Kau bukan poyo

by - Khamis, Oktober 27, 2011

 

Hurm… blog … Ada orang kata , blogger ni pandai cakap jer .. Dalam blog ‘memekak sana sini ‘ pasal macam macam isu ..Padahal kat luar dia camana pon tah la.. Entah entah lagi teruk ..kan ?

Bagi aku la kan .. Apa yang dia tulis itu adalah satu kesedaran .. Aku amik contoh bab pakaian .. Tak kira lelaki atau perempuan , pasti ramai blogger buat entri pasal tu .. Tapi apa yang tak puashati lalu berkata ,

“ Ala .. adik beradik lu pon belum tentu tutup aurat !”

Heh.. yang kau terasa tu nape ? Mana tau dia tulis entri tu , adik dia baca .. sedara mara dia baca .. Aku tak nafikan ada gak sedara mara aku baca blog aku .. Kawan kawan aku.. Jadi secara tak langsung , blog tempat kita menegur secara berhemah.

Yang tak bagusnya ada spesis blogger yang menyampaikan dengan kata-kata kesat .. Hurm… Tak best la gitu .. kan ? Cakap la elok elok dari hati tu .. Kalau baca dah macam tu , bayangkan camana blogger tu ? Haih..

Ada juga kata blogger ni ‘ cakap tak serupa bikin ‘ . Cuba fikir kembali kenapa artikal tu boleh keluar ? Kesedaran diri !! Dia sedar sebenarnya tapi masih belum mampu buat namun  bila dengan wujudnya entri begitu , pasti dia akan berfikir berkali kali .. Dan dia pasti akan malu sendiri..

Kita sama sama doakan yang menulis dan membaca berubah ke jalan Allah.. Bukan menjatuhkan sesama kita lagi .. Itu yang tak bagus.. Kita , adakalanya tersesat jalan maka kawan kita yang membaca itulah yang akan menegur dan membetulkan kita kembali.

Itulah indahnya dunia blog ini…

You May Also Like

22 comments

  1. Haa . setuju sgt !
    Ade yg cakap kite yg blogging nie skadar "MENCAPUB" je .
    Padahal pesbuk yg dorg update status 24jam tue ag lah mencapub je lebih -,- #bengang

    BalasPadam
  2. ~teguran dengan cara yang baik boleh merubah ke arah kebaikan..:)

    BalasPadam
  3. betul. bila buat sesuatu tu, terpikir gak, aisy..aku tak suka org wat gini, aku pun tak leh buat la.

    jangan sampai apa yang dikata tu makan diri sendiri sudah

    BalasPadam
  4. betol!
    hari2 mimi buat lesson kat belog setiap pagi sebelom mulekan belog dgn merepek2 lain2 lagi..
    kekadng terpikir gak
    ape yg aku taip ni kekadang aku pon x buat
    tapi tu lah sebenarnye menyedarkan mimi betapa byk bende aku x buat utk kebaikan diri..
    emm..sape taw, mungkin dr belog kita akan berubah kan?

    indahnye berbelog =]

    BalasPadam
  5. menulis di blog dapat meningkatkan kreativiti, kemahiran bahasa, menyampaikan maklumat, menyampaikan idea, menyampaikan rasa marah dan sebagainya. lagi pun blog ni lebih kurang je macam diari. cuma online lah kan. kalau berani publish sesuatu, berani la tanggung risiko.

    yang tak berblog tu pula, apa dia dah buat online memanjang?

    BalasPadam
  6. at least they has effort to write something =)

    BalasPadam
  7. ye ! btul tu abg bens ! setuju sangat kot !

    BalasPadam
  8. yg menegur pown bknlah perfect..sbb tu kne saling tgur. kalau nk tggu perfect baru boleh tgur org lain,kena balik zaman nabi la.sbb nabi je yg perfect.

    BalasPadam
  9. betul tue.. nie x, asal orang tulis entry bout kesedaran, mule nak kutuk macam2.. cakap orang trip alim laa.. and so ever laa !

    BalasPadam
  10. Betul2x....kalau positif yg dia tulis tu secara lansung tau x lnsung dia akan sedar...atau mengambil sebagai pengajaran ...dlam hadis mengatakan bahawa " jika tunggu seseorang yang berdakwah itu sempurna, maka tiadalah pendakwah kerana kesempurnaan itu hanya milik ALLAH yg ESA ".....

    mana yang baik ambil sebagai teladan mana yang buruk jadikan sempadan,,hiihi

    BalasPadam
  11. Aiseh, golongan-golongan yang suka mencari salah orang, salah sendiri xesedar2.

    BalasPadam
  12. aku mampu ermmmmmm je lah ben.. sebab bila aku tulis pasal agama.. memang ramai yg memaki aku.. tu biasa.. Malaysia kan amalkan ahak kebebasan bersuara.. hahha

    BalasPadam
  13. kepelbagaian ragam manusia ni,membuatkan kita ada banyak idea untuk terus menulis di blogg kan en ben..hahaha

    BalasPadam
  14. ingat2 ye wahai blogger2 sekalian...
    kata2 yang memberi kesan ade dua...
    pertama dtang nya dri hati yang bersih dan penulisannya hnya kerana Allah dan kedua pnulisan yng kotor, semata2 kerana dunia..
    jadi, sama2 kita berusaha tu berblogging dengan cra yang bersih ye..
    xpe, salah silap kita semua, muhasabah semula ye.. heehehe =)

    BalasPadam
  15. Penulisan kita secara tak langsung memberi orang lain kesedaran. =)

    BalasPadam
  16. mak pesan,blog tu bawa imej family,sebab tu kena jaga bahasa ;)

    BalasPadam
  17. Biasalah tu nama pun manusia, mempunyai emosi dan semua tak sama ... ada negatif ada positif dan tengah tengah pun ada ... emmm tengah2 negatif dan positif tu nak kata apa a'a istilahnya ?

    BalasPadam
  18. Ben, sebab tu kengkadang kalau ada isu sensitif, saya awal2 cakap " ini peringatan untuk diri sendiri, jangan terasa ye" ha kira macam tu lah ayat dia. hik hik hik. Bila baca tu serius kita malu nak buat dah...

    BalasPadam
  19. terbaikkkkk la entry ni...thumb up ben!! :))

    BalasPadam
  20. kdg2 kita taip dlm blog tu,kita tak wat pun,cuma nak tulis benda kebaikan je yg boleh buat kita sedar supaya sentiasa dan cuba utk berubah jadi ke arah lebih baik...

    BalasPadam
  21. sokong kata2 abg ben.. sebab setiap kali kita nak menulis entri, kita mesti fikirkan baik buruk entri tersebut sebelum di publish untuk orang baca..

    BalasPadam