Aku cuma seorang blogger

by - Sabtu, Oktober 29, 2011

 

“ Kau keje apa ? “

“ Aku ? Aku cuma seorang blogger je.. “

Bila jawapan begitu pasti akan mereka tanya semula .. Boleh ke hidup dengan blog ni ? Ler ?? Pelik ke ? Takkan nak keje ngan company besar atau makan gaji dengan kerajaan baru boleh dikatakan ‘boleh hidup’ atau terjamin ?

Apa guna pendidikan atau ilmu yang kita dapat sewaktu belajar dulu ? Belajar tinggi tinggi , pastu keje ngan orang .. Makan gaji ?? Tak terpikir ke , owner company tu tak perlu belajar tinggi tinggi untuk mengaji orang yang belajar tinggi tinggi ni ?

Bagi aku la kan .. Tak kira la apa kerja sekali pun , asalkan mendatangkan pulangan yang membolehkan dia menyara hidup dia dan keluarganya . kan ? Yang penting halal dan kepuasan !

Benar .. bergaji tinggi tapi tak memberi kepuasan boleh membuatkan kita berasa tekanan. Baik bergaji kecil asalkan kita puas dan suka akan pekerjaan kita itu .. Nak g kerja pon happy je rasa .. Ni gaji besar , nak g kerja macam nak suruh g mengadap ALONG lak lagaknya.

Senang cerita… berbanggalah dengan apa saja profesion yang kita buat .. Tak perlu nak jadi orang itu atau orang ini .. Atau nak berasa cemburu dengan sapa sapa .. Dan aku terus terang kata aku bangga kata aku seorang blogger , pada masa depan .. Kenapa ? Beratus ribu orang buat blog , berapa ramai yang berjaya membuatkan blognya itu  dikenali ramai ?

You May Also Like

26 comments

  1. wah..entri pembakar semangat nih.. aku seorang blogger..

    BalasPadam
  2. minat dan fokus kepada minat. kalau minat tapi tak fokus kadang2 boleh ubah minat kepada tak minat. :)

    tujuhpetalahati.blogspot.com/2011/10/kenapa-aku-tak-ber-couple.html

    BalasPadam
  3. Profesion saya: wpembaca blog.. Eek

    BalasPadam
  4. aku pernah tengok orang yang nak beli kereta...dia tulis borang dia...dia tulis pekerjaan dia blogger...tak heran pun

    BalasPadam
  5. betul tu. sokong sesangat. selalu gak geng2 pejabat daerah lain perli2.

    "Dia blogger hebat la"

    Alhamdulillah. Ammmiiinnnn. cakap dorang satu doa kan? saya tetap bangga jadi blogger.

    BalasPadam
  6. aku harap satu hari nanti penulisan aku akan dihargai.. hohohoho... begitu susah nak menulis untuk kepuasan orang ramai.. yang penting.. aku seorang blogger.. tanx abg ben.. kata-kata semangat tu....

    BalasPadam
  7. Assalam, saya sokong dngan abg Ben...huhuhu... Asalkan kita puas dngan apa yang kita buat, tak mnyusahkan orang...huhuhu

    BalasPadam
  8. tak kesah pe keje kite skali pun jnji halal kan....hope, incik ben trus bjaye sbg blogger...sy pun nk ikt jejak incik ben wlupun msih jauh lg pjlnan..... :)

    BalasPadam
  9. betul betul betul
    bila kita suka, kita akan buat dengan bersungguh-sungguh..

    BalasPadam
  10. perghhh!
    betol2..
    x kiralah apa pon profession tu
    ada baik nye
    itu pasti!

    BalasPadam
  11. Salam kenalan dari shah. Tujuan shah singgah sini sebab nak ajak korang semua join GIVEAWAY shah yang baru sahaja dilancarkan :)
    kalau berminat boleh join di sini ye: http://shah-cyber.blogspot.com/2011/10/giveaway-pertama-sc-di-blog-baru-ni.html

    Giveaway: http://shah-cyber.blogspot.com/2011/10/giveaway-pertama-sc-di-blog-baru-ni.html

    ABG BEN KALAU JOIN LAGI BAGUS :(

    BalasPadam
  12. setuju. ada orang suka menilai orang lain dengan pekerjaan orang tu. sedeh!

    BalasPadam
  13. betul! pakcik saya kerja sendiri. happy je. rasa macam seronok sangat kalau dapat ikut jejak mereka.
    :D

    BalasPadam
  14. keja dgn minat lebih baik walaupun gaji sikit sbb kita enjoy dgn keja tu, berbanding keja gaji besar tapi hidup penuh tekanan ditambah pula dgn tak minat langsung dgn keja tu.. parah tu.. hehe..

    BalasPadam
  15. wah , jadi bersemangat saye nak ber'blog' .. huhuhu .. thanks bro ben .. :)

    p/s:tahniah dgn identiti itu ..

    BalasPadam
  16. bangga menjadi seorang blogger :D
    kepuasan itu penting...cool.setuju :D

    BalasPadam
  17. Sumber rezeki ada di mana2, pokoknya usaha. Dan hendaklah mensyukuri rezeki bagi menambahkan berkat seperti sabda
    Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.”

    For me, if I can't be a successful blogger like you, I wish that I can be a "tai-tai" :)

    BalasPadam
  18. Blogger berjayaaa da bgi ransangan ni :)

    BalasPadam
  19. Walaupun hanya se orang bloger namun saya tetap bangga untuk menjalankannya :D
    https://androidkuota.com

    BalasPadam