Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 20 Januari 2011

Sumber inspirasi aku ..

 

Ada orang tanya aku , camana aku leh cepat naik dalam dunia blog ni ? Rezeki dari Allah ... dan hasil usaha aku siang dan malam tanpa kira masa .. Orang kata aku gila , maka aku ngaku aku gila .. Orang kata aku tegar , aku terima je la .. Tapi sebenarnya , sebelum aku ada blog , aku dah lama berforum di FACEBOOK ... jadi aku dah sememangnya ada ramai kawan di situ.. Jadi mudah untuk aku mempromosi blog aku ...

Dalam FACEBOOK  aku ,ada beberapa orang rakan yang aku kagumi .. Mereka mmg cool !! Sering benarkan aku gunakan wall mereka untuk mempromosi entri aku .. Malah rakan-rakan dalam list mereka pon mencecah 5 ribu .. tu belum akaun FB yang lain ..

Aku tertarik dengan cara mereka .. senantiasa mendapat komen dalam wall mereka .. Terfikir disitu dan mengkaji.. puncanya.. Bukan kerana wajah tapi keramahan mereka  dapat menambat hati  rakan rakannya ..

Kali ni aku nak perkenalkan seorang dari kenalan FB aku yang mana juga seorng blogger .. mmg dikenali ramai .. tapi low profile ... dia antara mereka yang aku kagumi dulu... Bukan celebriti tapi ramai pembaca .. camana tu ?

Nak tau sapa dia ? Jom g tengok blognya  > sini

Respek gila kat akak blogger ni ..

Selepas beli baju color purple kat Alamanda tadi .. erk.. aku beli color tu sbb terpaksa okeh .. bukan suka suka ..Nanti kena pakai kat GENTING HIGHLAND ari sabtu ni .. huhuh.. kerna terpaksa..

Dalam kereta , kitorang borak tentang dunia blog .. Tiba tiba keluar cerita pasal blog orang lama .. Pada mula isu satu blogger ni.. Mula dulu mmg aku gemar masuk dan baca blognya .. mmg respek kat dia la sbb orang lama kan .. Tapi entah , dari mana silapnya tiba tiba dia buat entri kritik aku .. Eh.. aku pon pelik gak la .. aku ??? Aku ??? Aku yang masih mentah ini dikritiknya ? Pewwittt .. nampak sangat blog aku ni jadi mainan dia .. Tempat dia bermain la.. Terima kasih ..

Respek aku pada dia terus berkubur.. Takde beza dia dengan makcik makcik yang duduk bertandang kat rumah jiran pastu mengumpat jiran yang lain .. Tak de beza! Ingatkan dah berteknologi tinggi dah .. rupanya takde beza.. dibawanya ke dalam dunia cyber ini.. pewwitt.. cayalaah..

Wife aku bersuara .. Dia dari dulu berkenan dengan kakak ni .. sangat sangat adore .. senantiasa masuk ke blognya .. senantiasa baca blognya .. kenapa dia suka ? sbb dia tak pernah campur mana mana urusan blogger .. dia hanya cerita tentang dunia dia .. dan dia kata , bila tengok muka akak tu pon sejuk je.. muka penuh dengan kelembutan .. huhu.. Aku tak nafikan kata kata dia tu.. mmg ada benarnya sbb dia mmg lembut orangnya .. setiap kata katanya melambangkan orangnya...

Memang benar .. setiap cerita kita.. setiap baris tutur kata dalam entri kita ini .. adalah datangnya dari kita .. melambangkan kita sendiri .. Bagaimana blog .. begitu juga orangnya.. Bayangkan kalau blognya penuh dengan kutukan 'membina' ... kononnyalah .. bagaimana diluar sana ? Bagaimana hubungan dia dengan jiran jirannya ?

Aku tak minta pandangan aku ini diakui benar .. tapi ambiklah sebagai satu nota untuk menjadi blogger yang benar benar ikhlas dalam bercerita .. Nak kejar trafik atau kejar follower mahupun apa juga sasaran , biarlah dengan cara sendiri tanpa menyakiti hati sapa sapa pun.. Bukankah itu lebih mulia ? Pahala pon dapat kan ? takkan nak kutip dosa ??

Oh ya.. mesti korang nak tau.. sapa akak yang TERBAIK itu ?? Maksud aku ialah akak yang wife aku respek sesangat tu .. jom kita berkenalan dengannya .. sini ..

Hari ini kita berkawan .. esok mungkin kita bermusuhan .. JANGAN ! Kita tukar .. Hari ni kita berkawan .. Esok kita tetap berkawan.. Sekali pon bercanggah pendapat , gunakan kebijaksaan dalam meluahkan pandangan .. Kritikan tanpa menghiris perasaan lebih tajam dalam kritikan secara sinis ..

Peeewitttt .. 8000 !

 

image Wah... wah.. wah.... bukan sebab popular .. bukan sebab I FOLLOW U ... Bukan sebab contest .. bukan sebab segmen .. bukan sebab promosi .. bukan sebab musabab .. bukan kebab .. bukan ahmad albab  tapi sebab mereka nak klik ... Saja suka suka .. kan kan ?

Bukan popular .. bukan femes emes .. bukan glamer .. bukan bukan bukan ... tapi sbb usaha .. sbb rajin ... sbb kemahuan disertai kreativiti dan sedikit nasib .... Alhamdulillah .. Syukur pada Allah .. bukan sbb 8 ribu sbb mereka membaca blog ini .. dan blog ini diterima mereka walaupun bukan semua .. Tapi pernah juga mereka menyukainya ..  ;)

Jutaan terima kasih buat mereka yang sudi suka suka klik ' I FOLLOW' ni .. jangan terpaksa yer .. biarlah ikhlas ... Kalau tak ikhlas pon tak pe .. aku tak paksa ..kan kana.. Ala .. ni sekadar widget jer .. bukan sebab.. eh.. ulang yang perenggan pertama tu .. aku tak yah taip dah .. hehehe ..

Terima kasih ... GEGAR BLOG belum tutup lagi yer.. cepat buat ..cepattttt...

FOLLOWER KE 8 RIBU > http://izzlorna.blogspot.com/

Aku tak berminat membacanya ..

 

Blog aku , cerita aku, isi aku ,segmen aku , promosi aku... Bak kata mereka , INI BELOG AKU . yang penting , aku tak ganggu orang ... Apa saja aku buat , adalah untuk hari ini .. Untuk esok , aku cerita lain jika ada pendapat atau dalil yang kukuh ..

Ada orang tanya aku tentang satu isu.. apa pendapat aku .. Aku pada mulanya malas la nak masuk campur .. Kalau korang perasan , aku takde letak widget tu kat blog aku kan ? Kalau korang kata aku dah tak payah letak menda tu sbb aku dah dikenali ramai , maka korang tersangatlah salah .. Dari mula aku dah kesan penggunaan menda tu menyusahkan diri sendiri .. Jangan sangka mereka akan singgah situ hanya untuk meninggalkan jejak tapi macam macam akan singgah ..

Sama gak kita buat kebun.. jangan sangka bila kita buat kebun , yang tumbuh hanya sayuran atau tanaman tapi kena tau akan datang juga serangga perosak .. kan ? Kalau datang , nak wat camana ? Kita halau ? Kita bunuh ? Atau tutup jer kebuh jer ? Atau g maki hamun serangga tu ? Kenapa serangga tu datang ? Sebab nak amik sedikit rezeki yang mana milik Allah tu .. Ala.. sikit je.. takkan tak boleh ? Rugi sangat ke ? Kalau rasa rugi atau geram , ok la .. nak kata apa dah kan ... Kalau aku , hurm... bukan rezeki aku dah .. nak kata apa... Rezeki belah lain ada .. terima je la.. Lainlah jika itulah punca pendapatan keluarga dia ... dia bergantung dari situ.. ok la.. boleh la dia nak marah kan .. tapi kalau sekadar tanam suka suka ?

Hurm... penat sebenarnya .. Dari aku mula kenal internet.. guna telnet , guna mirc .. guna icq .. guna YM , FRIENDSTER , MYSPACE, FACEBOOK , TWITTER ... termasuk blog .. macam macam karenah ada .. Nak layan semua menda menda yang menyakitkan hati ni ? Tak berbaloi.. hari ni kita halau .. esok lusa dia datang balik.. kalau bukan dia , orang lain ...

Sama gak kena kritik dalam blog .. kalau aku kena kritik .. kena maki .. aku nak balas , aku buat entri .. Tapi sedar tak sebenarnya aku melayan karenahnya dan secara tidak langsung mempopularkan dia ? Mmg ramai akan g maki hamun dia tapi dalam ramai ramai tu pastinya akan ada yang kononnya setuju dengan tindakkannya .. Dan itu mengembangkan lagi puak puak dia .. Jadi usaha dia berjaya la kan ?

Kita berniat untuk mendedahkannya tapi secara tidak langsung telah mempopularkan dia .. camana tu ? Kalau tak layan , lama lama dia bosan .. Nak tengok blog blog yang kritik aku kaw kaw punya ? Ikut hati lama dah aku komplen.. tapi malas .. buang karan jer.. Sebab itu aku tak amik kisah .. Biarlah pengalaman mematangkan kita ..

Tolonglah ... ini soal dunia blog .. tak perlulah nak putus persahabatan demi menegakkan pendapatan masing masing .. Berbloglah cara bijak ...

Sekali tertipu , dua kali beringat.. dua kali tertipu nampak sangat tak berminat .. Tiga kali tipu , mmg tenat !! Jadi , aku mmg tak berminat nak baca blog blog yang kononnya kritik aku .. Nak kritik ? Silakan ..terima kasih.. nampak sangat ambik berat blog picisan cam aku ni ... Aku bukan blog besar atau blog senior .. Cuma aku punya blog lebih awal sedikit jer dari mereka yang baru .. tu jer .. dan sedikit nasib yang diberi oleh Allah berkat kerajinan aku mengupdate 24 jam .. Tu pon nak dengki ??? Kalau dah malas , jangan cari salah orang yang rajin .. okeh ?

Blogger KL dan sekitarnya .. Jom kasi gegar !

 

image

Maklumat lanjut , di > SAHABAT BLOGGER

GEGAR BLOG | SAHABAT BLOGGER | KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

 

Promosi Hari Wesak.. Ada diskaun untuk mereka yang menyertai ketiga tiga ini .. Haa... Diskaun untuk berkaraoke secara live di dalam kelab SAHABAT BLOGGER ... hehee.. karaoke melalui wall je la ...okeh ?

Ok... masih ada yang bertanya mengenai segmen GEGAR BLOGGER ... Masih dibuka sehingga tengah malam ini .. pastu tutup ... dan contest akan bermula berdasarkan kesemua blog yang terlibat .. heehhe.. kita kasi gegar itu blog !! Banyak ?? Nak kata apa kan.. hadiah pon best best gak ... hehehe.. PREPAID (RM50, 30, 10) , SHAWL , BAJU .. Haaaa.. tu belum bermula lagi.. nanti dah mula , ramai lagi nak sponsor ... tak menang tangan peserta.. hahaha.. Untuk join , klik sini  .. kalau nak sponsor selain prepaid , sila email saya yer di BENASHAARI@yAHOO.COM ..

Ok.. untuk mereka yang ada blog dan tercari cari tempat nak promosi blog , ada satu tempat ni.. aku punya la .. hehe.. dah lebih 7000 rakan di dalam tu yang mana majoritinya adalah blogger .. Untuk blogwalking dari situ pon mmg best... nak join , klik sini..

Dan buat mereka kaki berborak .. nak berborak dengan blogger blogger secara live , atau mencari rakan rakan yang belajar di IPT dan juga mereka yang suka melepak cam aku ni , jom lepak kat SAHABAT BLOGGER ... Mesra alam gitu mereka .. Jom , klik sini  ..

Okeh.. tu je la.. banyak lagi nak kalu nak promote ni.. tapi lain kali lak la yer.. o lupa .. BEN ASHAARI BLOG , SANTAI BEN ASHAARI .. Jgn lupa join yer !! Terima kasih !!!!

Nombor 500 yang ISTIMEWA !

 

Lebih 500 blog telah terkumpul sebelum pukul 3 .. satu pencapaian yang mengagumkan yang aku rasa.. Ini membuktikan bahawa blogger seringkali sepakat .. Namun bukan semua la kan .. hehehe.. Majoriti yang aku nampak adalah blogger baru .. Blogger lama ? Mereka tak hairan segmen begini .. Tapi aku tak kisah pon .. hak masing masing .. ini sekadar segmen ..

Paling mengharukan ialah no 500 .. Sanggup merendahkan dirinya untuk bersama sama kita kali ni .. Tak caya ? G la tengok sendiri .. Sebenarnya selain blogger tu , ada ramai lagi yang bekerjaya yang bagus bagus ... seperti , arkitek , peguam , doktor , guru , jurutera , pengaturcara komputer dan banyak lagi telah turut sama dalam segmen yang aku anjurkan ..

Adalah satu kerugian jika senarai tersebut dibiarkan .. Bak komen seorang blogger tempoh hari , dia telah menggunakan senarai 500 BLOG yang pernah aku anjurkan untuk blogwalking dan menjalinkan persahabatan dengan mereka ..

Sebenarnya , blog ini selain dari mampu menjana pendapatan , kita mampu menjalinkan persaudaraan .. Kita boleh dapat ramai kawan secara tidak langsung .. Kalau asyik fikirkan tentang $$ , trafik saja .. mmg tak ke mana kita .. Kalau asyik memikirkan teknik itu dan ini , mmg itu je kita dapat .. Andaikan 500 blog yang tersenarai itu telah kita kenali .. kita berkawan .. kita ke mana mana dalam negara ( insyaAllah luar negara ) pon ada kenalan yang sudi bertemu dengan kita .. Tak percaya ??? Cubalah ..

Jom g tengok senarai terkini  >  BENASHAARI2

Akhirnya dia nak berdamai dengan aku !

 

Ok fine !! Dia ajak gaduh ngan aku lama dah ... cuma ramai je  tak perasan .. aku pon malas nak kecoh kecoh ... terima je apa pun.. tak kisah ..

Akhirnya aku dan dia , terima kata sepakat .. Pihak ketiga berjaya menyatukan aku dan dia ... Pada mulanya , pertengkaran berlaku juga tapi dengan kebijaksanaan pihak ketiga , segalanya berjaya didamaikan .. Akhirnya , PEACE !!!

image

image

PEACE OKEHHHH !! ... hehe.. saja guwau.. sebenarnya ni segmen HEADER PILIHAN... Suka header ni ... Header milik CHEKGU AZRINE .. i likeee....

Pengalaman mematangkan fikiran ..

Kita ini manusia .. dari bayi hinggalah ke dewasa .. pendidikan , pengajaran  serta asuhan samada dari seorang ibu , ayah , guru , rakan rakan malah orang  yang lebih dewasa pastinya diperlukan oleh kita untuk menjadi menjadi manusia yang lebih matang fikirannya ..

Sebagai seorang blogger , aku mulakan dari bawah .. pelbagai jenis orang aku dah kenal dalam dunia blog ini .. Pelbagai jenis kecaman dan kritikan dah aku baca ... Segalanya membuatkan aku menjadi 'dewasa' namun itu belum bererti aku sudah boleh dikategorikan 'besar' atau 'senior' apatah lagi 'otai' .

Blog aku ni , seperti mana korang tau bukanlah blog tutorial .. Blog peribadi aku yang aku cerita segala perjalananan hidup aku .. dan juga blog segmen , kata sesetengah blogger .. Kira cari makan dengan buat segmen laa.. kan ? Apa nak buat , kalau itu dah tanggapan mereka , mereka terima je la .. tapi bagi aku , aku cuba ikut contoh mereka dengan 'berkongsi dengan orang lain' ..

Aku pernah terlibat dengan pelbagai isu .. Ada mana mana blogger 'besar' atau 'senior' datang menegur aku ? Takde ... malah apa yang aku dapat ialah , entri entri yang menyindir , memaki hamun atau cuba menjatuhkan semangat aku ..  Apakah aku menyalahkan blogger dewasa atau senior itu ? Sudah pastinya tak boleh kan ? Mereka dah pastinya dengan urusan mereka sendiri .. dan takkan la diorg ada masa nak singgah baca di blog aku tu ..

Apa yang berlaku pada blogger blogger baru sekarang ini , aku dah lalui dulu .. Takkan berulangkali aku nak ceritakan dalam blog ? Contoh, semalam aku dah cerita mengenai nuffnang .. minggu depan ada blogger tanya lagi pasal nuffnang yang mana aku dah ceritakan pada minggu lepas .. Hurm... bulan depan nanti.. ada lagi yang tanya.. camana tu ? Tkkan berulang kali aku nak ceritakan perkara yang sama ? bukan tak boleh , boleh tu boleh.. tapi silent reader aku pasti boring dan kata aku dah takde idea .. camana tu ? Kiri kanan nak kena jaga .. teruk la gini kan ? Aku pon manusia biasa .. bukannya ada syarikat besar cam FACEBOOK tu kan ?

Aa yang perlu kita , sebagai blogger baru buat ialah ... nikmati segala pengalaman yang terhidang itu .. Satu hari nanti , kita pasti mengelengkan kepala dan juga tersenyum bila mengenangkan kembali saat saat bergelar blogger .. Pahit , manis ... segalanya adalah kenangan .. 

Sesungguhnya pengalaman adalah guru terbaik .. Harunginya dengan bijaksana .. Selesaikan dengan kematangan fikiran .. Pastinya kita dapat satu keputusan yang cukup mengagumkan ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI