Aku bukan pembikin filem

by - Rabu, Disember 21, 2011

 

Kalau kita fikir-fikir kembali , sebenarnya kehidupan kita ni berputar .. Kes arak , maksiat , samseng , semua ni zaman dolo-dolo dah ada ! Ia datang dan pergi , kemudian datang lagi ..

Sewaktu di seminar tadi , kata-kata ahli panel membuka mata aku .. Memang benar pembikin filem ni jujur dan bukan seperti ahli politik  .. Mereka menceritakan apa yg berlaku pada masyarakat kita sekarang ni .. Tapi apakah yang berlaku ini , baru baru berlaku atau sememangnya dari dulu lagi dah ada ? Bezanya cuma MASA !

KL GENGSTER .. Kalau tengok filem Anakku Sazali atau filem pendekar , dah ada samseng samseng tu .. Tapi nilai seni dalam filem tu .. Mana yang lagi bagus ? Mana yang benar-benar memberi pengajaran ? Aku tak nampak Anakku Sazali memaparkan unsur-unsur ganas tetapi punya elemen samsengnya yang tersendiri ! Cukup nampak yang mereka samseng tanpa perlu sebut LU GUA atau pergaduhan yang maha dasyat !

Dia kata , filem filem mat rempit ni wujud selepas wujudnya mat rempit.. Bukannya filem ni wujud dulu , baru ada yang terpengaruh lalu jadi mat rempit ! Apakah zaman P.Ramlee takde mat rempit ? Apakah zaman Hang Tuah takde mat rempit ? Mungkin motor takde , tapi sampan ada , lumba kerbau , lembu atau kuda .. Sapa tau kan ? Takkan anak anak zaman tu  tak merempit guna sampai atau dah belajar merempit dengan berlumba main upih ??

 

image

Gambar hiasan

 

Dalam sejarah Rasulullah s.a.w mahupun para sahabat , pelbagai contoh dan teladan mengenai manusia dah ada .. Pelbagai peristiwa dah menceritakan perangai manusia ni  .. Al-Quran sebagai bukti … Setiap perlakuan manusia dah diceritakan disitu ..

Filem filem yg memaparkan pembuangan bayi , zina , maksiat .. apakah baru saja berlaku ? Kalau dikaji sejarah , zaman jahilliyah lagi dah wujud semua ni .. Takkan filem sekarang memaparkan apa yang berlaku sekarang ?

Bila bikin filem begini , lagi banyak banyak buruk dari yang baik .. Berapa ramai yg mampu berfikir seperti profesor atau mereka yg bergelar doktor ?

Kalau benarlah pembikin filem di negara kita jujur dan ikhlas  maka bikinlah filem yang benar-benar memberi teladan dan pengajaran berdasarkan Al-Quran dan Sunnah .. Kreatif ! Apakah filem begitu tak mampu jual ??  Kata bikin filem , kreatif la ! Takkan nak ikut permintaan pasaran  ?? Kita cipta la pasaran kita sendiri !

Boleh kira sebenarnya , mereka yang benar benar bikin filem kerana Allah ! Bak kata bos aku , dari kumpul dosa , baik cari kerja lain !

Ingat lagi ayat ahli panel tadi , “ Kalau tak suka .. tutup tv ! Jangan tengok wayang !” .. Bijak kata kata dia kan ? Mesti best kalau dia buat blog ..

You May Also Like

12 comments

  1. nak buat macam mana... money first... tu yang tak yah nak fikir cari bahan terbaik tuk buat modal! keh keh <<< ayat layman...

    BalasPadam
  2. macam lepas tangan la plak diorang ni.. buat filem yg ntahapahapa.. lepas tu bila org kritik.. statement yg kuar "kalau takmo tengok jgn tengok" habis tu yg dah terlepas tengok? bebudak yg dah terpengaruh dgn babak dlm filem tu mcm mana? mak bapa yg harus dipersalahkan sbb tak pantau? hahaha!

    BalasPadam
  3. masalahnya ka malaysia ni buleh dkatakan semua movie hanya pkkan nak kaut keuntungan semata-mata tanpa memikirkan sensitiviti pihak tertentu

    BalasPadam
  4. ermm..betol tu...duit didahulukan...lepas tu baru pikir yg lain...ape laa..huhu

    BalasPadam
  5. berlumba kutipan jualan filem siapa paling tinggi.

    BalasPadam
  6. itulah industri filem kita skrg. lebih kepada fulus.

    BalasPadam
  7. Kalau saya jadi penerbit/pengarah filem, saya juga akan ceritakan apa yg sebenarnya terjadi dlm masyarakat kita: kisah pemimpin hipokrit, kisah polis rasuah dll spt dlm filem Barat, Cina dan Hindustan tu.

    Tajuk entri terbaru di blog JR: "Internet Lembab: Patutkah Berdemonstrasi??"

    BalasPadam
  8. ha ah..btol tu abg ben.maybe bnyk kes brk yg jdk skrg coz trpngrh dngn filem2 yg ado..umph

    BalasPadam
  9. setuju sangat abg ben..
    diorang cuma pentingkan kepentingan..
    tak penah nak pikirkan mutu dan nilai sesuatu cerita yang dibuat..
    ehhhmm..
    tapi kita pun layan gak cerita tu.hurmm

    BalasPadam
  10. memang abg ben nie baguslah..duit sekarang first berbanding agama..akhir zaman macam2 jadi..

    BalasPadam
  11. ngahahahaa sakit perut gelak ..lumba sampan, kerbau....

    mmg pun..xsemua perkara perlu di"drama"kan. cukup la sekadar mampu bg pengajaran. Xpayah la smpai naik atas katil buat babak ranjang semata2 nak bg pengajaran. ini bukan amerika.

    BalasPadam