraan yang dipersoalkan, terbaru AIM 18 khabarnya akan diboikot oleh segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan sistem pencalonan baru yang dibuat oleh pihak penganjur itu.

Menurut Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Penganjur AIM 18 iaitu Encik Adrian Lim dan Encik Rosmin Hashim ,

“Sejak minggu lepas lagi saya dah dengar isu ini. Bila pihak media tanya mengenai isu ini, saya agak terkejut. Tak sangka isu ini akan tersebar dengan meluas. Saya pasti ini adalah khabar angin semata-mata. Saya tak nampak apa yang perlu diboikotkan. Adakah mereka tak setuju dengan proses penjurian, kriteria untuk pencalonan atau isu kerakyatan?

“Saya tak nampak di mana relevannya mereka nak boikot anugerah yang menghargai karyawan-karyawan tempatan ini. Bagi saya, tiap-tiap tahun pasti ada yang tidak puas hati. Saya tahu siapa yang terlibat tapi tak perlu nak diperbesarkan. Ini tahun pertama RIM anjur 100% AIM, sebab itu banyak perubahan. Walaupun ada yang boikot, ia tak halang kami untuk teruskan majlis anugerah ini,” ujar Adrian Lim ketika ditemui pada sidang media pengumuman hos, barisan penyampai dan artis persembahan AIM 18 di Hotel Royale Chulan, petang semalam.

image

Menurut Encik Rosmin Hashim pula, “Saya tak tahu kenapa mereka nak boikot AIM 18. Ini merupakan satu platform untuk mereka meraikan kejayaan mereka. Benda ini dah biasa. Bila dah pilih Top 5, mesti ada yang gembira dan tak gembira. Kita tak libatkan karyawan luar kerana AIM adalah untuk mengiktiraf karyawan-karyawan tempatan. Ia anugerah untuk artis kita, itulah tujuan sebenar AIM dianjurkan.

“Tapi kami memandang isu ini dari sudut yang positif. Kami harap mereka akan sokong industri muzik tempatan. Selepas pengajuran AIM 18, kami akan mengadakan satu forum atau ‘post-mortem’ pada Disember nanti. Media dan artis boleh sama-sama duduk berbincang dan memberi cadangan untuk kita memperbaiki lagi anugerah ini. Kita juga akan lihat pada proses penjurian, jika lemah, kita akan buat rombakan. Saya harap, masa forum nanti, semua orang akan datang untuk memberi cadangan.”.

 

Hurm… Sebenarnya lama dah aku tak layan menda menda ni .. Sbb aku tengok artis yang menang AIM ni , senyap pastu .. takde kemajuan pun .. Setakat macam bagi sijil penghargaan je buat artis tu sendiri .. Kalau disediakan satu platform atau medium untuk pergi lebih jauh , tak pe la gak ..

Lagi pun , bila tengok tu , kita cukp terhibur dengan gelak dan tengok fesyen show artis tu.. takat menyanyi , hurm.. boring .. Tu pendapat aku la..

You May Also Like

3 comments

  1. time zaman2 sekolah ja dok layan AIM ni..haha setuju ngan abang ben...dorang menang tapi senyap...baik tak yah ada anugerah..

    BalasPadam
  2. hiburan dunia semata2. artis dijulang, hiburan dsanjung. fesyen barat dibanggakan.

    BalasPadam
  3. sekadar boleh layan aja en ben.. kasi hilang boring.. rasa show tak best tukar channel lain.. hehe..

    BalasPadam