Apa salahnya berkongsi rezeki ?

by - Ahad, Oktober 09, 2011

 

Aku pernah merasa susah .. Kesusahan aku itu disebabkan menganggur dalam satu jangka masa yang sangat panjang sehinggakan aku terpaksa jual barang kesayangan aku demi untuk mendapatkan sedikit wang belanja !

Segala pengalaman aku itu membuatkan aku bertambah matang. Dan alhamdulillah , aku belajar erti berkongsi rezeki ..

Aku tau bagaimana perasaannya bila ada yang 'memberi' pada kita walaupun kita tidak meminta. Ianya satu yang amat besar buat mereka yang memerlukan.

Ini bukan satu entri ungkitan atau berlagak  tapi sekadar berkongsi pengalaman aku yang tak sebesar mana pun.

Sejak rezeki aku dalam dunia blog ini bertambah , aku suka berkongsi rezeki aku dengan mereka yang aku rasakan memerlukannya. Bagi aku , rezeki aku datangnya dari Allah dan selayaknya aku berkongsi dengan mereka walaupun jumlahnya kecil saja.

Ianya memberikan aku satu kelegaan. Tak luak mana pon kalau kita ni berkongsi dengan mereka. Rezeki kita , Allah dah sediakan .. Kita cari saja.. Dan janganlah kedekut.

Jangan kedekut dengan keluarga kita terutama ibu bapa kita . Ada rezeki lebih , berkongsilah dengan mereka.. Apa guna kita pusing dunia dan kemudian bercerita pada mereka.. Tapi satu sen pon tak hulur pada mereka !

You May Also Like

16 comments

  1. lagi memberi... lagi berlipat ganda Allah pulangkan.. :) alhamdulillah.. :D

    BalasPadam
  2. Setiap pemberian yang ikhlas kita berikan dengan niat membantu, Allah akan bagi lebih pada kita. Lagi kita beri, lagi Allah tambah. Rezeki Allah sangat luas. Tak perlu sombong dengan apa yang kita ada. Sebab semua Allah punya. Sebab itu ada miskin dan kaya. Sebab akan saling melengkapi dan seimbang bila ia bernama rezeki.

    BalasPadam
  3. Bro... Seriusly saya memang terasa susah sekarang. Baru masuk UPM. Pinjaman tak dapat lagi. Nak belanja makan pn x cukup. Masih berfikir jalan yang terbaik untuk buat duit. Kalau boleh tak nak dah bergantung pada mak ayah.

    BalasPadam
  4. amat amat setuju.. baka kata org skrg.. sharing is caring..

    BalasPadam
  5. bersedekah, berzakat - Insyaallah harta tak akan habis..

    aku telah lalui, kesusahan yang amat dahsyat satu ketika dulu..memang perit dan diri rasa terlalu hina.

    kerana anak isteriku, aku teruskan perjuangan. mereka semua banyak berkorban demi seorang ayah...
    korban perasaan ceria dan.. berbagai lagi..

    BalasPadam
  6. betul..betul..betul..
    Tuhan akan melipat gandakan rezeki kite..

    BalasPadam
  7. serious sedih..dlu pernah jual kamera compact kesayangan sbb nk beli bku programming T_T...alhamdulillah at least terlepas jgak bhgian kita dlm menghulurkan bantuan tu :)

    BalasPadam
  8. Ibu bapa memang tak harap duit anak-anak tapi anak-anak perlulah tau tanggungjawab sebagai anak dan menghulurkan yang temampu.Takkan nak biar org tua cari rezeki sendiri biarpun dah terbongkok-bongkok.

    BalasPadam
  9. setuju sangat2..
    lagii banyak kite memberi & bersedekah, lagii banyak ganjaran yang Allah bagi kat kite :)

    BalasPadam
  10. betol amat abg ben !
    tangan yang memberi lebih mulia drpd tangan yang menerima :)

    BalasPadam
  11. sedih lak ngan entri ni..pgalaman mngajar sy untuk berjimat..pernah jual buku trpakai untuk dapatkn duit..tapi budak2 sekarang ni minta la apa pun pasti dapat..xde usaha langsung..kalau xdpat ugut mak bp x mau blajar rajin2..

    BalasPadam
  12. sharing is caring , tp mmg betul bila kita ikhlas bg sesuatu dekat orang even benda tu sikit , kita akan rasa kepuasaanya .

    BalasPadam
  13. betul tu... Rezeki ada di mana-mana. tak rugi pun berkongsi sama-sama. <alah Allah akan murahkan lagi rezeki kita..

    BalasPadam
  14. bagusnya.. lagipun kita pun kene selalu ingatkan diri kita, kalau x mungkin kita akan terlupa..

    rezeki tu ada kat mana mana kan// saya percaya tu^^

    BalasPadam
  15. salam En.Ben....bila dah senang pandang2lah kebelakang masa kita susah dulu semoga kita akan tetap ingat masa2 kesusahan kita dulu...:)

    BalasPadam
  16. teringat kat mak n abah...dah beranak pinak tapi still tak leh memberi hasil titik peluh mereka membesarkan suzie.... huhuhuhuhu.. sabar la mak,abah..doakan suzie beroleh sedikit kelapangan dalam menerima rezeki allah... insya allah jasa mak n abah suzie still ingat dan memang harapan suzie dapat senangkan mak n abah..

    BalasPadam