Kebangangan mereka terserlah sungguh !

by - Sabtu, Oktober 01, 2011

 

Maaf , sbb guna perkataan yang agak kasar tapi itulah yang aku tergambar di kepala otak aku ni . Mampu geleng kepala. Aku pelik . Serius , aku pelik. Kenapa ?

 

" Rakaman gambar bogel mangsa di depan kamera web turut menjadi alat lelaki Nigeria memeras ugut wanita tempatan bagi mendapatkan wang.

Selepas memerangkap mangsa dengan ayat-ayat cinta, mereka meminta mangsa berhubung menggunakan kamera web, tetapi mereka sendiri tidak menunjukkan identiti sebenar dengan alasan tidak mempunyai peralatan itu. "

 

Kenapa ?? Kot ya sunyi sekali pun jangan la perbodohkan diri sendiri. Takkan la tak baca suratkhabar kot ? Haish... Akhir sekali , sendiri susah !

 

Mangsa yang sudah hanyut dengan cinta palsu suspek dipujuk berbogel depan kamera web sebelum suspek merakam aksi berahi pasangan mereka itu,”.

Selepas itu, suspek menyamar sebagai individu lain dan mendakwa mempunyai rakaman gambar bogel mangsa dan memeras ugut mereka.

Katanya, akibat takut gambar bogel mereka disebarkan, mangsa sanggup membayar wang ribuan ringgit kepada suspek tanpa menyedari mereka diperalatkan kekasih maya terbabit. " - Hmetro

 

Sebanyak 774 kes penipuan melibatkan wanita tempatan yang mana malaun-malaun tu telah mengaut RM24 juta untuk 8 bulan pertama tahun ni ! Pergh.. Bukan sikit okeh !!

 

Aku tau ramai dapat email , mesej di FB dan sebagainya ..  Tapi tak sangka ada yang tertipu ! Haiskh.. Dalam 1000 ditaburnya , pasti akan sangkut satu gak ..

 

Adoi.. Bawak bawak la bercampur dengan masyarakat.. Baru la tak sunyi hidup tu..

 

Blog Pilihan : fAtrinA

You May Also Like

7 comments