KONSERT FENOMENA SEARCH

by - Khamis, Disember 01, 2011



Wow ! Tak sabar nak tunggu konsert di Kuala Lumpur nanti ! Bukan apa , seperti yang pernah aku ceritakan dulu di entri yang bertajuk KONSERT FENOMENASEARCH 30 TAHUN , sememangnya aku cukup teruja bila mengetahui Search bakal buat tour .. Hehe…

Ok , apa yang menariknya konsert Fenomena Search 30 tahun ni ? Mula mula sekali pastinya akan mengembalikan segala kenangan silam .. Kedua , harga tiket yang menarik ! Dan , apabila korang tempah atau beli tiket tu , korang akan dapat T-shirt ekslusif percuma , Minuman percuma dari para penaja Lipton Ice Tea & Red Bull dan berpeluang untuk memenangi Perodua Viva di dalam peraduan yang bakal diadakan nanti .. Haa.. Amacam ? Menarik kan ?

Dan konsert tersebut akan di hokan s oleh Burn, Jehan Miskin dan Nana .. Haa… Sebelum korang layan konsert Search tu , ada kumpulan lain yang akan menghangatkan suasana.. Nak tau sapa ??? Yearghhh… Pesawat, Bittersweet, Projek Pistol, Koffin Kanser, Sofea bakal menemui korang di sana nanti .. Dan tidak lupa , kemunculan khas dari raja lawak Angah , Jepp, Nabil dan Johan .. ;P

Harga tiket RM69 Kuala Lumpur (17 Disember) ,RM59 Pulau Pinang (19 November) & JB (3 Disember) dan korang boleh dapatkan tiket di stesen Petronas terpilih atau tickethotline.com.my .. Cepat cepat !! Kang bantai teriak kat luar konsert nanti akibat kehabisan tiket !!

You May Also Like

3 comments

  1. Kakchik pun teringin nak pegi tapi nak tau jugak tempat konsert tu open air ke dlm stadium ke? kalau open air masalah sikit .. takut hujan.

    BalasPadam
  2. wwaaaaaa... search tu ...legenda rock negara.. pasti mengembalikan nostalgia silam para peminat mereka :)

    BalasPadam
  3. Lagenda rock beb!!

    Alamak...

    Esoklah ya 3 Dis 2011 di Johor Bahru.. rock gempaklah ya..

    :( anak2 masih kecil xjoin lah kita..

    kirim kat amy : Peeewwwwiiitt...peerwiiitt.. peewiitt

    BalasPadam