Sanggupkah anda beri kata laluan pada orang tua atau pasangan anda ?

by - Ahad, Oktober 16, 2011

 

image

 

Berapa ramai antara kita sanggup berkongsi kata laluan dengan mereka yang menyayangi kita ?

Baru-baru ini seorang gadis dipercayai hilang ditemui semula dengan bantuan FACEBOOK yang mana ayahnya masuk ke akaun anaknya dan kemudian menjumpai maklumat penting di dalamnya yang membawa kepada penemuan anaknya itu.

Mungkin ada antara kita tidak selesa dengan berkongsi kata laluan tapi bagi aku , jika sebagai seorang anak yang masih di bawah jagaan ibubapa , maka sepatutnya mereka mengetahui kata laluan FACEBOOK demi keselamatan anda juga.

Jangan amalkan cara anak anak di barat yang kononnya bila dewasa sedikit  maka perlu ada ruang peribadi untuk mereka dan akhirnya di usia muda dah terdedah dek masalah sosial yang teruk.

Janganlah rasa besar diri dengan mengatakan sudah matang padahal diri tu masih lagi keanakan dan perlukan bantuan orang tua kita.

Cuba melatah atau terjatuh. Siapakah yang akan disebut dahulu. Mak , ayah atau nama boyfriend ? Ibu bapa kita adalah segalanya bagi kita.

Kalau buat mereka yang dah berkahwin tu,  ada yang berkongsi kata laluan dan ada yang tidak.  Itu terpulang pada masing masing. Mungkin dengan membina kepercayaan dan kejujuran  maka pasangan tidak perlu ada rasa syak wasangka pada aktiviti di dunia maya. Bagi mereka yang punya rasa cemburu , selamat hidup dengan hati yang senantiasa membara kepanasan ! Hehehe..

Nasihat ... buang jauh jauh rasa cemburu dan percaya pada Allah. Mereka tipu , mereka dosa dan mereka yang berpenyakit. Kita hidup sekali saja dan nak tenang senantiasa. Apa guna hidup menderita dengan menyimpan syak wasangka ?

You May Also Like

16 comments

  1. hehehe . Lyssa bagi password dekat parents Lyssa suruh simpan . Lyssa pun tahu password diorang . aha :)

    BalasPadam
  2. ayah dan mak syieda xda fb.macam mana abg BEN? =.= xreti nak internet2 ni..

    xpe syieda bg abg kandung syieda. ^_^

    BalasPadam
  3. kalau parents maybe boleh bagi..
    lepas ni nak bg lah..hehe..

    kalau ada suami nnt pn boleh bagi jugak..

    tapi kalau boipren girpren..
    jgn harap la nk bg...
    hahaha

    BalasPadam
  4. tak sanggup lah nak share kalau setakat bf. kalau suami nanti..semestinya kena share=)

    kalau pada parents, sanggup aje:)

    BalasPadam
  5. sy kongsi dengan pasangan a.k.a bakal isteri, dan pasangan sy juga kongsi dengan sy, kalau takda ape yg nak disembunyikan, ape nak risau.... hehehehhe....

    BalasPadam
  6. Tahu pssword FB si dia, tapi si dia tak tahu pun pssword sy...hahahah kejam kejam!!

    BalasPadam
  7. xshare dgn sesiapa pun psword fb..wpun xshare dgn parents tp my dad selalu je monitor kitorang adik beradik dlm fb...sbb my dad pun ade akaun fb jugak.

    BalasPadam
  8. kongsi ngan suami bila dah kawin nanti la..kikiki

    BalasPadam
  9. semua password simpan kat browser. sendiri pun malas nak ingat. haha

    BalasPadam
  10. dah lama share pasword nie...kalo xde bnda nk di sembunyikan, bt ape tkot nk share kan..

    sharing is caring..
    caring is loving..
    rite?
    hehe

    BalasPadam
  11. saya tk ade fb actually.but my bestfrenz share kata laluannye dgn sya.sbb utk saya terjah kwn2 yang ade fb.hmm bkn psangan je yg sanggup share.sahabat pun sanggup.sahabat 'maya' plak tu..janji kita jujur dgn dia insyaallah keijhkasan tu mesti dtg. :)

    BalasPadam
  12. untunglha ade pesbukk. Fya Pelangi ade ym je. haha ;DD

    BalasPadam