Harimau kita masih kenyang ..

by - Isnin, November 28, 2011

 

image

3 gol dalam masa 5 minit .. Hurm… Tak sepatutnya berlaku .. Alasan pemain masih kepenatan dan ada yang cedera bukan satu alasan yang boleh dipakai  lagi .. Bayangkan kita mampu mendahului 2-0 dan akhirnya kecundang .. Apakah itu tanda pemain kita masih lagi kepenatan ?

Aku tetap sokong negara aku walaupun kalah .. Takkan aku nak sokong negara lain pulak kan ? Haa.. Tapi aku berpegang pada kenyataan .. Bila menang , aku bagi pujian .. Bila kalah , aku kecewa .. Takkan aku nak jerit , ‘Tak peeee.. cuba lagiii .. ‘ .. Sampai bila aku nak tengok negara kita bermain di peringkat antarabangsa kalau asik dengan ‘ tak pe jer  dan cuba lagi ?? ‘ ..

Apa yang tak cukup lagi di negara kita ? Makan ? Kemudahan ? Gaji ? Semua cukup dah ! Malah negara yang sedang bergolak dengan peperangan pon kita tak leh nak menang mahupun seri ..

Tempohari Harimau Muda menang , aku bagi pujian melambung .. Cukup adil la kan ? Aku bukan keji .. Aku bukan kutuk .. Tapi jangan asik dengan alasan yang dah boleh dijangkakan ..

Aku hidup dengan bolasepak sejak pasukan Projek Barcelona lagi yg mana ada kawan aku terlibat sama waktu tu .. Kemudian , dengan team pasukan Piala Dunia Remaja yang mana kita tuan rumah waktu tu .. Pon bungkus gak !

Apakah kita mengharapkan tuah saja dalam gelanggang ?? Satu persatu aku kecewa .. Pencapaian terbaik kita , dalam Asia Tenggara jer.. Ok la kan , dari takde langsung ! Tapi sampai bila dok tahap ni kan ?

Sekadar pendapat seorang rakyat Malaysia yang dah meleleh air liur nak tengok negara kita beraksi di pentas luar .. Hurm .. Seorang ayah pasti akan marah anaknya bila gagal tapi tak bererti dia membenci anaknya bukan ? Marah marah sayang .. Dalam marah galakan terus diberi..

Malaysia Boleh !! Aku tahu kamu boleh !! Ayuh !! Bangkit !! Buktikan kata-kata aku ini salah !!

You May Also Like

19 comments

  1. tapi kita tetap puji permain2 kita berada pada tahap terbaek...cuma jangan terlalu cepat berpuas ati.. kalau kita tengok permain kita bila dah boleh mendahului dulu lepastu mula lah main dengan leka...Setiap sudut permain kita perlu sentiasa berlajar untuk perbaiki kelemahan dari segi hantaran dan skill individu..

    http://lzulxocraxme.blogspot.com/2011/11/tawaran-terbaek.html

    BalasPadam
  2. jgn kutuk membabi buta..

    ada lg bangang ckp malaysia bodoh..fak tol

    BalasPadam
  3. sukelah ayat abg ben nie.player main bagus tapi kurang mantap.tak mampu nak lawan even bahrain hanya tinggal 10 pemain.

    BalasPadam
  4. sy bangga ngn harimau kita...bertahan 2-0....nasib bahrain utk mara ke peringkat seterusnya setelah 3 gol dlm sekelip mata...tahniah kpd semua..huhu...

    *agak kecewa ngn apex* untuk minit2 yg terakhir...

    BalasPadam
  5. Abg ben pengulas sukan pulek.. -,0"

    abg ben jom join segmen pelik tnttg abg ben.. kitorg nk taw jgk psal prngai pelik abg ben =)

    http://emybloggergirl.blogspot.com/2011/11/jom-join-segmen-10-perkara-pelik.html

    BalasPadam
  6. salam, kalau semangat dan kesungguhan telah ditunjukkan jika kalah para penyokong tdklah terasa sangat, tapi sebaliknya.....teruskan perjuangan

    BalasPadam
  7. adeh..kenyataan abg ben tu memang betul. tapi tetap bangga dengan harimau muda. Lia tak tahu sangat pasal bola jadi tak leh cakap banyak-banyak..ngehh

    BalasPadam
  8. satu kenyataan yang betul, tapi Lia bangga dengan pemain kita walaupun agak terkilan.. tak reti sangat pasal bola, jadi tak leh banyak cakap..heeeeee

    BalasPadam
  9. "harimau kita masih kenyang" .. adalah satu perumpaan yang paling tepat.

    tapi kalau lapar, tak larat nak kejar bola pulak nanti !

    BalasPadam
  10. jaguh sea aje la jawabnya..masih belum kuat lagi..tapi yang penting sekali sokongan dari kita sebenarnya.. jangan tunding jari mana salah silapnya.

    BalasPadam
  11. dlm masa 15 minit blh jaring 3 goal ? Seriussly , time dkt stadium hari itu semua org terkejut :(

    BalasPadam
  12. kecewa tak per..jangan bila menang di puji ..kalah di boo .. sokongan mesti tetap padu..

    BalasPadam
  13. usaha dah..tapi kalah jugak nak wat camne.

    BalasPadam
  14. Kekalahan smlm tu sgt2 tdk dpt diterima...Kita ble compare during lawan syria aritu.. Even kalah penyokong still bsorak, join Ultras Malaya smpi lampu stadium ditutup..bcoz kita semua tau players still penat...
    tapi smlm ramai pnyokong yg balik awal..kecewa gilerr kot..dah leading tuh..huhhh...But im positive, taktik bahrain bagi injured players then menyerang abes2an menjadi..Btw, Selamanya Malaysia...hikhikk

    BalasPadam
  15. hihihi comel je harimau tengah tidur..kikiki..maybe salah satu punca gak,pemain2 'kuat' dah sakit.campur pulak tak de masa untuk rehat.pe2 pun mereka memang nampak dah berusaha.just jangan leka.

    BalasPadam