Pelik tapi benar

by - Isnin, November 14, 2011

 

Hurm.. mampu istighfar dan berdoa agar hati ini tidak terpesong dengan segala tipu daya dunia ini ..

Melihat pada berita pada akhir akhir zaman ini , pastinya aku mengucap panjang .. Itu baru berita .. Belum bab bab gambar atau aktiviti  mereka yang punya ‘nama’ di dunia ini ..

Paling menyedihkan bila artis kesayangan mereka dikritik , maka menjerit mengamuklah peminat peminat mereka ..

Ketahuilah bahawa salah satu tanda-tanda kiamat ialah apabila artis-artis dipuja.Nabi S.A.W. bersabda, ‘Begitulah antara tanda-tanda kiamat, apabila artis disanjung-sanjung.” HR At-Tirmidzi.

Isu Nabila Huda , anak Amy Search yang bercium .. Dia menyatakan rasa kesalnya kerana gambar tu tersebar .. Loh .. Dia menyatakan rasa kesalnya kerana gambar itu tesebar ???? Bukan kerana perbuatannya ? Heheh.. Lawak betul dunia sekarang ..

Gambar Fasha Sandha dan Zarina berposing bagai nak rak .. Macam dah nak bogel abis dah !  Terjojol mata pakcik pakcik kalau melihatnya . Makcik terjojol tak ? Terjojol lidah ada la !

Ok , itu bab artis .. Bagaimana pula kita yang bukan artis mahupun retis ni ? Setiap pagi aku akan lihat keyword yang ‘tersangkut’ di blog aku . Carian di internet setiap malam mmg memelikkan .. Sapa yang mencari menda menda pelik tu ??? Itu persoalannya ..

Antara keyword pagi ini ..

 

Nampak ? Pantau pantau la yer sebelum terlambat !

You May Also Like

13 comments