Biar Betul!!!Anthony Joseph vs Tony Eusoff

by - Selasa, Oktober 18, 2011

 

Gulp … Erk .. Baca la sendiri .. Bab murtad ni jangan memain. Kalau takde bukti , bahaya. Berdosa fitnah ni.. Kalau ada bukti , maka biarlah pihak berwajib amik tindakan. Kalau ‘mereka’ ada bukti , buatlah laporan polis .. Senang cerita ..Jangan fitnah…

 

Artikal dari Gua

image

Isu pembabitan pelakon Tony Eusoff dalam sebuah grup bertajuk “Murtads in Malaysia and Singapore” di laman sosial Facebook diungkit semula. Isu tersebut mula disebut dalam Berita RTM pada 1 Syawal yang lalu.

Namun, isu itu dibangkitkan semula oleh pelayar Forum Cari dengan tajuk “Biar Betul!!!Anthony Joseph vs Tony Eusoff” semalam dengan memaparkan nama pemilik akaun Facebook iaitu Anthony Joseph sebagai salah seorang ahli grup tersebut.

Mengulas pembabitannya dalam grup tersebut seperti yang disiarkan stesen televisyen kerajaan itu, pelakon yang menggunakan nama pentas Tony Eusoff cukup terkilan dengan isu tersebut.

“Isunya di sini adalah etika kerja. Mereka sepatutnya menggunakan budi bicara mereka untuk bertanya sendiri kepada saya mengenai isu tersebut sebelum menyiarkan berita tersebut. Memang saya agak sedih kerana selama ini hubungan saya dengan RTM amat baik dan tidak salah sekiranya mereka bertanya sendiri pada saya. Penyiaran berita tersebut telah memberikan persepsi buruk masyarakat terhadap saya,” jelas Tony yang telah berbincang dengan pihak pengurusannya, Aquila Emas mengenai isu tersebut.

Ekoran nama pentasnya yang berbunyi keMelayuan, Tony telah dituduh sebagai salah seorang yang telah murtad dan turut terlibat menyokong pergerakan memurtadkan orang Islam di negara ini dan di Singapura. Pelbagai komen berbentuk cercaan telah dilontarkan oleh mereka yang melayari forum tersebut.

Tambah Tony lagi, namanya itu diberikan oleh seorang produser berstatus Hajjah sewaktu mula melibatkan diri dalam bidang lakonan di televisyen.

“Saya menerima baik nama Tony Eusoff dan saya yakin nama itu cukup sesuai dengan saya. Apabila nama pentas saya dijadikan isu untuk dipertikaikan agama saya, saya tidak mahu mengambil berat isu tersebut kerana pegangan agama setiap individu adalah hak masing-masing dan bukannya untuk orang lain menjadi hakim dan berlaku seperti Tuhan atau sebaliknya,” tambah Tony lagi yang kini sedang sibuk berlakon dalam teater muzikal The Secret Life of Nora di Istana Budaya yang dipentaskan hingga 22 Oktober ini.

Tidak gentar dengan persepsi masyarakat terhadapnya, Tony yakin dia mengambil jalan yang terbaik dengan tidak mengendahkan pelbagai tuduhan dan kejian yang dilontarkan menerusi Forum Cari.

“Persepsi yang diberikan oleh masyarakat lebih-lebih lagi komen yang diutarakan menerusi Forum Cari memang ada implikasinya pada diri saya. Namun saya sedar, sebagai artis kita adalah hak milik masyarakat dan tidak semua orang akan menyukai kita.

“Setakat ini belum lagi tergerak di hati saya untuk membela diri saya di situ dan tiada gunanya saya melakukannya. Saya malas nak ambil kisah pandangan mereka. Biarlah mereka, sekiranya mereka mahu terus menjatuhkan hukuman. Itulah mentaliti mereka yang lebih gemar bersembunyi di sebalik nama samaran di forum tersebut.” Jelas Tony panjang lebar.

You May Also Like

14 comments

  1. Kalau tidak silap saya, Tony Eusoff bukanlah seorang yang beragama Islam. Jadi tidak timbul soal sama ada dia murtad kerana dia sememangnya bukan Islam.

    BalasPadam
  2. murtad ? hurm, nie bukan isu kecik..
    artis pulakk tue..
    macam2 hal..

    BalasPadam
  3. Tony Eusoff,sememangnya bkn beragama Islam. So, knp ada isu seumpama ini?

    BalasPadam
  4. betullhe is not muslim...and one more..he said (dalam stu belog gosiip) tak tau menahu yg dirinya telah dijadikan 'admin' dalam satu2 group....

    BalasPadam
  5. ni jawapan paling tepat utk isu ni;
    "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
    (al-Hujurat : 6)

    * perlu ke kita kutuk kaw2 kalaupon betul isu tu? n org yg kutuk tu betul sgt ke akidah dia? fikir2kan... bukan ke Islam dah bagi guideline.

    BalasPadam
  6. lah yaka dia bukan islam... no wonderlah

    BalasPadam
  7. owh..baru tau yg dia bkn Islam....

    BalasPadam
  8. Ben, saya aktif je kat forum cari.com tu. dioang tu memang kepoh baik laki atau perempuan baik tua ataupun muda. Diorang dah macam kenal sesama sendiri tetiap hari macam makcik bedah cari gissip patu mengumpat. TU kita medium mengumpat buat saham neraka di alam siber.

    saya aktif tinggalkan komen yang perlu je di forum tu.

    BalasPadam
  9. dia memang bukan orang islam pun kan..

    BalasPadam