Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 24 Februari 2011

SEGMEN : Tuan Direktor ! Pilih kasih eh !!

Ok .. segmen ni memerlukan kreativiti korang sebagai seorang blogger .. Mana mana entri yang terhasil akan diletakkan di entri sticky post sehingga malam karang .. Wah.. lama tu... Promosi gitu ..

Ini peluang pada korang untuk membuktikan bahawa blogger adalah kreatif sebenarnya .. Bukan sekadar mengarut di tepi jalan .. okeh ? Jadi buat dengan menarik gitu .. :)

Bagi yang berminat ... sila buat satu entri khas :

  1. Tajuk : TUAN DIREKTOR ! PILIH KASIH EH !! dan linkkan ke entri ini ..
  2. Sila hasilkan sebuat cerita (tamo lucah okeh ! ) .. tak kira dalam bentuk dialog atau apa saja .. Yang penting dalam perlu ada watak ! Watak watak perlulah dipilih di SINI .. Korang dah tengok kan dua contoh yang ada semalam ? Kalau takde idea , boleh rujuk entri INI atau entri INI .. Tapi jangan sampai ada yang terasa hati atau menghiris jiwa ! Amaran ni... aku tak bertanggungjawab tau !
  3. Senaraikan pelakon pelakon pilihan korang ... Amik di BENASHAARI2 .. Beri nama blogger dan linkkan ke blognya
    1. 1 PELAKON LELAKI ( HERO ) - nama blogger (cth BEN )
    2. 1 PELAKON WANITA ( HEROIN )
    3. 1 PELAKON SEBAGAI AYAH
    4. 1 PELAKON SEBAGAI IBU
    5. 5 WATAK PENJAHAT
    6. Cipta watak lain sekurangnya 3 watak ..
  4. Amacam ... senang kan ???

OK.... itu jer.. kalau dah siap.. sila pastekan url korang di ruangan entri ni .. Ala.. senang je kan ???

Cerita cerita yang dah siap :

  1. a n a . i z z t y
  2. Pembawa_Wacana
  3. Miss Ran
  4. padlie
  5. Aya^Yaya
  6. Novelgurl
  7. Ujang9897
  8. n!cK
  9. yad'z
  10. Fakhrul1409
  11. Qaseh dalia adelia
  12. Faizal Fredley
  13. Nurul Afifah
  14. mukmien
  15. ...AmALinA....~
  16. Syarifah Nornazrah Al Yahya
  17. mynameismy
  18. mas.saari
  19. author faethal
  20. iqbalhakimi
  21. nur
  22. cik pulau
  23. AdyBudika
  24. a n a . i z z t y
  25. putERi-kAtEk
  26. Sunah Mohammad
  27. d_tieah
  28. Muslimah Optimis
  29. :: Little Kouru::
  30. mynameismy
  31. AMIRA ATIYA MYRA_ZOE
  32. fadzli

Blogger Sabah diperlukan .. Ehem ...

 

Sapa yang sekarang ini berada di Sabah ?? Haaa.. ni ada projek baeekkk punya neh... Rugi tak sambut projek nih ... Ehem.. Korang tengok projek vlog kitorang ?? Belum ??? Kalau belum , meh tengok kat SINI ...

Ok .. 1TUBE.MY akan ke sana pada 5hb Mac 2011 ini sehingga 8hb ( kot ) .. bertujuan untuk merakamkan vlog blogger di Sabah .. Jeng jeng jeng ... Ada sapa sapa berminat ???

Tumpuan 1tube.my kali ini di bandar Kota Kinabalu ... Mana mana blogger yang berminat untuk merakamkan vlog mereka untuk pertama kalinya , digalakkan bertemu dengan mereka ..

Amacam ?? Berminat ? Kalau berminat , sila email butiran peribadi seperti nama , no tel dan juga url blog korang ke benashaari@yahoo.com dan aku akan memanjangkan nama korang ke pihak 1TUBE.MY ..

Tunggu apa lagi ???

Tuan Pengarah ! Pilih Kasih Eh !! : 4

 

“Oii Padli cepatlah sikit feri dah sampai ni”..kedengaran suara ujang yang agak serak memanggil sahabatnya..lamunan padli yang baru sahaja hendak mengimbau kembali detik-detik manis nya bersama keluarga  di langkawi  bagaikan terputus dihiris oleh suara yang biasa di dengarinya itu…matanya yang merenung tajam ke arah burung helang sebagai mercu tanda langkawi mulai berkaca mungkin terkenangkan orang tersayang, lantas lamuanannya terhenti disitu jua…padli melangkah kaki dengan lesu menuju kearah feri yang setia menunggu penumpangnya.

Kini setahun sudah padli bersendirian tanpa keluarga tersayang, setelah peristiwa 6 Julai 2009 yang telah meragut 4 orang ahli keluarganya dalam kemalangan ngeri yang berlaku di Kota Bharu…ingatan itu masih segar bermain di benak fikirannya. Ayah, ibu dan kedua abangnya telah pergi mengadap Ilahi..kini hanya tinggal padli seorang yang bakal meneruskan waris keluarga Pak ben.

sambungan > SINI

Wah ... Dah cecah 4 ribu !!

Vlog di Taman Canselor Putrajaya ari tu , dah siap dinaikkan .. Aku punya dah capai 4 ribu lebih tontonan.. Gulp .. terima kasih pada yang sudi promo...

image

Ada yang kata suara aku lain dalam ni.. Gaya tak sama cam kat luar .. Eceh... aku segan sebenarnya depan kamera .. haha.. serius woo.. pemalu wooo ... ok ok.. dah tengok belum ?? Klik sini kalau belum tengok eh .. SINI

Manakala vlog rakan rakan yang lain .. Sila klik nama ...

  1. UJANG
  2. HANIM
  3. 1.ichbincheya 2.nurelleohnurelle 3.luvknewrule 4.faziera193
  4. Taufik n Nisa
  5. Ery Farieha n Nisa
  6. Yuyu Zulaikha

Ok .. tu je kot yang ada ? Ke ada lagi ?? kalau ada bagitau eh...

TERIMA KASIH 1TUBE.MY !

Tuan Pengarah ! Pilih Kasih Eh !! : 3

 

Kisahnya bermula dengan percintaan Roy(Ujang) & Suzy(Eka)..suda hampir 4 taun mereka menyulam cinta yg penuh suka & duka...tidak lama lagi mereka akan ditunangkan dan seterusnya berkahwin...

Pada 1 hari Suzy kua berjalan2 di Pavillion bersama kawan baiknya(Fyna)..sedang mereka berjalan2 dan bergurau senda tiba2 dtg seorang jejaka tampan yang xdikenali dan terus menyapa Suzy..Suzy berasa sungguh hairan kerana dye langsung tidak mengenali jejaka tersebut..lalu jejaka tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Syam(IqbalHakimi)..bermula dr situ la hubungan mereka semakin rapat sehingga membuahkan bibit2 cinta...

 

sambungan  > SINI

Tuan Pengarah Pilih Kasih Eh : 2

 

Pada zaman dahulu, ada seorang Putera Raja yang sangat hensem lagi berwibawa. Putera Faizal namanya.. Baginda adalah seorang yang cukup berjiwa rakyat. Ini terbukti kerana baginda makan nasi guna tangan, buang air kat tandas, tidur atas katil dan mandi guna air.

Setiap bulan, baginda akan meronda ke serata Negeri untuk melihat kehidupan rakyat. Dengan menaiki keldai, baginda akan merentas desa dan mengharung sungai demi rakyat jelata. Semasa perjalanan, baginda akan ditemani oleh Axuerha, Usop dan Pezol. Axuerha bertanggungjawab sebagai PA baginda manakala Usop dan Pezol adalah panglima baginda yang terbilang. Terbilang kerana boleh dibilang.. Ye la dua orang je.. Boleh bilang dengan jari kan?

Pada suatu hari, ketika tiba di sebuah kawasan pedalaman, kedengaran sayup esak tangis seseorang diselangi gelak tawa bernada jahat lagi kerek.

 

sambungan  >> SINI

Headar Pilihan Hari ini ...

 

image http://theuglyreality-hanisa.blogspot.com/

Tuan Pengarah Pilih Kasih eh !! : 1

 

Watak-watak di bawah bukan menggunakan nama sebenar... Kalau nak tau sape... klik la dekat watak tersebut.. Ini lakonan sahaja...bukan betul....ibarat kata...ini tipu-tip saja...:)

Cite ni di warong kedai kopi Wacanaku.... Pak Samad sedang goreng pisang untuk hidangan pelanggannya... TIBA-TIBA.....datang seorang lelaki dan perempuan... dengan memakai pakaian sungguh encem dan segak... si pempuan pula sangat sopan dan trendy.... tutup aurat gitu.... name mereka... Sudin dan Saudah, hero dan heroin citer ni...

Kelihatan jauh di belakang ayah dan mak mereka... Said dan Siti..  Kedatangan hero dan heroin kita di warong ni sebab ada kes kecurian di warong Wacanaku... Kes kecurian dan juger penculikan..... Disyaki 5 orang yang membuat kerja ni.... Name mereka ialah Ben, Ujang, PW, Iqbal, dan Naz... Kepale depa ni adalah Ben... Mereka telah menculik anak patung Saudah dan mencuri botol kicap warong Wacanaku....

sambungan > SINI

Akhirnya aku betul betul terkantoi !

image(terlupa lak bos aku dalam FB aku .. adeh.. bukan bos je.. wife pon ada .. adik ipar..abang ipar.. aduh.. )

Nak dijadikan cerita ...

Semua bos aku takde ari ni ! Eceh.. merdeka ?? Takde maknanyaa.. Aku mmg merdeka pon tiap tiap ari.. hahaha ... Tapi kali ni kedua dua bos tkde .. Sorang dalam persiapan nak berkahwin.. Sorang lagi dlm perjalanan ke Indonesia .. Ada kije kat sana ..

Maka aku di sini ??? Haha.. walaupun bos takde , aku bukan spesis merayau.. Sedangkan waktu lunch pon aku tak bergerak dari kerusi aku ni apatah lagi bila time bos takde .. hehehe..takde maknanyaa..

Dari aku menghilangkan diri , masa yang ada tu ( kalau takde keje la ) aku abiskan masa dengan update blog jer .. dapat gak duit kan ? Sapa nak kasi ?? haaaa...

SEGMEN : PELAKON DIPERLUKAN !

-TUTUP TUTUP TUTUP !! TAK KIRA.. TUTUP DAH !! -

Ok.. satu segmen menarik kejap lagi.. Sapa yang berminat untuk menyertai atau berada dalam senarai pelakon yang bakal diarahkan oleh blogger sendiri , sila isi borang.. hehe.. camana nak isi borang ?

Sila buat satu entri khas :

  1. Letak header BEN ASHAARI BLOG
  2. Tajuk SAYA NAK ! SAYA NAK ! dan linkkan ke entri ini ..

Tutup ? Kul 12 tengahari ini !! Sapa cepat , dia senaraikan di BENASHAARI2 dan selepas itu segmen kita bermula.. hehe...

Tinggalkan url link korang di ruang komen entri ini ..

Best ke bercinta sesama blogger ??

 

Ehem... ada sapa sapa nak bercinta dengan aku ? Ada tak ? Ok.. jangan cari pasal.. hahaha... Gurau jer ..

Bercinta ... bercinta ... best ke bercinta ? Mmg la best .. Anugerah Allah .. CINTA .. satu perasaan yang tak boleh digambarkan .. Tapi hati hati je la masa bercinta okeh ? Jangan tambahkan dosa ... Faham maksud aku kan ?

Cinta sesama blogger ? Hurm... best atau tidak , terpulang pada mereka sendiri .. Cuma apa yang aku nak nasihatkan cuma , jika masih belajar .. maka tamatkan pelajaran tu dulu .. bukan tak boleh tapi jangan lupa tujuan asal kat situ .. Korang masuk situ dengan duit sapa ? Masa yang dibazirkan tu camana ?

Bagi aku la kan ... kalau sukakan seseorang tu , biar berkawan dulu .. Lepas abis belajar , baru tentukan .. Serius.. tu lagi best dari dok berkepit masa belajar.. Korang rugi masa .. rugi pengalaman .. Mana tidaknya , nanti nak buat apa apa pon susah .. kena dapatkan 'kebenaran' la konon .. Kes cemburu satu hal lagi.. Kalau single kan best .. buat je apa pon.. takde sapa nak larang ..

Bab bercinta sesama blogger.. Aku boleh katakan , jika bercinta dlm dunia cyber ini terutama blogger , akan hilang segala keindahan berblog.. Kenapa ? Dia takkan ada idea dah .. apa yang dia nak cerita ? Segalanya mengenai cinta dia ? Bila bergaduh ? Bila putus ? Bila happy best la.. amik gambar .. buat entri gitu gini ..  Abis satu dunia tau.. Ingat , satu dunia baca blog ni .. Cuma faham atau tidak je la.. hehe ..

Kalau nak bercinta gak sesama blogger , selesaikan dengan segera.. Suka ?? Bertunang terus nikah.. senang ... jangan panjang kisah cinta tu .. bukan apa , dari blog penuh pembaca terus hilang pembaca .. Jangan lupa , kita bukan pelakon filem SEMBILU !

Perkara yang dilakukan bila blog dikritik ..

 

Mmg pedih .. mmg tak seronok bila blog kita dikritik atau dikutuk .. Bukan kerana mental kita lemah tapi tak berpeluang membalasnya .. Kenapa ? bila kita membalasnya , maka kita jadi seperti dia ..Kalau buat tak tau , orang anggap kita bacul pulak kan ? Sakit hati ? Pergh..

Gini .. aku pon masih terima gak komen komen bersikap bacul ni ... Pandai balling batu tapi tutup muka ... Seronok .. mmg seronok .. Apa yang aku buat , aku delete je komen dia .. tak perlu nak fikir segala katanya ... buang masa ...

Pikir positif yakni blog kita sudah menjadi bacaan rasmi dia sekarang .. Jika setiap hari dia datang dan mengutuk , maka mmg dia adalah silent reader kita yang terbaik lah.. Mmg sayang sungguh dia kat blog kita tu... Kena buat entri penghargaan buat dia .. kalau boleh mintak alamat surat menyurat.. Kita kirim baju yang punya nama blog kita besar besar kat dia ..Mana tau dia bangga dapat pastu pakai g mana mana.. Kata pengkritik tegar kan ?

Bukan ego tak leh terima kritikan tapi kritikan yang dilemparkan lebih pada mengarut.. Lebih pada caci maki ... Bukan membina tapi memusnahkan  semangat juang orang .. Tu semua sikap sikap yang dibenci agama.... Sepatutnya kita saling bantu membantu.. Jika ada yang tak kena , tegur dengan cara berhemah .. Kalau maki hamun , rasa rasa sapa yang berdiri disebelah sambil membisik di telinga tu ? Dah jadi kawan baik syaitan ke ?

Kita , sebagai blogger ... senyum je .. toksah nangis .. toksah tensen.. Tak mati kita dengan kutukan mereka .. apa yang boleh mereka buat selain dari jadi manusia bacul ? Tak de apa.. tu je ..

Tiada lagi kedamaian ..

 

Salam.. selamat pagi ..

5 tahun ... Satu jangka masa yang cukup panjang bagi aku untuk beraada di satu satu tempat.. biasa aku hanya boleh melekat sekurang-kurangnya 2 tahun saja .. Tapi aku di sini sudah lebih 5 tahun dan bermakna aku gembira di sini ..

Walaupun ada pergolakkan kecil tapi seringkali dapat diselesaikan dengan baik tapi ini nampaknya ada yang 'bermain kotor' .. Sangat sangat menyedihkan .. Geram ? Jangan cakap la ...

Hendak diadukkan pada siapa ? Segalanya dah termakan hasutannya.. Hurm... Semalam , aku tengok ASTRO , Mistik Alam Misteri ... Sebijik betul situasinya ... Astagfirullah al'azim ..

Tidak takut pada Allah kah ? Tapi bila melihat orangnya , mmg rasanya spesis tak kisah ... Cuma tu lah .. yang tak bersalah telah menjadi mangsa ... Dan 'virus' ini semakin merebak sehinggalah dia berkuasa 100% tempat tu ... Hurm...

Apakah di dalam kepalanya ? Apakah dia tidak sedar nyawanya milik Allah ?? Apakah dia tak sedar yang dia sendiri akan menemui Allah ? Tapi nak kata apa dah kan .. bila mata hati dibutakan dek syaitan ... segalanya menjadi hitam ...

Nak bekerja pon dah jadi malas..Pada siapa nak pergi mengadu .. Hanya tunggu masa jer ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI