Selagi dia mengaku muslim ..

by - Khamis, Disember 22, 2011

 

Sapa kita nak menjatuhkan hukum walaupun terang-terang melakukan dosa besar ? Dalam isu Ariff Alfian yang telah berkahwin sesama jenis (gay) , dia mengaku dia muslim.

“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.

Pasti ramai melenting punya kan ? Pergh... Aku ? Hurm.. Malah ada siap jatuh hukum dah pada dia ! Maklumlah , dia terang terang ngaku gay kan ?

Betul .. berdosa besar .. Dosa dia dengan Allah .. Bagaimana pula mereka minum arak ? Berzina ? Membunuh sesama saudara? Fitnah ? Pecah amanah ? Makan harta anak yatim ? Merompak ? Merogol ? Membuka aurat ? Dan banyak lagi.. Apakah kita nak jatuh hukum seperti mana kita jatuhkan hukum pada si Ariff tu ?

Buat masa sekarang , biarlah mereka yang ada kuasa menjalankan tanggungjawab mereka .. Inilah peranan mereka dan kita amik iktibar dari isu tersebut agar lebih berhati-hati di masa depan.

Aku tak sokong perbuatan dia .. Berdosa besar. Tapi sapa aku nak kata , " Ni ke muslim ??? " .. Sesungguhnya dia bukanlah contoh muslim yang baik .. Kita doakan agar dia terima hidayah dari Allah sesungguhnya perbuatannnya itu salah ..

Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

 

Kita doakan saja dia agar kembali ke pangkal jalan.. Manusia manalah yang tak tersesat.. Inilah dugaan Allah pada hamba-hambaNya.

 

Wallahualam. Sekadar pendapat aku.

You May Also Like

27 comments

  1. Selemah lemah iman... tegurlah didalam hati...

    kita wajib menegur tp bukan menjatuhkan hukum.

    so...pandai pandailah membezakan teguran dan menjatuhkan hukum tu yer...

    selamat beramal..... hehehe

    BalasPadam
  2. as-salam..

    ye.. setuju dgn pendapat bro.. mana tau kot dia terbuka hati nak berubah dikemudian hari kan.. hehehe..

    BalasPadam
  3. pelik betul..dunia nak kiamat kot..

    BalasPadam
  4. setuju dgn pendapat ben..harap dunia juga melenting bila nampak Muslim berzina, minum arak dsb..jgn pilih bulu bila nak melenting...moga hidayah Allah masuk ke hatinya.

    BalasPadam
  5. salam,tazkirah yg menarik...bro. semoga beliau diberi taufik dan hidayah-Nya

    BalasPadam
  6. betol la tu pe yang ko cakap.. biar pihak yang berwajib buat tindakan.. siapa kita nak menghukum orang lain? solat pon belum tentu cukup, aurat pon belum tentu jaga rapi.

    BalasPadam
  7. saya cukup takut nak kata dekat orang, saya ada anak2, takut kembali kepada keluarga dan anak2 saya.. adalah lebih baik jika kita sentiasa mendoakan sesuatu yg lebih baik utk seseorang muslim itu...

    BalasPadam
  8. semoga diberi hidayah..amiin3...

    BalasPadam
  9. kejarlah berkat,
    sebelum bertongkat,
    segeralah bertaubat,
    sebelum terlambat...

    BalasPadam
  10. hny mampu doakan dia kembali ke landasan yg betul

    BalasPadam
  11. doakan buat dia. mungkin satu hari nnt dia akan jauh lebih baik dari kita

    BalasPadam
  12. harap,dia kembali ke jalan yang benar..

    BalasPadam
  13. kita sepatutnta doakan yg terbaik untuk dia sebab sesama muslim.. tp sebaliknya dia pulak dicaci.. semoga Allah terus tetapkan iman dia dan kita sebagai muslim.. insyallah..

    BalasPadam
  14. Nice entry... Nice pendapat... Tapi aku tetap tak sokong gay! :D

    P/S: Dijadikan isu kerana secara terang-terangan....berani menonjolkan imej buruk tetapi mengaku islam... Apa pandangan dunia tentang islam lepas nie? isu lain hanya diketahui kerana ditangkap... Harap difahami secara lebih meluas.... Sekadar pendapat...

    BalasPadam
  15. same2 berubah untuk kebaikan dunia akhirat..world peace..=)

    BalasPadam
  16. @Pembawa_Wacana aku tak sokong gak.. haha..

    ini agenda menjatuhkan Islam dan nak tgk Islam bertekak sesama sendiri .. bukan takat gay je , tu kelab mlm , filem , pesta sana sini ? tu kan cara mereka secara halus ..

    kita kena buka mata ..

    BalasPadam
  17. dah banyak dah kat Malaysia ni abg BEN. buka sekadar gay, les, pengkid segala macam dah.. cume xjadi topik je.. hukhuk.. sedih..

    kite kene kuatkan iman, agar tak tersesat ke sana..

    BalasPadam
  18. : apa yang kita patut lakukan? berdoa pada ALLAH..agar dia dan kita semua di berikan pentunjuk... InsyaALLAH.. :)

    BalasPadam
  19. agenda kristian menghancurkan umat Islam....da sah2 kawen cara kristian tapi mengaku diri tu muslim, saja mahu burukkan nama Islam, memang AGENDA AGAMA KRISTIAN!

    BalasPadam
  20. tunggu orang Islam melatah...
    dengan agenda tersembunyi ni.

    BalasPadam
  21. Salam En.Ben...

    Betol la tu .. Kita ni takde hak sebenarnya nak jatuhkan hukum sesama manusia ni. Kalaupun kita sesama muslim ni pun tak terdaya nak menolongnya kembali ke jalan yang benar, jangan terus2san pulak kita nak menghukumnya ..

    Kalau tak dari segi fizikal sekalipun, cuba la kita bantu dia dari segi rohaniah. Iaitu melalui DOA .. Bukan ke itu senjata orang2 muslim?

    DOAkan dia berubah. DOAkan dia kembali ke jalan ALLAH. Insyallah .. Kalau itu kehendakNYA, pasti akan termakbul juga .. Insyallah .. ^^

    BalasPadam
  22. sokong abg beng..moga beliau mdapat hidayah darinya

    BalasPadam
  23. sokong dgn abg ben jugakk
    walau cm mane pon, masyarakat x boleh nak pulau dia..
    perlu ada pendekatan rohani secara halus
    supaya dia kembali dan sedar dgn perbuatan dia kan :)

    itulah indahnya Islam..

    BalasPadam
  24. Kita pakat doa supaya Ariff Alfian bertaubat nasuha...satu ketika dulu Allah pernah mendatangkan bala pada kaum Lut yang mengamalkan cara hidup homoseksual..tak mustahil akan berlaku perkara yang sama kalau tak dibendung dari sekarang..

    BalasPadam