Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 16 Februari 2011

Header Blog Ganas Pilihan BEN ASHAARI

image http://tulisanburok.blogspot.com

Lagi blogger popular promosi blog ...

 

Rasa rasa antara 25 blog ni , mana yang blog meletup dalam jangka masa singkat ?? Haaa...

Yearghhh .... nak abis dah .. pasni utk 500 -1000 FOLLOWERS lak ..

Pembaca pilih blogger eh ?

 

Aku terima satu komen dari seorang rakan blogger.. Rasanya dia kecil hati dengan group blogger ,SAHABAT BLOGGER .. katanya ..

"meh nak mengadu sikit.. jenuh gak la promot kat SB tu haa.. tapi blog 'kita' orang jarang masuk gak.. maklumla.. akak dah tua.. (sedor diri), takut depa ni nak cari blog yg tuannya tu muda2 kot.. kalau dah tak masuk macam mana nak tau tentang entri kita tu ok ke tak.. ? apa-apapun terima kasih Mr Ben.. tu ha.. blog saya ada no 16. sorry la adik2 sekalian, akak ter'emo' skit.."

Jangan g marah akak tu pulak .. Dia cuma meluahkan perasaan dia jer .. Itu yang dia rasa ... OKeh ? Kalau boleh , pembaca pembaca muda ni , bagi support skit .. komen kat blog dia.. mungkin ada sesuatu yang boleh korang kongsikan dengan akak tu.. Atau bagi pendapat bagaimana dia boleh majukan lagi blog dia ..

Pendapat aku mudah jer ... Aku dah berusia 35 tahun ( tak cukup lagi sebenarnya ) tapi blog aku dibaca oleh pelbagai golongan ( aku rasa la )  .. Bagaimana aku tackle pembaca aku ? Cerita kita mestilah sesuai dengan semua golongan .. Jangan terlalu kedewasaan sangat.. dan jangan terlalu kebudakkan sangat .. Kita cerita ' tengah tengah ' ... Semua boleh masuk .. Okeh ?

Bab INNITY tu aku sebenarnya bukan nak kasi korang kelabu mata tapi sekadar nak buka mata sebenarnya terlalu banyak sumber kewangan tambahan yang boleh korang buat dengan blog ini .. Bukan sekadar pacak iklan jer .. Aku sendiri ni , baru je deal satu projek ngan satu ..erk.. nak kata apa eh .. haaa.. kira akademi kecantikan ni..  Haa.. dipilih sebab blog aku di baca oleh pelbagai jenis umur .. perempuan la maksud aku ni .. Sbb tu , kita jangan fikir trafik kita adalah untuk hari ini .. Kita kena fikir untuk jangka masa panjang .. Kalau tamak , maka hari ini je kita kaya .. Esok ??

Pentingnya blog dikenali ...

Kenapa aku kata begitu ? Jangan buat blog semata mata untuk letak iklan yang korang nampak tu je.. Cam Innity atau Nuffnang.. Sebenarnya bila blog dah dikenali ramai , secara tidak langsung , $$ akan datang sendiri ..

Jadi apa yang perlu korang lakukan ialah ... pertingkatkan mutu blog dan entri korang .. Dan paling penting ialah promosi agar blog kita berada di mana mana saja ...

Mereka juga punya cerita , bloggers !

 

Cerita mereka , punya followers lebih 100 tapi kurang 500 ! Haaa... ok tak ?

 

Nak bawah 100 ? Kan dah buat semalam .. kan kan ?

Bagaimana aku sering memotivasikan diri ..

 

Tensen dengan blog ? Takde idea ? Mati kutu ? Bengang dengan pengkritik pengkritik tidak bertauliah ?

Aku alami dah semua tu ... Jalan paling mudah yang aku nak buat , shutdown operasi ... Senang cerita .. Layan tv je ari ari .. Senang je gitu.. tak perlu nak sakit hati ..

Takde idea .. jgn paksa otak tu .. tapi paksa mata n hati kita ... Biarkan hati kita je berbicara .. Biar je jari jemari menyusun kata .. Akal mentafsir segala logik entri kita .. Jangan biarkan nafsu menguasai fikiran .. Rosak hari kita nanti ..

Bengang dengan kutukan ? Delete terus .. cam nama dan blog dia ... Pastikan kita berada jauh dari blog tu termasuk juga rakan rakan dia .. Bukan membenci tapi mengelakkan dari hasutan syaitan ..

Bila tensen dengan blog , amik jalan mudah ... lupakan semalaman .. g main guli ke .. konda kondi ke .. mahupun galah panjang ... Kalau dapat main batu seremban pon cantik dah !  Ke main tingting ? Pergh.. Mesti pastu penuh idea ..

Kalau aku .. tidur jela.. tu tandanya otak dah penat ... tak guna nak memaksa diri ... biar je blog kita berehat .. Penat dah dia dok melayan tetamu sejak awal pagi .. kan ?

hurm.. toksah tensen tensen eh .. tak berbaloi ..

Bagi aku lagi 2 tahun untuk berjaya ..

 

Cukup bulan Oktober ni , blog aku dah berusia dua tahun .. Masih lagi mentah dalam arena blogging .. Tiada apa yang boleh dibanggakan sangat...

Tadi aku dapat satu komen di FB .. Kecil hati ? Tak langsung .. Tapi pasti membakar semangat aku untuk membuka mata dia .. Bukan tergila nak popular atau nak kaya tapi sekadar kepuasan diri ! Membuktikan aku boleh juga berjaya !

Hurm.. Komen tu lebih kurang bunyinya begini la.. Dia bangga delete aku di FACEBOOK setelah dua kali aku add dia .. AKU ADD DIA okeh.. Dia dengan bangga delete.. katanya tak minat ! Wah... Bangga siut bagitau kat kawan dia dalam tu .. Bagus bagus .. Aku suka begini .. Sekurangnya aku tau yang ada dalam FB aku ni rakan rakan seperjuangan yang sama sama berusaha untuk bersatu dan naik sama sama ..

Aku dulu ada seorang kawan gitu .. Seringkali mematahkan semangat orang lain yang mana kononnya untuk mencabar agar orang tu berjaya .. Bagi aku , itu bukan caranya .. bukan semua orang mempunyai semangat yang kental dan jitu .. Kena pupuk dan senantiasa bermotivasi diri .. Tak semua orang begitu tapi semua orang boleh jadi begitu jika kita membantu menaikkan semangatnya ..

Aku dan MAT GEBU .. orang tanya kenapa kami ni rapat ? Mat Gebu sering kena serang dek lalat dan meluahkannya pada aku .. Aku menasihati dia .. Bila aku kena pulak , dia beri semangat pada aku .. Tu gunanya kawan .. Bukan hanya nampak pada TRAFIK !

Jadi , beri aku 2 tahun lagi untuk berjaya dalam dunia blog ini .. Aku masih lagi merangkak ... tercari cari arah lagi .. InsyaAllah ...Berkat sokongan korang semua .. aku akan berusah dengan lebih gigih.. Doakan je aku agar kuat semangat dan tak tutup blog ni.. hehe..

Jangan kecewa wahai blogger .. ku punya dua mata ...

 

Dan cuma menyenangkan berpuluh lagi mata .. Ku tak terdaya ... Kang ku penat.. ku tutup segmen nanti.. haaa... sapa rugi ?? Aku gakkk ..

Haa.... harap sabar no... biasanya yang aku terlepas pandang tu sebab diorng paste url diorng kat mana mana tah .. atau diorg bagi balik url aku ! camana tu ??

Bila 'BOSS' lalu sebelah ...

 

Tensen ! Selalu jadi gitu.. haih.. nasib baik boss saja butakan mata.. Dalam hati tak tau la camana .. hahahha ..

Nak dijadikan cerita la kan .. Tengah sedap mengcopy paste tetiba aku terdengar boss keluar dari bilik dia... Jeng jeng jeng .. Apakah yang patut aku lakukan ?

Seperti biasa.. aku terus menekan butang alt + tab di keyboard untuk tukar ke window lain .. hehehhe.. Bukan la nak menipu tapi hormat.. Walaupun bos tau aku berblog tapi jangan la ketara sangat sampai tak respect dia kan ..

Tapi tadi.. haih... dia keluar.. aku cam biasa la ..cepat cepat tekan kekunci tu kat keyboard , tapi yang keluar .. tu diaa.. window YM wife .. aku tekan lagi.. keluar lagi window YM Mat Gebu punya lak.. Aisey.. Aku menyerah salah je la ..

" Bosssss"  ... macam kerang busuk je rupa aku ... aisey ...

Header Blog Pilihan Ben Ashaari ..

 

image http://ekahafizy.blogspot.com

Blogger terhangat di pasaran gelap !!

 

Sapakah yang terhangat ??? Korang tengok la sendiri..

Jumpa dah ?? Tak ? Ok.. try yang ni ... www.benashaari.com

Bagi yang tak sempat baca / beli ..

1

2 3

‘Fitness & Blogging’

Inilah Dunia Saya

Tampan, ‘smart’ dan bergaya! Inilah lambang lelaki moden hari ini. Ben Ashaari, 34, memang bertuah kerana beliau adalah personaliti lelaki pertama yang menghiasi ruangan GAYA HIDUP. Menyusuri kecintaan Ben Ashaari atau lebih mesra disapa sebagai Ben terhadap dunia kecergasan dan blog membuatkan kami sangat kagum dengannya. Percayalah, bukan calang-calang orang boleh menjadi sepertinya. Hanya semangat dan keinginan yang tidak berbelah bahagi sahaja mampu membawa dia ke tahap ini.

Pertemuan RAPI dengan Ben pagi itu diadakan di Bionic Gym, gimnasium pilihannya untuk ‘workout’ sejak 10 tahun yang lalu. Di sinilah Ben mula melibatkan diri dengan aktiviti bina badan selepas kecewa dengan sukan bola sepak yang pernah diminatinya satu ketika dahulu.

Dalam seminggu, Ben akan ‘workout’ pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Rutinnya bermula selepas waktu kerja iaitu dari pukul 5.30 petang hingga 7 malam. Tak cukup dengan itu, Ben turut mempunyai gimnasium sendiri di rumah. “Saya terikat dengan kerjaya di Kementerian Pelancongan. Ada masanya saya tak sempat hendak pergi ke gim kerana hambatan tugas. Oleh itu, saya akan ‘workout’ di rumah saja,” jelas Ben.

Ketika ditanya bagaimana dia bersenam sehingga mampu memiliki badan seperti ini, Ben tersenyum sambil memberitahu yang semuanya kerana komitmen dan usaha yang tidak pernah jemu. “Untuk mendapatkan badan sebegini, saya terpaksa menggemukkannya terlebih dahulu. Kemudian, barulah saya bersenam di gimnasium. Kini, saya hanya perlu meneruskan rutin senaman untuk ‘maintain’.” Untuk pengetahuan pembaca, berat Ben ialah 90 kg dan ketinggiannya pula 179 sm.

Gaya pemakanan Ben juga sangat berbeza dari orang lain. Setiap pagi, isterinya, Norazila Mohd Zain akan menyediakan kacang panggang, air suam dan susu suam. Tengahari pula Ben hanya akan minum oat 3-dalam-1. Untuk makan malam, dia memilih nasi, ayam ,telur dan ulaman. Hanya pada hujung minggu sahaja, Ben dan isteri akan menikmati apa sahaja makanan yang disukai. Tetapi menu untuk Isnin sampai Jumaat, inilah dia.

Menurut Ben lagi, dunia kecergasan mampu memberikan ketenangan jiwa padanya sekaligus menghilangkan tekanan yang sesekali melanda. “Rutin kecergasan saya bukan hanya di gim. Bahkan dalam kehidupan seharian juga saya memang aktif. Saya tidak suka memandu sebaliknya lebih suka berjalan kaki dan menaiki pengangkutan awam. Memanglah orang luar nampak penat tetapi saya tak kisah.” Hmm, tidak hairanlah dia mampu ‘maintain’. Memang sukar tetapi hendak bertubuh segak, kenalah berkorban sedikit, ya?

“Kepada mereka yang sering melepak dan tak tahu nak buat apa, saya syorkan agar anda bersenam sahaja di gimnasium. Namun usah ambil jalan singkat pula kalau hendak membina badan. Jauhi pengambilan steroid kerana ia boleh menyebabkan risiko pada tubuh dalam jangkamasa yang lama. Satu lagi pesan saya, jangan merokok,” terang Ben.

www.benashaari.com

Tempat Curahan Hati dan Ekspresi Diri

Selain aktif dalam dunia kecergasan, Ben juga adalah seorang blogger yang aktif. Blog ini walaupun baru berusia setahun lebih tetapi telah mencatatkan pengikut seramai 7000 lebih dan jumlah pembaca melebihi 100,000 setiap sebulan. Wow! tentu ada sesuatu yang menarik di situ sehingga ramai yang memilih untuk menjadi pengikut dan setia membaca tulisannya.

“Mungkin anda sukar untuk percaya, tetapi menulis adalah jiwa saya. Di sekolah dulu, subjek Bahasa Melayu adalah subjek pilihan. Menulis puisi dan sajak pula memang hobi saya. Kini, minat tersebut saya zahirkan menerusi penulisan blog. Saya menulis bukan untuk mencari populariti. Saya menulis jujur dari hati sekadar melahirkan pendapat, idea dan pengalaman sendiri. Dalam masa yang sama, saya mahu pembaca juga sama-sama mendapat manfaat daripada tulisan saya.”

Kami sempat bertanya, apa agaknya tip yang boleh Ben berikan untuk menjadikan sesebuah blog itu berjaya dan digemari ramai? Jelas Ben “Kita mesti rajin ‘update’ blog. Cerita yang ditulis biarlah ikhlas dan kreatif. Kita juga mesti tahu bagaimana cara yang betul untuk mempromosi dan menyebarkan blog kita.”

Satu yang menarik untuk dikongsi, penglibatan secara aktif dalam blog juga boleh memberikan pendapatan sampingan. “Apabila blog kita dikunjungi ramai, biasanya akan ada pihak yang berminat untuk menyewa blog kita untuk laluan iklan. Alhamdulilah, blog saya juga mencatatkan pendapatan iklan yang sangat memuaskan. InsyaAllah, saya akan terus menulis selagi hayat dikandung badan. Saya berjanji akan sentiasa memberikan manfaat kepada pembaca menerusi tulisan saya,” ungkap Ben sebelum mengakhiri temubual kami hari itu.

Blogger mencari blogger !

 

Huih.. pe lagi.. g laaa serbuuu ...

Pergh... ramai lagi siutttt

Aisey.. HELIZA HELMI jemput aku ler ..

 

Gulp ... Broframestone call aku .. Biasanya sekali 8 tahun baru dia call aku .. Aku control suara ala ala Jamal Abidillah .. Tapi dapat Jamal Pak Tongko punya suara... Tak kisah la.. janji ada Jamal ..

Dia cakap kat aku .. Heliza jemput aku ke majlis dia sabtu ni .. Aku kurang pendengaran .. Aku dengar 'Elija' ... Elija mana pulak nehhh .. Aku malas nak anggap 'elija' tu HELIZA ... Kang syok sendiri lak aku .. hahaha.. Lagi pun mana la dia kenal aku.. Aku kenal dia ada la..

Pastu dia ulang bicara dia .. Aku nak tangkap sebutir sebutir .. Wah.. betul la.. HELIZA jemput aku .. Aiseyman.. ni nak kena set rambut ni.. Baju ??? Color ?? Kasut ?? Beg tangan ? Mesti sama color semua nih !!  Grr... duit lagi nih ..

Aku tanya dia sapa lagi ada ? Dia kata dia ada la .. Cait.. ada je dia .. ahahha.. tak pe... Dan dia kata , sapa sapa yang berminat pon leh pergi tapi kena bayar..Part ni aku serahkan pada Bro.. aku tak tau apa apa .. heheheh..

Cuma persoalannya , boleh ke aku pergi ? Jadual aku penuh ni.. Hari sabtu ni aku dijemput ke reherseal GRAMMY AWARDS kat Sg. Petani , Kedah ... tu je la masalah utama aku ni.. Maklumlah , aku kena cover untuk majlis tu.. Aku pon nak jadikan blog aku neh blog artis gitu.. hehe.. asik dok buat entri SEGMEN jer.. Kali ni lain skit .. SEGMEN BERSAMA ARTIS HOLLYWOOD pnya ..

Aisey.. apa aku merepek daa ... Bro , nanti aku confirm eh..  Ai segan uuu .. auwww... Eh.. wartawan ada ? Leh celah tepi tepi nanti.. hahaha..

image

Godaan Bloggers !

 

Tergoda ? Kalau tak kuat iman bleh tergoda dengan blogger blogger skang ni .. Kacak dan jelita tu.. Aku tak leh tergolong dalam kategori tu dah sbb tua dah.. Yang tinggal untuk aku cumalah macho jer .. Hurm..

OK... 20 lagi blog .. jom kita g berkenalan .. ok ?

BLOG DISENARAIHITAMKAN !

  1. htpp://yuyutipusaje.belogsepot.ciom

Blogger baru layak je join gathering ? TAK LAYAK !

 

Aku ditanya oleh salah seorang blogger tadi.. dalam blog aku la.. Dia tanya , blogger baru ni layak ke join gathering ??

Mana layak !! Tak leh tak leh !! Blogger baru kena popular dulu baru leh join gathering !! Grr... Hehe.. Acah jeee... aku memain je haaa... Iskhh.. takkan sampai gitu sekali kan ?

Bagi aku la kan , tak kira la apa status sekali pon .. bertaraf diva ke.. bintang .. personaliti harapan ke .. blogger terbaik je .. blogger baru buat blog tadi je .. Kalau nak join , join jer la.. Lain la tu gathering tertutup.. Hanya dijemput saja .. Tu aku tak leh nak komen ..

Cuma satu je pesanan aku .. Bila join gathering ni , pandai pandai bawak diri.. Jangan tunggu blogger lain datang tegur.. Kita sendiri kena 'tersengih' n g borak borak .. Buat selamba kodok je .. Kalau duduk diam , maka kita seolah dipinggirkan .. Kalau jadi kes gitu , jangan tuding jari kat orang ..

Gathering mmg best bila join .. Rugi tak join .. Ok ? Pengalaman persahabatan yang akan diingati sampai bila bila .. Kan kan ?

Blogger yang bakal meletup !

 

Haaa... ini adalah senarai blogger blogger yang sedang meningkat naik... Apkah rahsia diorng eh ???

Pergh... tetiba bz !!! Grrrr ..

Segmen : Saya punyai 100 hingga 500 FOLLOWERS

TUTUP SUDAH !

Atas permintaan rakan-rakan blogger ... aku kembalikan segmen suai kenal mengikut FOLLOWERS .. bukan nak kategorikan blog tapi senang gini.. kang kalau ikut tahun , ada gak yang 'tinteng' aku haa..

OK.. tamo cerita panjang .. Ini sekadar segmen suai kenal antara blogger.. bukan nak g kutuk mengutuk atau mencari blog atau blogger cun atau kacak belaka.. okeh ?

Untuk sertai , sila buat satu entri khas :

  1. Letak header BEN ASHAARI blog
  2. TAJUK : SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS. dan linkkan ke entri ini ..
  3. Tinggalkan url entri blog korang tau ! bukan url entri aku !! huwaa.. semalam ada ramai buat gitu.. jadi aku terpaksa skip...

Tu jer .. mudah ? malas nak berjela jela .. Tutup ? Malam ni.. okeh ? Segera !

Google 'amat amat bangga' pencetus revolusi siber Mesir

 

BARCELONA: Google hari ini menyatakan pihaknya 'amat, amat bangga' dengan aktivis siber, Wael Ghonim, seorang eksekutif muda di Google yang muncul sebagai pencetus utama gerakan pembaharuan di Mesir, kata Ketua Eksekutif Google, Eric Schmidt.

Ghonim, yang mengetuai bahagian pemasaran Google untuk rantau Asia Barat dan Utara Afrika, menjadikan akaun Facebook miliknya untuk menaikkan semangat dan gerakan penentangan rakyat terhadap regim Presiden Hosni Mubarak.

Eksekutif berusia 30 itu juga tampil di kaca televisyen dalam satu temubual yang penuh beremosi selepas dia dibebaskan daripada tahanan polis selama 12 hari sebaik demonsrasi jalanan tercetus di Mesir.

“Kami amat amat bangga dengan apa yang dilakukan Wael Ghonim di Mesir," kata Schmidt dalam satu majlis meraikan pengamal industri telefon bimbit di Barcelona.

“Mereka kini boleh menggunakan teknologi baru termasuk Facebook, Twitter dan media sosial lain sebagai landasan menyuarakan rasa hati rakyat.

"Dan ini salah satu contoh terbaik mengenai ketelusan. Kami mengucapkan mereka agar berjaya.

"Saya sudah bercakap dengannya (Ghonim) dan kami amat, amat berbangga dengannya," katanya.

Dalam temubual bersama stesen CBS “60 Minutes” yang disiarkan Ahad lalu, Ghonim berkata gerakan penunjuk persaaan yang membawa kepada kejatuhan Mubarak mungkin tidak akan menjadi kenyataan tanpa wujudnya rangkaian laman sosial.

“Sekiranya tiada rangkaian laman sosial, ia tidak akan tercetus," katanya.

“Ini kerana apa yang berlaku sebelum revolusi adalah perkara yang amat kritikal. Tanpa Facebook, tanpa Twitter, tanpa Google, tanpa You Tube, ini tentu tidak akan berlaku,” katanya. - AFP

-BHARIAN

Aku atau diakah yang kurang ajar ?

 

Sampai jugak ke opis tanpa warna merah tercatit .. Hehe.. azam baru yang lama .. Mengekalkan rekod kehadiran.. Kalau lewat pon , aku akan salahkan lrt.. tak kira tak kira ..

Dari stsn Lrt tu , aku kena berjalan kaki terus ke PWTC .. kena lintas jalan yang boleh dikatakan agak sesak dengan kereta .. Eceh.. kononnya la sesak .. tak de maknanya !

Aku pon cam biasa , tengok kiri.. tengok kanan.. tengok kanan nampak awek.. tak nampak kereta lak .. Jom jalan sekali .. Hahaha.. Ada sapa nak tumpangkan aku malam ni ? Sah kena halau dek wife .. Haha.. Guwauuuuu laa... aisey..

Sambung.. tengok kiri...tengok kanan.. line clear ! 'Along' pon takde ! Leh lintas ... Tinggal satu lagi lorong.. usha kiri.. Ok.. lepas kereta ni , aku leh jalan memandangkan kereta yang sedang menuju ke arah aku tu agak perlahan ..

Tiba tiba kereta tu lagi laju ..Huh ! Apakah dia buta lelaki sekacak aku ini sedang melintas ??? Grr.. Nak je aku tunjuk 'jari tengah' kat dia ... tapi memandangkan ada awek berhampiran dengan aku , kensel.. Aku tadahkan kedua dua telapak tangan aku .. doakan dia terbabas di longkang kecil depan rumah dia .. Haaa.. padan muka diaa .. ECeh..tak baik tauuu.. Aku tipu je bab doa tu.. jangan doakan sesuatu yang tak baik untuk mereka ... Kita doakan je kesejahteraan mereka.. Biarlah yang buruk itu , Allah tentukan ..

Baik tak aku ? Ok.. sambung.. selepas tu .. aku hanya mampu mengeleng kepala aku .. Terpaksa aku berlari anak tadi sbb kereta tu laju tetiba.. Geram sudah pasti.. Nasib baik tak tersungkur.. Kalau  tersungkur tadi ???

" Bosss .. saya mc.. jatuh tadi "

Akhirnya BLOG di BLOCKED !

 

image

Yearghh... boleh cuti rehat dari blogging ... Boleh ke ?? Takde maknanya !!!

Teringat berita semalam ...

 

Lewat bangun disebabkan lewat tidur ... Hehe... Jangan fikir bukan bukan.. blog pon shutdown awal semalam .. Dalam kul 1 lebih ... huhu...

Otw ke stsn ERL .. Wife drive .. malam ni ada appoitment ngan kawan blogger dan juga sejarah bakal berulang .. hehe.. apakah itu ? Nantikan je ..

Teringat berita semalam dalam salah satu media cetak utama negara .. Kes budak sekolah tercampak keluar dari van sekolah haram yang mana dipandu oleh budak umur 16 tahun ! Aku tak sempat habis baca sebab ada hal... Beli pon tak sempat ..

Apa yang aku terkilan sangat , sekarang ni , kos sara hidup semakin tinggi dalam negara kita ni .. Gaji pulak tak tinggi tinggi ... Altenatif kepada penjimatan kewangan setiap keluarga adalah memotong apa yang boleh dipotong .. Antaranya anak anak mereka naik bas sekolah yang mana sewa bulanannya murah .. Ini bermakna mereka akan memilih bas / van sekolah haram ..

Hurm.. apakah ibu bapa tersebut tak hiraukan akan keselamatan anak anak mereka ? Apakah kenderaan tersebut ada cukai jalan / insuran ? Tahap keselamatan bas / van tersebut ?

Walaupun nak berjimat , kita kena fikirkan orang orang yang tersayang .. Aku tak tau la bagi diorng tu camana tapi bagi aku , untuk mendapatkan zuriat , bukanlah mudah .. Manakala kos penjagaan setiap anak pon amatlah tinggi... Takkan kita nak pandang remeh akan keselamatan mereka ni bila dah dewasa ?

hurm..

Hati-hati ..penyebaran virus melalui blog dan FACEBOOK ..

 

Aku baru dapat mesej di FACEBOOK  dari seorang kenalan di situ ..

"I got u surprise www.ixxxxxxxxxxxxxx.blogspot.com "

Aku rasa link ni tak wujud ... Bila aku masuk ke FB dia , ada status dia mengatakan virus FB sedang merebak .. Dan aku rasakan dia dah terkena jangkitan ..

Maka ... berhati hati .. aku risau virus ini akan mencuri segala data yang ada dalam  komputer kita ... Senantiasa kemaskini password akaun email kita dan juga update antivirus ...

Hurm...

Sekurangnya ada hati yang gembira dalam duka !

 

Huk huk ..apakah benar mereka itu terasa ? Eceh.. aku jeles sebab dia amik gambar tang atas tu tulis BARCELONA ( rujuk entri INI ) .. sbb aku teringin nak g tempat tempat  bersejarah gitu haa.. terutamanya dalam sejarah bolasepak gitu.. huk huk..

Ok.. kita lihat komen dari ALEXA YUSSIDA berkenaan entri itu yer ..

"gulp~ terima kasih BA..taw je sy tgh sedey n kuciwa..BA menceriakan hari saya..huhu..
kwn2..jgnla ckp macam tu..mstila BA senyum lebaq punyee baca komen stiap pembaca belog beliau..senyummmm:)
"

Bukan apa , bakal doktor pakar ni akan jadi doktor peribadi aku nanti haa.. kan kan ? Hahahaha.. adeh ..

Tu la.. tamo la jeles jeles okeh .. Aku sayang semua pembaca blog aku neh .. Eceh.. rakan rakan blogger ... silent reader mahupun silent killer ... tamo tamo tamo masam masam .. okeh ?

Panggilan Terakhir dan Penutup Blogger Baru !

 

  1. http://leendachinta.blogspot.com
  2. http://freshie-sd.blogspot.com/
  3. http://ria-skh91.blogspot.com
  4. http://cekedismanis.blogspot.com
  5. http://hoyahadiselamat.blogspot.com
  6. http://sibtrio.blogspot.com
  7. http://miaaomelucu.blogspot.com
  8. http://theflowerzone.blogspot.com
  9. http://puanazianapage.blogspot.com
  10. http://whenmyheartbeating.blogspot.com
  11. http://ibugebu81080.blogspot.com
  12. http://fatinfarhanabambam.blogspot.com
  13. http://niezabudaxtembam.blogspot.com
  14. http://raihanibtisam.blogspot.com/
  15. http://kasturijiwa.blogspot.com
  16. http://niezabudaxtembam.blogspot.com
  17. http://wanmardziyyah.blogspot.com/
  18. http://bebelanku-aini.blogspot.com
  19. http://bellabellitos57.blogspot.com
  20. http://lovep-qah.blogspot.com
  21. http://sayangkuazida.blogspot.com
  22. http://basiliskkeichou.blogspot.com
  23. http://life-lyricist.blogspot.com
  24. http://ezolisfaez.blogspot.com
  25. http://rantingkayu89.blogspot.com
  26. http://cintaneenacinta.blogspot.com
  27. http://areyougudgirl.blogspot.com
  28. http://talktocayunkpinky.blogspot.com
  29. http://akuxpandaitulis.blogspot.com
  30. http://aliashahgurl.blogspot.com

TUTUUUUUUUUUUUUUUUPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP

Yelah.. aku pon gitu gak ...

 

Aiseyman... aku tersenyum malah terharu bila baca komen dari korang ... ikhlas ni .... Tak caya ? Ok la.. tak caya , aku nak buat apa dah kan.. Huk huk... aku tidur je la eh .. huwaa....

Sebelum tu.. aku update lagi beberapa nama eh :

  1. http://farrahshamsuddin.blogspot.com/
  2. http://onlyzul.com
  3. http://frogypenguinlove.blogspot.com
  4. http://wafiysuzly.blogspot.com
  5. http://sweetysweetoo.blogspot.com
  6. http://gegaramasinlah.blogspot.com
  7. http://ceriterainie.blogspot.com
  8. http://din-mangastudio-class.blogspot.com
  9. http://cpinkynolie.blogspot.com
  10. http://truestorietosharee.blogspot.com
  11. http://otakkosongblog.blogspot.com
  12. http://farahinfahrenheit.blogspot.com
  13. http://complicatedzone.blogspot.com
  14. http://bonbonboncet.blogspot.com
  15. http://laylaluckystars.blogspot.com
  16. http://dapurhangitsaya.blogspot.com
  17. http://mamagorjes.blogspot.com
  18. http://hafizkiwi.blogspot.com/
  19. http://diariputrilindunganbulan.blogspot.com
  20. http://100dirisendiri.blogspot.com
  21. http://musmarauders.blogspot.com
  22. http://cikfanna.blogspot.com
  23. http://finaz91.blogspot.com
  24. http://iezawanza.blogspot.com
  25. http://mazzatiera.blogspot.com
  26. http://ameera-alias.blogspot.com
  27. http://hae-wonfarahaisyah.blogspot.com
  28. http://rentakehidupan.blogspot.com
  29. http://semanismulut.blogspot.com
  30. http://gadisoren.blogspot.com

okeh... ada lagi 40 nama pasni .... Terasa ke ? aiseyman.. sowie sowie..

Aku cemburu giler dengan ini blogger !!

image

Aku tak tau .. setiap kali dia komen pada entri , mesti aku tersenyum .. Mungkin sbb dia antara pembaca setia blog aku dari dulu dan dia sedang berada di luar negara untuk menghabiskan pelajaran dia ..

Jaga diri elok elok yer .... http://iammemaself.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI