Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 28 Januari 2011

Dah tiba ajal aku ..

 

Malam ni g Alamanda untuk menghabis saki baki gaji tahun lepas yang berbaki RM10 tambah RM2 tadi ... Jadi ada la RM12.50 setelah ditambah dividen  yang aku jumpa dalam begpack aku ni ha..

Setelah membeli cap baru Adidas bernilai sekian itu , wife aku pon nak tumpang sekali duit terpijak tu.. Pelik kan.. RM2 tu boleh beranak-ranak lak... hurm ..

Dia borong lebih dari aku la... termasuk tapau prepaid... Ala kononnya nak bayar sendiri tapi buat duit tersekat lak kat wallet tu.. Huh.. aksi biasa si isteri mengepau si suami .. Apa nak buat... bayar je la .. Bukan selalu.. kan ? Biasa aku pau dia la.. hahaha...

Kemudian g makan kat SR .. Punya la banyak restoran  kat Alamanda tu , aku tetap nak g SR.. Aku suka g sana sbb .. hurm.. selesa kot .. hehe... Tak kira kat Precint Diplomatik atau Alamanda , tu la tempat makan aku ..

Aku order mee kari dan wife order tom yam kung .. Padahal aku nak order tom yam tu... Dia suka potong betul la.. haih.. Tak kisah la.. janji makan ..

Sempat update satu entri pasal udang ketak yang aku nampak kat pasar tani tu kat SR tu.. tak lama kemudian ,sampai la makanan aku tu ha ..

Yummy.. aku pon hirup kuah .. " Aik.. takde rasa ?  Ke aku dah tak leh nak rasa apa apa makanan ? Atau mungkin mmg mee kari dia rasa gitu kot ? Tapi selama ni aku makan , tak penah lak rasa gitu..

Aku malas nak bising.. aku makan sampai abis mee tu .. Kemudian wife mintak nak rasa ..  Gulp... takde rasa !! Tak letak garam ??? Aiseyman .. Wife aku kata .. Aku ingatkan lidah aku ni dah expired ..

Confirm .. mmg tak letak garam .. Tak kisah la.. aku abiskan gak .. Wife aku cakap boleh pulak aku makan gitu .. Ala.. rezeki.. makan je la.. Kang kalau tak abis , syaitan makan lak... kan ?

Repot kat manager ? Malas nak bising bising .. Tak lama kemudian .. nampak manager dia .. Aku cam dah manager dia .. hehehe.. Aku panggil la dia ..

Aku cakap kat dia .. mee kari ni takde rasa .. Tawar jer .. Dia terkejut.. Aku kata , aku bukan nak mintak tukar ke apa.. cuma nak bagitau je la.. Tu je.. aku kan baik .. hehe..

Dia mintak maaf.. Baik orangnya.. Nasib baik aku takde anak dara .. kalau ada , sah aku rekemen kat dia .. huhu .. Aku mintak bil .. Kemudian salah seorang staff  dia hantar bil.. Dia kata , air tak payah bayar .. Dia belanja.. Wah.. biar betul !! Tadi jumpa RM2 .. Skang save lagi ?? Pewwitt.. rezeki.. Alhamdulillah ..

Gamaknya pasni apa lagi aku dapat eh...

Ketak ? Gulp

 

image

oK.. Aku ingat ada abang ketak ketak je .. tak sangka rupanya ada gak udang ketak ! Tertelan air liur gak kali pertama aku tengok .. Sebab aku tak pernah makan .. Masak apa sedap udang ketak ni ek ? Mat Gebu oiiiiii .. masak gape sedap udang ketak ni ??? Haa ??? Masak 3 rasa .. boleh ? Hurm... Udang ketak ... selama ni aku ingat ada udang galah .. udang rimau .. udang kertas .. udang masak petai.. hurm...

Jumpa duit ..

 

Satu masalah .. apa nak buat bila jumpa duit ? Hurm..  Aku baru pulang dari pasar tani di Precint 2 , Putrajaya bersama sama wife aku .. Hehe..

Sedang dalam perjalanan ke kereta kitorang tu .. haaa.. tiba tiba mata aku terpandang awek .. eh jap.. duit.. haih.. awek sajaaa.. Gatai betui noo .. Aku terpandang duit kat atas jalanraya tu.. hurm.. dalam rabun rabun aku pon leh nampak duit kan.. Hehe.. Duit beb.. sapa tak nampak kan ? Orang buta pon tau itu duit .. Seolah ada bau gitu..

Aku pungut la.. RM50 !!! Wahhh .. macam tak percaya .. OK.. jgn percaya .. aku termberang jer .. RM 2 jer .. mesti berabur masa nak masukan dalam kocek tu.. Mentang mentang laa baru gaji.. takat RM2 tu tak kisah yer ...

Aku tunjuk kat wife aku .. Dia kata kenapa pungut?? Loh .. dah tu takkan nak lambai kat duit atas jalan raya tu.. Kena la pungut.. kesian.. kot kereta lalu nanti.. haaa.. tak pasal pasal kena lenyek .. sian duit tu kan ..

Dia tanya aku wat pe ngan duit tu .. Aku ingat nak beli tanah untuk buat banglo.. Laaa.. RM2 ! Nak buat apa lagi ?? Takkan nak buat ibu duit kot ?? Huhu.. simpan je la.. kot kot boleh tambah untuk renovate rumah nanti.. hehehe..

Wife aku suruh sedekah je kat masjid.. loh.. dah rezeki aku ni.. kalau masjid depan mata aku , sah sah la aku g masukkan dalam tabung.. Last last aku buat keputusan .. Aku g balai polis je la ... dulu cikgu aku kata kalalu jumpa duit , g antar kat balai .. Mana la tau kot kot empunya duit tu buat repot... Yelah , RM2 bagi kita kecil tapi mungkin bagi dia besar kan ? Sapa tau ...

Tapi takkan aku nak g bagi kat balai polis kot ?? mau kena maki aku nanti.. huhu .. Dah tu ?? Aku tau ... sponsor budak budak blogger kat gathering SAHABAT BLOGGER nanti .. kan ? Woiii .. aku open table nanti !! aku ada duit nehh.. RM2 !

Entri blogger pilihan BEN ASHAARI ...

 

Lama aku tak buat entri pilihan kan ? hehe.. bz bang adik akak .. ni pon take 5 jap..  Ok , petang ni aku nak pilih satu entri milik ..... sapa?? Cuba baca dulu ..

"Cinta…..Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih dan sedih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi selitkan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.Sekiranya... "

Ehem... kisah chenta tuu.. hahaha .. ok jom baca selanjutnya > sini

Blog list dibuka lagi ...

 

Yang dah hantar semalam , jangan hantar lagi yer ... sbb dah masuk pon .. kecuali dah check tapi takde , boleh tinggalkan link lengkap ...

Baru yang nak sertai blog list BEN , sila buat ini entri yer ..

  1. Letakkan header BEN ASHAARI BLOG

  2. Tajuk : BEN ASHAARI BLOG dan linkkan ke entri ini ..

  3. Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda sehingga kini ..

  4. Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI ..

  5. Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ?

Siap .. dan hantarkan ke ruangan entri ini ... PERINGATAN : Blog list baru ini pon akan dibubarkan selepas 3 bulan .. iaitu pada bulan penghujung bulan 4 .. Sekian ... Terima kasih ..

Hanya 200 terawal akan dimasukkan dalam satu  blog list.. Sapa cepat dia masuk.. hehee..

Khas buat yang mereka ... Kenapa dokoh besar?

 

 

image image image

Nak tengok lagi ? G la tengok kat kedai dia.. hehehe.. ada la blog dia gak.. sabau bleehhhh ??? Meh sini meh ... SONGKETMODEN

Header blog best ..

 

  1. Mohd Hazwan Hashim 
  2. *∽ IZAN ∽*
  3. sherylelife
  4. !!- a.y.u -!!
  5. sembil9n

Ada 5 .. masih ada baki .. bz giler neh .. layan dulu yang ni eh.. mana best bagi korang ?

Lelaki minta bantuan polis elak isteri kuat seks

 

Hahahhaa.. macam macam ... Ni mesti penangan , " sayang , abang dah sampai ni " ... hahahha ..

 

BERLIN: Bosan kerana sering diminta memuaskan nafsu isteri, seorang lelaki terdesak meminta tolong kepada polis supaya melindunginya daripada wanita terbabit, kata pegawai keselamatan semalam.

Jurucakap polis berkata, lelaki keturunan Turki - tetapi bermastautin di Jerman - itu pergi ke sebuah balai polis di barat daya Jerman pada Selasa untuk mengadu masalahnya.

Kata jurucakap itu, lelaki terbabit bosan kerana terpaksa tidur di sofa rumah mereka sejak empat tahun lalu bagi menghindari isterinya.

“Semuanya gara-gara si isteri yang selalu menuntut mengadakan hubungan seks,” katanya.

Hasil perkahwinan mereka sejak 18 tahun lalu, pasangan itu dikurniakan dua anak.

Kata jurucakap polis, lelaki itu nekad mahu bercerai dan keluar dari rumahnya dengan harapan dapat hidup lebih aman.

“Lelaki terbabit meminta polis melindunginya untuk sementara kerana dia perlukan tidur yang cukup,” katanya. - AFP

-HMETRO-

Seroja

 

Seroja - Search

Terpancar sejalur cahaya
Di kelopak nya seroja
Bak gemilang samarenda
Memukau mata hati ini seketika

Lamunanku tersentak
Lalu ku mendongak
Gemuruh rasa
Terpaku sukma

Terkena lontaran senyuman misteri
Siapa gerangan sang puteri
Mengalung cinta dileherku
Dan terus berlari

Aku cuba menangkap bayang bayangnya
Di antara kembang seroja tasik cinta
Tapi malangnya jatuh ke lembah
Berduri dan sepi

 

Jom layan !!

Apa yang aku nak ?

 

Hurm... aku minat menulis .. bukan membebel .. aku gemar menulis apa saja yang lahir dari hati aku .. kemudian aku cuba menzahirkannya .. aku suka macam tu ..

Kalau dulu , aku berblog sebab nak $$ , tapi sekarang aku dah tau apa yang aku nak ... Mungkin dengan cara ini , aku lebih gembira .. Kalau tanya aku , apakah aku sanggup berhenti kerja semata mata untuk menulis .. yup .. aku sanggup ..

Dulu , sewaktu aku remaja ... sering ulang alik Pasar Seni ( Central Market ) di KL untuk ke pusat tuisyen atau mencuci mata .. Pastnya aku akan terjumpa lelaki ini ( gambar bawah ) ...

imageSekarang baru aku sedar .. untuk mendapatkan idea , kita kena 'keluar' ... kalau terperuk saja dan mencari info dalam internet , maka hasilnya agak terbatas.. mmg meluas tapi bukanlah orignal dari kita.. Kita hanya mengolah dan memberi pendapat .. atau menambahkan lagi agar bagi sedap dibaca ..

Kalau dapat melepakkan diri sambil melihat gelagat manusia lain , pastinya idea lebih 'canggih' dan menarik ... Hurm.. Tapi tu la , pasti akan ada yang kata .. boleh ke hidup gitu ?? Satu perjudian yang perlu kita ambil untuk mengejar erti kehidupan ini .. Bukan mudah tapi jika berjaya , satu kepuasan yang tak terhingga ..

Seperti sekarang , aku tak sangka muka aku terpacak dalam majalah yang sering aku baca .. Sapa tau , tetiba muncul lak dalam filem David Teo walaupun jadi 'hantu' .. kan kan .. Hanis Zalikha leh jadi 'puteri bunian' takkan aku tak leh jadi 'hantu' kan ?  hahhaha.. 

Pengaruh Wanita Dalam Kehidupan Lelaki

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

Al-Quran tidak pernah meletakkan kesalahan Adam yang melanggar perintah Allah dalam syurga atas bahu isterinya Hawa. Sekalipun Bible dan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam sesetengah buku tafsir menyatakan Hawa adalah punca yang menyebabkan Adam memakan buah larangan dalam syurga, namun al-Quran tidak pernah menyatakan demikian.

Menurut al-Quran, kesalahan tersebut ditanggung oleh kedua belah pihak. Sementara Bible (Genesis 3:6-17) menceritakan Hawa (Eve) telah mempengaruhi Adam, dengan itu Tuhan telah menghukum Hawa dengan diberikan kesakitan ketika melahirkan anak. Hal ini juga disebut oleh riwayat-riwayat Israiliyyat yang sering dibaca oleh sesetengah penceramah di masjid dan surau. Namun, para pengkaji hadis mendapati riwayat-riwayat itu tidak boleh dijadikan pegangan dan bercanggahan dengan apa yang disebut dalam a-Quran.

Al-Quran menyebut:

“dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Menetaplah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua suka, dan janganlah kamu berdua hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”. (Surah al-Baqarah: 35-36).

Dalam Surah Taha pula Allah berfirman:

“dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka pun sujud, kecuali Iblis, dia enggan sujud. Maka, Kami berfirman: “Wahai Adam! Sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan itu nanti kamu akan menderita. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa kamu tidak akan lapar dalam syurga dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya kamu juga tidak akan dahaga dalamnya, dan tidak akan merasa panas matahari”. Kemudian, syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya (Adam), dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan kekal hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”. Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mula menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). (Surah Taha: 116-121).

Ayat-ayat ini jelas bahawa kesalahan Adam yang membuatkan manusia tercampak ke bumi, bukanlah berpunca daripada isterinya Hawa, sebaliknya berpunca dari kelemahan Adam sendiri yang ditipu oleh Iblis, yang akhirnya dia dan isterinya terlibat bersama dalam kesalahan tersebut. Ini berbeza dengan Bible. Berbeza juga dengan cerita-cerita sesetengah penceramah agama yang mengutip kisah Adam dan Hawa dari riwayat Israiliyyat, ataupun Bible atau diwarisi cerita dari satu ustaz ke satu ustaz tanpa dibandingkan dengan apa yang terkandung dalam al-Quran.

Lebih buruk lagi, kononnya Iblis masuk ke syurga melalui perut ular dan pelbagai lagi episod ‘kartun’ yang dimuatkan. Cerita Hawa yang dipergunakan oleh Iblis sehingga mengeluarkan manusia dari syurga adalah unsur luaran yang dimasukkan ke dalam pemikiran umat Islam. Kata Dr Abu Syahbah:

“Semuanya ini dari sumber Bani Israil yang mereka tokok tambah dan mencampurkan antara yang benar dan yang batil”.(Dr. Muhammad Abu Syahbah, al-Israiliyyat wa al-Maudu’at fi Kutub al-Tafasir, 179. Kaherah: Maktabah al-Sunnah).

Maka, umat Islam atau lelaki muslim tidak akan menganggap bahawa punca kejatuhan lelaki kesemuanya bermula dari wanita. Walaupun wanita itu memang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas lelaki, seperti mana pengaruh lelaki terhadap wanita, namun kejatuhan lelaki atau wanita dari kelemahan diri sendiri yang kadang-kala dieksploitasi oleh pasangannya.

selanjutnya  > DRMAZA.COM

Suci

 

SUCI

Alangkah indah kehidupan ini
Jika saling menyayangi
Kita hulurkan persahabatan
Dengan niat suci

Alangkah indah oh jiwa nurani
Jika saling mengasihi
Tuhan tidak memandang wajahmu

Tapi di hatimu
Bersihkanlah jiwa dengan amalan
Yang mendekatkan kita kepada yang Esa
Aku redha apa yang ditakdirkan-Nya

Cinta suci yang telah engkau lafazkan
Jangan lah kau persiakan
Aku mengharapkan kedamaian hati
Bahgia bersama denganmu


( korus )
Bersamalah kita berdoa
Semoga cinta kau dan aku
Bisa tembus ke pintu syurga
Berkat rahmat-Nya

Cinta yang berlandaskan suci
Tidak pernah mungkiri janji
Sama-sama menanggung rindu
Dan jujur selalu

Hingga ke akhirnya
Suci dan setia
( ulang korus )

Nyanyian - MAY  .. download ( link )

Lagu ni aku dok dengar pagi pagi .. hehe.. mengimbas kenangan remaja dulu .. hehe ..

Senyum BEN Senyum ..

 

Ahhh.. 3 jam je tidur ... pasti ngantuk kat opis nanti .. Tak pe.. ari ni lunch panjang.. Sebelum g solat jumaat , kasi tidur dulu ... Minggu depan pon dah cuti panjang ... hehehe.... lepak rumah atau jalan jalan ? Nak jimat ... duduk rumah ... Mau kasi abis duit , jalan jalan .. mana satu ?

Manakala projek hujung minggu , gathering SAHABAT BLOGGER di BERJAYA TIMES SQUARE ... G ke tak ? macam malas je nak g ni.. hurm... camana tu ? Haha.. ye laaa.. dah janji ngan budak budak tu .. Tapi kalau aku sampai pon aku sampai lewat tau ! Ni aku habaq awai awai .. jangan memandai tunggu lak.. hehe..

Minggu yang sukar.. sukar buat aku dan juga kehidupan aku .. Entahlah .. nak kata apa kan .. kadang kadang kita ketawa , kadang kadang kita menangis ... itulah kehidupan ..

Hurm... bersinarkah pagi ini ? Hanya masa yang bisa menentukan ... Apa pun selamat pagi buat anda semua , semoga hari ini membawa sejuta makna buat kita semua .. Hargai setiap saat yang tiba ..

Dunia oh dunia ..

 

Sendiri .. sendiri lagi aku malam ini ..

Sepi ... sepi tanpa bayu ... berlalu pergi ..

Sayu .. merenung ke bulan .. bintang menenami ..

Aku ?  Kaku berdiri .. Layu ... semangat ini ..

Entah .. sampai bila ... aku sendiri tidak pasti ..

Inikah dugaan ? Inikah kemanisan ?

Tak ingin begini ... tak mahu begitu ...

Biarlah .. biarlah aku sendiri jika inilah hakikatnya ..

Kenapa diorng beria nak masuk blog list di BEN ASHAARI BLOG ?

 

Pelik ? aku pon ... aku buka bloglist ni agar dapat mengumpulkan lagi geng geng blogger terutama yang baru baru .. Untuk join bloglist ni , diorg kena jawab soalan ... Haa.. bukan mudah ..

Dan sekarang aku nak g baca satu satu blog diorg..tengah malam gini , line baru cantik .. erm.. nka baca sambil makan buah epal hijau pon sedap .. kan ?

Erm.. mcm mcm ... hehe.. kalau nak tau , g la tengok kenapa diorng nak join blog list yang aku sedang buat ni ...  Jom baca sini ..

Aku pelik sebenarnya ...

 

Kau orang mana ? Sapa sini orang Kedah ? Habaq mai sat ? Secara automatik tukar loratnya .. Kalau Kelantan lak , haaa.. aku tak teror lagi .. Kalau KL lak .. kalau dulu main lu gua .. skang omputih jer... Melayu ngan melayu pon omputih .. tersasul gak cakap melayu.. time " LAAAAA"   ..

Bila bercakap tentang kenegerian ni , ramai yang bersemangat kenegerian .. Aku pelik sebenarnya .. nak utamakan kenegerian atau bangsa agama  dan juga negara ?

Ada orang anti orang negeri sekian sekian .. Oh.. katanya tak boleh masuk .. Bukan apa.. bila jumpa geng dia , mesti cakap bahasa negeri dia .. Tapi aku perhatikan orang tu kalau jumpa geng dia pon cakap negeri dia gak .. peliknya dia leh bencikan orang lain lak bila buat gitu ?

Semangat 1MALAYSIA ?  .. tolak tepi kenegerian .. utamakan agama , bangsa dan negara .. Jika ke tiga tiga ni tak dapat nak hayati , jgn mimpi nak 1MALAYSIA ..

Aku .. melayu beragama Islam berwarganegara MALAYSIA .. aku cintakan agama aku , bangsa aku dan negara aku .. Mereka yang berwarganegara Malaysia juga adalah saudara saudara aku .. Perlukah aku mengkelaskan mereka ? Tidak perlu sama sekali .. Jika kita buat demikan , negara kita bakal hancur .. Sana sini huru hara.. pergaduhan... Semangat kenegaraan patut menebal dalam negara kita .. Cintakan negara .. cintakan tanah air sendiri.. Bukan sebilangan tanah di dalam negara kita ini saja patut kita amik tahu ..

Tolak tepi kenegerian .. kita serupa .. darah sama merah .. tiada lebih tiada kurang ... sama sama bakal berdiri di padang masyar nanti ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI