SEPAHTU gantikan kumpulan SEPAH ?

by - Rabu, Oktober 05, 2011

 

image

Alamak ? Nampak sangat sapa problem neh ? Huhuh.. tak baik tuduh tuduh Ben !! Dosa tau !! Sori mamat .. Hehehe..

 

" Selepas membubarkan kumpulan Sepah pada Ogos lalu, Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep), 26, dan Shahmira Muhamad (Shuib), 27, menubuhkan kumpulan baru yang dinamakan Sepahtu pada September lalu tanpa Mohd Noor Murad (Mamat), 26.

Menurut Jep, mereka nekad memilih haluan untuk bergerak berdua tanpa Mamat atas alasan tertentu setelah beberapa kali memberi peluang kepada lelaki itu.

“Kami tidak mampu bertahan lagi untuk bekerjasama dalam satu kumpulan. Jadi, kami memilih untuk berpecah dan menubuhkan kumpulan baru, Sepahtu selepas ditawarkan oleh MW Entertainment Sdn Bhd milik penyanyi Mawi.

“Kami suka bekerja dengan orang yang menghargai karya seni, jadi sebab itu kami menerima tawaran ini,” katanya sewaktu sidang media ‘Sepahtu Bikin Album’ di Restoran Dapur Penyet, Maju Junction Mall, di sini, Selasa.

Menyentuh tentang nama Sepahtu, Jep berkata mereka terpaksa menggunakan nama baru memandangkan nama Sepah digunakan untuk mereka bertiga.

“Orang mengenali Sepah dianggotai oleh saya, Shuib dan Mamat. Jadi, Mamat menjadi sebahagian daripada Sepah. Jadi, tidak adil jika kami menggunakan nama tersebut.

“Sebab itu kami menggunakan nama baru iaitu Sepahtu yang berbunyi seperti sepatu atau kasut yang mana bergerak sepasang di kiri dan kanan,” ujarnya lagi.

Biarpun telah berpecah, hubungan mereka masih baik dan tidak memusuhi antara satu sama lain. Jep berkata mereka akan melaksanakan projek terakhir untuk Sepah iaitu filem “Sepah The Movie” yang akan menjalani penggambaran pada 17 Oktober ini.

“Disebabkan kami telah menandatangani kontrak untuk berlakon dalam filem itu, jadi kami masih perlu bekerjasama sebagai Sepah. Lagipun, kami tiada masalah untuk berlakon bersama-sama.

“Hubungan kami sebagai kawan masih ok tetapi apabila tiba tentang komitmen, kami tidak boleh bertolak-ansur lagi. Ikutkan tiada sesiapa yang menyingkir sesiapa, sebaliknya kami memang sudah tidak boleh bersama dan terpaksa berpecah,” ujar Jep.

Bagaimanapun, mereka tidak mungkin menerima kehadiran Mamat dalam kumpulan itu lagi andai kata lelaki itu mahu kembali dan mengubah tingkah lakunya. " - MSTAR

 

Cayalah ! Gud luck SEPAHTU dan Mamat , cuba la jadi SAMSUL Ghau Ghau.. Kalau berbakat , insyaAllah...

You May Also Like

26 comments

  1. depa pun lagi malatop tanpa mamat...

    BalasPadam
  2. memang Mamat ni ada problem dari raja lawak lagi..

    BalasPadam
  3. looo
    sepah dh x de ah ni...
    huhuhu
    sepahtu pulak ye...hehehe

    BalasPadam
  4. rezeki mamat hanya kat situ...heheheee...

    best gak nama sepahtu...kalau dengar macam SEPAH 2 (two,berdua) :)

    BalasPadam
  5. stuju dgn adylia..hehe
    lgi pown tnpa mamat tuh dwng leyh wat lgi baik..agk nyew lgi besh kowt lao mmat tade..hehe

    BalasPadam
  6. mamat2..
    awek lari..
    kumpulan kene tinggl kan ko..
    2 la jgn mudah berpuas hati pe yg ada.

    BalasPadam
  7. ben..
    ayu kembali berblog..
    hehehhehe


    wah!!
    mmg terbaiklah kes nie..
    moga sepahtu ada kelaianan walau tidak seperti dahulu

    BalasPadam
  8. sudah terang lg bersuluh.. ceh wahh...

    BalasPadam
  9. ok lah tu.. suke jep ganding ngan syuib

    BalasPadam
  10. hmm.. xberani nk komen.. harap rezeki mereka semakin bertambah :D

    BalasPadam
  11. tahniah2.. :D macam ni la baru best! :D hehehe.. terbaek la SEPAHTU! :)

    BalasPadam
  12. yeay mak suka mak suka

    mak pasti akan menyokong sepahtu!!!

    BalasPadam
  13. ok la tu.. kalau ada ahli yang bermasalah, susah juga..

    BalasPadam
  14. tu la kumpulan kat malaysia ni, jarang yg dapat kekal ok lama2.. masing2 sibuk nak buat haluan sendiri apabila dah rasa diri tu femes, sedangkan korang x femes pun kalau korang sorang, korang femes sbb korang 1 kumpulan so fikir2lah jgn mudah dibuai mimpi, akhirnya jatuh ke tangan Fida?? opps,, sori mamat, gud luck dalam semua bidang bakal diceburi..

    BalasPadam
  15. Ouh! ngatkan dorang nak bergerak solo. tapi ok jugak tanpa mamat. Upssiee. :)

    BalasPadam
  16. sokong2..best2..gembira2.

    memang dari awal hanya mereka je yang best,kelakar n terbaeekk..

    BalasPadam
  17. Wow!The best news ever.Walau pun sis ala-ala orang putih ( walau pun takdelah putih mana) sis suka sangat kat Sepahtu berdua ni.Cayalah!Baru le nama orang Johor! :D

    BalasPadam
  18. harap SEPAHTU ni dah tak berpecah lagik...=)

    BalasPadam
  19. GBM suka cara Jep. Simple and santai.:)

    BalasPadam
  20. Suka mereka tanpe mamat.. *muka penuh protes*

    BalasPadam
  21. hahhaha (no komen sebab kali dah komen pasal mamat ni)

    BalasPadam
  22. moga mereka2 ni berjaya walau dah buat haluan masing2

    BalasPadam
  23. salam En Ben....selamat maju jaya buat kumpulan sepahtu...:)

    BalasPadam