Barisan Nasional bermasalah dalam PRU13 nanti ?

by - Isnin, Disember 12, 2011

 

image

Ini peti undi yang diletakkan di dalam blog aku . Pembaca hanya boleh undi sekali saja .. Tiada pengundi hantu.

 

Hurm… Ada yang tanya aku , aku ni penyokong pembangkang ke .. Ok , aku amik kata-kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin ,

Rakyat yang mengundi parti lain, bukan semestinya bencikan UMNO, tapi mungkin merasakan harapan mereka berada di pihak yang lain. Rakyat yang membenci UMNO pula bukan semestinya menyokong parti lain, tetapi mungkin kerana merasakan UMNO telah menghancurkan harapan mereka. Rakyat yang menghargai jasa UMNO yang lalu bukan semestinya akan mengundi UMNO pada masa ini kerana mungkin ‘harapan’ itu sudah berubah dalam persekitaran yang baru.

Kemudian ada yang minta pandangan aku , kenapa mereka yg bekerja dengan kerajaan , dalam diam menentang kerajaan ? Jawapannya , mudah saja ..

‘ Kawan aku yang pernah kerja di restoran makanan segera bejenama XX ini , tidak makanan makanan yang disediakan di situ.. Sebab mereka tau segalanya.. Dari A-Z ..’

Mudah bukan ? Aku bukan anti mana mana parti .. Aku akan tetap pilih ISLAM ..

You May Also Like

19 comments

  1. Salamm...betul..ayah saya sendiri keje kastam. Dia lebih tahu apa 'masalah dalaman'.

    BalasPadam
  2. tak per semua itu yg penting krjann skrg lebih baik... masih lagi terbela.. klu pmbgkg belum lagi perintah dh mcm2 isu tuntut.. cth... Merdeka Sexulity..

    BalasPadam
  3. tau pe pasal restoran tu..ce citer skit hehehehee

    BalasPadam
  4. wakakaka. yg undi dekat situ, semua tak cukup umur lagi kot :D

    BalasPadam
  5. mana2 kerajaan ada promblm dalaman sebb krjaan ISLAM dahulu Othmanian runtuh pun salah satu dsebabkn rasuh..

    BalasPadam
  6. yg penting saat-saat kita sebelum lahir dah keraajjn bantu hingglh sekolah belajar IPTA/IPT, nk cari kerja pun dibantu hingglh kita ke liang lahat.. cukuplah tu klu serba-serbi nak dibantu PEMALAS namanya.boleh jatuh ekonomi negara..

    kutooobamboo mmg suka komen2 bab gini bagi dorg paham.. he3

    BalasPadam
  7. Salam, sy suka sikap tanpa prejudis Abg Ben....Pilihan ditangan kita....Harus diingat setiap pilihan kita nanti akan disoal, jadi pilih Kerajaan yang kurang mudaratnya kepada Rakyat...Jangan terpengaruh dengan sumbangan yang hanya diberi bila PRU semakin hampir...Ingat semasa mereka menaikkan harga minyak,cukai dll pendapat rakyat langsung tidak ditanya....Bijaklah memilih kerajaan...baca maklumat dari sumber2 yang berbeza....jangan terlalu taksub dengan sebelah pihak shj....

    BalasPadam
  8. Pilih pemimpin kawasan masing2 yg baik luaran dan dalaman. Ikutlah parti mana pun. hehe.

    BalasPadam
  9. @kutoOobambOo / ericoanacimungkin ramai yg dpat bantuan, tapi kena ingat yg tak dapat pon ramai gak (:

    BalasPadam
  10. salute bro ben..!! jawapan yang tegas dan jelas..

    BalasPadam
  11. harap2 parti yang bakal memerintah malaysia nanti,
    boleh mengurangkan hiburan kat malaysia ni,terutamanya kat tv2 yang ada..

    BalasPadam
  12. nak mentadbir sebuah keluarga pun kadang susah, ini tambah2 nak bertadbir sebuah negara...memang bukan keja yang mudah, tk boleh nak puaskan hati semua orang kan? Apa2 pun, undi itu di tangan kita. Skarang ni macam provokasi terhidang di media2...kita sebagai rakyat gunakan lah kebijaksaan untuk menilai, bukan menggunakan hati dan emosi :-)

    BalasPadam
  13. Bukan mudah mentadbir sebuah negara. banyak ketikanya tindakan yang diambil akan dipersoalkan rakyat sebab bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Lebih banyak keburukan yang dinilai daripada kebaikan. Orang lebih mudah bercakap bila tak duduk di kerusi tu. Bila dah dapat, kadangkala lebih 'teruk' lakunya. Hmm...mmg pening jd pengundi sekarang ni. Niat hati nak pilih yang terbaik...tp...decision...decision...teringat kata2 bijak pandai...ada 3 'ta' yang akan memusnahkan lelaki...harta (kekayaan), takhta (pangkat) & wanita....dah terbukti kan? cakap mmg mudah, bila tanggungjawab tergalas kat bahu, silap2 diri sendiri pun goyah.
    Saya bukan pro sesiapa...cuma melontarkan pandangan semata2...

    BalasPadam
  14. islamkah PAS itu?

    tepuk dada tanya iman

    BalasPadam
  15. nak tegur "tidak makanan makanan"

    bukan mudah bagi kita untuk memilih siapa yang akan jadi ketua. haram hukumnya kita mengangkat orang yang tidak berpegang pada al-Quran dan Sunnah untuk jadi ketua kita.

    BalasPadam
  16. Mencari harapan dalam kekalutan..

    BalasPadam
  17. saya ada terbaca satu keterangan,
    lupa di mana.

    emmm,

    'kita perlu memilih pemimpin yg memilih cara islam,
    pemimpin yang tidak di nodai hal-hal kotor,
    pemimpin yang bersih dari segi pemikiran dan hatinya'


    lebih kurang mcmtu la bunyi nya :)

    BalasPadam
  18. @kutoOobambOo / ericoanaci

    Ko buat perbandingan dari mana??? lebih baik ko kata??? adakah PR pernah memerintah untuk kau bandingkan dngan BN???

    BalasPadam