Kerajaan patut timbang lanjut perkhidmatan penjawat awam berstatus kontrak

by - Selasa, Oktober 18, 2011

 

Aik ?? Baru sedar ke ? Patutnya masuk sekali masa budget ari tu ..

Penjawat awam berstatus kontrak ni bukan sekadar buat kerja perkeranian tetapi yang tugasan yang penting penting pon mereka terlibat sama .

Apa salahnya mereka dipanggil untuk temuduga dahulu tapi biarlah memenuhi syarat perkhidmatan.. Ni tak panggil langsung seolah macam tak nak bagi peluang jer.. Tak best la kan ?

Kalau GSTT boleh diberi pulang untuk jadi guru tetap mengapa tidak penjawat awam kontrak ni kan ?

Mereka ni dah dilatih atau berpengetahuan mengenai selok belok satu satu kementerian malah ada yang bagus ! Kalau ditamatkan perkhidmatan , sayanglah pengalaman mereka ni .. Sia sia gitu je.. Kalau dapat keje swasta lainlah.. Kalau tak ? Bukan senang tau nak mintak swasta atau pun nak buat bisnis sendiri..

Maka kalau boleh , kerajaan pertimbangkanlah.. Sian weh.. Bukan skit tapi beribu-ribu… Bayangkan setiap mereka ni pegang rahsia kementerian .. ;P

 

Cuepacs mohon kerajaan timbang lanjut perkhidmatan penjawat awam berstatus kontrak

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbang untuk melanjutkan perkhidmatan penjawat awam berstatus kontrak yang akan ditamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini.


Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada penjawat awam di jabatan, agensi dan badan berkanun berstatus kontrak yang diberikan surat tidak dilanjutkan perkhidmatan mereka.

"Cuepacs akan menghantar surat secara rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memohon jasa baik beliau untuk melanjutkan kontrak pekerja berkenaan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun lagi," katanya selepas menyampaikan taklimat isu semasa di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, hari ini.

Beliau berkata, tempoh berkenaan bagi membolehkan penjawat awam berkenaan yang kebanyakannya daripada kumpulan pengurusan dan profesional memohon perjawatan tetap atau mencari pekerjaan lain bagi meneruskan kehidupan.


Katanya, kerajaan seboleh-bolehnya diminta agar menyerap penjawat awam berstatus kontrak terbabit untuk memenuhi jawatan kosong yang wujud dalam perkhidmatan awam ketika ini.


"Ada antara mereka yang berkhidmat selama 15 tahun dan kalau ditamatkan begitu saja, sudah pasti akan menyusahkan kehidupan mereka yang mempunyai pelbagai bebanan dan tanggungan," katanya.


Omar berkata, terdapat kira-kira 45,000 pekerja berstatus kontrak pada masa ini, namun beliau difahamkan bukan kesemua mereka tidak dilanjutkan kontrak pada hujung tahun ini.


Sementara itu, beliau mengingatkan para graduan agar tidak berasa bimbang berhubung had umur persaraan yang dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun kerana ia tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan dalam sektor awam.


Katanya, bukan kesemua penjawat awam akan berkhidmat sehingga usia 60 tahun dan hanya mereka yang mempunyai kesihatan serta masih mampu menyumbang idea dan inovasi bakal diberikan keutamaan. - BHARIAN

You May Also Like

10 comments

  1. BEN , cube tengok kartun ni ..

    http://sekencangangin.blogspot.com/2011/10/kencang-wordless-wednesday-pencen.html

    memang terbaikkkk . tempat letak tongkat , tempat letak kerusi roda , ubat2 . hahhaha

    BalasPadam
  2. salam, semoga tuntutan itu berjaya...

    BalasPadam
  3. acik sokong yg terbaik buat rakyat Malaysia.
    Kalau badan masih sihat, mungkin acik juga akan sambung kerja sampai umur 60 ... :)

    BalasPadam
  4. patutnya semuanya diperbincangkan dalm budget 2012 , kerajaan perlu alert , jangan cicirkan dan memandang ringan terhadap hal-hal macam ni .

    BalasPadam
  5. setuju ngn en ben!!harus di beri peluang untuk dorang sbb kerja dorg mngalahkn org yg berstaus tetap....101% setuju!!

    BalasPadam
  6. papa ben..
    entri panjang..tlg rumuskan ;)

    BalasPadam
  7. Setuju Ben...adik kak dah 10 tahun kerja dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian...sampai la dok status kontrak lagi walaupun dah berkali2 dia dok atur mcm2 program kesenian sampai dapat anugerah kebangsaan...mcm tak nampak apa yang dia buat...sian.

    BalasPadam