Curang 50 tahun yang lepas , tetap kena cerai !

by - Sabtu, Disember 31, 2011

 

Mak aih.. tu diaa ! Dah tua dah tu. Umur 99 tahun dah pon .. Yang isterinya 96 tahun .. Haa.. Kawin dah 77 tahun .. Tapi sebab isterinya pernah curang 50 tahun yang lepas , maka cerailah juga mereka !

 

Seorang lelaki Itali berusia 99 tahun memfailkan perceraian daripada isterinya berusia 96 tahun selepas menemui sepucuk surat isterinya berlaku curang 50 tahun lalu.

Lelaki Rome berasal dari sini dikenali sebagai Antonio C yang berkahwin dengan isterinya selama 77 tahun, terjumpa surat yang dikirim bekas kekasih isterinya pada 1940 an, ketika dia menggeledah laci lama beberapa hari sebelum Krismas, lapor agensi berita ANSA kelmarin.

Apabila lelaki itu meminta penjelasan daripada isterinya dikenali sebagai Rosa C, isterinya mengaku curang namun akibat berasa bersalah beliau tidak mengambil langkah mencabar perceraian terbabit, kata ANSA. Pasangan itu memiliki lima anak, 12 cucu dan seorang cicit.

The Telegraph menyatakan Antonio C kini menjadi orang tertua di dunia bercerai. –Bharian

Bharian

Hurmm .. tu diaa !! Cemburu tidak mengenal usia !

You May Also Like

4 comments

  1. Hehe..kena hati2 pada siapa yg nk curang tu. Usia pun tidak dikira
    ",

    BalasPadam
  2. Lagu tu pun ada lagi kan? Orang putih zaman muda memang dah mula belajar curang. Remaja sekarang pun mula mengikut.
    But tak sangka dah tua pun cerai. Memang tak mengenal usia.

    BalasPadam