Menegur orang di zaman ini

by - Ahad, Oktober 16, 2011

 

Sekarang ni nak menegur orang susah dah woooo.. Bila kita tegur , dia kata dia tau apa yang dia buat.. Dia pon masuk U laa .. Ada degree.. Kira power dah ! Pastu siap sound kita balik.. Nak salahkan sapa ? 

Buat style anak buah aku  cara tazkirah paling menginsafkan , kang kata aku mengaibkan dia pulak .. Kita ni bukan la nak subahat atau nak butakan mata tapi kita tau bila kita tegur , kita pulak yang kena 'fire'.

Maka zaman sekarang ni , yang depan mata tu terpaksalah kita guna psikologi sikit.. Kita buat dia rimas .. Atau paling tidak pun , jeling dengan hujung mata. Eceh..

Kecuali ada yang spesis berani berhujah depan orang ramai. Kira berani nak bertekak kat situ gak la.. Orang jenis ni , kalau dapat berhujah dengan keluarkan sekali dengan dalil hadis dan Al-Quran, aku confirm terdiam punya . Namun untuk insaf timbul tu , belum pasti lagi la.. Ego !

image

Susah nak tegur orang zaman ni. Masing masing punya pendapat yang menurut logik akal fikiran sendiri. Segalanya betul. Kalau dah 'tersesat' , baru nak teriak menyesal. Nasib baik boleh teriak. Kalau tak boleh teriak ? Tau tau je dah dalam tanah ?? Camana tu ??

Macam aku .. Aku malas nak bertekak depan orang ramai.. Segan pun ada. Jadi pendekatan yang aku amik , aku gunakan blog ! Aku cerita dalam tu , pembaca  aku terutamanya yang belum kawin , dapat manfaatnya. Samada nak ikut atau tidak , terpulang pada masing masing !

Untuk menegur depan depan , mungkin bila rasa terlampau sangat barulah aku tegur.. Penah gak la dulu .. Bab rokok. Heh..

You May Also Like

11 comments

  1. tegur menegur utk kebaikan amalan mulia ...

    menegur dgn cara paling berhemah ..

    yang kena tegur pulak kn lah terima kalau itu mmg baik ...

    kita manusia kadangkala xsedar apa yang kita buat tu salah ..:)

    peace !

    BalasPadam
  2. stuju! mmg susah nk tegur orang skang ni. bila ditegur, melenting. saya pon pernah lah buat cam tu gk, melenting. tpi takdelah lepas melenting, cari kesalahan org tu plak. anyway, nani mmg ada masalah skang ni, tk tahu cam ne lagi nk tgur kawan sorang ni. hmmm D;

    BalasPadam
  3. memang wujud manusia yang sukar menerima teguran..

    Org yang menegur pun kenalah berhemah..

    Biar lembut hati yang mendengar..
    :)

    BalasPadam
  4. bila dah tegur sekurang2 nya dosa bersuhabat dah terlepas di bahu kita :D

    so chill

    BalasPadam
  5. "tiada manusia sempurna" kalau tiga perkataan ni dah sebati dalam diri seseorang, dia tak akan dapat terima nasihat orang lain. ye lah, tak de yang sempurna, buat apa susah-susah dengar cakap orang yang tak sempurnya juga kan?
    memang betul takde manusia sempurna, tapi dia orang tu takde akal untuk berfikir kenapa dia boleh berfikir? boleh meentukan baik buruk? kalau boleh guna otak tapi tak boleh guna iman, baik jangan mengaku manusia.
    :)

    BalasPadam
  6. LIKE banyak2..^_^

    sekarang susah nak tegur org la abg BEN. buat baek, org cakap belagak alim pulak.buat xpeduli org cakap sombong. fening la..@_@

    BalasPadam
  7. saya tengok keadaan la..kdg2 berani gak tegur bdk2 remaja yg lepak tepi masjid tp tak g solat jumaat.

    BalasPadam
  8. kadang2 nak tegur serba salah takut kene lenting plak..tu yg malas tu

    BalasPadam
  9. kadang2 nak juga tegur,tp cam ben ckp..nnt jd gaduh..mls!

    bab rokok mmg geram.kena perli baru mereka fhm.

    BalasPadam
  10. biasanya manusia akan memberi 1001 hujah untuk membenarkan segala perbuatannya itu=(

    BalasPadam
  11. ehem. kalau kita tegur, di suruhnya kita .. dia suruh kita perbaiki diri kita sendiri dulu. dikatakan diri orang yg menegur sudah cukup perfect ke? bagi saya lah.. takkan nak tunggu jadi ustaz atau ustazah baru boleh menegur. orang yg berfikiran positif dan orang yg hendakkan dirinya maju .. bersedia menerima teguran :D

    BalasPadam