Patut la kes kemalangan tinggi di negara kita !

by - Selasa, Oktober 25, 2011

 

Dalam entri Aku tak suka memandu di Pulau Pinang tadi , mungkin ada yg terasa .. Maaf la yer , aku pun berdarah orang Penang tapi itu cuma pendapat aku yang setiap kali aku balik sana , aku malas nak bergerak ke mana mana.. Boleh sakit jantung aku.. Bukan sekali dua aku kena pancung sewaktu drive kat situ tapi berkali kali .. Kalau kita bagi signal pon , hampeh laaa nak dapat masuk … Namun masih ada yang prihatin !

Otw balik tadi … Bertolak pukul 3 petang , selepas jumpa sepupu aku kat Sunway Carnivals , kami ( aku ngan wife ) terpaksa menempuh hujan yang amat lebat. Alhamdulillah , pengalaman aku memandu berkali kali sewaktu balik ke Kelantan membuatkan aku lebih rileks memandu tadi ..

Tapi !! Aku cukup pelik la sikap pemandu kita yang gemar ikut rapat sewaktu berada di lorong laju. Tak tau had maksima kat atas lebuhraya tu berapa ??? Tak sekolah ke ? Serius cakap bila tengok , majoriti semua kereta besar ! Tau laaa kereta awak tu laju tapi kena tau gak , jalanraya tu bukan bapak awak punya ! Orang lain pun bayar cukai jalan raya ! Aku rasa kerajaan patut kenakan saman yang lebih tinggi pada kereta mengikut kenderaan laaa… Geram tul !

Bayangkan la.. kita baru je potong lori besar tau tau dia menderu belakang kita terus bagi lampu besar berkali kali ! Takkan kita nak mencelah antara lori besar tu pulak .. Adoiiii..

Sikap pemandu di negara kita ni mmg mengecewakan .. Tah hairanlah setiap kali perayaan , jumlah kemalangan adalah tinggi… Haihh.. teruk betul..

Sepanjang jalan tadi , hujan lebat.. Jalan raya licin.. Korang nak ke mana laju laju ??? Selepas berenti rehat di hentian Tapah , ada satu kemalangan jalan raya yang mana kereta yang terlibat tu terbakar habis.. Aku ingat nak je berentikan kereta dan amik gambar tapi merbahaya lak perbuatan aku tu .. heheh…

Pelik tapi benar .. itulah sikap pemandu kita bila berada di atas jalanraya .. Secara automatik , ilang terus sikap sopan santun atau lemah lembut.. Seolah olah ada jin yang merasuk pemandu kita termasuk aku !

You May Also Like

17 comments

  1. rakyat Malaysia mmg bsopan santun..tp ble kt jln raye, sume cm lupe diri jap..huhu :p

    BalasPadam
  2. manusia..selalunya memang semua nak cepat :)

    BalasPadam
  3. tau takpe .sakit hati okay. bukan tu je , kalau kat jalan biasa pun sama. nak kata bodoh, kereta besar rupa macam boss besar -.-'' tapi haish

    tu tak masuk lagi pasal motor tu . kita dah bagi signal dia main ptong je . kang kalau eksiden di salah kan kete T_T

    BalasPadam
  4. kat mana2 pun ramai jer pemandu camtu.
    accident jadi pun sebab sikap pemandu. faktor tu jer yang jadi penyumbang paling tinggi kemalangan.

    http://ninimohd.blogspot.com

    BalasPadam
  5. sudah menjadi kebiasaan rakyat malaysia.. Tak sabar di jalan raya :)

    BalasPadam
  6. pernah dengar orang cakap.. buat ape kete besar2, mahal2 kalau drive ikot kete murah ni...

    bg syieda. lagi laju awak drive, lagi laju awak nak masuk spital. @_@ xda ase tkot betoi..

    BalasPadam
  7. orang kata jalanraya bukan tempat berlumba ... tetapi b3njy .. "bloeh maaa ... berlumba ... to F1 kat monte carlo france lumba kat jalan raya .." ... hari tu aku lumba kat jalan raya naik motor speed nak mampos .... akibatnya bukan aksiden tetapi aku dimaki oleh orang ramai ... semasa balik rumah sebakul maki hamun aku dapat ... padan muka aku ...

    BalasPadam
  8. yups.....setuju 100%....selalu terjadi kat sy.....tengah nak potong lori ni kete belakang dok bagi high beam suh tepi.....pastu dok cucuk2 lakkan....tak bole nak sabar kejap...kadang2 mmg buat bodo je dok dpn dia....igt bagus sgtla bawak kete mewah tu.....

    BalasPadam
  9. dah biasa. hari2 ulangalik kulim-penang. Mula2 dulu kecut! tapi bila dh lama dah tau cara org penang drive..jadi semakin berani. Klu tak berani mmg dok lorong tu jela. Berani pun tapi ttp berhati2 :D

    BalasPadam
  10. abg ben ada kt penang ka ? mcm nampak ja td..

    BalasPadam
  11. drive kat penang kena camtu la..contoh nak naik bridge la,dulu masa bridge tu 2 lorong hari2 jem dari seberang nak ke pulau. kalau bwk keta sopan2, perjalanan yang 10 min bleh jadi setengah jam..lagi satu..kalau jem teruk2 nak tukar lorong tu memang depa style masuk terus sbb kalau bagi signal mesti payah nak dapat masuk...mesti pandai cilok..huhu

    BalasPadam
  12. mostly kawan2 sy pon komplen ckp jalan kat penang the worst..n adik laki sy yg tgh blaja kat sana tuh pon penah eksiden sbb makcik cina tak kasi signal terus masuk jalan salah n langgar die..abes luka2.nasib polis nmpk,hampir2 makcik tuh xnak bayar..lps polis cmpur tgn baru die hulur duit bt repair moto n g klinik..haih bahaya!

    BalasPadam
  13. ini la manusia zaman sekarang. mcm2 perangai ada.

    BalasPadam
  14. i sokong memang penangese nye drive style mcm jin...TAPI X SEMUA, hehe...dah bape kali i n mat2 moto len kna himpit dgn keta2 prasan 'jalan bapak' diorg ni...

    xde pilihan, kalu nk drive kat penang ni kna pandai n alert
    1- cilok, potong xkira kanan ke kiri
    2- signal adalah aksesori semata2...so hati2 ikot keta dpn
    3- keta slow2 tu, jgnla ikot..kang ttiba dia kona simpang..tanjat boboi =)
    4-kalu tlanggar skit, jgnla ko benti cek...kang xpasal kna katok@pukul

    aku bkn tuduh tp MOST OF them mmg camtu. aku sdri baper kali kna, tp blaja dr pemerhatian utk drive dgn cekap tp bhemah! plg penting, jgn la himpit mat2 moto...sian wei =)

    BalasPadam