(Video) Pemandu IndyCar maut ketika berlumba

by - Isnin, Oktober 17, 2011

image

LAS VEGAS: Pemandu kelahiran Britain, Dan Wheldon terbunuh dalam kemalangan buruk pada siri akhir perlumbaan Las Vegas 300 IndyCar, pagi tadi.


Wheldon, 33, pemenang Indianapolis 500 pada Mei lalu, mati akibat kecederaan parah selepas keretanya melambung ke atas sebuah kereta lain dan merempuh pagar ketika kemalangan membabitkan 15 kereta.

Beberapa kereta lain turut melambung manakala selebihnya terbabas akibat terbakar.

Ketua Eksekutif IndyCar, Randy Bernard, berkata pihaknya amat sedih apabila mengumumkan bahawa Wheldon mati kerana kecederaan parah.


"Ingatan dan doa kami untuk keluarganya hari ini. Pemandu-pemandu lain sudah dimaklumkan mengenai kematian mendiang sebelum Bernard membuat pengumuman rasmi," katanya. - Bharian

 

 

You May Also Like

4 comments

  1. SALAM WARGA BLOGGER! JOM join 'Hari Tanpa Lapar'.

    Kepada yg sudi sila Info lanjut sila KLIK SINI
    http://penaglow.blogspot.com/2011/10/hari-tanpa-lapar.html

    **keprihatinan anda sangat di hargai..tq!.

    BalasPadam
  2. ajal tak kenal tempat dn masa .

    BalasPadam