Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 5 Februari 2011

Timbang blog ?

 

Nak kira kati atau kilo ?  Dah kata blog berat kan ? Mesti kena timbang .. Ada alat penimbang blog ni  kan ? Tah kat  mana tah .. Ada yang kata tak leh pakai. .ada kata boleh pakai.. Senang je bagi aku .. hehehe ..

Camana nak timbang  ? Sebelum tu .. kita kena tau , kenapa blog perlu ringan ... Aku malas nak cerita dengan lebih mendalam.. kang ramai terasa lak.. Pakai baling tomato ngan lobak kat aku.. huhu ..

Semua sedia maklum , rangkaian internet di negara kita ni mmg mabeles .. Cun melecun arr .. Confirm ! Tapi tu kalau guna jalur lebar cam streamyx dan Unifi .. Bagaimana pula yang guna broadband cam aku ni ?  Ibarat guna telefon botol air zaman 90an gitu ha.. kena cari signal pastu duduk situ .. Serius.. kat umah aku cam tu la.. kalau kat bawah , jgn mimpi laaa  nak dapat signal.. Ok.. dlm mimpi leh dapat signal..

Bayangkan blog korang tu berat .. nak tau berat ke tau , guna browse melalui hp .. tengok berapa kb dia punya loading .. haaa... dan berapa pantas .. Bandingkan dengan blog yang lain di tempat yang sama .. Contoh kalau korang browser kat tempat A ni , cuba bukak dua blog tu .. Boleh tau la kan .. mana cepat mana berat ..

Ok.. tu aku punya style laaa.. Aku tak jamin keunggulannya .. Kalau salah , maaf la.. cuma aku selalu blogwalking guna htc aku tu jer .. dan htc aku tu dah cukup pantas bila browsing..

Ok.. apa yang nak kena buat , aku pernah bagitau dulu la .. berkali kali dah .. tapi masih ada .. Bukan apa , diorng mintak aku g tengko blog diorg .. pada masa yang sama suruh aku buat buat tertekan butang FOLLOW tu maka aku pon buat je la gitu..

Masalahnya .. bila aku cuba masuk ke blog tu .. mak aih.. tercari cari kat mana  widget tu.. rupanya tersorok... camana nak follow ? Aku pun buat buat je la tertekan butang X .. Aku tak bersalah dalam hal ni .. Cursor aku yang bersalah !

OK.. tu je la aku nak cerita malam ni .. Esok nak keje.. bosan kan ? Tak gak kaya kaya .. hurm... buat bisnis la.. jual ayam... daging ayam laaaa... bukan ' ayam' tuuu...

Teringat satu kisah ..

 

Dua kelab blogger di FACEBOOK yang aku aktif mengupdate status , SAHABAT BLOGGER dan KAMI SI BLOGGER , tidak lupa aku punya sendiri ... KELAB BLOGGER BEN ASHAARI .. Terim kasih ..

Pastinya satu peluang keemasan untuk aku menambahkan lagi kenalan di situ dengan add setiap blogger yang ada ... tak kira usia tak kira jantina.. selagi mereka bergelar blogger , aku klik add ! Hehehe.. Aku add mereka .. I like.. Ada yang mereka add aku .. sapa sapa add aku , aku main accept jer .. 

Setiap dari mereka memiliki idea idea yang fresh .. maklumlah kebanyakkan mereka tu pelajar lagi .. dan ada yang bukan pelajar.. tak kisah la .. mana mana ok je bagi aku .. Asalkan ok .. kan ?

Aku pernah cerita dalam ni dulu tapi saja nak imbas kembali .. Rasa terhinanya aku bila aku add seorang blogger bertaraf antarabangsa (kononnya laaa ) ni .. Tak sampai 5 minit kemudian , aku diremovenya .. Hurm.. Terhina tak ? Pergh.. mesti dia accept pastu g korek dalam tu dulu kemudian mungkin aku tak popular cam dia maka aku diremovenya .. Sedih ? Tak .. semangat buat aku ... semangat untuk mencabar dia ..

Dan aku sedang dalam usaha untuk mencabar dia .. Erk.. dah menang ? lama dah aku potong dia ... Kira dia tu bernasib baik je ada si .. si.. ala .. sapa tu .. alaa... alaa.. kipas tak mati punya ? Haa.. tu je la .. kalau tak ? Hurm... Wallahualam.. malas bagi pahala kat dia ..

Apa yang aku nak sampaikan ialah , jgn fikir kita tinggi sbb bila kita tinggi ada lagi tinggi dari kita .. Dan bila kita dibawah , jangan lupa ada lagi yang dibawah kita .. Apa yang patut kita buat ialah , jgn biarkan diri kita dipijak sewenang wenangnya .. Kita sama saja .. Kita boleh ubah segalanya dengan izin Allah .. Tapi kena la rajin berusaha dan berdoa selalu pada Allah .. Bukan sekadar mengeluh dan melihat saja ... Kejar impian kita ..

Nak popular dalam dunia maya ni ? Boleh.. sapa sapa boleh ... tapi bukan usaha sehari dua ... Malaysia nak maju pon makan  tahun .. Kita nak pandai membaca pon makan bulan .. Takkan nak popular dengan satu entri je ? atau dengan blogwalking jer ?

Ok ? Bila dah naik nanti , jangan la sombong atau dok kritik memanjang  blogger di bawah tu .. hurm...

Kerja giler aku hari ini ...

 

Ni last entri untuk malam ni .. tak cadang nak update dah .. malas tengok laptop .. Mood pon dah ke longkang lepas dapat sms suruh g opis esok ! Kalau tau , esok baru balik dari Kelantan .. huh..

Aku ingat aku nak senaraikan semua .. tapi bila tengok .. terus malas ..  Termasuk entri ni , ada 24 entri untuk hari ini .. Hurm.. Sejam satu.. giler ! Hahahaha.. Bayangkan kalau aku mmg full time blogger .. Hurm.. leh buat novel terus ..

Ok la.. aku tau korang pon bosan dok baca entri aku je ... kasi can lak korang baca blog orang lain .. Huhu.. kalau aku rajin , esok aku update .. kalau tak , esok aku update gak.. tak de makna rajin atau malas .. update tetap update ... Laptop rosak ? G beli baru terus .. Ada aku kisah ?

Jumpa lagi .. caya ke ni last entri ???

Saya seorang blogger .. dan Saya bangga ..

 

Mereka kata mereka seorang blogger .. kenapa mereka bangga ? Baca la sendiri.. ke nak aku bacakan ?? Hehe.. silalah ..

  1. Syukri Mohtar
  2. Farhan Muhammad
  3. wiernadriezan
  4. najwa
  5. AnNis eLisya
  6. Aku Sofinah.L
  7. MAMA MIRZA
  8. Clara
  9. nur
  10. NuReLLe
  11. Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

Terima kasih ..

Apabila seorang Doktor bercerita mengenai BEN ASHAARI ..

 

Terharu.. tiada kata yang dapat aku luahkan selain terharu... Siapa sangka , blog sekecil ini mampu memberi impak pada mereka yang bertaraf profesional ?

Kita tak tau , blog kita ini siapa pembacanya , bukan ? Kita boleh conteng apa saja pada blog kita ini .. Tapi sedarkah kita ada mata dan hati membacanya setiap hari ?

" Pada saya beliau merupakan seorang blogger tegar yang semangat berbloggingnya sungguh luar biasa. Rasanya macam hampir tiap 30 minit beliau akan membuat entri baru di blog beliau. Namun satu hal yang saya rasakan ialah tiap kali saya baca entri yang beliau tulis , hati ini bagaikan dicuit dan adakalanya kita boleh tersenyum seorang diri saat membaca entri beliau. "

Buat Dr.Mohd Hafiz Dato' Osman  , jutaan terima kasih atas kesudian doktor meluangkan masa 'bercerita' mengenai saya dan juga rakan blogger yang lain ...

Untuk membaca dengan lebih lanjut , sila klik SINI ...

8800 - 8888

 

Sekadar penghargaan .... bukan giler follower okeh .. diorng klik sendiri... aku tak bersalah okeh !!

 

image8800 - Ainwattwit

next - 8888 ???

image

Apa yang kau inginkan sebenarnya wahai wanita ?

 

Tatkala kesepian , wanitalah penyerinya ..

Tatkala kebingungan , wanitalah pendampinganya ..

Tatkala kerinduan  , wanitalah pengubatnya ..

Tatkala keseorangan , wanitalah penemannya ..

Tatkala kejatuhan , wanitalah pembangkitanya ...

Tapi kenapa ?

Bila segalanya tampak sempurna ,

Kau musnahkan segalanya ?

Apakah yang kau inginkan , wahai wanita ?

Bukan harta menjadi ukuran ?

Bukan kasih sayang yang kau dambakan ?

Jika iman dalam diri ini yang kau harapkan ,

Tadahkanlah kedua tangan kau itu wahai wanita ,

Pohonkan padaNya ...

Berdoalah padaNya ..

Agar hati ini milik engkau  selama lamanya , wahai wanita ...

Sesungguhnya wahai wanita ..

Tidak sempurnalah lelaki ini tanpa kau , wahai wanita ...

Jauhkan .. jauhkan dirimu itu wahai wanita ...

Dari bisikan syaitan ! Dari bisikan syaitan yang  dahagakan kehancuran anak cucu Adam !

Beristighfarlah .. Sesungguhnya kita dalam dugaanNya .. setiap saat.. setiap minit .. setiap masa !!

Kau tamak wahai wanita ... kau tamak wahai wanita .. Semua ingin kau miliki... Segalanya ingin kau genggami .. Tapi kau lupa wahai wanita ! Kau dan aku , kita manusia ! Tiada sempurna ...

Tiada sempurna !!

Aku malu bila dikatakan sudah berjaya ..

 

Dua entri aku sebelum ini .. aku katakan aku dah berjaya.. Maksud aku di situ ialah berjaya mempraktikkan promosi blog secara besar besaran .. Tapi dari sudut penulisan , aku masih jauh sangat ketinggalan ..

Berjaya.. sekalipon kalu muka aku dah keluar suratkhabar dan berpendapat ribuan ringgit hasil dari blog , aku tau dimana kemampuan aku menulis .. Untuk bergelar blogger berjaya , 1% pon belum lagi ..

Bagi aku , untuk menjadi blogger yang dikatakan berjaya , setiap isi perlulah disokongi dengan dalil atau fakta fakta yang tepat .. Perlu ada bukti agar penyampaian maklumat itu lebih jelas dan jitu .. Mereka yang membacanya pon tidak akan was was ..

Sebab itu bila mereka kata aku blogger yang dah berjaya , maka aku malu.. Aku tak berjaya langsung .. Popular ? Sama sekali tidak .. Hanya mereka yang pernah membaca blog aku saja mengetahui tentang kewudjuan aku .

Popularkah aku ? Popularkan anda ? di mana pengorbanan yang sepatutnya anda lakukan bila bergelar blogger ? Demi ? Agama , negara atau bangsakah ?

TINDAKAN MUFTI MESIR MENGECEWAKAN

 

dari www.drmaza.com

Saya ingin melahirkan rasa kecewa ke atas kenyataan Mufti Mesir ‘Ali Jum’ah –yang muncul dalam TV Mesir- yang meminta rakyat Mesir menghentikan tunjuk perasaan (sila rujuk di sini) . Ya, memang selama ini ‘Ali Jum’ah adalah benteng Hosni Mubarak, dia dilantik oleh Mubarak sekalipun ramai tokoh-tokoh ilmuwan Mesir lain yang jauh lebih terserlah keilmuan dibandingkan beliau. Malang sekali, selama beliau dilantik, apa yang sering beliau bangkitkan hanyalah isu sekitar perselisihan pendapat dalam kalangan umat Islam seperti masalah perbezaan mazhab dalam aliran kalam dan fekah. Beliau tidak lantang seperti al-Syeikh al-Qaradawi, Muhammad al-Ghazali r.h dan lain-lain dalam mengkritik kezaliman dan kerakusan Mubarak. Beliau tidak berfatwa tentang tindakan-tindakan Mubarak menipu rakyatnya.

Tiba-tiba hari ini, ketika rakyat keluar menuntut hak mereka, tanpa menumpahkan darah, hanya demonstrasi jalanan, beliau mengeluarkan pandangan agama tentang larangan keluar membantah Mubarak. Bahkan mengalu-alukan langkah Mubarak yang kononnya ingin membuat pembaharuan dalam masa tujuh bulan. Jika 30 tahun Mubarak gagal membuat pembaharuan, apakah dia mampu melakukannya dalam masa tujuh bulan seperti yang dia janjikan? Jika beliau mampu bererti selama ini beliau ternyata seorang pengkhianat besar! Jika tidak mampu, beliau mesti berhenti dan berikan laluan kepada pilihan rakyat. Jika rakyat berhenti membantah, regim itu akan kembali berkuasa.Kenapa ‘Ali Jum’ah tidak mengeluarkan fatwa tentang penyokong Mubarak yang membunuh rakyat awam dalam demonstrasi tersebut, dan juga selama 30 tahun Mubarak membunuh para penentangnya secara zalim! Dunia Islam menjadi mundur disebabkan pemerintah yang zalim dan korupsi, dibantu pula oleh ulama yang bersekongkol.

Tahniah kepada al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam temubual al-Jazeera yang menyatakan pejuang yang mati berdemonstrasi aman di Mesir adalah syahid dan demonstrasi itu mesti disokong! Inilah contoh ulama yang berani dan berkata tanpa kepentingan diri.

Akhirnya, semoga golongan agama tidak menjadikan tindakan Mufti Mesir ini sebagai teladan positif, sebaliknya ia adalah contoh yang negatif seorang yang memakai gelaran agama.

-Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

 DRMAZA.COM

Saya seorang blogger juga pelakon.. camana tu ?

 

Ahakss... Mereka ini blogger ... tak caya ? Cuba baca sendiri ..

  1. qilamahadi
  2. mia.lia
  3. sya
  4. Miss Ran
  5. JUE
  6. ||aLeaSaRa||
  7. iLa VaNiLLa
  8. ..love cokelatcake...
  9. Tasha
  10. ~...AmALinA....~
  11. Mizz Farah
  12. NuReLLe
  13. shah-kayrul
  14. :: Little Kouru::
  15. tikuzza

Dan juga pelakon ??

Dan contest buat mereka yang berminat > SOPHIE AL YAHYA

Blog bukan skroll !

 

Dulu kan .. aku punya blog , mak aihhh ... 8 entri satu page ! Ada kawan rapat tegur aku ... Bagitau kenapa tak jadikan 2 entri je.. ringkaskan .. Maka jawapan aku ialah , saja tak nak susahkan pembaca ... Ego !!!! Huh.. Serius .. aku ego memula.. Ala cam korang gak la.. Sbb tu aku malas nak bising bising.. aku cuma buat entri jer sbg cara nak tegur.. kang ada pulak yang terasa hati atau ajak bersilat.. Malas aku.. aku anak buah IP MAN weh !! Jangan memain .. haaaa.. hehe.. guwau. ..

Kemudian aku fikir kebenaran kata kata dia.. Dan dia beri aku satu contoh entri penerangan mengenai kekuatan sesuatu blog .. Simple tapi WOW ! Aku print dan aku baca ... Hurm..

Aku cuba.. dan berjaya ! Blog aku berjaya diringankan dan amat pantas untuk dimasuki.. Kalau tak kerana blog list tu , aku rasa lagi cepat.. hehehe ..

8 ENTRI di laman utama .. Hurm.. panjang tak ?? Bayangkan nak tunggu loading.. pastu setiap entri tu pulak ada gambar. .bukan sekeping dua .. kalau kena cam gambar album kawin ??? Mau tak jenuh tunggu ??

Keburukkan blog yang mempunyai entri lebih dari 2 pada laman utama ... pembaca akan terus klik X .. atau pon takkan datang lagi...

Penggunaan READ MORE .. Rata rata pembaca yang aku jumpa dan borak , mereka kurang gemar blog yang guna READ MORE .. tu terpulang la.. malas nak komen..

Cara aku.. 1 atau 2 entri saja pada laman utama dan seterusnya jika mereka berminat nak baca lagi , sila klik previous.. Masa ni jika ada BE , aku kaya la.. kan kan ? hahahhaa..

Sekian .. Tiada tips lagi untuk hari ini.. hehehe... boring korang nanti.. kan kan ?

Blog perlu 'aura' ?

 

Cam mawi ? Atau cam Wong Fei hung ? Cewah.. kena ada aura ke blog kita ni ? hurm.. Ada yang tanya aku kelmarin.. Perlu ke blog ada aura ? Aurat tu rasa perlu ada dalam blog .. kan ? Aura pulak .. hurm... tak pasti..

Tapi yang pasti , blog kena ada 'UMMPHH' !! Kena buat bila mereka masuk sekali baca je blog kita terus kata .. 'WAH.. I LIKE !! MANA BUTANG LIKE ? NAK KLIK BANYAK BANYAK ! "  .. Tu baru i likeeee.. haaa.. takat aura tu , hurm... rasanya tak perlu la nak cari..

UMMPHH ! Mana nak dapat.. Ada... semua orang ada UMMPH..  Tapi kena cari .. dalam diri .. bakat terpendam .. Kalau jumpa , tak payah cerita banyak , blog pastinya tempat persinggahan wajib bagi mereka ..

Cari UMMPH .. Masukkan ke dalam blog... Barulah menarik lagi tertarik !! Pasti meletop gitu... ok ?

Blog senantiasa 'berpenghuni' ..

 

image

Bagaimana nak pastikan blog kita senantiasa 'berpenghuni' ? Bela hantu raya ? Atau letak harimau jadian ? Haha.. mengarut dah tu kan ?

Mula mula aku berblog dulu.. aku selalu renungkan statistik trafik aku... samada di Nuff atau Google Analytics.. Bukan sebab nak kejar $$ tapi aku fikir , bagaimana aku nak buat blog aku ini senantiasa ada pengunjung .. terutama sekali pembaca asli .. Aku nak dia masuk dan baca .. Bukan disebabkan permainan SEO ..  camana camana camana ? Satu cabaran bagi aku ...

Aku dapat jawapan tu akhirnya ... Satu jawapan yang menghasilkan keputusan yang cukup memuaskan hati .. apakah itu ? Aku dah ceritakan pada entri yang lepas iaitu di entri Rahsia curi hati pembaca .. 

Menarik .. mmg menarik ... Setiap kali kita post saja entri , tidak akan kurang 50 orang online sekali gus... Itu yang aku inginkan sejak mula aku berblog.. Dan sekarang , aku teringin nak buat , sekali post lebih dari 100 orang online .. Bagaimana ? Hurm... Akan aku usahakan ...

Entri tak berkualiti , takde orang baca ..

 

"Ops , aku terkentut "  .. Tajuk entri aku akan datang nanti... bukan sekarang ..bukan esok .. bukan tahun depan .. Tapi bila aku dah popular nanti la.. kira lagi popular dari kedai buku popular tu haaa..

Betul ke kalau dah popular , apa saja dia tulis pasti ada orang komen ?? Berpuluh puluh gitu ?? Kan ? Jeles ? Jeles laa weehh .. aku punya entri baik punya siap ada dalil dan fakta aku g cari kat perpustakaan negara , tapi 1 je komen ? Tu pon dia tinggalkan backlink je .. Takat NICE ! aiseyman.. ingat aku jual tiket bas NICE ke ??  Jangan berperasaan gitu !

Kenapa mereka yang dah popular tu ( dikenali ramai dengan lebih tepat ) amat mudah dapat komen walaupun entri pasal kentut sekali pon ? Sbb dia dah bina komuniti dia sendiri ... Jadi jgn rasa cemburu atau sakit hati .. Kita tak tau bagaimana dia dengan rakan rakan pembaca blog dia di 'luar sana ' ? Mungkin di luar sana dia lebih ceria , lebih berinfomasi .. cuma dalam blog , sekadar dia melepaskan tekanan terhadap kehidupan dia .. Saja nak bercerita mengenai apa saja .. Yang mudah dan senang .. Tidak memberatkan ..

Entri itu akan kelihatan tidak berkualiti... Tapi mana kita tau , ada maksud tersembunyi .. yang tersirat kan ? Contoh la aku bagi...

" Ops.. aku terkentut .. hehehe.. Makcik tu tengok aku.. Malu aku.. Nama je anak dara.. tapi tak sopan "

Ok.. kalau orang yang baca tu malas fikir .. maka inilah kesimpulan yang dia dapat  ... " Laa.. pasal kentut pon dia nak cerita ???  "  sedangkan kalau dia berfikir begini "  hehe.. kalau aku sah mintak maaf cepat cepat " ... nampak tak ? Setiap entri ada pengajaran jika kita pandai menafsirkannya ..

Apakah wujud entri tidak berkualiti ? Siapakah kita untuk menilai mengenai kualiti atau tidak ? Setiap entri datangnya dari penulisan mereka tersendiri.. ibarat sebuah lukisan abstrak yang mempunyai seribu makna.. Fahami dan ambillah yang positifnya ..

Dunia blog aman seketika kan ?

 

Baru aku tersedar .. Beberapa gathering yang dibuat oleh kumpulan kumpulan blogger kebelakangan ini banyak menyatukan blogger blogger di malaysia .. Aman seketika  kan ?

Walaupun ada yang cuba mengoncangkan keamanan ini , namun cepat cepat dikuatkan kembali .. Tahniah buat kita semua !! Kewujudan beberapa group blogger di FACEBOOK menambahkan lagi kedamaian ini ..

Namun begitu , ada rakan seperjuangan kita berlainan nasib.. Miliknya telah dirompak ! Kemudian dijadikan sumber pendapatan bernilai ribuan ringgit .. Sungguh tidak patut !!

Inilah nasib mereka yang cuba berkarya secara jujur dan ikhlas tapi ada je lanun mengambil kesempatan terhadap mereka mereka ini .. Apakah tiada lagi amanah serta sikap tanggungjawab dalam diri ? Apakah mata itu dibutakan hanya kerana wang ringgit ? Tak dinafikan lagi.. Semoga Allah memberi hidayah padanya dan buat sahabat kita , bersabarlah .. gunakan saluran yang betul untuk memperjuangkan hak anda !

Bloggers ... kekalkan kedamaian ini dan berbloglah dengan gembira .. Beri info serta berdakwahlah sesama kita .. InsyaAllah ..

Aku BERJAYA sebenarnya ..

 

Dalam entri aku  sebelum ini  ( GAGAL ATAU BERJAYAKAH AKU ) , aku menyatakan bahawa segala usaha aku menyebarkan nama BEN ASHAARI ini telah berjaya.. Walaupun bukan la sampai semua orang tau tapi sekurang kurangnya mereka yang bergelar blogger picisan cam aku ni , mengetahui kewujudan BEN ASHAARI BLOG  ini malah blogger yang ada nama dan popular pon benci akan aku ini .. kan kan ? Tapi ada aku kisah ?

Sebenarnya untuk berjaya dalam dunia blog ini ( pendapat aku )terutama di MALAYSIA  , bukan saja dengan mengharapkan entri yang bagus serta berinfomasi tapi kena pandai main politik ... Haaa.. Duni blog pon kena ada politik .. Mereka yang biasanya berdamping blogger blogger lama dan sudah ada nama lebih cepat naik kan ? Kenapa  ? Aku rasa korang tau jawapan tu ..

Cara untuk menyebarkan nama BLOG ada banyak .. Dengan join FORUM , mengiklankan blog ,menyertai pertandingan , giveaway dan banyak lagi ... Cara cara ini mmg memberi kesan kepada kebanyakkan blog ...

Aku , mempromosi blog aku dengan cara SEGMEN .. SEGMEN memberi aku peluang memperkenalkan nama  blog aku dan juga blogger blogger lain dengan lebih meluas ..

Dunia blog di Malaysia ini luas.. Bagaimana kita nak masuk ke 'kawasan' orang lain secara halus ? Kita tak boleh terus menyerang begitu .. Gunakan pendekatan psikologi disini .. Masuki pemikiran mereka dan seterusnya ke blog mereka .. Bagaimana ? Dengan SEGMEN .. :)

Menarik kan ? Jika itu berjaya , maka wujudlah ayat seperti di bawah ini yang aku jumpa di FACEBOOK ;

" siapa ben ashaari nih? aku x pernah dgr tapi aku dgr org excited sgt ko add diorang! "

Aku tak terasa langsung.. Sbb aku bukan artis atau selebriti .. tapi sekurangnya , orang ni pon pernah dengar nama BEN ASHAARI .. Aku berjaya menyebarkan nama BEN ASHAARI bukan ?

AKU JUGA SEORANG BLOGGER.. BANGGA ? SO ?

 

Haaa... berbanggakah ? Bangga.. aku seorang blogger.. ramai rakyat Malaysia sekarang juga seorang blogger .. Menarik kan ? Tapi apa yang menariknya tentang blogger ni ? Jom kita baca sorang sorang ...

  1. farasakura
  2. Ayuni
  3. ^mISz MatAHarIEy^
  4. Nazterjah
  5. Emas Putih @ Uzu
  6. ღCik Leenღ
  7. AdyBudika
  8. Pezol Stylez
  9. Arra
  10. shima
  11. cimot
  12. noazhatori
  13. Nour Akmal
  14. Amzar Syazani
  15. DiriKu

Ada lagi yer ...

Dan satu contest untuk mereka yang gemarkan cabaran : DEQDEQ

Kerajaan WAJIB Halang Konsert Mohsen Namjoo! WAJIB!

 

++ Nota: Andai negara kita mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama rasmi, maka kita (pemimpin atasan) harus dan wajib bertindak ke atas orang yang berada dalam gambar ini. Ikuti sekerat cerita yang aku petik dari laman blog sdr faisal tehrani berkenaan dengan hal si Mohsen Namjoo yang berfaham songsang, dan bakal menyongsangkan pemikiran anak muda kita yang menonton konsertnya. Persoalannya, siapa si Mohsen Namjoo? :)


++ Diharapkan agar saudara seagama dan setanah airku dapat menyebarkan info yang maha penting ini demi menjaga kesucian agama yang kita anuti selama ini. Apalah guna punya ulama, andai ulama kurang peka dengan hal seperti ini. Selamatkan akidah anak-anak muda kita dari terus dibuai irama lagu berlirikkan hinaan kepada Baginda Nabi s.a.w. Sekali lagi aku katakan, apalah guna punya negara yang mengisytiharkan Islam sebagai agama rasminya andai tiada tindakan dibuat bagi menghalang kemaraan musuh yang mulai menyusup masuk, dan mungkin telah lama berada di negara kita yang tercinta. Sila sebarkan info ini sebelum konsert dimulakan pada tarikh yang ada dalam gambar di atas. Sekian...


** Terima kasih buat saudara faisal tehrani atas makluman...

LEBIH LANJUT >  PUISIKABUR

GAGAL atau BERJAYAKAH AKU ?

image

" siapa ben ashaari nih? aku x pernah dgr tapi aku dgr org excited sgt ko add diorang! "

- sumber FACEBOOK

Sepanjang malam , aku bercerita bagaimana nak tarik pembaca mahupun nak mempopularkan blog .. Dan inilah hasil dari segala penat lelah aku tu ...

Bukan sebab glamer atau popular yang dikejar , tapi bagaimana aku berjaya memasuki dalam fikiran mereka itu .. " SIAPA BEN ASHAARI " , kemudian mereka google... Dapat jawapan .. " ooo... '" kemudian .. " tak best pon " atau " biasa jer " ... Lumrah .. tak perlu nak terasa hati. sbb dah mmg hakikat .. Blog aku biasa atau tak best .. tapi kenapa senantiasa ada pengunjung sehingga jam 5-6 pagi ? Sbbkan SEO ? atau pembaca belah europe seperti kengkawan dari LONDON ( sufeenan ) atau RUSSIA  tu.. hehehe .. ( lama cuti alexa ? ada ole ole tak untuk ben ? .. hahaha )

Promosi blog secara besar besaran ( contest / GA / Segmen ) perlu jika berkemampuan ... Camana tu ? Hurm...

Konsep ini boleh digunapakai jika kita ingin berniaga dalam internet .. Inilah antara caranya ...

Blog pilihan pagi ini ...

 

image http://dhatieku.blogspot.com/

 

Kenapa ??? sila baca entri terbaru dia ...  ;)

Kesilapan kita , blogger baru ..

 

Aku boleh tak tergolong dalam blogger baru ? Boleh la yer ... boleh laaa... hehehe ..

Ok.. antara yang aku kesan .. maaf la yer , kot kalau ada yang terasa .. Bukan niatku sebegitu rupa tapi sekadar nak terangkan kot ada yang tersesat jalan ..

Paling terang terang nampak ialah ... TIDAK SABAR !! Haa... Semua pakat buat blog hari ni , pastu esok terus popular .. POPULAR ? kenapa ? Nak kejar apa ? nak masuk tv ? Ke nak jadi artis ? pelakon ? Atau nak buktikan sesuatu ?

SABAR .. Bila SABAR kenikmatan berblog tu lebih terasa .. Kita daki perlahan lahan.. sambil menghirup udara segar .. Kutip segala batu batu yang menarik.. bunga bungaan yang tumbuh meliar di kiri kanan ketika kita mendaki .. Menikmati permandangan .. Kan lagi best gitu ?

Ni tidak .. pakat semua nak terus meletup.. Memiliki ribuan follower satu kebanggaan .. Cuba tipu diri sendiri ker? Anda tau kemampuan blog anda camana kan ? Follower cuma untuk mengaburi pengunjung kan ? Bila lihat pada counter online , jumlah cuma 1-2 jer.. tapi follower ?? PErgh.. ribu ribu woo..

Biarkan widget FOLLOWER tu.. biar mereka klik sendiri tanpa di paksa  .. cuba kira , tanpa paksaan .. sehari berapa ramai follow.. Bukankah itu tandanya mereka menyukai blog kita ?

TIDAK SABAR untuk dapat $$ .. Pakat main klik sana sini ... Pastu dapat duit ? Jap je abis.. Duit tak berkat.. mana nak tahan lama kan ?

SABAR .. SABAR .. SABAR .. kalau tak sabar , cuba jadi kreatif... buat sesuatu yang mana lebih menarik dari blog lain buat.. Jangan pulak buat video tarian lucah lak.. Tak pasal pasal aku kena ..

Cuba bertahan lama .. kalau setahun mampu mengekalkan prestasi begini , baru buat sesuatu untuk mempertingkatkan lagi blog korang tu.. sbbnya korang benar benar serius.. Tapi mesti la rajin update.. kalau takat setahun biar bersawang , tak guna gak kan ?

SABAR SABAR SABAR ... Popular tak bawak ke mana blog tu .. sekadar popular dalam kampung .. wat apa kan ?

SEGMEN adalah SESSI SUAI KENAL BLOGGER

 

Tempohari , Miss Yaty ada tanya aku sewaktu di gathering Terengganu tu .. Kenapa SEGMEN dan camana aku leh dapat idea untuk SEGMEN ?

Aku terfikir... setiap hari , ada je blogger baru muncul.. bila muncul , pasti dengan perangai dan ragam yang boleh dijangkakan .. Mmg dah boleh baca 90% sama ... Malas nak tulis kat sini.. korang pon tau la kan ..

SEGMEN yang aku buat adalah bertujuan untuk mengabungkan blogger yang sedia ada dengan yang baru.. Setiap segmen aku beri soalan menguji minda dan kebijaksanaan dalam memberi pendapat.. Setiap jawapan adalah mencerminkan blogger itu sendiri ..

Bayangkan , ada pembaca dari blog aku membaca jawapan dari segmen mereka .. Dengan jawapan yang logik , lucu . tidakkah mereka akan tertarik dengan blog baru itu ?

Ada yang fikir , aku cuba mencuri pembaca atau trafik mereka .. Jika begitulah pemikiran mereka , maka tiada paksaan .. Bagi aku  , ramai blogger yang dah join segmen  yang pernah aku buat dan mereka telah pon berdikari sendiri setelah menemui rentak mereka sendiri .. Dari mengarut tak tentu hala.. membuang masa dok meninggalkan jejak , ada baiknya tunjukkan kekreatifan anda sebagai blogger ..

PIKAT MEREKA ! Itu tujuan utama aku.. PIKAT PEMBACA PEMBACA yang telah aku kumpulkan di blog ini .. Bawak mereka lari ke blog korang dengan daya kreativiti korang sebagai blogger ! Itu yang sepatutnya berlaki ..

Bukannya .. ala.. malas la... Atau .. ala .. Ben takde idea dah.. hehehe.. kalau gitu  la kan , selamat malam ..

Bila dah curi hati blogger , nak buat apa lagi ?

 

Bila kita dah curi hati pembaca , maka mereka inilah yang akan menyebarkan segalanya mengenai blog kita .. Hasilnya ?

image

Mereka ( blogger ) akan menyenaraikan blog kita di dalam blog list mereka .. Lebih 95% dari 3,571  , trafik aku bulan lepas datangnya dari bloglist .. Tinggi bukan ? Bukan bangga tapi satu pencapaian ..

Bagaimana kita nak buat blogger menyenaraikan blog kita di dalam blog list mereka dengan ikhlas dan kerana minat akan blog kita ? Seperti dua entri aku tadi , kita 'pikat' mereka ..

Bagaimana ? Dengan entri yang menarik , rajin mengemaskini entri , blog yang kemas dan blogger itu sendiri peramah .. Tak susah kan ?

Bila blogger jadi pelakon .. pelakon jadi blogger ?

 

  1. Penyair Senja
  2. Kuronofu91
  3. ~...AmALinA....~
  4. waveX
  5. RuBiE ZaiNuDdin
  6. Encik Blogger
  7. Sofea Lang
  8. My Name is Mar
  9. d_tieah

9 lagi blogger berminat nak jadi pelakon... Apakah watak yang dibawak oleh mereka kali ini ??? Mari kita gelak beramai ramai .. hahaha.. guwau jer...

Rahsia Mencuri Hati Pembaca - Lagi ?

 

Yer .. yang tadi tu cuma asas .. Apa kata kita masuk ke dalam lagi ...Okeh ?

SEBARKAN ... SEBARKAN.. SEBARKAN ... SEBARKAN NAMA BLOG ANDA ! Itu yang aku tekankan pada rakan rakan blogger semalam sewaktu di gathering blogger ..

Yang manakah lebih berkesan ? Berita yang disampaikan melalui lisan atau bacaan ? Mereka lebih gemar mendengarnya dari membacanya .. Kenapa ??? Sbb bila menyampaikan melalui lisan , pasti akan ada 'ajinamoto' atau penambah rasa agar lebih sedap cerita tersebut ..

Aku amik contoh.. Seorang budak sekolah membaca membaca berita mengenai blogger berpendapatan tinggi melalui penulisan blog .. Budak tu takkan berminat nak buat blog punya sbb baginya yang layak ada blog ni orang dewasa jer .. Tapi jika dia mendengarnya dari rakan sekolahnya yang mana dia sendiri ada blog dan ayahnya jua ada blog dan telah pon menjana pendapatan melalui blog tersebut, apakah dia tidak akan tertarik ?

Jika ya , blog manakah yang akan dijadikan contoh terlebih dahulu ? Budak tu akan suruh rakannya tu pergi ke blog ayahnya .. Lisan bukan ? Dan budak tadi pon akan bercerita pada ayah , ibu dia mengenai dunia blog ..

Ok.. aku baru dapat satu mail di FACEBOOK dari seorang rakan lelaki yang baru add aku .. Aku tak kenal tapi aku terima kehadirannya ..

"salam... ape kabar ... i difahamkan oleh wife ...you adalah diantara blogger yang glamourr...hebat turrr....i kagum ...tq."

Bila hati pembaca berjaya di curi , kita sudah ada pembaca setia .. apa yang perlu kita buat selanjutnya ialah mengekalkan momentum tersebut.. Jangan terlalu tinggi atau membiarkannya jatuh ..

Bagaimana .. perluaskan lagi 'kehidupan' kita .. Ceritakan dengan jujur mengenai kehidupan di depn mata kita .. Mereka bukan nak tau pasal ekonomi negara.. masalah dunia.. tapi kadang kadang mereka nak keluar dari pemikiran berat mereka.. mereka nak releks ..

Jadi apa yang kita ceritakan pada mereka ? Sebuah kisah ringan yang mampu kita bermain dengan emosi mereka.. Kita cuit sedikit hati mereka.. Jika sebelah pagi , kita cuba buatkan mereka tersenyum.. beri mereka mood bekerja.. bagaimana ? Itu tugas anda sebagai blogger ...

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI