Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 9 Januari 2011

Offline ...

 

“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

Selamat malam dan terima kasih .. Maaf andai ada yang terasa .. Salam sayang dari BEN ASHAARI.COM

Okeh , aku ternganga kali ni !

 

SANDAKAN: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.

“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.

Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.

“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.

“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.

Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat.
Kesempatan menemui Mansura secara bersemuka membuktikan kebenaran kata-katanya.

Meskipun boleh dianggap nenek, tubuh Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an.
Penulis juga hanya menggeleng kepala sebaik diberitahu wanita berkenaan berusia 65 tahun dan memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit.

“Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.

“Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, baru-baru ini.

Mansura berkata, pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.

“Saya tidak pernah mengamalkan ilmu songsang atau susuk kerana ia perbuatan syirik,” katanya.

Selain 23 anak, termasuk enam yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, Mansura turut dikurniakan 60 cucu dan empat cicit.
“Bayangkan selepas melahirkan anak, saya boleh berjalan seperti biasa keesokannya dan ke pasar seminggu selepas itu. Ramai tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya,” katanya.

Mansura berkata, dia berkahwin dengan Yusof ketika berusia 13 tahun dan terus bunting pelamin, namun kurang bernasib baik apabila beberapa anaknya meninggal selepas dilahirkan.

“Anak pertama mak cik sepatutnya berusia 52 tahun tetapi meninggal dunia sebaik dilahirkan, manakala paling bongsu berusia 15 tahun dan menuntut di Sekolah Menengah Batu Sapi,” katanya.

Mengikut perkiraan kasar, pasangan itu memperoleh anak sulung iaitu Junaidah, 46, ketika Mansura berusia 19 tahun dan melahirkan anak ke-23, Jefry Aman, 15, pada usia emas 50 tahun. Malah ketika berusia 30 tahun, dia mempunyai lapan anak.

Menurut Mansura, ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan ramai.

“Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan.
“Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya.

Mansura berkata, perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.

“Sebagai orang tua, saya hanya mampu memberi nasihat kerana sedih mendengar pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sudah naik turun mahkamah untuk bercerai.

“Sedih melihat isteri yang masih muda dan cantik terpaksa menjadi janda pada usia muda,” katanya.

Mansura juga berkata, kewangan bukan masalah utama jika tahu menguruskannya.

“Saya tidak kaya dan hanya menetap di rumah kayu, tetapi suami tetap sayang dan sentiasa membahagiakan saya. Sebagai balasan, saya kini mengambil alih tugasnya mencari rezeki berikutan kesihatannya kurang baik kebelakangan ini,” katanya.

-HMETRO-

BA: Baru nak baca ... hehe

Ternyata aku ketinggalan zaman ..

 

Baru 3 lagu di persembahkan di AJL 25 dan aku dah bosan tengok .. Mmg aku tak leh masuk dengan fesyen dan lagunya .. Maaf.. mungkin bukan citarasa aku .. Mungkin ada diantara kita suka lagu lagu begitu..

Ternyata aku ketinggalan zaman .. Apakah aku perlu mengejar kembali agar boleh disebatikan lagu lagu zaman sekarang ini dengan jiwa ku ? Oh tidak.. biarlah aku dengan zaman aku dulu .. hehe..  Zaman zaman rock kapak dan pop rock.. Kiranya zaman aku tu 90 dan awal 2000 tu mmg aku minat .. Tapi tak la tahap WOW I LIKEEE sampai teruja gitu sekali ..

Layan nasyid ? Pergh.. serius .. mmg aku layan .. Raihan , Brothers adalah kumpulan yang aku minat dengar ...  Jangan ditanya lagu apa yang aku minat .. sbb aku bukan spesis menghafal tajuk lagu .. hehehe.. banyak menda lagi aku nak ingat ..

Apa apa pon buat semua rakan rakan di BEN ASHAARI BLOG ni , semoga terhibur la yer dengan AJL malam ni.. Pastinya menjadi keyword panas esok  .. Hehe.. malas nak update tentang tu ..

Jangan marah aa...

Header Romantik Pilihan ..

 

image Suka suka suka gini .. romantik gitu .. kan kan ?

http://cahayanurqasih.blogspot.com/

 

BA : Buhsannya malam ni ... AJL ? Menambahkan lagi kebuhsananku ini .. Oh ya .. Ada contest header di sini ..

Mereka kata .. Senarai lagu JUARA LAGU 2012

 

Setelah setahun bertanding maka kini tibanya saat menentukan sapakah yang layak bergelar JUARA LAGU 2012  .. Berikut adalah senarai lagu dan penyanyi yang layak ke pertandingan akhir :

  1. Green Apel | Epal hijauku dicuri
  2. syuwai   | Kekasihmu kekasihku jua
  3. Princess Nur| Aku masih teruna
  4. ||aLeaSaRa|| | Cinta pasu bunga mu
  5. maxi rosli | Sebenarnya kau ku tipu
  6. yana_popeye | Dimana sayur ku ?
  7. Hanis MY | Drama Queen
  8. student | Aku dah ingatkan kau berkali kali
  9. syaz rini | Sopiah oh Sopiah
  10. akuwanny | Tombok muka ku ini ..

Haaaa.... siapakah yang bakal menjuarai kali ini ? Aku pon tak tau !!

BA: Sekadar gurauan... 

Wow !! Terima kasih semua ..

image image

Santai BEN ASHAARI di Facebook mencapai 1,000 orang kawan dalam tempoh kurang sebulan... Aku buat FC ni atas nasihat seorang kawan lama aku .. Katanya mudah untuk promosi blog .. Maka aku pon ikut je la.. Dan mmg berbaloi.. Bukan sudut trafik tapi sudut komunikasi dengan rakan rakan blogger dan juga pembaca blog ..

Manakala Follower di blog bertambah lagi .. syukur Alhamdulillah .. blog aku masih diterima mereka .. lebih lagi pembaca baru baru .. Maklumlah , terlalu banyak blog yang best sekarang ni kan .. hehee.. Kena la bersaing secara sihat ..

Kedua dua ni saja aku rekodkan untuk lihat perbezaan akan datang nanti iaitu di bulan FEB nanti.. Apakah impak terhadap blog aku bila cerita tentang aku dan blog ada di majalah .. hurm...

Jangan bandingkan dengan orang lain ! Terima kasih ... Aku adalah blogger picisan saja.. okeh ?

Kena sempurna dalam blog ..

 

Buat blog mmg best.. bercerita dalam blog mmg best .. tapi semangat boleh patah jika terdapat komen yang tidak membuka minda ...

Andaikan aku nak bercerita tentang sedekah ... Duit dari blog aku nak disedekahan ke masjid .. Mereka takkan tanya kenapa ? Atau mengapa ? Tapi sebaliknya akan tanya , halal ke duit tu ? Sama gak jika aku merancang nak belanja kawan kawan dengan duit gaji pertama .. Jika timbul komen begini ; " gaji ko tu dari sumber yang halal ke ? " atau " kan lebih baik sedekah je duit tu " ... Hurm.. perlu ke cerita segalanya agar sempurna jalan cerita dalam blog ? Kenapa tak diambil saja point yang nak disampaikan ? Cukup .. dah .. tu jer .. Apa yang berlaku di sebaliknya , antara dia dan Allah ..

Kalau sempurna , baik ustaz atau mereka saja yang pandai bab agama saja bercerita dalam blog dan kita membacanya .. Sbb kita tak tentu lagi betul jalan cerita kita .. Pasti ada cacat celanya ..

Aku amik contoh .. Wardina .. dulu dia bagaimana ? Selepas kawin dia bagaimana ? Ada perubahan bukan ? Kalau mereka yang nak kutuk dia , mereka akan pandang Wardina yang dulu .. Mereka tak nak amik contoh yang sekarang ni .. kenapa ? Fikir la sendiri ..

Maka , sekarang ni bila nak tulis entri atau update blog .. kena pastikan segalanya sempurna.. kalau perlu tipu , kena tipu .. bagi cantik jalan ceritanya ... Itukah yang kita mahukan ?

Setiap entri dari blogger picisan ini pasti ada cacat cela .. tapi cubalah amik hendak disampaikan ..

Automatik neh !

 

                         image image

IKLAN : SHAWL TERKINI DARI  AYUCINTA

Selalu berlaku pada aku .. kalau masuk mana mana atau ditegur dek promoter atau waiter  , mesti aku membalasnya semula .. hehehe ..

" Selamat datang " ....

Aku secara automatik pon .. " Selamat Datang " !

Bila teringat.. apa kehalnya aku ucap selamat datang kat dia balik ???  ARghhh ....

Sikap atau berlagak ?

 

Mesti ada antara kita yang sakit jiwa bila memandu di negara ni kan ? Negara luar aku tak pasti la sbb tak pernah lagi .. hehe.. jadi tak leh nak komen ...

Ada satu tempat ni la kan .. aku tak leh nak sebut kat mana .. kang aku sebut , aku kena .. haaa .. mmg aku cukup mental giler ! Diorg suka parking ikut suka hati diorg jer ! Pastu satu hal lagi , bila berenti nak turunkan orang .. Kalau nak turun tu , turun dengan cepat.. ni berhenti dah dekat 10 minit tapi tak turun turun gak orang .. Kalau berhenti kat tempat sepatutnya , tak kisah la kan tapi ni tak ! Berhenti kat tepi jalan yang mana dia dah makan satu lorong..  Nak tak nak , kita kena tunggu lak lorong bertentangan kita clear ! Tak ke pentingkan diri sendiri ??

Kalau aku kan.. biasanya kalau nak berhenti kat tepi jalan , aku pastikan turun dengan cepat ! Ala ala komando gitu haa.. Kecuali laa ada orang tua .. tu ok la kan .. Tapi dalam kes tadi , yang turun tu tak tua pon .. muda lagi haa.. cergas gitu !

Bila aku lalu , aku pandang driver dia .. tau pulak dia nak marah.. konon nak kejar aku ..cait.. bengong.. tu laa.. dia ingat , dia bawak kereta besar pastu duduk kat area kononnya berpangkat besar pastu nak buat suka hati dia ? Helloooww.. aku tak kisah ok ! Aku dan kau sama sama manusia... Takat pangkat ? Tak usung ke kubur pangkat tu okeh !

Boleh giler kalau drive kat Malaysia ni !!

Blog yang menjadi pilihan ku dalam promosi ..

 

Setiap hari mulai tahun lepas.. hehe..tahun lepas la yer aku dah mula promosi blog kawan kawan blogger ... Kenapa aku suka ? Aku rasa korang dah tau kenapa la kan ..

Ok... camana aku pilih blog untuk aku promosikan di blog aku ? Hurm.. Aku kena pastikan yang tuan punya blog tu benarkan aku promosi blognya .. Haa.. kalau tak , sah sah aku kena maki lak .. tak ke naya aku ??

Jadi bila aku nak pilih blog tu , aku tengok header , entri , template serta perhiasan dalam blog tu .. Paling penting , aku kena pastikan dia benarkan aku promosi blognya ! Haaa..camana aku nak tau ? Pertama , blog BEN ASHAARI tersenarai dalam bloglistnya .. Kedua , dia sememangnya dah follower di blog aku dan ketiga , senantiasa ada tinggalkan komen di blog aku ..

OK ..tu bukan syarat tau !! Aku tak paksa sapa sapa suruh buat semua tu tau ! Tapi aku kena tengok semua tu agar takde isu dibelakang hari nanti .. Kenapa BLOGLIST , FOLLOWER dan KOMEN ? Sebab dia mmg ikut blog aku jadi dia tau aku akan promote blog mana mana sekali pon .. Jadi bila kena kat blog dia , dia dah sedia maklum mengenai hal itu .. maka tak la dia marah kat aku nanti kan ?

Haaa.. tu je la sebenarnya .. Aku bukan nak tengok berapa ramai follower dia ke.. atau hasil penulisan yang kaw kaw punya best mahupun header yang giler giler punya mabeles.. Tak ! Bukan gitu .. Mana mana blog akan aku promote jika ciri ciri tu ada .. Ibarat satu kebenaran bertulis buat aku untuk promosi blog dia la.. OK ?

Mau g Alamanda lak .. jangan nakal nakal yer .. Oh lupa ..ada satu contest pada yang berminat.. sila klik sini ..

TERIMA KASIH PADA MEREKA YANG MEMBENARKAN AKU PROMOSI BLOG MEREKA ...  :)

Header Blog yang COOL !

 

image Kena ngan template blog dia .. sesuai ! Jiwa muda .. blogger muda .. hehehe.. ok la kan ?

OKeh.. aku tamo ulas atau review blog orang .. tak layak langsung , okeh ... jadi aku bagi terus je la link blog dia .. tengok sendiri , nilai sendiri .. >>  http://himynameisasri.blogspot.com/

Artis cium molot ?

 

" Tak ! Tak .. I tak buat okeh !!  "

Kalau buat pon , ada aku nak hairan ? Haih... camana mereka berlakon atau menyanyi ,cam tu laaaaa mereka berkata kata bila depan kamera .. Belakang ? Hurm.. Wallahualam ... Pandai pandai la cover yer... Jangan lupa , dengan manusia , leh cover .. ngan ALLAH ? hik hik ..

Ada tengok Melodi tadi ? Tak ? Aku pon malas nak tengok .. Rela tengok kartun lagi.. zaman kanak kanak rebina dulu suka la tngok.. tapi skang ni , malas dah ... dah wife bukak.. kena la tengok sekali.. hehe.. terpaksa nehh .. hehe..

Sempat la tengok 2 cerita.. satu kes anak cari mak tu.. dan kes cium mulut .. hehehe.. lawak la kan ? Camana laaa ada orang leh jadikan artis ni sebagai idola mereka yer ? Siap leh tiru gaya , cara pemakaian .. haih..

Aku dulu pernah ikut gak gaya artis.. hahaha.. Amy Search .. Aku dh bosan ! Aku dah bosan.. Masa tu mmg aku bosan dengan seseorang ... haaa.. tu nak tunjuk aku boikot laaa.. hahaha.. tapi skang , dah leh fikir .. mana leh ikut , mana tak perlu la nak ikut kan ..

Apa pon , kita doakan yang terbaik buat mereka.. Doakan agar diberi hidayah .. cukup cukup la kita wat dosa kan ?

Blog Best Hujung Minggu ...

 

image

Best ! Best untuk melepak sambil membaca .. Sediakan roti canai sardin atau muruku ketika membaca blog ini .. Sbb apa ? Tau tau je dah abis makanan tapi tak abis membaca lagi !

Tak caya ? G la jengok sendiri...  > http://karyatiqah.blogspot.com/

Blog gini perlu diberi suntikan semangat dari rakan rakan agar terus menghasilkan karya yang bermutu.. Hati hati dengan si pencopek entri yer .. hehehee...

Mereka kata .. penyokong bola !

 

image image 

Berikut adalah senarai penyokong yang hadir ketika final Piala  HONDA CUP C70 di Pusat Rekreasi Tanjung Rambutan  :

Bermula dari kiri belakaaannggg sekali tuuu haa kat gambar pasukan Indonesia  .. nampak tak ? sila zoom 1000x : [:::AFZARA:::] , nmirmo , FaKArePa!n , Syukri Hasshan , abadi romeo , cool boyAwangku Johan , cikAida dan Farah Shamsudin ..

Senarai penyokong yang duduk di hadapan gambar pasukan Malaysia ni .. Mmg tak nampak la dalam gambar ni sebab diorng duduk depan diorg sewaktu gambar ini diambil : AZLITA AZIZ , Ayuni , Princess Nur , fara_dikri , ~SYAZ~ , dwaty , sakinah88 , mOoN , rabiatul dan Lydia Miza ..

Baru dapat kesan mereka berada dalam gambar ini menggunakan kanta pembesar 1 juta kali ganda punya size... Tu pon susah nak kesan sbb diorng tutup muka diorng.. haih ..

P/s : sekadar gurauan..

Nampak kecil tapi ?

 

Sebelum aku nak mulakan aku nak bagitau entri ini , bukan bertujuan bangga atau riak ! Buka minda dan lapangkan dada bila baca .. hurm ..

Mula mula aku berblog dulu , blogger blogger baru pasti akan menyebut beberapa nama nama blogger  yang dah menempah nama dalam dunia blog ini atau blogger otai..

Maka aku pon saja g jengok mereka .. meninggalkan komen seperti mana blogger blogger baru buat la kan .. Kira menyambung adat la gitu .. Dah diajar gitu kan ? Rajin rajin la tinggalkan komen .. mana la tau kan ?

Follow blog tu dengan harapan blogger tu akan follow kita balik ... berlakukah itu ? Hurm... Tapi kita faham , mungkin dia dah terlalu ramai follow blog orang lain.. tak pe la ..

Ada satu kali tu , aku add blogger popular giler babas tahap diva dunia laaa dalam FACEBOOK .. Blogger popular ni g mana mana pasti semua kenal punya la .. Tu orang cakap la.. tapi kalau aku , dia lalu sebelah pon tak kenal .. Dalam dunia blog jee popular .. luar belum tentu kan ? Apa nak dihairankan ?

Bila dia accept aku , aku tak pelik sbb dah biasa .. Sebelum aku berblog pon aku dah add ramai orang.. Dah cukup 5 ribu dalam friends list aku .. Model ada , artis ada ... dah mmg ada yang aku bertegur sapa pon ...

Happy ? hurm.. tak gak .. Kenapa ? Sbb aku tak minat pon dia .. saja je nak test keramahan dia ..  tak sampai 10 minit , dia remove aku balik weh !!

Maaf yer .. ni bukan kes cemburu ke apa .. Tapi selepas dia remove aku tu kan , aku terasa gak la.. Wah .. ini orang aa.. Tak pe tak pe.. Tunggu kehadiran aku nanti ..

Sekarang .. mmg dia dah tau tentang aku malah 'mata-mata' aku ada cakap mmg skang dia bengang ngan aku.. bukan sebab populariti ke apa tapi ada la satu kes tu.. hehee .. bagus bagus..

Panjang lak intro .. maaf yer .. Aku sekadar nak beritahu pencetus kepada semangat juang aku dalam dunia blog ni.. haa.. tu intro tadi tu..

Tapi sebenarnya la kan , dalam kita tak sedar la kan , sbbnya butang FOLLOW tu , mampu memberi satu impak yang besar pada mereka yang kita follow itu .. Contoh yang aku dapat pagi ini yer ..

" salam..abg ben, trima ksh byk2 follow blog sy...heheh.. x sangke blog cikai mcm sy pon abg ben follow...hehe.. tgh tensen tgk2 abg ben follow, sejok ht sy...heheh... :) "

Tu baru satu .. ada banyak lagi yang aku dapat tapi cukuplah satu .. tak yah nak g korek yang lain .. kan ? Kang kata aku berlagak lak tapi sebenarnya aku sekadar nak beritahu .. Kadang kadang kita nampak kecil perbuatan kita tu tapi mampu memberi impak yang besar pada mereka ... kan ?

Bayangkan kalau DR.Mahathir follow blog aku ... rasanya sebulan tak payah makan .. Haa..camtu la perasaannya .. Nama je kecik ..

Kata blogger ini ..

" Seperti selalu, saya akan pulang ke rumah hujung minggu dengan menaiki bas di sebuah stesen bas di selatan tanah air. Sementara menunggu bas bertolak, macam2 kerenah orang yang dapat dilihat. Bukannya, saya sentiasa merenung setiap gerak- geri manusia yang lalu lalang, sekadar terpandang sepintas lalu. Pasti akan kelihatan perokok2 yang merokok dan menghembuskan asap2 yang berkepul- kepul tanpa ada riak serba salah pada raut wajah. "

Dah lama isu ni .. tapi sememangnya mereka tidak prihatin .. jom sambung baca lagi > sini

Pelik dan ajaib ..

 

Aku terlupa nak cerita tadi.. satu kejadian yang ajaib berlaku sewaktu tengok movie tadi .. sila rujuk entri yang sebelum ni ..

Haa... ada satu couple atau dalam bahasa melayunya pasangan ni.. dari mula cerita tu sampai la nak abis , asyik bercakap jer .. aku tak tau la nak kata  lebih lebih takut jadi fitnah .. malas ...

Cuma aku nak cakap apa yang aku dengar je la... Peliknya , perempuan ni dok tanya kat pasangan dia tu babak yang depan mata .. TERANG TERANG SEDANG BERLAKU !!! DAN SIAP ADA SARIKATA KAT BAWAH TU .. HAAAAAAAAAAAAAAAAAA...

Aku amik contoh la kan .... " Eh , hero dia mati ke ? " Tadi tu dah tunjuk dah hero dia ditanam .. dan sebelum tu tunjuk dah ditikam .. haih.. Contoh lain ... " Eh , perempuan tu ahli sihir ke ? " " Eh dia hidup balik la " .. Ya Allah.. sabar je la BEN OIIIIIII ..

Kalau ikut hati aku la kan .. geram ni.. tapi kang kalau aku bersuara ,aku ngan dia sama je la levelnya .. Haa.. mau aja aku cakap kat dia .. " Wahai saudara dan saudari .. dekat rumah mak saya ada jual dvd pirate .. RM8 jer .. tengok la puas  puas kat rumah  sambil bercerita apa saja.. takde sapa nak marah !! "

Haaaaaaaaaaaaaaaaaa.. dah la cerita tak best .. Siap ada pengulas tu lagi buat tak best !!! ARghhhhhhhhh.. sabar je la BEN oii ...

Ha... ada beza ' kecoh ' dan ' memberitahu' !

Season of the Witch : Menyedihkan ..

image

Baru lepas tengok .. Hurm... Pendapat aku ? Antara filem Nicolas Cage yang gagal .. Mmg menghampakan .. Aku rela tengok semula filem THE ROCK atau Con Air yang sangat sangat tidak mengghampakan ...National Treasures part 1 pon menarik sekali ..

Best ? Gagal cerita ni .. Aku rasa dia pon dah tak larat kot nak berlakon movie yang berat sangat .. hurm ... Berapa bintang yang aku leh bagi ?

2 sahaja dari 5 bintang ... Lepas ni nak tunggu Green Hornet.. Macam best .. James Cameron pon akan keluar cerita baru gak .. Sanctum ... Penuh dengan kejutan gitu ... huhu ..

image image

Blogger pilihan malam minggu ...

image Kenal ? Hehe.. aku selalu tengok blogger ni tinggalkan komen dia kat blog aku .. Komen dia mmg selalu membuatkan aku tersenyum... Bukannya komen dia memuji aku tapi aku dapat lihat 'kematangan' dia dalam setiap kali meninggalkan komen di entri aku ..

Maka , dengan rendah hati aku nak perkenalkan sahabat blogger ini pada rakan rakan yang lain .. Semoga kita dapat menambahkan lagi rakan rakan yang berkualiti dalam kehidupan seharian kita ...

whitecappuccino

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI