Jom Panas | Kenapa Tun Dr. Mahathir tolak hudud PAS ?

by - Jumaat, Oktober 21, 2011

"Bila saya periksa balik, rupanya betul memang Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) dulu tolak kerana ini bukan hudud Islam tetapi ini hudud PAS. Ada percanggahan jelas, isteri diboleh diliwat dan lain-lain lagi,".

Persidangan Dewan Rakyat hari ini menjadi hangat apabila seorang wakil Bebas mendakwa undang-undang Hudud yang diluluskan kerajaan PAS semasa memerintah Terengganu, membenarkan suami meliwat isteri. Ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011, Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata jika mengikut Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir yang digazetkan pada 2004, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorang suami berbuat demikian. Kenyataan Zulkifli itu menyebabkan beberapa anggota pembangkang 'panas telinga' dan menimbulkan kekecohan.


Hurm.. kalau aku keluarkan entri gini , maka aku akan dikatakan pro kerajaan.. Berita ni datangnya dari akhbar pro kerajaan .. Kalau aku  keluar entri Yang mana satu nak dipangkah ni ? Aku pro sapa ? Yang Camana nak merasai penderitaan ni pulak camana ? Dan banyak lagi.. Dalam memberi info , jangan berat sebelah. Kita kena buka mata pembaca blog kita .
Aku bukan tak sokong hudud .. Aku sokong sangat .. tapi biarlah segalanya betul berlandaskan syariat ISLAM .. Kita ni manusia boleh tersilap ‘cerita’ … Segalanya kena jelas dan tiada kepentingan peribadi. 

* Terkini jawapan dari PAS. Klik SINI


BEN : Sayang Tun Mahathir dan Nik Aziz . Maaf bagi yang terasa .

You May Also Like

31 comments

  1. erm.. kalau nk laksanakan juga biarlah badan berkanun yg mengawasinya bkn parti politik!!

    BalasPadam
  2. Dia org ni kene pi belajar lagi bab hukum nih..

    BalasPadam
  3. hoho. sangat hangat. mata dah terbeliak bagai bila anampak hukum liwat tu. zzzz

    BalasPadam
  4. betul...saya sayang CheDet dan tok guru.. harap semua sehaluan. Kalau betul begitu sekali hudu yang nak dijalankan, kena kaji betul2 barulah dijalankan.

    BalasPadam
  5. Assalam, betul tu kalau nak jlanakan hukum Islam tu biarlah berlandaskan Syariat Islam yng sebenarnya barulah semua akan menyokong... harap-harap isu nie tak lah berpanjangan...


    http://ikhwanmencarinurillahi.blogspot.com

    BalasPadam
  6. saya bkn pro gov..bkn pro pembangkang...

    hari2 bukak berita harian, baca utusan, tengok harakah daily, bace Malaysian Insider, baca asiaone.. just nak cari dan tahu..persepsi, pendapat dan ideologi berbeza dr pelbagai sudut...

    lepas tu...guna akal. fikir sendiri..timbang tara. Mana elok, mana tak elok...

    BalasPadam
  7. sayang Tun Mahathir..kalaulah die masih dapat jadi PM..hukhuk...suke!!

    skrg xnak sokong mana2..wahahahhaa jahatnye...^_^

    BalasPadam
  8. wallahualam siapa yang betul siapa yg tidak

    BalasPadam
  9. Strategi dan rancangan sulit pembunuhan Muammar Gaddafi...... MESTI BACA...

    Rujuk entri ini:http://che-armad.blogspot.com/2011/10/top-news-strategi-dan-rancangan-sulit.html

    BalasPadam
  10. Tun Muhathir dan Nik Aziz masing2 punya pendapat sendiri


    New Entri:
    GENK DI BELGIUM

    BalasPadam
  11. Salam, untuk keadilan biarlah saya terangkan.

    Pertama jika Dr.M tidak setuju dengan Hudud PAS mengapa tidak diadakan perbincangan untuk berbincang bagaimana perlaksanaan yang sesuai untuk Hudud dilaksanakan.

    Fakta yang sebenarnya ialah, Tun Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri telah datang ke Negeri Kelantan dan memberi amaran kepada kerajaan Negeri Kelantan memberi ugutan, sekiranya PAS menjalankan Hukum Hudud di Kelantan, Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan dan boleh mengistiharkan darurat serta menggantung perlembagaan Kelantan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1977.

    Ini bermakna Dr.M menutup terus pintu untuk melaksanakan Hudud.

    harus diingat disini bahawa HUDUD adalah hukum Allah, ia bukan hukum PAS dan rekaan mana-mana pemimpin PAS.Sepatutnya tidak menjadi masalah kepada mereka yang beriman kepada Allah SWT untuk menerimanya. Penerimaan hukum Allah sama seperti menerima perintah puasa. Jika difikir secara logik, ibadah puasa juga amalan yang memenatkan dan menyeksa penganutnya. Tetapi kenapa kita boleh laksanakan dengan baik dan teratur.

    Sila dengar penerangan ust Zaharuddin ini yang kita kenal sangat arif dalam bidang agama:

    http://www.youtube.com/watch?v=cZgx2PetslQ

    Dan satu lagi adalah Fitnah yang sngt besar mengatakan bahawa PAS melaksanakan Hukum Hudud suami boleh liwat isteri kerana nabi Muhammad S.A.W melaknat golongan yang meliwat isteri fikirlah kpd logik adakah sebuah gerakan Islam mahu menempah laknat Allah S.W.T

    Mari kita muhasabah diri dengan Firman Allah ini:

    “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
    (Surah al-Hujurat, ayat 6)

    Saya tidak menuduh Abg Ben sebagai fasik tapi berita yang Abg Ben dapat itu daripada orang yang Fasik....

    Tolonglah terbitkan komen ini jika Abg Ben seorang yang adil.

    BalasPadam
  12. Lihat disini apa yang Dr.Maza kata tentang usaha Kelantan mahu melaksanakan Hudud:

    http://drmaza.com/home/?p=1617

    sebenarnya kita tidak boleh dengar disebelah pihak sahaja kerana jika kita seorang yang rasional kita harus dengar kedua-dua pihak dan pihak yang ketiga seperti Ust Zaharuddin & Dr.Maza kerana mereka tiada kepentingan politik...

    Terima kasih kpd Abg Ben kerana terbitkan komen saya dan sy berdoa kepada semua semoga beroleh kebenaran Amin.

    BalasPadam
  13. @Na'im Nikmat fakta sebenar tu diambil dari mana ?

    Kedua , kedua .. isu disini ialah ? bukan pasal hudud Islam ... Mereka bukan menolak hudud .. tapi ?

    BalasPadam
  14. @Na'im Nikmat

    Persidangan Dewan Rakyat hari ini menjadi hangat apabila seorang wakil Bebas mendakwa undang-undang Hudud yang diluluskan kerajaan PAS semasa memerintah Terengganu, membenarkan suami meliwat isteri. Ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011, Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata jika mengikut Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir yang digazetkan pada 2004, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorang suami berbuat demikian.

    BalasPadam
  15. Sebenarnya sudah ada penjelasan cuma mungkin ramai yang tidak terbaca@membacanya Abg Ben sila baca disini:

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6096-liwat-isteri-ulasan-zul-noordin-cetus-kekecohan

    Itulah sebab saya kata kita perlu muhasabah kerana yang mengeluarkan kenyataan ini seorang pemimpin yang mengkhianati rakyatnya apabila keluar Parti dan menjadi MP Bebas..

    Firman Allah bermaksud:
    “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
    (Surah al-Hujurat, ayat 6)

    BalasPadam
  16. betul tu . kadang bila baca sebelah pembangkang rasa macam pembangkang betol . tapi bila baca sebelah kerajaan macam betol jugak . haha

    BalasPadam
  17. @Na'im Nikmat awak baca dari http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6096-liwat-isteri-ulasan-zul-noordin-cetus-kekecohan awak akan kata kerajaan salah, what if awak baca akhbar pro-kerajaan, awak akan nampak kerajaan betul. dari sini, pasal ugut ugut tu, tok sah percaya lagi :)

    BalasPadam
  18. nak dekat pilihanraya ni mulalah keluar balik cerita hudud ni.. humm..

    BalasPadam
  19. "Dewan Hangat Bila Ahli Parlimen Dakwa PAS Luluskan Hukum Hudud Suami Boleh Liwat Isteri ." ade lagi rupanya artikel ni. Takpe la, orang yang paham maksud sebenar dan tidak seleweng fakta tau maksudnya, tak gi tu abang ben,

    mana ade wujud Hudud Pas, semua putar alam dari pihak yang tak nak laksanakan, 50 tahun lebih merdeka.. takkan tak habis lagi ngaji bab hudud..

    BalasPadam
  20. @yuyu Zulaikha

    Untuk pengetahuan Cik Yuyu & Semua pembaca setia Abg Ben,

    Saya akan berikan teks surat Dr.M kepada Kerajaan Kelantan:

    PERDANA MENTERI MALAYSIA

    YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
    Menteri Besar Kelantan
    KELANTAN

    Y.A.B. Tuan Haji,

    PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993
    DI NEGERI KELANTAN

    Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
    Bertarikh 8 Jun 1994

    Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

    1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

    2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

    3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

    bersambung dikomen ke2 kerana terlalu panjang....

    BalasPadam
  21. Bla info dah bertukar tempat dan penulis, pasti ada penambahan dan pengurangan..



    Semoga kita bersama orang² yang benar..

    BalasPadam
  22. Sambungan drpd komen pertama..

    4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

    (i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

    Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

    (ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

    bersambung dikomen ke3.....

    BalasPadam
  23. sambungan drpd komen ke3...

    Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

    Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.


    5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

    6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

    7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

    DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

    BalasPadam
  24. Baik saya sudah berikan teks surat yang ditulis Dr.M yang memberi alasan mengapa Hudud tidak boleh dilaksanakan.

    Untuk menjawab semua alasan yang diberi Dr.M untuk tidak melaksanakan Hudud sila dengar penjelasan Ust Zaharuddin disini:

    http://www.youtube.com/watch?v=cZgx2PetslQ

    Anda semua nilai sendiri...Seperti sy katakan sebelum ini bahawa HUDUD adalah hukum Allah, ia bukan hukum PAS dan rekaan mana-mana pemimpin PAS.Sepatutnya tidak menjadi masalah kepada mereka yang beriman kepada Allah SWT untuk menerimanya. Penerimaan hukum Allah sama seperti menerima perintah puasa. Jika difikir secara logik, ibadah puasa juga amalan yang memenatkan dan menyeksa penganutnya. Tetapi kenapa kita boleh laksanakan dengan baik dan teratur.

    BalasPadam
  25. Untuk Cik Yuyu,

    Menjawab soalan ini "mana tau Tun ugut ha????

    Tun Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri telah datang ke Negeri Kelantan dan memberi amaran kepada kerajaan Negeri Kelantan memberi ugutan, sekiranya PAS menjalankan Hukum Hudud di Kelantan, Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan dan boleh mengistiharkan darurat serta menggantung perlembagaan Kelantan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1977.

    Hal ini dijelaskan sendiri oleh Tuan Guru haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam ucapan terbarunya berkenaan isu hudud di hadapan kira-kira 160 bloggers di Grand Season Hotel Kuala Lumpur [http://www.malaysiakini.com/news/153541]

    BalasPadam
  26. Terima Kasih kepada Abg Ben yang bersikap tidak berat sebelah dan menerbitkan komen saya amat saya hargai..

    Disini saya berikan kenyataan Dr.Asri Zainul Abidin (Dr.MAZA):

    Apabila sebut hudud di Malaysia, ramai yang akan mengingati hasrat Kelantan untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Ada yang menyatakan hasrat tersebut sekadar mainan politik, padahal tuduhan itulah mainan politik. Saya bukan anak Kelantan, tidak juga aktivis parti di Kelantan. Saya orang luar Kelantan yang sering diberikan peluang oleh Kerajaan Kelantan untuk melihat pentadbiran dari dekat.



    Saya yakin bahawa dalam isu hudud hasrat Kelantan bukan main-main. Ia adalah hasrat yang terbit dari perasaan tanggungjawab perintah muslim terhadap ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan nas-nas Rasulullah s.a.w dalam sunnah baginda. Saya sendiri mendengar perkataan YAB Menteri Besar Kelantan ketika ditanya tentang hudud, beliau menjawab: “Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya”.



    Saya lihat wajahnya, saya rasai kejujuran dan kebimbangan beliau yang diamanahkan pemerintahan mengenai hukum Allah berkenaan. Apa tidaknya, Allah menegaskan dalam al-Quran: (maksudnya)

    “Ini ialah satu “surah” yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat. Perempuan Yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman” (Surah an-Nur: 1).

    BalasPadam
  27. ada ke media kat malaysia ni yang bebas politik?
    tengok TV3 rasa macam nak hentak TV, baca surat kabar, jangan cakap. hampehh

    BalasPadam
  28. semoga kita di pihak yg benar..

    Tun M dan Nik Aziz..dua2 sy hormati :)

    BalasPadam
  29. Liwat isteri menurut Mazhab Syafie adalah perlakuan jenayah yang tidak termasuk dalam kategori Hukuman Hudud tetapi Hukuman Ta’zir. Menurut al-Imam al-Syarbini:- seorang tokoh Mazhab Syafie- “Adapun menyetubuhi isterinya atau hambanya pada dubur (liwat) maka pendapat Mazhab ialah wajib dita’zir sekiranya berulang. Sekiranya tidak berulang maka tidak dikenakan ta’zir.” Rujuk Mughni al-Muhtaj, Juz 16, hlm. 356-357.

    BalasPadam