Suci benar budak ni

by - Rabu, Oktober 12, 2011

 

Aku tak perasan memula .. Wife yang bagitau aku.. Kesian katanya tengok budak tu.. Aku tanya la budak mana... Dijawabnya salah seorang kakitangan KFC di situ..

Aku toleh. Hensem dan lembut sangat orangnya.. Badannya kurus dan agak bongkok sedikit. Pergerakkannya perlahan seolah olah malu dengan keadaan sekeliling.

Rasanya waktu dia berehat untuk makan malam. Selepas dia membasuh tangannya , dia kembali ke meja yang menempatkan makanannya.

Diangkat tangannya agak sama paras dengan mulutnya lalu membaca doa .. Agak panjang doanya.. Aku rasa adala dekat 2 minit .. Hanya untuk membaca doa makan !

Bukan kitorang je perasan tapi ada satu pasangan lagi perasan.. Yang menariknya, budak ni buat tak tau jer.. Selepas baca doa , dia capai nasi lalu baca bismillah .. Agak kuat suaranya ketika membacanya.. Dan makan tanpa hiraukan keadaan sekeliling. Perlahan je setiap suapannya..

Kesian tapi bagus orangnya.. Muka dia mmg kalau nak bergaduh dengannya takkan sampai hati.. Aku rasa berkat amalannya yang senantiasa berdoa menyebabkan orang kalau tengok jadi kasihan..

Semoga Allah murahkan rezekinya..

You May Also Like

22 comments

  1. amin....huhu...slalu klau kt tmpat mkn..jarang tgk ade org angkat tgn bc doa mkn.. T_T

    BalasPadam
  2. insyallah,mudah3an. amin :)

    BalasPadam
  3. jarang nmpak org tadah tgn baca doa kalo kat kedai makan.

    baiknya dia..moga murah rezeki dia. org baik mcm tu sejuk je tgk

    BalasPadam
  4. kalau makan dengan adik2 yang baru belajar baca doa memang best! diorang baca doa kuat2..tak kira kat mana pun.. hehe

    BalasPadam
  5. slalu jumpe gak orang mcm ni...rasa nak gaduh tapi tengok muka tak sampai hati hu3...mungkin berkat doa dia hari2..tu la penting nya doa kan bukan saja utk makan malah sebagai perisai diri (:

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, masih lagi ada orang muda camni. :)

    BalasPadam
  7. zaman sekarang PAYAH nak tengok orang baca doa kat tmpat awam..
    nk tgk 1 family bace doa sebelum makan pun susah..

    BalasPadam
  8. @_@ jarang nampak orang makan kat tempat awam tadah tangan.. T__T

    BalasPadam
  9. kalo abg ben jumpa lgi sekali leh dpt no tepon tak?

    BalasPadam
  10. Amiinn. semoga rezekinya dimurahkan Allah.

    MOHD NASER.com

    BalasPadam
  11. dah ramai insan yg hilang sifat begitu. jarang dah nampak org akan baca doa di tempat public kalau nak makan. semua pakat ngap jer....tanpa baca bismillahirahmanirahim. Semoga beliau akan success dan akn mndpt kerja lebih baik berbanding skrg..amin

    BalasPadam
  12. terindin rasa nya nak tengok wajah nya...mesti lurus dan jurus je kan... payah dah nak jumpa orang mcm tu zaman ni...yang ada ni, ramai yang keruh keruh muka nya...

    http://www.syima.com/

    BalasPadam
  13. Teringat semasa kat SBP dulu dan jugak cerekarama Ohhhh Haram. Hehe...


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Strawberi pelik

    [U] Proton Satria Neo menyerupai binatang apa?

    [U] Dijumpai mati di padang golf

    BalasPadam