Pemuda BN dakwa dasar kerajaan Kedah punca harga rumah naik

by - Jumaat, November 11, 2011

 

Isu tajuk di atas , Pemuda BN dakwa dasar kerajaan Kedah punca harga rumah naik

Amboi … Baekk punya isu eh ?? Sebelum tu kan , apa kata kita check di kawasan kawasan yg dulunya milik BN seperti di Cheras yang mana janji tinggal janji sehinggalah pembangkang amik alih untuk penggal ini ..

Gambar-gambar bawah ni , aku amik sendiri yer .. Ini di kawasan perumahan sekitar Cheras ( Flat Sri Melaka dan Sri Johor) yang dilaporkan akan dirobohkan dan kemudian didirikan kondominium yang berharga lebih RM200 ribu keatas manakala penduduk di sini akan diberi rumah PPRT .. Rumah PPRT yang tingginya lebih dari 15 tingkat dan berharga dalam lingkungan RM70 ribu ?

Hurm.. buat pengetahuan , yang tinggal kat sini majoritinya mereka yang berpendapatan rendah dan juga golongan veteran ..

Nak dijadikan cerita la kan .. Dari zaman aku sekolah yakni nun masa tu Datuk Bandar Kuala Lumpur , Tun Elyas Omar kata nak jual rumah pangsa ni ..

Sampai sekarang , habuk pon tarak ! Sampailah kawasan ni jatuh ke tangan pembangkang yakni bawah PR .. Lagi la hampeh.. Konon nak perjuangkan nasib penduduk sini , pon gitu gak ..

Last-last lagi 5 tahun , nak kena roboh dan  buat kondominium.. Korang rasa sapa mampu beli kondo di KL ni ?? Cuba bagitau ?? Dan kemana mereka yang tak mampu ni ?? Duduk rumah merpati ??

 

IMAG0698

IMAG0699

IMAG0700

IMAG0702

Hari tu ada mesyuarat pasal ni di Flat Sri Melaka , aku tak pasti la .. dengarnya penduduk akan diarahkan pindah nun kat kawasan berhampiran setelah siap apartment setinggi 30 tingkat ( kalau tak silap aku.. ) Aku dengar pon terkejut. Aku tak percaya cerita tu.. Gila ke apa ?? Tinggi tu ! Lif yang disediakan cuma ada 4 je.. Bukan kita tak tau lif kat Malaysia ni , ada 4 , 2 je leh guna !

Paling teruk , padang bolasepak yang melahirkan ramai jaguh bolasepak , antaranya Azman Adnan , Azrul Amri Borhan dan ramai lagi , akan hilang ! Katanya nak buat stadium mini untuk kegunaan penduduk setempat.. Adoi , Skang ni ada 2 padang bolasepak dan semuanya penuh setiap petang.. Bayangkan jika buat satu ??? Aku rasa masalah sosial akan bertambah di tempat ni nanti .. dan ramai anak anak akan lepak dalam rumah dan layan game dari turun beriadah memandangkan … korang tau la kan jawapannya..

Apakah semua ini benar ? Tunggu dan lihat je la .. DBKL dan pemaju ..  Hurm… Serius aku menyampah dengan segala isu ni .. Kalau buat laporan kat SPRM atau pihak yang terlibat , segalanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri ..

Fitnahkah semua ini ? G tanya kat penduduk sana sendiri .. Aku cuma mampu geleng kepala jer .. Wakil Rakyat  atau mana mana yang berkuasa  tu , jangan la dok pk aku buat fitnah .. G amik tindakan dengan membuat siasatan ..

Gunakan saluran yang betul ? Ada ke kat Malaysia ni ?? Penat dah guna .. semua saluran tersumbat ! Maklumlah , kami cuma semut dijalanan jer .. tapi jangan sampai semut hitam ini  bersatu.. payah nanti..

You May Also Like

2 comments

  1. kat selangor pun harga rumah dah naik....ramai golongan berpendapatan sederhana n rendah susah nak beli rumah....rasa2nya kat mana2 negeri pun tgk harga rumah dah naik....mcm mana tue....cer jawab....

    BalasPadam
  2. aihhhh
    tu kekadang khabar berita yg digembar gembur kan "indah khabar je dari rupa"

    kasihannye la yg berpendapatan rendah ni kan, dh la hidup dekat bandar nak cr rezeki, cm nilagi msalahnye.. aduhai...

    BalasPadam