Kereta bernilai RM35 juta

by - Isnin, Disember 12, 2011

 

image

image

image

image

image

ANLIKER bersama seorang teman dan kereta Mercedes McLaren SLR emas dan delimanya.

 

Kereta Mercedes ini yang dihiasi dengan emas dan dan batu delima boleh menjadi milik anda dengan harga RM35 juta.

Ia adalah hasil kerja pengubasuaian ahli perniagaan, Ueli Anliker yang menghabiskan lebih daripada RM17 juta untuk mengubah kereta berharga RM150,000 itu menjadi ‘Impian Emas Merah Anliker McLaren SLR 999.’ Mercedes McLaren SLR adalah kereta keluaran paling eksklusif syarikat pembuat kereta Jerman itu.

Majalah Top Gear menyifatkan pengubahsuaian yang dilakukan oleh Anliker sebagai: “Ia sesuatu yang boleh ‘membakar hingga mata anda berlubang dan menembusi hingga ke mimpi ngeri anda.” Dengan harga minimum RM35 juta itu, ia menjadi kereta paling mahal untuk dijual di pasaran terbuka.

Ahli perniagaan Switzerland itu menggaji 35 pekerja yang menghabiskan masa 30,000 jam untuk mengecat kereta itu dengan 25 lapisan cat merah yang dicampur dengan serbuk emas.

Setiap rim roda kereta berkenaan dilitupi emas 24 karat. Begitu juga dengan lampu besar dan pintu yang turut dihiasi dengan lebih 600 batu delima.

Hiasan emas di bahagian dalam mempunyai penunjuk yang disalut dengan batu permata, steering emas dan tombol gear yang dilitupi batu delima. – Hmetro

You May Also Like

5 comments

  1. keternya unik,tapi awek yang berdiri tepi keter tu..errrr.....

    BalasPadam
  2. beli sebijik terus papa kedana . hehehe

    BalasPadam
  3. kental gila dorang buat kerja...mula2 tengok gambar first tu macam kete mainan je...tapi bila tengok ade plak orang...haha baru nampak macam kete betul...dasyat...^_^

    BalasPadam
  4. Perghhh..mmg menarik + harganya pon menarik gak!

    BalasPadam