Sapa ada jual pistol ?

 

Bila terbaca artikal berita Berang ditegur, anak kejar bapa dengan parang di Utusan Online tadi , buat aku kembali terfikir ..

" Nanti aku nak kena simpan pistol atau parang kat rumah ke sebagai alat perlindungan ?

Bukan apa , zaman skang ni makin gila orang orangnya .. Yelah , kalau zaman aku dulu bapak aku kejar aku satu taman dengan rotan .. Skang ni dah terbalik ! Bukan takat kejar bapak je tapi siap dengan parang lagi ! Main kejar kejar tak pe la gak ..Adeh..

" Insiden itu bermula apabila pesara berusia 60 tahun tersebut menegur anaknya yang membuat bising di dalam rumah yang menyebabkan suspek berang.

Suspek yang berusia 30-an kemudian memaki hamun bapanya sehingga berlaku pergelutan sebelum pemuda itu mengambil parang untuk menyerang mangsa.".

Menurut polis , kemungkinan mamat tu high .. High tu dibawah pengaruh dadah .. Tu laa , dadah ni raja segala dosa .. Bila amik dadah , maka kita dah tak boleh kawal diri sendiri.

Harap anak anak aku nanti tak gitu aih.. Kadang-kadang didikan kat rumah dah cukup tapi pengaruh kawan di luar rumah tu yang perlu dijaga.. Sebagai ibu bapa , jangan main lepas anak bila kata nak g sana sini .. Kena kawal. Selagi belum kawin , selagi tu kawal ! Kata la nak kata apa pun ..

Anak anak ni pon kena faham. Ibu bapa bertindak atas pengalaman. Jangan la baru berbulu ketiak dah kata cukup matang sedangkan misai dengan bulu hidung pon tak reti nak beza ! Kan walid kan ..

Perlu ke aku simpan pistol ? Hahaha.. tak perlu laaa... Pistol air ok la kot..

 

Blog Pilihan : saya hafeez

8 ulasan:

  1. kena rapat dgn anak2... pandai psiko supaya mereka tak takut nak share masalah dgn kita & respek kita sebagai ibu bapa tapi boleh dibuat rakan juga.

    BalasPadam
  2. bulu idung dia kerinting sikit kan? ahahahaha

    *hoh? suda pasti ke panggilan walid itewww... waaah! kelaaas kau maniam!

    BalasPadam
  3. kalau dah HIGH tu cakap pun tak guna!

    janji Allah s.w.t...harta dan anak2 adalah ujian untuk umat manusia...

    BalasPadam
  4. sbgai anak,genk rasa,ibu bapa kena lebih byk meluangkan masa bersama anak2.Yalah kbykkan ibu bapa kan bekerjaya sekarang..

    Tak dpt hari2 pun tak apa,asalkan hjg mggu ada masa utk bersama anak2..

    buat majlis kecil-kecilan ke,cth:sambut birthday ahli keluarga,scra tak lnsg dpt mngeratkan hbgna kekeluargaan..

    dari segi permasalahan pula,ibu bpa tak seharusnya naik angin mcm tu je,kna tnya si anak dulu apa yg berlaku,kalau di layn dgn ok,si anak akn beri respon yg ok,tp kalau ibu bpa naik berang tnpa tnya si anak,mcm mn si anak nak beri respon yg bagus.

    tp layanan yg ok dan baik tu kena ada ketegasan juga,spya rasa hormat anak masih menebal dalam diri terhadap kedua org tua.

    genk berkta bukan stakat omong kosong tp inilah yg kedua ibu bapa genk lakukan..
    MENARIK DI genkcorner.blogspot
    JOM BACA

    1.AMBULANS JATUH DARI LANGIT!!!
    2.MAAF!!SAYA TAK LAYAN BLOGGER FOLLOWER CIPUT
    3.ANAK KAT LUAR,EMAK SHOPPING SAKAN

    ANDA BLOGGER BAIK??KLIK SINI

    BalasPadam
  5. xpe..ibn ben ashaari soleh2...xyah simpan pistol..:D

    BalasPadam
  6. pistol replika ada la ben... yg buat dari plastik.. :D

    ganaz betul bebudak sekarang.. pengaruh dadah lagi la tu..

    BalasPadam
  7. Cis tak guna punya anak... hehhe cool cool... hmm ni sebab pengaruh lain ni. Perangai sebenar anak dia tak mcmni kot.. dadah ni kan musuh kita...


    tips belog buat semua blogger baru

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.