Sabtu, 31 Disember 2011

Segmen 2011 ke 2012 : Sebelum dan selepas !

 

Wargh… Heheh.. satu segmen antara dua tahun ! Hahaha… 2011 dan 2012 .. saja nak cipta satu sejarah peribadi .. Yelah , aku kan kaki segmen dulu … kini dan selamanya ! Muhahaha … Ada aku kisah ?

OK.. segmen ni mudah jer .. Aku akan lanjutkan sehingga jam 2 pagi 1/1/2012 .. Haa.. menarik kan ? Heheh.. Segmen  pasal apa lak ? Ala , senang punya .. Jom join sebelum garu kepala nanti.. hehe..

Nak join .. Buat satu entri baru ..

  1. Letak header BENASHAARI.COM
  2. Tajuk : 2011 KE 2012 – SEBELUM DAN SELEPAS ! dan linkkan ke entri ini …
  3. Apa yang korang kena buat ialah , ceritakan apa yang korang lakukan pada detik detik terakhir  tahun 2011 dan kemudian masukkanya tahun 2012 …  Contohnya , ada yang g dengar ceramah agama dan bila masukknya tahun baru , perkara pertama yang korang buat ialah salam kawan korang atau cium pp ibu korang .. haaa… Cam tu la.. ok ?  Paham ? Kalau ada gambar , letak sekali eh ?
  4. Siap ? Tinggalkan link entri korang di ruangan entri ni .. Terima kasih ..

p/s : Selamat Menyambut Tahun Baru .. Dan buat mereka yang menyambut ulangtahun kelahiran , selamat harijadi … Ehem.. terutama buat isteri tercinta … Kata-kata ? Nanti je aku bisik kat dia .. hehehe ..

Chef Wan tutup akaun FB ! Aku sokong !!

 

Memang betul katanya ..  Ada manusia mmg suka mencari isu walaupun menda tu kecik jer .. Apa saja tulis , mesti nak dikontroversikannya ..

Memang betul la .. Ada menda boleh dipersoalkan tapi jangan la sampai baru tulis ‘A’ pon nak dijadikan isu ! Hampeh betul la perangai gitu ! Buruk benor !

"Setiap kali saya menulis sesuatu, ia akan menjadi perbalahan antara yang menyokong saya dan yang ingin menghentam.

"Jadi saya rasa ia adalah tidak bagus seolah-olah saya menjadi punca perbalahan kepada banyak pihak," ujarnya kepada mStar Online.

Chef Wan berkata, keputusan menutup menutup akaun Facebook miliknya disebabkan dia tidak mahu menjadi punca pelbagai perbalahan yang berlaku antara peminat di dalam laman berkenaan. lDia mengambil langkah tersebut berkuatkuasa 1 Januari 2012.

Beliau juga kesal kerana terlalu banyak pihak yang bersifat terlalu cepat menghukum atau menilai sesuatu perkara yang ditulisnya.

" Bukan sahaja cara saya mengkritik dalam MLM dihentam hebat tetapi juga paling menyedihkan saya dituduh cuba memurtadkan cucu saya hanya kerana membawanya ke majlis Hari Natal.

"Tuduhan-tuduhan begini membuatkan saya kecewa dan mengambil keputusan untuk menutup akaun tersebut," ujarnya.

Sumber – Mstar

Tindakkan yang tepat ! Biar diorang rasa ! Bila nak dekati peminat , ada pulak lalat yang menghurung. Kalau nak kritik , kritik la secara ilmiah ! Ni kalau dah tersasar mengarut , aku rasa Mike Tyson pon geram woi !

Jaga muka sendiri dari sibuk dengan jerawat orang !

Tom Cruise melepaskan watak hero Ethan Hunt pada rakyat Malaysia ??

 

Dia dah tak larat katanya .. Nak releks lak bersama keluarga.. Tengok rupa dia pon dah tak larat dah kan dalam Mission Imposible 4 .. Jadi dia buat screen test online ari tu .. Haa.. Maka dah dapat dah hero yang mengantikan dia !

image

Haaa…. nak tau ? Aku tau dah korang tau punya kan ? Muhahaha .. Tengok ! Belum apa apa lagi korang dah gelak ! Tak pun jelir lidah ! Cer bagi sokongan kat rakyat Malaysia skit ! Haa.. cam tu laa … Jeng jeng jeng … Nak tau sapa ??

 

image

Amacam ?? Boleh ? Boleh blah ? Memang pon nak blah ke Hollywood neh ! Hahahah…  Tapi selepas aku ditawarkan watak tu , aku menolakkanya sebab aku tau , kawan kawan aku kat dunia maya ni takkan kasi punya sbb ada  perempuan tak tutup aurat dalam filem tu kan .. Tak pon nanti kena .. ehem.. ehem.. hahaha …

Perasan ! Tapi aku mmg suka watak Ethan Hunt .. Cool giler ..

10 blog terakhir 2011 Pilihan BEN ASHAARI

 

Yeargh.. ni kira sejarah gak ni.. blog terakhir yang menjadi pilihan aku ! Blog manakah ?? Jom tengok ..

 

image

http://nusrahyahya.blogspot.com/

 

image

http://akuamirhariri.blogspot.com/

 

image

http://hatiamira.blogspot.com/

 

image

http://shahrulfahmie.blogspot.com/

 

image

http://langkahratu.blogspot.com/

 

5 lagi ? Heheh.. blog korang .. tinggalkan link kat sini ..

 

Semoga mendapat manfaat dari blog mereka ! Selamat menyambut Tahun Baru .. Elakkan dari melakukan kemungkaran ..

Pagar makan padi ? Ada ke pagar yg makan padi ? Sapa yang lepaskan batuk kat tangga ? Hantu ?

 

Akhirnya , persoalan aku terjawab .. Kalau dulu aku tanya kat cikgu , cikgu jawab .. “ Dah buku tulis gitu , ikut je la .. “. Tapi zaman ini , cikgu pon dah susah nak percaya kat buku , kan ? Hahaha ..

HARAPKAN PAGAR , PAGAR MAKAN PADI ! Betul pepatah tu ? Cam pelik je kan ? Haaa.. Aku pelik tapi malas nak tanya banyak. Ikut je la… Kalau salah , bukan sebab aku tak belajar tapi kes lain !

Sama gak dengan MELEPASKAN BATUK DI TANGGA .. Sapa pulak yang lepaskan batuk tu ? Momok ? Iskh .. Biar betul ?? Aku tertanya tapi cam biasa la , mampu tertanya jer ..

Namun segalanya terjawab bila rakan aku yang juga seorang blogger telah membuat satu entri berkaitan dengan kedua-dua pepatah itu .. Ah , lega kepala otak aku .. Hahaha.. Yelah , mana ada pagar boleh makan padi ! Kecuali nama dia Ahmad Pagar atau Siti Pagar !

 

Kalau nak tau sapa yang makan padi tu , maka tengok gambar bawah ni ..

image

Nama burung ini ialah burung PEGAR ! Heheh.. Dan gambar kat bawah ni lak ..

image

Ini namanya BATOK .. Haaa… Boleh bayangkan tak ? Ok ok.. aku tau korang pening .. Pe kata , korang baca sendiri kat blog kawan aku tu.. Klik SINI .. Harap persoalan korang  selama ini terjawab !

image

Tarian tiang di Langkawi ? Biar betul ?

 

IMAG1378

Apadahal ! Aku yg menari kat tiang tu haa.. Seksi tak ? Ada sapa sapa ghairah ? Hahahha .. Takde keje eh ? Saja lepaskan penat  … Penat g shopping siutt.. hahaha … Penat ikut orang ! Grr..

Patut ramai gila bila sampai Idaman Suri , Langkawi.

Amacam ? Mat Gebu confirm kereta dia bila masuk sini ! Muhahaha..


Orang sini kata Idaman Suri punya cerita tersendiri .. hehe.. tu korang kena tanya sendiri kat orang Langkawi.. hehe..


Aku sendiri pon gila bila masuk sini .. Murah murah dan byk pilihan .. hurm..


Semalam dah g Hj.Ismail Group.. Shopping kat sana.. Cokelat sana mmg byk !


Hurm.. curi keluar dari mengekori wife.. Penatttt...  Perempuan ramai woo.. cuci mata sat .. lalala .. Yeeeerlaaaah.. dosa...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Aku ditangkap mencuri !

 

Sangat tak disangka ! Aku bersama seorang rakan aku di kawasan perumahan orang kaya. Kat situ aku ternampak sepohon mangga yang sangat lebat buahnya. Aku tertarik lalu memandang rakan aku tu. Dia tersenyum. Perut lapar dah ni !

Aku ngan dia kebas mangga tu  dalam 2,3 bijik .. Nampak masih muda tapi aku mmg gemar yang masam. Bila dah amik , nak lari la kan ? Maklumlah mencuri. Tetiba , ada bunyi anjing menyalak !

Pakat kelam kabut la aku ngan member aku tu. Beria nak lari keluar dari kawasan perumahan tu tapi akhir tersesat kat dalam tu dan kembali ke rumah yang aku curi mangga tu..

Tuan rumah tu , suami isteri muncul dari belakang aku lalu tersenyum .. Dia kata tak usah takut. Setakat curi mangga jer. Lalu dia jemput aku dan kawan aku ke rumahnya.

Best part ni .. Dia berbangsa cina !Haaa… Kat dalam rumah dia , kitorang berbual mesra seolah tiada apa yang berlaku dan dia langsung tidak menyentuh bab mangga tu . Dan terus berbual hinggalah kitorang mintak diri . Yang pasti kitorang malu sendiri ..

Aku terharu walaupun ianya sekadar mimpi !

Curang 50 tahun yang lepas , tetap kena cerai !

 

Mak aih.. tu diaa ! Dah tua dah tu. Umur 99 tahun dah pon .. Yang isterinya 96 tahun .. Haa.. Kawin dah 77 tahun .. Tapi sebab isterinya pernah curang 50 tahun yang lepas , maka cerailah juga mereka !

 

Seorang lelaki Itali berusia 99 tahun memfailkan perceraian daripada isterinya berusia 96 tahun selepas menemui sepucuk surat isterinya berlaku curang 50 tahun lalu.

Lelaki Rome berasal dari sini dikenali sebagai Antonio C yang berkahwin dengan isterinya selama 77 tahun, terjumpa surat yang dikirim bekas kekasih isterinya pada 1940 an, ketika dia menggeledah laci lama beberapa hari sebelum Krismas, lapor agensi berita ANSA kelmarin.

Apabila lelaki itu meminta penjelasan daripada isterinya dikenali sebagai Rosa C, isterinya mengaku curang namun akibat berasa bersalah beliau tidak mengambil langkah mencabar perceraian terbabit, kata ANSA. Pasangan itu memiliki lima anak, 12 cucu dan seorang cicit.

The Telegraph menyatakan Antonio C kini menjadi orang tertua di dunia bercerai. –Bharian

Bharian

Hurmm .. tu diaa !! Cemburu tidak mengenal usia !

Kad pengenalan ( Mykad ) pada 2012

 

image

KETUA Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said menunjukkan kad pengenalan baru yang akan mula dikeluarkan pada 3 Januari – Hmetro

 

Orang ramai boleh menukar kad pengenalan lama kepada MyKad baru yang dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan termasuk imej turisan laser dan cip tahan lasak, bermula 3 Januari ini.

Sebagai permulaan, MyKad baru itu boleh dibuat di Ibu Pejabat JPN di sini dan JPN Shah Alam, manakala negeri lain secara berperingkat sehingga 15 Februari depan pada harga RM10.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said, berkata MyKad baru itu diperkenalkan selepas jabatannya menerima banyak rungutan daripada orang awam yang mendakwa MyKad yang digunakan sekarang mudah rosak dan mudah dipalsukan.

“Pemalsuan kad pengenalan boleh mengancam keselamatan negara. MyKad baru ini bukan saja tahan lasak kerana diperbuat daripada bahan polikarbonat, malah ia mempunyai lebih banyak ciri keselamatan termasuk imej turisan laser pada permukaan kad dan dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan,” katanya pada sidang media memperkenalkan MyKad baru itu di sini, semalam.

Berikutan itu, Jariah berkata, JPN berharap teknologi terbaru dibangunkan untuk kegunaan dokumen pengenalan diri di Malaysia akan menyukarkan usaha pihak tidak bertanggungjawab untuk memalsukan MyKad pada masa depan.


Bagaimanapun, penggantian kepada MyKad baru tidak diwajibkan kepada pemegang MyKad sedia ada, tetapi orang ramai digalakkan menggantikannya sebagai langkah keselamatan.


“MyKad terbaru ini menepati piawaian antarabangsa, terutama dari segi spesifikasi ketebalan, panjang, lebar dan kedudukan cip pintar digunakan. Kita menetapkan standard lebih tinggi dari segi pengujian cip pintar dan keadaan fizikalnya,” katanya.


Jariah berkata, cawangan JPN di negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari).


JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Februari, Miri (6 Februari), Kota Kinabalu dan cawangan lain pada 7 Februari serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Februari.

Sumber : Bharian.

OSBON buktikan rupa bukan segalanya ! Tahniah !

 

Yeargh.. aku belum tengok lagi final Maharaja Lawak Mega tapi keputusan dah aku ketahui melalui rakan-rakan aku di Whatsapp.. Tempat mesyuarat ahli ahli tingkap dengan kipas lipas.. hahaha..

Memula nak ucapkan tahniah buat  abang Os dan abang Abon atas kejayaan mereka.. Begitu juga buat Boboi .. Tapi entri ni nak aku tuju buat Osbon terutama abang Os ..

Aku antara peminat Os dulu .. Membesar dengan filem komedi dia bersama Salleh Yakob .. Mmg pecah perut la dua orang ni .. Sesungguhnya Os telah mengubah nasib mereka yang punya rupa macam dia .. Dulu mungkin ada yang malu dengan gigi gitu tapi dia berjaya membuktikan giginya tu membawa tuah ! Haa…

Dan Abon .. tahu tak korang yang dia tu bukan Jawa ? Haahahah .. Serius .. aku tau ni dari abang Ilya ( Senario ) sewaktu aku lepak dengan diorang dulu .. Kalau tak silap aku la.. Lama sangat dah kenangan tu .. Tahun 99 kalau tak silap..

Paling mengharukan ialah , Os sekarang menyara hidup dengan memandu teksi . Bila dunia mementingkan rupa dari bakat , maka inilah kesannya.

Tak kisah la.. Yang penting mereka berdua telah berjaya membawa watak mereka dengan baik . Sapa sangka pada mulanya mereka agak slow tapi meningkat sedikit demi sedikit sehinggalah bergelar juara.

Amik kejayaan mereka sebagai satu motivasi untuk kita mencapai matlamat dalam mengejar impian kita ! Jom layan …

Tahniah OSBON !

Kadang-kadang alasan diorang mengarut !

 

image

Ini bukan kali pertama bila mereka yang punya kuasa memberikan jawapan yang sedemikian rupa ! Aku pasti korang pon akan sokong dengan kata-kata aku bila mana kedai-kedai haram bersepah ada namun tindakan dari mereka yang punya kuasa seolah olah …. Haa..

Yang peliknya , gerai-gerai kecil yang meniaga setiap pagi tepi jalan pulak yang sering diambil tindakan ..  Hurm .. Bak kata orang la kan , yang ikan bilis ni jugak la jadi mangsa !

Jumaat, 30 Disember 2011

Automatik jadi bengap !

 

 

DSC_0410

Aku ingatkan takde la orang kenal aku kat situ ..  Tau tau , bermula dari jeti nak g island hopping tu , aku dah ditegur .. Kemudian , di Tasik Dayang Bunting akhirnya dia ajak bergambar .. Huhu.. Best part .. Aku boleh tanya soalan bodoh kat dia .. Gugup punya pasal !

“ Awak kenal saya ke ? “

Aku nak tanya kat dia memula tapi takut rasa cam kurang ajar la pulak … “ Saya kenal awak ke ? “ Atau “ kita ada berkenalan kat mana mana ke ? “

Tapi sepatutnya apa patut aku tanya ialah ..

“ Awak blogger ke ? “

Kan senang gitu ? Tapi apa nak buat .. Sesekali bila datang bengap tu , mmg gitulah aku ..

Sekurang-kurangnya aku mengaku kan ? Tak la hipokrit !

Rasa menyesal tanya soalan bangang tu bermain di kepala otak aku .. Haish… Bila dah selesai , aktiviti tu .. kat jeti , aku ditegur sekali lagi dan kali ni oleh adik dan kawan dia yg mana selama 4 jam bersama dalam bot , dia diam je ! Loh..

Aku pelik bila dia ajak bergambar .. Dan kali ni aku tanya ..

“ Adik kenal abang ke ? “

Dia gugup jap .. “ Kenal kot ? “

“ Kenal kot ? Kenal kat mana ? “

“ Akak akak tadi tu dok bercerita pasal abang .. tu yang tau tu.. “

Erkk…

" Abang ada web kan ? “

“ Aah.. “

Aku sebut nama Ben Ashaari..

“ Haa.. kenal kenal.. tau.. penah dengar.. “

Loh.. gitu lak .. Kemudian bergambar sekeping dua dan berpisah di situ.. Akhirnya aku melemparkan senyuman setelah 4 jam buat muka ganas !

Tapi , mmg aku segan bila perempuan tegur aku .. Entah kenapa.. Mmg gitu.. Rasa malu je walaupun dah tua beruban !

Sendiri buat silap , tiada maaf buat mu !

Gitu juga dlm dunia blog .. Kita perlu bertanggungjawab dunia akhirat atas setiap penulisan kita termasuk juga dgn gambar yg dilampirkan .


Ada yg fikir ianya cuma sekadar 'mainan' tp kita lupa yg membacanya mampu terpengaruh isi kandungan entri kita .


Lihat saja kes kes yg berlaku melibatkan blog . Berapa byk rahsia terbongkar .. Berapa ramai yg diaibkan ? Sapa nk bertanggungjawab ? Sungguhpon menutup muka tp Allah mengetahuinya.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Logo baru bg kategori filem .. terlupa ke ?

Patut disediakan satu lg logo ..


'18 TS' bererti Tanggung Sendiri ..


Bermaksud pelakon membuka aurat .. Tengok atas tanggungan sendiri !  Dosa tanggung sendiri laa..


Kan kan ? 


Published with Blogger-droid v2.0.2

Status di FACEBOOK yang bersifat negatif !

 

Pagi tadi  sebelum keluar g island hopping , aku merayau jap kat blog blog yang punya pengaruh tersendiri … Hehe.. Entrinya mmg senantiasa menjadi tarikan bagi pembaca blog ..

Dan entri yang aku baca tadi adalah berkenaan status di FB yang bagus bagus .. Haa.. Kira status alim ulamak la gamaknya .. Padahal orangnya tak la pulak eh ? Kira gitu la bunyinya.. Aku pasti ada yang bersuara lantang la tu.. Hehe..

Masalah kan ? Semua tak kena kat mata manusia ni.. Aku yang kadang kadang status cinta , kata jiwang.. Letak politik , kata tak mengenang jasa ! Bagi status personal , kata nak muntah ! Huk aloh … Mau je aku kata , ‘ WOI , NI AKU PUNYA FB LAAA.. TAK SUKA , BLAH ! ‘ tapi aku tau .. kalau aku kata gitu , confirm dia terasa dan tercalar hatinya .. Maka tak pe la.. aku pun biar je la..

Dan kadang-kadang status aku bersifat sinis .. Bukan apa , kalau tak gitu nanti ada yang leka.. Maka kita sama sama la tolong ketuk kepala satu sama lain ! Takkan tu pon tak leh kan ?

Mungkin ada yang suka pandang dari sudut positif dan ada yang sebaliknya .. Aku pulak , hanya akan tulis apa yang aku rasa ketika itu.. Kalau terasa tu , maknanya , dia gitu la kan ? Lagipun aku tak sebut nama sapa sapa pon .. Aku tulis secara santai jer..

Terasa ke ?

Tentang Dhia . Episod akhir ..

 

Huk ! Huk ! Huk ! Ramai mengalirkan airmata .. lebih lagi bila Dhia mati .. Perghh…. Serius .. aku tengok sambil main game ! Bila iklan baru aku tengok tv .. Haaa..

Hehehe.. Best ke ?? Tah la.. aku tak ikut dari mula lagi .. Lagi pon aku pemilih skit .. Pelakon-pelakon Tentang Dhia , bukan feveret aku , jadi tak berjaya mencuri perhatian aku dan masa aku di waktu maghrib untuk menontonnya .. Hehe..

Walaubagaimana pon , ianya berjaya menarik ramai penonton terutama yang beragama Islam untuk mengadap tv lebih lama dari mengadap sejadah pada waktu maghrib .. kan kan ? Hehe.. jangan la marah.. Yer , aku pon bukan bagus mana pon.. Kira mesej ni untuk aku gak la kan ? Hahah… 

Akan ada yang kata time iklan nanti g solat .. Haa… Korang tau sebenarnya kan ? Takkan nak tulis gak .. Nak tipu sapa sebenarnya ? Heheh.. Jangan beri alasan sedangkan kita tahu hakikat sebenarnya.

Aku tak salahkan drama Tentang Dhia mengenai waktu penyiarannya .. TV3 patut pertimbangkan semula.. Kalau dapat buat sebelum subuh lagi bagus kan ? Hahaha.. Jangan la pk sangat keuntungan. Kalau Allah nak bagi rezeki tu , tak kira waktu dah.. Tapi kan bagus beramal sambil berhibur.. hehe..  Yelah , rakyat Malaysia sanggup bangun untuk menonton bolasepak pada awal pagi , takkan tak leh bangun untuk tengok drama kan ? Ha… Cer fikirkan ? Hahaha.. Bukannya tak logik kan ?

Entahlah .. Malaysia ni dah terlalu banyak sangat hiburan .. Nasib baik la masih ada  mengunjungi masjid untuk bersolat.. kalau tak ? Sila rujuk entri Namun kita masih riak dan bongkak ! dan Wah.. sambut Tahun Baru eh ? ..

Kita dah semakin alpa dan leka dengan hiburan .. Wallahualam.

Khamis, 29 Disember 2011

Download 3 Idiots .. Siap sarikata English !

 

Aku tahu cerita ni dari Ujang tu haa.. Dia kata best dan lawak .. Tau tau , kat TV3 main semalam dan bersambung hari ni ! Pasti ada yang tensen punya kan sbb bersambung ! Mahunya tak besambung , hampir 3 jam tuuu .. Tu kalau takde iklan , kalau ada ??? Haaa , mau 4 jam jadinya ! Hahaha ..

 

3 Idiot , yang berjaya menarik minat wife aku yang tak minat hindustan untuk menonton semalam dan hari ni .. Ini bermakna cerita tu best la.. Tapi bagi aku , filem lakonan Aamir Khan ni mmg susah la nak boring atau takde pengisian .. Bagi aku la..

Kalau rajin , g tengok kat Youtube .. Sampaikan ada mat salleh pon bagi komen yang positif pasal filem ni .. Haaa.. Ini bermakna aku tak temberang la kan .. Hehehe …

 

image

Aku pon tak tengok lagi sebenarnya .. Download dah .. dan simpan dalam hp aku.. Tunggu masa je nak layan .. Hahaha .. Sayang je rasanya nak tengok citer best .. Bila masa yg benar benar free , baru layan !

Ok.. dah.. jom  download 3 Idiots , klik SINI ..

Awas para isteri atau wanita !

 

Heh .. ingat korang je boleh buat report polis kalau kena pukul atau dera ? Haaa..  Lelaki pon boleh tau ! Tampar la kalau berani ! Tak pasal pasal naik turun mahkamah kita nanti ! Muahahhaaa…

 

Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan memukul suaminya menggunakan fail pejabat sembilan bulan lepas.

Kamaliah Basir, 35, didakwa telah mendatangkan kecederaan kepada Zaihan Md Lani, 48, dengan menggunakan fail pejabat di bahagian badan semasa berada di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang, di sini, pada 12.45 tengah hari 3 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. “ – Hmetro

 

Skang ni ramai gak lelaki kena dera dengan isterinya termasuk .. sapa eh ? Ada ke  ? Aku ? Aku ? Kalau berani , cuba laaah.. Aku report polis jer .. Lalalala …

Betul-betul terbaek !!

Pernah tgk menu yg diframekan kemudian bagi kat pelanggan utk membuat order makanan ?


Tak pernah lagi kan ? Boleh jumpa kat Langkawi je weh ! Hahaha.. betul betul buat aku tersenyum ..


Haih .... Mcm mcm ..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wah.. sambut Tahun Baru eh ?

Sebelum tu ,fikir beberapa perkara terutama bab dosa yg telah kita lakukan pada tahun ini  dan juga yg lepas ..


Usia kita berganjak lg .. kita semakin meningkat tua .. namun ramai terlupa dan terus alpa dengan dunia .Seolah nanti tidur dan jaga keesokkan harinya..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Apa hang dok tengok tu ??

 

IMAG1345

IMAG1347

Nampak cawan tu ? Dari semalam aku sampai , hingga aku taip entri ni .. Dok tang tuuu je.. Tu aku confius .. Apakah cawan tu perhiasan seperti pasu bunga yang aku dok tengok tu haa ??

OneHotel Helang , Langkawi .. bilik , mmg puashati ! Tapi ??? Haa.. tu nanti aku buat entri lain.. Kang ada gak tak balik KL nanti.. hehe.. mana la tau kan …. kena hati hati gak bila menulis ni … 

Kita kawin ok ?

 

image

“ Awak .. tukar status awak kat Facebook tu eh.. Letak Married .. Baru la takde orang nak ngorat awak nanti ! Boleh eh ? Awak sayang kita kan ? “

 

“ Boleh je awak .. Tapi mak kata dah .. Nak mengatal pon lepas abis sekolah la.. Tu pon bila ada duit sendiri dan ada kerja.. Kasi sara mak bapak dulu baru boleh  nak pk pasal mengatal ! “

 

“ Yelah .. Nanti lepas sekolah , kita chat semula yer .. Nak g sekolah dah.. Bye awak.. Apa apa , pm ( private message ) yer ? “

 

“ Awak.. g sekolah jangan main mata tau !  “

 

“ Awaklah kekasih saya dunia akhirat laa.. Ok wak.. Bas sekolah sampai dah .. Ala , mak letak duit kat mana pulak .. Byeee “

 

 

Itulah dunia ‘realiti’ kita sekarang ni ..

Fesyen Tudung 2012 ..

 

 

2011 bakal meninggalkan kita dengan sejuta kenangan .. 2012 melambai kita dengan penuh harapan dan sinar baru ..

Selamat menyambut Tahun Baru 2012.. Jom tengok fesyen tudung terkini. Cepat sebelum kehabisan stok !

AC301CR001

CR513SD914

Dan banyak lagi di http://www.asteriskboutique.com/

Aku bengang pasal MISSION IMPOSIBLE 4 !

 

Ni gara-gara Ujang la ! Dia kata Hunt mati last sekali ! Terus spoil mood aku nak layan MI4 ! Pastu bini dia , Yana pon join the club matikan mood aku yang nak layan MI4 kat Alamanda minggu lepas .. Grrr…

Tapi bila dengar MI4 cecah kutipan ratusan juta ringgit , aku nekad perlu g tengok jugak .. Yelah , part 1,2 dan 3 dah layan.. Takkan yang ni tamo lak ..

Malam sebelum aku  bertolak ke Langkawi ni , aku g tengok dengan member dan adik ipar aku .. Dan .. Serius , tarak nyesal ar !!! Patut la ramai kagum dengan action kali ni walaupun diorang tau tipu ! Tapi aku tetap respek sbb bukan semua pelakon mampu buat .. Kenapa ?? Korang layan video the making ni dan kemudian , g tengok kat panggung .. Pergh.. Gayat !!!

 

 

 

IKLAN : JUALAN MURAH DI http://www.asteriskboutique.com/

1) Tudung Syria

2) Tudung Instant Syria

 

SC318ST013

Sungguh bangsat manusia macam ni !

 

Aku tak boleh baca kes kes kawan makan kawan macam ni ! Sungguh ! Takat kes kecil tak pe la gak ! Tapi kalau sampai aniaya kawan jadi pelacur , itu sungguh bangsat !

Maaf , bahasa aku kasar tapi itulah perasaan aku . Bayangkan jika niat kawan tu nak carik kerja untuk menghabiskan masa lapangnya tapi dirosakkan oleh kawannya sendiri  dengan memaksanya menjadi pelacur !

 

Hasrat seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) untuk mencari pekerjaan bagi memenuhi cuti semester bertukar tragedi apabila dia akhirnya dipaksa menjadi pelacur selama sebulan oleh satu sindiket di negeri ini, sejak 29 November lalu.

Lebih malang, gadis berusia 19 tahun itu ditipu rakannya sendiri yang merupakan anggota sindiket pelacuran yang sebelum itu menjanjikan mangsa untuk mendapat pekerjaan di sebuah restoran makanan segera.

 

Sungguh celaka manusia tu kan ?  Sian betul mangsa tu .. Haihhh… Kalaulah aku … Grrr….

 

Namun, belum pun sempat mangsa mendapat pekerjaan, rakannya itu telah memperkenalkannya dengan beberapa lagi rakannya sehingga akhirnya mangsa dipaksa menjadi pelacur.

“Anggota sindiket ini juga telah merakam gambar bogel mangsa dengan mengugut akan mengedarkannya di Internet sekiranya mangsa enggan melayan senarai pelanggan yang telah ditetapkan di sebuah hotel di Taman Melaka Raya “.

 

Kes kawan makan kawan ni bukan yg ni jer .. Ada yg lagi teruk dengan memperkenalkan dadah ! Suh jadi keldai dadah atau bawak join geng samseng ! Atau paling tidak pon jadi geng pecah rumah ! Camana tu ?

Awasi anak anda ! Jangan main angguk je bila mereka kata , MAK , KELUAR NGAN KAWAN JAP YER !

 

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

Maaf .. Aku pun ada maruah diri !

 

“ Bila yang lama tak campur dengan yang baru , kata yang lama sombong ! Tapi bila campur , kata nak amik kesemptan pulak ! Hurm .. “

Maka aku tak hairanlah kenapa ‘yang lama’ ni dulu bersikap .diamkan diri dan buat hal masing masing .. Segalanya adalah kerana pengalaman !

Nak salahkan sapa sebenarnya bila hal begini berlaku ? Tepuk dada , sendiri sakit la kan ? Sapa suruh tepuk dada sendiri ! G tepuk dada orang lain.. Baru tak sakit dada tapi sakit muka !

 

image

Jangan hairan la selepas ini .. Aku tak rugi apa apa pun ..

Namun kita masih riak dan bongkak !

 

image

Sebelum dan selepas tornarnado melanda.

 

image

Ribut pasir ..

image

Tsunami ..

image

image

 

Dan kita bersedia untuk berparti !! Nak sambut tahun baru 2012 !!

Satu kapal rupanya ..

 

IMAG1338

Hurm.. makan dah .. Harga ?  Hehe.. Pantai Chenang .. Well.. Hehe.. Little Phuket diorang kata ? Haha.. Belasah je la .. Janji masih di Malaysia..

Lepas makan , aku ajak diorang balik .. Diorang tu , wife n adik ipar aku la… Pening pala .. Tak tau punca apa.. Samada kopi jantan atau tom yam tu .. huhu .. Sedap ? Ok la .. boleh masuk ..

Tahan teksi .. Aku tau confirm kena sembelih punya .. Tak kisah la.. janji leh claim nanti..  Tanya pemandu teksi tu.. Dia siap bawak anak perempuan dia yang masih kecik  bersamanya .. Aku tak kisah pon.. 

“ Berapa bang ? Ke OneHotel Helang ? “

“ RMXX “ , jawab dia ..

Aku pandang wife.. Dia angguk je.. Bos la katakan.. huhu.. Tunggu la korang kawin ! Hahaha..

Dalam teksi , pemandu tu mulakan perbualan. Gaya bahasa dia , gaya orang kl .. Aku tak berapa alert mulanya .. Biasanya kalau orang cakap utara , aku pun automatik tukar  gaya gak.. Tapi tadi , gaya aku standard jer.

Katanya , dia bukan berasal dari situ . Dia baru je datang ke Langkawi tu.. Cari makan kat situ ! Wahh.. Teruja aku sebentar ! Seolah olah Allah memberi petunjuk pada aku !  Aku masih was-was dengan keputusan aku untuk menjadi full time blogger atau dalam erti kata lain , kerja sendiri ! Dan sesungguhnya Allah memberikan jawapan pada aku !

Pemandu tu dulu tinggal di Shah Alam.. Datang ke Langkawi , semata mata nak bawak teksi kat sini .. Dulu bawak teksi kat area Shah Alam dan KL.. Katanya jammed sana.. Semak otak.. Tukar angin.. Maka dia bawak keluarganya berhijrah ke Langkawi !

Pergh.. respek aku ! Maka berbual rancak laa… Kemudian dia bagitau , dia asal Kelantan ! Ketawa besar aku !! Kenapa ? Aku cakap , orang rumah aku pun dari Kelantan ! Best partnya , satu kawasan yakni Kok Lanas ! Hahahahha.. Terus speaking weh !!

Bila sampai destinasi .. dapat diskaun terus !! Untung ramah ni sebenarnya.. Hahahah ..

Dan aku kembali yakin dengan keputusan aku !

Menarik bukan ? Satu hari dulu , kita pernah meminati mereka. Tapi akhirnya mereka pula mengenali kita !

 

Pergh .. tajuk ! Kalah akhbar tabloid ! Hahaha .. Ok ok .. Gini.. aku ringkaskan.. Semalam , korang minat dia.. Hari ni , dia jadi kawan korang ! Camana tu ?

Dan ianya terjadi pada aku ! Bayangkan aku yang jauh dari dunia selebriti ni , tiba-tiba mereka mengenali aku dan berbual mesra ! Hmm.. Bukan sorang dua ..Ramai dah .. Dan terbaru , vokalis rock kapak yang pernah aku minat dulu ( lagu mereka la ) menjadi rakan maya aku ! Dan best partnya , dia yang add .. Haaa..

Bukan la nak bangga tapi ianya satu menda yg kita tak duga langsung ..  Mungkin kita terlalu merendahkan dirii sehingga menidakkan keupayaan diri kita lalu menganggap diri kita ni tak berguna !

Cuba terokai diri kita ! Sesungguhnya Allah menjadikan manusia itu unik .. Lain dari yang lain .. Cari dan terokainya !

Rabu, 28 Disember 2011

“ Eh… sorii … “

 

“ Muhahaha.. kasi gempak kat diorang .. Tensenkan mereka !! Tekan loceng berkali kali !!  “

IMAG1339

“ Eh.. I’m sorry… “

Skali salah bilik la..

Kalah minah saleh !

" Takkan minah saleh ni kenal aku kot ?  Blog aku dlm bm. Tgk  mcm kenal 30 tahun je gayanya .. "


Sleveless .. seluar pendek yg lg pendek dr seluar bola .. Tu la gayanya ..


Tiba-tiba ..


" Ina .. tunggu jap .. "


Lorr.. spesis aku rupanya.. Oh , takleh letak gmbr perempuan tu .. Mengaibkan dia.. Amik gambr kereta jer.. Lokasi , Pantai Chenang .. Langkawi ..


( entri ditaip sambil berjalan .. muhahaha)


Published with Blogger-droid v2.0.2

Pelik tapi benar !

Hotel di Malaysia yg banyak bintang mengenakan bayaran kalau nak guna internet .. Kalau yg bintangnya takat sebutir dua , tak la pulak !


Luar negara ? Aku bukan melancong luar negara .. Dlm negara je ni .. Kata nak rakyat Malaysia gunakan internet 24 jam di mana saja . Tapi kalau semua asyik kena byr , tiap tiap bulan la penjawat awam mintak bonus !


Published with Blogger-droid v2.0.2

Takkan kot ?

" Eh , takkan kot ? Lamanya aku tidur.. Takkan terbabas subuh .. hurm.."


Huarghh.. penatnya drive smlm .. Dari kul 12 tgh mlm sampai 9 pagi ... Huhu..


Aku tgk wife masih berbaju kelawar sedang membancuh air ..


" Takkan dia tk g kursus lagi ? Dah kul berapa ni ??"


Hati aku terus berbisik .. Aku capai HTC aku ..


" Ceh .. aku baru tidur 2 jam je !! Ingat koma seharian .. hampeh tul .. "


Alhamdulillah, smp dh Langkawi.. Check in kul 2 petang tadi.. Terima kasih atas doa rakan rakan .. Ngantuk n penat gila masa drive tadi ..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Dari aku jadi lesbian !

 

image

“ Baik aku layan Lion King ni haaa…  Dah semua jantan sibuk jadi gay ! Yang perempuan jadi lesbian .. Yang lurus cam aku ni berapa je tinggal kat negara ni haa .. Nasib baik ada jantan lagi kat zoo ni !!  “

Fesyen Baju Pengantin 2012

 

image

Tempahan dibuka .... Ok , tempah ditutup.. Ramai tempah wooo !

Geram betul aku !!

 

image

“ Nasib baik laaa aku ada hutang ngan dia.. Kalau tak , lamaaa dah aku ngap kepala dia nih !!

Jangan tengok ! (18sx only )

 

image

Aurat ! Aurat !! Muhahahah … Ada gak yang gatal nak  tengok walaupun dah kasi tau jgn tengok ! .. Pergh.. Kalaulah aku letak gambar original.. Ada gak yang tulis ..

“ Ben , tu kan aurat wanita … “

Menangis aku weh … Malu … malu … maluuuu.. malu semalu malunyaaa…..

Kena tegur kat tandas RnR Rawang !

Dok tunggu wife.. Dia masuk tandas sat .. Terdengar suara menegur aku .. Aku wat dek jer .. Berkali kali !


Sekali .. mesin penimbang tu daaaa.. Dok Hello .. Hello .. Rasa cam nak smackdown je !!!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Persediaan untuk menghadapi musim persekolahan 2012

 

image

Mana la tau kot kot kerusi tak cukup.. Cam biasa la kan.. Kelas tak cukup la.. Atau atap bocor la.. Ni kalau kerusi takde  , aku tau dah nak duduk camana nanti…  Apa apa , training dulu eh..

Selasa, 27 Disember 2011

Gua pun nak belajar guna DSLR !

 

image

“ Lu guna lens apa bro ? Gua baru sambar Nikon D70 ..  Ni baru belajar guna auto jer .. Flash lu rembat mana ? Sebijik cam aku punya yang ilang tu ! “

 

“ Alamak.. Erk.. Angry bird laa  “

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI