Kad pengenalan ( Mykad ) pada 2012

by - Sabtu, Disember 31, 2011

 

image

KETUA Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said menunjukkan kad pengenalan baru yang akan mula dikeluarkan pada 3 Januari – Hmetro

 

Orang ramai boleh menukar kad pengenalan lama kepada MyKad baru yang dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan termasuk imej turisan laser dan cip tahan lasak, bermula 3 Januari ini.

Sebagai permulaan, MyKad baru itu boleh dibuat di Ibu Pejabat JPN di sini dan JPN Shah Alam, manakala negeri lain secara berperingkat sehingga 15 Februari depan pada harga RM10.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said, berkata MyKad baru itu diperkenalkan selepas jabatannya menerima banyak rungutan daripada orang awam yang mendakwa MyKad yang digunakan sekarang mudah rosak dan mudah dipalsukan.

“Pemalsuan kad pengenalan boleh mengancam keselamatan negara. MyKad baru ini bukan saja tahan lasak kerana diperbuat daripada bahan polikarbonat, malah ia mempunyai lebih banyak ciri keselamatan termasuk imej turisan laser pada permukaan kad dan dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan,” katanya pada sidang media memperkenalkan MyKad baru itu di sini, semalam.

Berikutan itu, Jariah berkata, JPN berharap teknologi terbaru dibangunkan untuk kegunaan dokumen pengenalan diri di Malaysia akan menyukarkan usaha pihak tidak bertanggungjawab untuk memalsukan MyKad pada masa depan.


Bagaimanapun, penggantian kepada MyKad baru tidak diwajibkan kepada pemegang MyKad sedia ada, tetapi orang ramai digalakkan menggantikannya sebagai langkah keselamatan.


“MyKad terbaru ini menepati piawaian antarabangsa, terutama dari segi spesifikasi ketebalan, panjang, lebar dan kedudukan cip pintar digunakan. Kita menetapkan standard lebih tinggi dari segi pengujian cip pintar dan keadaan fizikalnya,” katanya.


Jariah berkata, cawangan JPN di negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari).


JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Februari, Miri (6 Februari), Kota Kinabalu dan cawangan lain pada 7 Februari serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Februari.

Sumber : Bharian.

You May Also Like

11 comments

  1. btol. mykad yg skrg(lama) ni da terkelepet2 tepi.kena tuka ni. umo da 24.hehe,

    BalasPadam
  2. tak sabarnya nak tukar ic baru..ic sekarang muka tak matang..

    BalasPadam
  3. ala, mesti kena gi ambik gambar balik, anyway, mcm ok je yg baru nie...

    BalasPadam
  4. yeyy! dpt tukar i/c baru...azam sy nk jga i/c baru ni elok2..nt nak amik gambar i/c kene pakai tudung kemas2..senyum ^^..hehehe

    BalasPadam
  5. kena tukar jgk ni...aku nye dah patah....

    BalasPadam
  6. entah bila boleh mengundi nampak gaye nye nie.... main tukar2 kad baru la plak...tarikh mengundi pon entah bila pm nak umum... huhu.. berat 66

    BalasPadam
  7. Ok lha 2 tp pelik...
    tahun dpn msuk darjah 6..
    x sabar nk dpt ic..

    BalasPadam
  8. hemmm susah hati bila part kene tukar ni (-_-)

    BalasPadam