Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 12 Januari 2011

Segmen : Bermadah pujangga ..


image Gambar: sini

Salam , selamat malam ... lama kita tak bersegmen kan ? Ok .. apa kata kita mulakan semula malam ini dengan sebuah segmen ringkas dan mudah.. Kita bermadah pujangga !!

Apa yang perlu korang buat ialah , hasilkan satu madah / kata kata motivasi berdasarkan gambar tersebut ... Hehe.. mudah je kan ?

Ok.. Jika korang berminat untuk menyertai segmen ringkas tapi padat ini , sila buat satu entri ...

  1. Letak header blog BEN ASHAARI
  2. Tajuk , SEGMEN MADAH PUJANGGA dan linkkan ke entri ini ..
  3. Berikan madah / kata kata motivasi anda .. Jangan plagiat atau ciplak mana mana punya yer .. Kreatif ! Anda kan blogger ..
  4. Tinggalkan url entri korang di ruang entri ini ..
  5. Tutup ? kul 12 malam ni

Tu je.. okeh ? Terima kasih ....

Yang dah join : farasakura , sissyira , nur , Nur Mudrikah, WannZ_AzryN , Citarasa Rinduan, Syafiqah Sabki , THE LEKAT LEKIT STORY , Abhamz , Bayu Kenangan, Sunah Mohammad , kue ziya , Miss Ran , overscurry, sakinah88, Scarlett O'Hara, Nora Shahaira,Mr.Eye ,EL MARIACHI, deqdeq ,DaddyDian, Nora,Pembawa_Wacana , FaKArePa!n, Putri Lindungan Bulan, Rina , Shahazrin , Mat Ganu , Nina Juliana , ||aLeaSaRa||, neni izazi, [:::AFZARA:::] , Syafiq Rosli , lemolemo , Green Apel , Ayuni , b a m b a m ' s , Bro Framestone , shahfri shpie , CNEN AFI (dream chaser) ,McCat ..

Takde idea ? Tak tau nak update apa ? Rasa down ?

 

Wah.. jangan la gitu .. kadang kadang kita mmg akan buntu .. tak tau nak update apa dah .. Abis dah perah idea semua ? Ala.. rileks la.. aku pun buntu gak .. bukan kadang kadang ..selalu sangat buntu .. hehe..

Tapi tak pe.. apa kata malam ni kita rileks sambil membaca karya karya rakan kita ? Mana tau leh timbul semangat untuk esok  ? Haaa.. mana la tau kan.. tak cuba tak tau.. dah cuba pon lom tentu tau .. Tapi sekurangnya kita mencuba dari duk termenung gitu je kan .. kan ?

Karya karya ni dari entri segmen aku yang terbaru .. saja nak panaskan badan dulu dengan segmen mudah .. Kalau berminat , g la tinggalkan jejak kat blog mereka.. aku pasti mereka akan kembali menjejaki korang semula ..  :)

Jom...

farasakura , sissyira , nur , Nur Mudrikah, WannZ_AzryN , Citarasa Rinduan, Syafiqah Sabki , THE LEKAT LEKIT STORY , Abhamz , Bayu Kenangan, Sunah Mohammad , kue ziya , Miss Ran , overscurry, sakinah88, Scarlett O'Hara, Nora Shahaira,Mr.Eye ,EL MARIACHI, deqdeq ,DaddyDian, Nora,Pembawa_Wacana , FaKArePa!n, Putri Lindungan Bulan, Rina , Shahazrin , Mat Ganu , Nina Juliana , ||aLeaSaRa||, neni izazi, [:::AFZARA:::] , Syafiq Rosli , lemolemo , Green Apel , Ayuni , b a m b a m ' s , Bro Framestone , shahfri shpie .CNEN AFI (dream chaser) ..

Header Pilihan malam ...

image

Yeargh... aku pilih header ni lak malam ni .. tau nape ? Hehehe.. selain dari simple ... blog ni pon .. erk... er... tengok la sendiri eh ..

http://lidsndkids.blogspot.com/

Budaya cantas mencantas ...

 

Hehe.. tersengih bila aku mendengar mantan PM , Tun Mahathir mengenai cantas mencantas dalam politik .. Hehehe..

Dalam apa jua bidang dan paling tepat sekali dalam kehidupan kita , budaya cantas mencantas ni mmg dah sebati dengan kita  Cakapa je la apa pun mmg kena cantas punya ..

Dalam dunia blog .. Blogger yang baru nak berkepak , dah kena cantas ... Gedebuuk !! Tersungkur.. Menangis.. keluar air mata .. " OK ! AKU TUTUP BLOG ! PUASHATI ?? " .. Maka bertepuk tanganlah syaitan syaitan itu ..  Syabas betehh .. Seronok ke bila kita tengok saudara seagama kita menunduk duka ? Seronok la kot ?? kalau tak seronok , tak buat la gitu kan ???

Bila budaya cantas mencantas ini tidak dibendung , maka kita takkan ke mana mana .. Dok tang tuuu je orang utara kata .. Haa.. Pastu kita ternganga je tengok bangsa lain maju ke hadapan .. Bila dah gitu , kita tetap tak duduk diam .. Mula mengata bangsa lain lak .. Ada diorang kisah ? Tak pun .. Apa dia pedulik .. Yang dia tau dia tetap berada di depan orang yang tak sudah sudah mencantas orang lain .. camana dia maju kalau dia sibuk mencantas orang kan ?

Perlu ke kita mencantas orang lain ?? Apa yang patut kita buat sebenarnya ialah menyaingi mereka dengan cara bijak dan lebih tersusun ... hurm..

Aku malu sebenarnya bergelar blogger..

 

Serius .. aku malu .. Malu apa ? Malu bergelar blogger .. Bila orang tanya  apa itu blogger , dengan mudahnya kita menjawab , orang yang menulis di dalam blog ..  Menulis apa saja menurut pendapatnya .. Menarik bukan ?

Memang menarik .. tapi blogger menulis bukan untuk suka suka saja .. Blogger yang bagus menulis sambil menyampaikan .. Bukan sekadar menconteng di atas kertas kosong ..

Bagaimana pula blogger yang tak bagus ? Blogger yang tak bagus bagi pendapat aku ialah blogger yang menerapkan unsur unsur negatif di dalam blognya .. blog yang penuh dengan kata kata kejian.. caci maki .. kutukan .. Apa yang ingin disampaikan sebenarnya ?? 

Aku ? aku malu nak bergelar blogger sebab dari segi penyampaian.. Blog aku ni , budak sekolah pon masuk baca .. Bayangkan jika tulisan aku ni bercampur baur .. Jap ada bahasa inggeris .. jap ada bahasa melayu .. jap ada bahasa sms .. Mmg betul , diorg boleh membezakan .. Tapi lama kelamaan , sedikit sebanyak  pasti akan terpengaruh jugak .. Yelah , contoh dah depan mata .. Mesti terikut gak kan .. Mereka akan ikut contoh yang dah lama ..

Bayangkan jika aku ini blogger yg masih dok menuntut di 'U'/IPTA .. Bahasa dalam blog aku ni ala ala manja atau pelat mahupun cute la gitu.. Tak ke budak sekolah geleng kepala je ? Ni ke contoh pelajar 'u' ? Mmg banyak contoh pelajar u yang mempunyai blog yang bagus tapi blog tu kurang mendapat sambutan kan ? Yang dapat sambutan ni biasanya yang cute cute gitu .. cuba cuba la 'mendidik' sambil berblog.. Gunakan pendekatan secara halus .. gunakan psikologi mendidik pembaca ..Dapat pahala weh.. bukan sekadar dapat trafik atau $$ .. Tu yang paling penting... ganjaran di akhirat ...

Aku tak suruh cintakan bahasa kita tapi gunakanlah bahasa kita dengan betul ... David Teo punya la berusaha nak cakap bahasa kita walaupun tungang langgang .. tapi dia tetap dihormati kan ? Sbb apa ? Berani mencuba lalu menghasilkan kejayaan ..

Didik pembaca kita .. didik pembaca kita ..!

Siapa mahu Perfume GIORGIO ARMANI ??

 

image Amacam ?? Menarik tak ?? Sapa mauu ?? Angkat laptop dia setinggi yang mungkin .. Kalau guna pc , sila angkat cpu dia tinggi tinggi... haaa.. cepat ccepatt...

Ok.. aku malas nak cerita lebih lebih .. contest ni bukan aku buat yer .. tapi KAKCHIK-ELLA yang buat .. Kalau berminat , g la ke blog dia .. okeh ? ( link )

Ok.. yg contest aku tu , aku masih lagi belum umumkan pemenang kan ? Aku dok tunggu jawapan penaja.. penaja bz kat bangkok .. so kena tunggu jawapan dulu .. hehe ..

Satu lagi... bagi yang berminat nak join gathering antara aku dan KAKCHIK-ELLA di Sogo sabtu ni , anda dialu-alukan .. heheh.. akan aku beritahu nanti tentang masa dan di mana .. okeh ?

Senarai blogger terkaya di Malaysia ..

 

Berikut adalah senarai senarai blogger yang kaya dengan idea dan juga sopan santun di dalam blog mereka .. Diharap dengan kekayaan ini , mampu memberi faedah pada pembaca pembaca blog .. Sekian ..

Ops.. ingat kaya apa ? Roti kaya ? Atau kaya dengan duit ? aiseyman.. OK ok.. jom lihat senarai :

  1. nur
  2. azza_1621
  3. Sae
  4. cinonex coreyan
  5. Hidayati
  6. AFIIA
  7. JIWAKU PERGI
  8. Mr.Eyes
  9. cerita-gadis-ini
  10. Clara
  11. diari hidup
  12. Pancaran Mentari
  13. chenta_niena
  14. Pearl Kaz
  15. Isteri Yang Comel
  16. udin

Teruskan mengayakan diri anda yer ... Yearhhh.. boleh mula segmen baru !!

PM umum habuan skuad Harimau Malaya

 

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan pemberian insentif kepada setiap pemain skuad Harimau Malaya yang berjaya membawa pulang kali pertama Piala Suzuki AFF, bulan lalu.
Beliau berkata, setiap pemain diberi 50,000 unit Amanah Saham Wawasan (ASW) 2020 dan wang tunai RM15,000.

Wang tunai RM15,000 itu adalah RM10,000 menerusi insentif khas kerajaan manakala RM5,000 adalah menerusi skim hadiah kemenangan sukan Majlis Sukan Negara (MSN).

-BHARIAN-

Bosan ? Jika bosan .. jom...

 

Hehe.. kepala otak aku lega dah sedikit sbb cuti ari ni.. Tensen giler semalam .. Tah la.. malas nak pk banyak perkara .. Buat je apa yang ada .. kan kan ? Kalau itu rezeki kita , kita bersyukur.. usaha lagi untuk akan datang ..

Tak kisah la semua tu ... ok .. skang aku nak promote beberapa blog kawan yang buat GIVEAWAY ni ..haa.. kalau berminat , p la jengok .. okeh ?

  1. ^mISz MatAHarIEy^
  2. Hidayah
  3. hasrul hassan
  4. Ujang9897
  5. Pembawa_Wacana 

5 blog yang bagi url lengkap ke entrinya .. jadi kalau ada yang berminat lagi , sila tinggalkan url lengkap ke entrinya .. sekian .. Terima kasih ..

Pelakon didenda kerana berkhalwat

 

PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini menjatuhkan hukuman denda masing-masing RM3,000 atau penjara tiga bulan terhadap pelakon, Aman Shah Abu Kassim, 57, dan pasangannya kerana kesalahan berkhalwat.

Beliau dituduh berkhalwat dengan Rohana Awang, 33, di sebuah apartmen kuarters kerajaan, di Presint 15, di sini, 26 September lalu.

-BHARIAN-

Header pilihan ..

image

http://syafiqahsabki.blogspot.com/

Entri pilihan ..

" erm..pe kaitan ek ngan kedua2 bende ni...jawapannyer..xder kene mengena lasum...cuma, kite nak citer...td kite g Jayen...pastu kite waser nak terkucil..cepat2 g toilet...pas abis kucil pe semua..kite bangun...xsedar..tepon kat peha..dem..plup..jatuh lam lubang toilet...sedey2...abis bassoh jerrok....huk3....on2,xdapat2 jugak..adusssssssss..sek bek ade tepon bantuan...sedey sgt2.... "

sambungan > sini

Michael Jackson mati akibat pembunuhan: Pakar Forensik

 

LOS ANGELES: Kematian Michael Jackson akibat pembunuhan berikutan ketidaklayakan dan ketidakcekapan rawatan perubatan yang diberikan kepadanya, kata seorang pakar forensik pada perbicaraan ke atas doktor peribadi penyanyi terkenal yang menghadapi tuduhan membunuh tanpa niat.

Ketua Forensik Ubatan-Ubatan di Pejabat Koroner Daerah Los Angeles, Christopher Rogers, berkata raja pop terkenal itu sebelum kematiannya pada Jun 2009 mempunyai tahap kesihatan yang baik.

Doktor peribadu Jackson, Conrad Murray dituduh kerana memberi dadah jenis propofol yang kuat bagi membantu penyanyi itu untuk tidur selepas keletihan kerana terbabit dalam beberapa konsert di London.

Rogers berkata, Jackson mati kerana diberi propofol yang berlebihan yang biasanya digunakan di hospital untuk persiapan membius pesakit dan tidak sepatutnya diberi kepada penyanyi itu untuk tidur.

Dalam perbiacaraan awal di Mahkamah Tinggi Los Angeles, Rogers berkata beliau memutuskan kematian Jackson akibat pembunuhan walaupun sebelum ini Murray mendakwa penyanyi itu sendiri mengambil dadah propofol ketika Murray tiada di biliknya.
“Berdasarkan kualiti ubat-ubatannya, saya memutuskan ia adalah pembunuhan," katanya. - AFP

-BHARIAN-

Promosi oh promosi

 

Sekadar nak mempromosi contest sahabat .. di sini dan buat mereka yang berminat nak memberi pendapat atau menjadi pembahas atau gemarkan meluah perasaan .. boleh join kumpulan forum di sini ..

GA , mmg banyak .. aku tak sempat ikut mana mana pon .. cuma tu la .. 'peraturan' dia tu mmg sukar aku nak ikut .. tu bagi aku la.. sbb banyak kerja lain nak buat .. update satu hal... pastu nak g cari sapa yang patut aku tagged .. haa.. kang tagged orang ni , orang tu lak terasa .. haih .. leh giler weh.. aku ni dah la ada penyakit.. kang , aku tombang.. sapa susah ? Hilang sorang blogger berbakat.. cewahh.. hahaha..

Ok.. kalau ada sesiapa nak promosikan GA dia , sila tinggalkan link dia di sini .. Aku tolong promosikan hari ini.. sbb ari ni aku malas nak pk pasal blog .. nak rehatkan kepala otak ..

Cepat ..sementara stok masih ada ..

Iran haram pelajar pakai seluar ketat

Malaysia negara Islam.. bila mau ' i follow ' ?

TEHRAN: Iran menguatkuasakan satu kod berpakaian Islam lebih tegas di beberapa universiti termasuk melarang pelajar wanita berkuku panjang, berpakaian terang dan bertatu, lapor agensi berita, kelmarin.

Agensi berita separa rasmi Fars mendedahkan satu senarai universiti di sekitar Iran yang diberi satu nota menggariskan kod itu namun tidak mengatakan asas pemilihan institusi terbabit.

Peraturan baru itu melarang wanita memakai topi tanpa skaf, jean ketat dan pendek serta bertindik pada tubuh kecuali di telinga, kata Fars.

Mengikut undang-undang Islam dikenakan selepas revolusi 1979, wanita perlu menutup rambut mereka di khalayak ramai dan memakai baju panjang dan longgar.

Kod baru itu juga melarang pelajar lelaki mewarnakan rambut, mencukur bulu kening, memakai pakaian ketat dengan baju lengan pendek. – Agensi serta b arang kemas, kata Fars.

Pihak berkuasa biasanya memperhebat usaha sebelum musim panas apabila wanita sering memakai pakaian nipis dan skaf berwarna terang, sering menolaknya ke belakang untuk mendedahkan rambut.

Sejak beberapa tahun tindakan keras dilanjutkan kepada fesyen musim sejuk termasuk menolak seluar panjang wanita sebagai terlalu ketat selain lelaki dengan gaya rambut tajam ala Barat.

Pemimpin tegar memberi tekanan kawalan lebih ketat ke atas kelakuan tidak bermoral sejak Presiden Mahmoud Ahmadinejad memegang jawatan itu pada 2005 berjanji untuk mengembalikan nilai revolusi.

Wanita muda, terutama di kawasan bandar yang kaya, sering mencabar peraturan itu dengan memakai pakaian ketat dan skaf rambut berwarna terang yang hanya menutupi sedikit rambut mereka.

Peraturan itu kurang dicabar di kawasan miskin dan rantau luar bandar. - Agensi

-BHARIAN-

Planet 10b seakan bumi

 

image

Teleskop angkasa lepas Nasa tak kesan sebarang kehidupan
BERKELY: Sebuah teleskop angkasa lepas milik Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) mengesan sebuah planet yang menyerupai bumi, tetapi tidak menjangka planet berkenaan mempunyai kehidupan.

Dalam pengumuman rasmi kelmarin, anggota pasukan teleskop Kepler Nasa berkata, planet yang dinamakan 10b itu adalah 40 peratus lebih besar dari bumi dan berkedudukan kira-kira 560 tahun cahaya dari bumi di konstelasi Cygnus.

“Ia dikatakan menyerupai bumi berikutan tidak seperti planet lain yang ditemui sebelum ini yang dibuat daripada gas atau ais, 10b adalah planet batu pertama pernah ditemui,” kata pasukan program, Kepler Nasa.

Seperti bumi, 10b adalah juga eksoplanet, iaitu planet yang mengorbit bintang seperti matahari.

“ Ia adalah satu penemuan yang bersejarah,” kata Geoff Marcy dari Universiti California, Berkeley, pada sidang media kelmarin.
Namun, planet berkenaan tidak mungkin mempunyai kehidupan berikutan ia hanya kurang dari 3.2 juta kilometer daripada matahari, berbanding jarak bumi dengan matahari sejauh 150 juta kilometer.

“Suhu pada permukaan yang disinari matahari di 10b boleh mencapai 1,371 darjah Celsius, iaitu lebih panas dari lahar gunung berapi,” Natalie Batalha dari pusat penyelidikan Ames Nasa di California, yang juga merangkap timbalan ketua kumpulan pasukan Kepler.

Bagaimanapun, hakikat bahawa ia dibuat daripada batu seperti bumi membuat penemuan planet itu satu kemajuan besar dalam mencari planet menyerupai bumi yang boleh menjadi hos kepada kehidupan.
Batalha berkata, 10b mempunyai isi padu kira-kira 1.6 kali lebih besar dari bumi.
“Ini bermakna kuasa gravitinya amat besar dan kemungkinan mempunyai galian besi lebih banyak dari bumi.”
Pasukan Kepler yakin dapat menemui lebih banyak lagi eksoplanet yang menyerupai keadaan bumi.

“Jika teleskop Kepler dapat menemui planet sekecil 10b, kemungkinan besar ia dapat menemui planet lain yang lebih kecil seperti saiz bumi dan mungkin juga mempunyai suhu seperti bumi,” kata mereka lagi. – Agensi
INFO: Planet 10b

  • 40 peratus lebih besar dari bumi
  • Berkedudukan kira-kira 560 tahun cahaya dari bumi
  • Adalah planet batu
  • Mempunyai isi padu kira-kira 1.6 kali lebih besar dari bumi
  • Suhu pada permukaan yang disinari matahari di 10b boleh mencapai 1,371 darjah Celsius.
  • -BHARIAN-

    Janganlah kecewa sayang ..

     

    Janganlah kecewa .. tiada gunanya kecewa .. rezeki ada di mana mana .. kalau bukan di sini pastinya ada di sana .. Yang penting kita kena mencuba .. Kegagalan bukan bererti berakhirnya satu kehidupan ..

    Berdoa .. mencari .. rajin berusaha .. bukan sekadar berusaha sekali dua kemudian terus buat kesimpulan .. tidak semudah itu rezeki datang .. Yang datang mengolek , perginya pon mengolek jugak ..

    Pandang kiri dan kanan .. Kalau mengeluh disebabkan tiada rezeki , perhatikan .. Anak itu rezeki kita ... pekerjaan itu rezeki kita .. Orang lain belum tentu ada kerja.. orang lain belum tentu dapat anak lagi ..

    Rezeki datang dalam macam macam bentuk .. Segalanya dari Allah .. menguji keimanan kita .. Kalau segalanya diberi dengan mudah , maka pastinya kita tidak diuji bukan ? Nabi Muhammad s.a.w sendiri pon terpaksa memegang pedang berjuang untuk menegakkan ISLAM.. Tak semudah itu ISLAM berkembang ke muka bumi ini .. Segalanya memerlukan perjuangan .. Sudah berjuang abis abisankah kita ?

    "Doa itu merupakan satu usaha. Allah akan merubah qada-Nya dengan doa. "

    Bila pulak BEN ASHAARI masuk suratkhabar ?

     

    Lain yang ditunggu , lain pulak yang datang .. hehehe .. nak tunggu yang dalam majalah , dalam suratkhabar lak keluar .. hehehe ..

    "Memang diakui Ben Ashaari yang dikenali ramai,kerana sifat peramahnya yang suka menolong blogger-blogger baru..Akhirnya membawa dia ke pentas dunia..Apabila melakar nama dalam surat khabar tempatan hari ini..

    Kejayaan Ben Ashaari ini akan membuka minda semua blogger-blogger lain untuk

    berjaya seperti beliau..Hasil usaha gigih beliau,Ben Ashaari kini sudah menjadi idola blogger-blogger baru..

    Surat Khabar tempatan.."

    sambungan > sini

     

    Macam macam diorg neh .. apa pun terima kasih mamat .. ops.. jom join ini contest > sini

    Related Posts with Thumbnails

    Peringatan



    Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

    Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

    Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

    Terima Kasih ..

    BEN ASHAARI