Kepentingan tajuk pada satu satu entri di blog

by - Isnin, Oktober 17, 2011

 

Tajuk panas .. Mungkin akan ada yang pandang  serong terhadap blogger yang sering amalkan tajuk tajuk panas untuk menarik pembaca masuk membaca artikalnya. Tapi bila di baca , seringkali ada yg tertipu.

Memang terjadi ! Tidak dinafikan. Biasanya pembaca akan marah dan rasa tertipu. Kesannya , blog tersebut akan dimasukkan ke dalam senarai hitam blog yang tidak perlu dikunjungi langsung !

Bagi aku , tajuk hot atau panas mmg perlu untuk menarik pembaca ke blog kita. Konsep ini serupa seperti strategi pemasaran filem. Trailer trailer yang memaparkan adegan yang menarik dipaparkan. Mereka takkan paparkan adegan biasa untuk promo. Begitu juga tajuk pada blog. Ianya merupakan satu promosi juga.

Tetapi , tajuk dan kandungan perlulah ada kaitan .. Jangan tiada langsung. Ini mengundang rasa tidak puashati pada pembaca kelak. Maka berhati hati dalam memilih tajuk dan juga kandungan entri.

Blog aku biasanya tajuk yang aku letakkan adalah sebahagian dari isi kandungan juga tetapi ianya adalah tersirat. Aku gemar menggunakan tajuk sebegitu rupa agar pembaca  perlu teliti membaca dan menilainya. Aku tak nak pembaca sepintas lalu kemudian komen yang tiada kena mengena atau terus lari tajuk dari entri tersebut.

Ada yang gunakan tajuk biasa atas alasan kandungan entri lebih penting dari tajuk . Benar ! Jika kita punya pembaca setia , kita letak NOKTAH saja pon mereka akan masuk. Bagaimana pula mereka yang baru menulis blog ?

Pendapat aku , tajuk adalah penting. Mungkin mereka kata mereka tertipu tapi fikirkan kenapa mereka masuk untuk membacanya ? Pastinya tajuk itu menarik buat mereka bukan ?

Aku amik contoh , ARTIS DITANGKAP KHALWAT .. Bayangkan berpusu-pusu orang masuk membacanya tapi hampa kerana kandungan  tiada kaitan. Marah ! Loh.. kenapa nak marah ? Takkan nak masuk baca entri pasal tu kot ?? Sapa suruh ! G la baca entri yang lebih ilmiah kan ?

Pada peringkat awal berblogging dulu , aku gemar lakukan ujian untuk mengetahui apakah isu isu atau  bahan bacaan kegemaran rakyat Malaysia setiap hari.. Pastinya , hiburan dan politik.. Kalau bab agama sekali pun , pasti ada kaitan dgn politik.. Takkan lari..

Ya , citarasa masing masing .. Terpulang pada pembaca. Sebab itulah tajuk itu penting. Tajuk saja sudah boleh membuatkan pembaca tahu apakah isu yang bakal dibacanya nanti.. Entri perlulah diolah dengan lebih santai atau lebih padat untuk memastikan mereka tertarik dengan blog kita .

Maka , tajuk adalah umpan. Kalau umpan sekadar ' AKU MAKAN IKAN GORENG TADI' , maka kita dapat tulang sajalah .

Sekadar pendapat saja.. Terima kasih .

You May Also Like

28 comments

  1. betoi betoi. sokong ape abg ben cakap ^__^

    BalasPadam
  2. setuju!..tak nk dpt tulang jer..^_^

    BalasPadam
  3. memang. kadang-kadang masuk blog orang tengok first page je. bila tengok kat archive ada tajuk best baru buka. kalau takde, tutup la blik lepas baca satu home page tu. haha
    :D

    BalasPadam
  4. betul tu....manusia ini gemar dengan benda yang menarik...macam entri ku... ini.....

    Mantop!!!
    http://www.cayob.com/2011/10/perempuan-seksi.html

    BalasPadam
  5. benar2 !

    mg salu kne tipu har3 -.-
    y pling pting siap bkak link , mncul mke y sgt 'cntek'

    BalasPadam
  6. saya juga ada gunakan teknik ini...teknik ini memang dapat menarik pembaca.. cuma kalau digunaka selalu.. memang la susah..takut nti pembaca lari....tpi kalau sudah ada pembaca setia...macam encik ben tulis.. NOKTAH pun orang baca..
    selalunya lau saya guna tajuk yang mengarut.. saya akan explain dalam blog..tulisan...tu je la...

    jangan amalakan selalu..

    BalasPadam
  7. tu la kdg geram gak yg setengah bloger tajuk gempak habis.. tapi isi tulis dlm tu.. "ceh, tipu je sje wt tjuk gempak2.. " huhu..

    BalasPadam
  8. Btol tu abng ben,mcm sye lebih suka ltak tajuk panas pada n3 berunsrkan dakwah..sbb jarang orng akn bce tjuk n3 yg trlalu straight 2 da point..

    BalasPadam
  9. nk tajuk panas2 pun, atleast biar ada kaitan.. klu xder kaitan lgsg, saper xmarah..

    BalasPadam
  10. sebab tu ade follower cik suha ckp blog cik suha blog lucah..sobs...


    (^_^)

    BalasPadam
  11. sgt2 btoll tu Abe BEN..mmg TAJUK tuu penting utk menggambarkan apa crite di dlmnya...setuju sgt2...

    BalasPadam
  12. kadang2 penah wat tajuk pasal Artis beromen dalam semak..tapi masuk lam entry gambar ayam tengah bertelur..erk reader berang siot hu3

    BalasPadam
  13. tq ben,saya msh lemah bab meletak tajuk

    BalasPadam
  14. assalamualaikum..
    sila bagi komen ye.bantu saya agar lebih matang dalam berblogging.
    perhatian dari abg amat di hargai =)

    http://atiqahofficialsite.blogspot.com/2011/10/mampukah-kita-hidup-tanpa-internet.html

    BalasPadam
  15. Selalu gak terkena mcm tu incik Ben..
    tp xpernah lg nak buat camtu..
    hehe..tajuk entry Cik Mendezz mlm ni mmg sgt kene mengena dgn entry yeh..

    http://azuramendezz.blogspot.com/2011/10/bila-dah-sayang-baru-tahu-kekasih-hati.html

    no tipu2..kehkehkeh! =P

    BalasPadam
  16. perghh.. entry kali ini , the best lah ^_^

    BalasPadam
  17. kalau tajuk panas2 memang orang suka masuk dan baca, berbanding dengan tajuk yg biasa2 je!

    tapi jangan sekadar tajuk je gempak tapi isi kureng..

    BalasPadam
  18. xnak dapat tulang je..sob2... @_@

    nak isi ikan yang lemak berkrim tu..hukhuk

    BalasPadam
  19. stju gn abg ben! tajuk mmg memainkn prnan pnting..

    BalasPadam
  20. Saya selalu menghadapi masalah nak letak tajuk sesuai..last last tajuk macam budak2..*sigh*

    BalasPadam
  21. sama cam tajuk filem...msti nk pilih yg hot..br org brminat nk beli tiket...

    BalasPadam
  22. pernah terfikit mcm tu..tapi bile dah lama2 ni dah faham asam garam berblog...

    BalasPadam
  23. Ya betul. Tajuk mesti panas, tapi tak boleh la 100% tak berkaitan langsung dengan isi entri. ;-)


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Strawberi pelik

    [U] Proton Satria Neo menyerupai binatang apa?

    [U] Dijumpai mati di padang golf

    BalasPadam
  24. saya still ada masalah bila nak tulis tajuk ...xtahu nak tulis tajuk yg best2..

    BalasPadam
  25. SETUJU! hehe..tapi kadang-kadang geram gak.grrrr

    BalasPadam
  26. hahhaha...betul...tajuk gempak and catchy sekali entri "ait...itu haje?? hurmm"


    Nealofa dan Izara Aishah : Bakat atau sekadar Rupa?

    BalasPadam