Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 25 Februari 2011

Mmg aku tak suka , tak suka , tak suka !

 

Sejak dari kecil lgi.. ada 2 tempat aku paling tak suka pergi.. mmg menci menci menci !!Kalau mak aku g , masa tu gak aku wat wat kena senggugut !!

G pasar basah dan Chow Kit .. dua tempat aku tak suka sangat pergi.. Tapi betul la kan .. kat situ banyak jin n syaitan melepak .. huhu ... kira aku ada 6th senses ? Perghh ..

Bukan apa.. kat pasar tu sah sah bau hanyir... pastu takde awek kat sana ... haaa.. Masa tu aku muda lagi laaa.. baru umur 12 tahun .. hehhehe..

Chow kit.. aku tak suka pergi sbb terlalu ramai orang ... senang sangat budak nak tercicir...Nak g beli kain ela pon aku malas.. aku main kirim jer.. apa yang mak aku beli , aku pakai jer...

Bercakap pasal kain ela ni , aku sebenarnya suka kain ela perempuan yang coraknnya kosong... Aku suka nak beli pastu buat baju melayu.. hehehe..

Bila dah besar ni , wife aku lak suka g tempat tempat tu.. Grr.. ni pon baru balik dari pasar borong selangor.. besar dan murah jer ..Wife aku ? seronok giler .. grrr.. maunya tak , murah abis ... nak g lagi katanya.. Abis aku ????

 

p/s : menaip entri dalam keadaan sangat penat .. berapa kali nak tersalah tulis.. Nak tulis " sebab tu la aku pura pura mati .. nak mewariskan semua harta aku " ... nasib baik sempat sedar !!

Chess... aku kena ngorat siutt ngan jantan !

IMAG0082 

Tengok... aku berpayung pink g gym ! Hujan lebat tadi memaksa aku meminjam payung adik aku .. Payung kat umah aku banyak dah rosak... kebetulan tu pulak depan mata aku.. aku pakai je la ..

Dalam perjalanan ke gym , ada la motor dok hon.. giler ke pe ? adoiii.. ingat aku pondan keee... grrr ...

 IMAG0080

IMAG0074

Tu pondan !! Bengong.. buta ke apa ??

Jom layan OTAI !!

 

 

Pernah dengar nama nama ni ?

TOM ANuAR  ,Zulkif ,Yazid , Shahrin  dan Eddie ... Amacam ? Pernah dengar tan mana nama ni ?? Aku kerat jari laa korang tau !!

Nama nama diatas tu semuanya otai ! Otai tapi bukan dalam bidang blog ,vlog atau goblog ... Bukan bukan bukan !! Nak tau ??? Haa... ini nama nama yang terkenal pada suatu masa dulu ... Hehe..

Nak tau ??

image

Nak tau dengan lebih lanjut ??? Sila redah sini  > SINI

Entri gila dari aku dan itu yang terakhir ..

 

Ari tu aku ada keluarkan entri yang mana aku kata tu antara yang panjang selepas ada komen mengatakan entri aku pendek pendek.. Hehehe..

Entri aku sebenarnya dulu banyak panjang panjang .. Larat atau tidak je nak baca.. aku rasa ramai tak larat kot nak baca.. hehehe.. Pembaca dulu mungkin tau la kot.. hehehe

Tagline pertama aku gunakan ialah " PABILA JARI JEMARI KU MULA MENARI " kemudian aku tengok ada orang guna.. aku tuka " JANGAN BAGI AKU MEMBEBEL " .. pon kena kebas.. dan skang aku guna SANTAI BERSAMA BEN ASHARI .. senang.. hehe..

Ok.. entri yang aku kata tu.. sini laaa..  > SINI

Entri Pertama aku dalam dunia Blog ...

 

Bertarikh 17/9/2009

Pengenalan

Salam . Akhirnya ada juga ruangan untuk aku meluahkan perasaan aku. Satu ruangan dimana pandangan aku akan dibaca dan dikomen oleh orang lain. Itu pun kalau sudi nak komen.

Selang beberapa hari lagi akan tibanya Aidilfitri. Dan ini bermakna kali pertama juga aku beraya di rumah ibu mertua aku iaitu di Kelantan. Tak tau la macamana keadaannya lagi.Nak mengharungi jalan raya yang sahihnya penuh dengan kereta memandangkan ramai warga kelantan yang mencari rezeki di perantauan. Pening kepala dah tentu. Dijangkakan aku akan bertolak pada esok , yakni Jumaat persamaan 18 Sept 2009 , selepas solat Jumaat. Ramai yang berkata waktu itu mesti penuh dengan kereta.Bagi aku , tidak mengapa sebab yang penting , sampai ke destinasi dengan selamat.Perlahan-lahan bergerak asal selamat.

Yang aku tak puashatinya , hubungan darat ke pantai timur ni. Amatlah tidak memuaskan hati.Terlalu berbeza dengan laluan ke utara dan selatan. Bagi aku , ini tak sepatutnya berlaku.Memang terdapat perbezaan politik tetapi pihak yang berwajib kena la prihatin.Sekurang-kurangnya buatlah tempat rehat yang selesa untuk pemandu berhenti berehat. Nasib baik aku gunakan kenderaan sendiri. Bagi yang gunakan perkhidmatan awam ? Bila berhenti kat perhentian sementara , nak masuk tandasnya pun kena fikir berkali kali !!

Takkan masa nak pilihanraya baru nak tabur janji n baru nak buat itu ini ! Buat je la ! Guna duit rakyat gak tu .Bukannya guna duit pemimpin-pemimpin yang memerintah !! Bila dah selesa, pengunjung / pemandu atau penduduk tempatan pasti akan berterima kasih dan mereka tau sapa yang buat semua tu. Bila tiba masanya diorang pasti akan terpikir sapa yang membangunkan kawasan itu. Sedih betul bila mengenangkan perkara ini. Yang bagusnya , yang nak ke pantai timur ni majoritinya melayu. So fikirlah sendiri.. Yang pastinya , seminggu aku berhari raya di sana...

 

Manakala yang pertama dapat komen ialah entri ini .. dapat 2 komen !! .. hehehe .. Pon bertarikh 17/9/2009 ... Hari tu 2 entri je aku buat ...

 

Keinsafan

Semalam aku ke Alamanda , Putrajaya untuk membeli sehelai dua baju dan seluar. Punya la ramai orang. Tak kira bangsa dan agama.Aku pun mencari la sesuatu yang aku berkenan . Punya la terpusing-pusing mencari baju. Sebelum nak pergi beli , aku dah set otak aku nak cari baju brand Esprit. Selesa gile bila pakai. Tapi bila tengok harga , erm...aku boleh beli banyak baju dengan harga tersebut. So berpusing-pusing la dalam Alamanda tu..kuar masuk kedai kat situ.Tak jugak ada yang berkenan...last last singgah kat butik levi's..beli la sepasang seluar slack jenama dockers..dah berkurun aku nak beli n akhirnya baru dapat..sehelai je ..tu pun dah kira mahal giler.

Baju ? Erm..nk cari yang sesuai yang boleh dikenakan ngan seluar tu..cari punya cari..dapat gak la..jenama sukan malaysia..boleh la.....Dapat la dua helai..tu pun jenuh mencarinya. Kesian kat wife aku dok mengikut je...Part aku selesai ..

Part wife aku lak...dia cari barang dia..huhu..tau la perempuan..apa lagi nak dicarinya ..make up ! adoiyaiii....biaq p la ...Bila dia dah dapat barang dia , teruskan la berjalan jalan..

Sampai la kat carrefour ...Rambang gak mata aku tengok barang tapi wife aku sering mengingatkan aku , ' orang lain nak beli susu anak pun tak mampu ! ' adoi....Banyak benda la aku nak beli tapi tak boleh nak beli disebabkan perintah khas dari wife aku..tak pe la...untuk masa depan gak kan...

So aku pusing-pusing kat situ...Tertiba aku ternampak satu mamat Nepal ni..kecik kecik je orangnya..tersenyum jee kat muka dia..senyuman dia seolah baru dapat bonus 10 bulan gaji !!! aku sendiri tersenyum tengok dia..Aku tengok dia dok memilih kasut . Aku peratikan je la...Dia pilih macam pilih ikan sambil tersenyum..Aku tengok kat papan tanda harga ! RM5 sepasang ! Murah gile tu...adoi....camana dia boleh pakai kasut begitu murah sedangkan aku yang pakai jauh lebih mahal dari tu pun masih lagi sakit kaki ! Aku rasa kesian sangat kat dia. Rasa mcm nak je pergi kat dia dan ajak dia g shopping sekali ngan aku..pilih la apa nak aku bayar ! tapi kalau aku buat begitu aku akan spoilkan dia lak..dia akan sedap pakai kasut mahal n pasni sure nak beli yang mahal je..Apa yang aku mampu buat , aku hanya mampu bersyukur atas rezeki yang aku terima selama ini..Tak la banyak mana tapi still boleh berbelanja , bersedekah dan beri pada orang tua..Aku sendiri pun beli t-shirt semalam dalam harga rm3.99 sepasang..pakai g gym n duduk umah je..

Ramai yang tak sedar sebenarnya negara kita ni , penuh dengan punca rezeki...nak ngan tak nak je mengalinya...

Blogger gila glamour , popular !

 

Tujuan buat blog ? Memula sbb ramai buat blog pastu jadi suka suka  .. pastu dengar cerita blog leh buat duit .. pastu blog boleh dapat ramai kawan.. pastu blog leh dapat maklumat .. pastu blog leh ... jadikan seseorang tu popular .. berapa banyak 'pastu' daa !

Kalau susun balik niat sebenar nak ada blog ni majoritinya sekarang sbb nak popular diikuti dengan money money ! Kawan ? Persahabatan ? Eceh.. serius .. hari ni kawan.. esok leh jadi lawan dalam masa sekelip mata hanya disebabkan percanggahan pendapat ..Banyak sangat kelapa .. eh.. kepala ..

Jangan bohong la semata mata nak dapatkan ramai kawan .. Apakah kawan yang depan mata tu tak cukup pastu nak tambah dengan kawan yang tak tau langsung akan keikhlasan dia ? Nak popular dan $$ ... grrrr...

Aku ? Kan aku kata dah.. mmg aku nak tambah pendapatan sampingan aku dari melepak atau layan tv dikala masa lapang aku.. Haa.. Persahabatan ? Haha.. berapa ramai yang memula kononnya kawan pastu sekarang ni dah jadi lawan ? Tapi yang lawan dah jadi kawan pon ramai gak ...

Dunia maya ni , seronok berkawan .. Hanya berkawan.. Untuk mengenali hati budi , maaf ..belum tentu dapat walaupun 10% .. Segalanya yang kita nampak hanyalah tulisan .. Kejujuran ? Belum tentu ada lagi sebab setiap ayat tu entah berapa kali dia baca dan edit agar nampak kemas , cun dan ikhlas.. Tapi kalau berbicara , sekali terlepas .. maka selamat jalan romeo ..

Bersahabat belum tentu jadi sebenar benar sahabat .. Belum teruji lagi persahabatan ... Bukan mudah untuk memanggil mereka sahabat ..

Sejak aku mengenali dunia maya ini , dari umur aku 21 tahun hingga sekarang , 24 tahun.. eceh.. turun lak .. ari tu 25.. ok ok..serius.. umur aku skang 23 tahun.. haha.. 34 tahun laaa.. haih.. ok..35 !! Puashati ?  Ok.. sambung ... sepanjang itu , hanya seorang kawan maya aku kekal sampai sekarang ! Aku rasa korang tau sapa la kan .. Mmg bagi aku , dia paling ok ! Jujur.. kalau dia nak kritik , dia kritik.. dia nak kutuk dia kutuk.. bila nak bagi pendapat , dia bagi pendapat .. Dari sama sama susah dan kini sama sama dah kira ok masih lagi berkawan ..

Lari tajuk !!!  Blogger gila glamour ... Sedikit sebanyak , ramai yang teringin nak terpacak dalam majalah kan ? tak semestinya muka  ,blog  saja pon  dah best dah ! Kan kan ?

Nafikan ? Eceh.. dah tu , suka suka ? Kalau suka suka , kenapa dok gilablogwalking dan tinggal jejak ? Nak orang masuk baca eh ? Kalau suka suka , buat je blog tu.. taip n publish ! Ada orang ke takde orang ke .. lantak la.. nak lagi best.. sila private blog itu ..

Hurm... lumrah .. Popular bermakna ramai kawan ... tapi tak semestinya sahabat .. Mereka rapat , pastinya mempunya agenda tertentu.. Lumrah kehidupan... Terima je ..

Anda bosan ? Aku tidak .. kenapa ?

 

Sebab ada cerita cerita ni haaaa... karya agung blogger !! G la baca sendiri.. ahaks ... i likee ...

  • Nurul Afifah
  • mukmien
  • ...AmALinA....~
  • Syarifah Nornazrah Al Yahya
  • mynameismy
  • mas.saari
  • author faethal
  • iqbalhakimi
  • nur
  • cik pulau
  • AdyBudika
  • a n a . i z z t y
  • putERi-kAtEk
  • Sunah Mohammad
  • d_tieah
  • Muslimah Optimis
  • :: Little Kouru::
  • mynameismy
  • AMIRA ATIYA MYRA_ZOE
  • fadzli
  • Tun Mahathir dan Zizan Raja Lawak buat vlog

     

    Kenal tak kedua dua orang yang aku maksudkan tu ? Eceh.. Kalau tak kenal Tun Mahathir , sila buang warganegara Malaysia tu  yer .. Zizan Raja Lawak ? Kenal ? Tak ? Ok..yang ni tak kenal , tak pe.. tak rugi satu sen pon .. ;)

    Dua personaliti tapi lain bidang .. Bayangkan jika kedua dua ini buat vlog ... Yang mana satu pasti hits ? Jeng jeng jeng .. Apakah Tun Mahathir yang mana semua orang tau kandungan pasti penuh dengan ilmu dan info ?

    Atau Zizan Raja Lawak yang mana banyak mengarut tah hapa hapa tapi ada yang ketawa berdekah dekah  .. Tak kisah la .. Janji terhibur kan ?

    Vlog .. bukan semata mata untuk mereka berkongsi cerita atau ilmu mahupun info .. Bebas.. Sama cam blog .. Tengok contoh mereka mereka yang dah buat vlog .. Mengarut tapi popular gak .. Berinfo tapi kena bantai .. Mana satu pilihan kalbu ?

    Tak nak buat , tak pe.. tak larang .. teruskan dengan apa yang korang buat.. Bagi yang nak mencuba , tak salah .. Bukan rugi apa pon.. Mereka yang menonton akan menilainya seterusnya akan membuat kesimpulan sendiri , sekiranya terdapat vlog orang tu akan datang , apakah dia akan menontonnya atau tidak ?

    Tepuk dada tanya selera. .. Tak salah mencuba sesuatu yang baru ... KLCC pon dulu dikatakan membazir.. Proton Saga pon kena kutuk permulaan dulu...

    Jangan lupa ! Segalanya bermula dari 'sampah' !

    Terbaca satu entry dari seorang sahabat blogger .. Menarik .. Tinggi kandungannya .. tapi sayangnya dia terlupa sesuatu ..

    Untuk menjadi yang terbaik , segalanya bermula dari yang terburuk .. Tiada ada sapa yang lahir terus jadi terbaik.. Bermula dari merangkak dah diakhirinya dengan terbaring ..

    Aku .. entri aku sehingga sekarang pon masih lagi 'sampah' ... Takde apa yang aku nak banggakan dengan entri aku .. Tapi nak dibandingkan dari mula aku berblog , aku rasa ada peningkatan la sedikit dari segi penyampaian ..

    Berkaitan dengan vlog .. Bukan senang nak buat vlog.. Yang buat ni pulak bukan pelakon.. Sudah pasti mereka cuba sedaya upaya untuk melakukan dengan terbaik .. Jika itu hasilnya , maka anggaplah itu permulaan kepada sesuatu yang baik .. Apa salahnya mereka nak bervlog ? Kalau tak suka tengok , maka pangkah.. Sama konsep dengan blog .. Tak semua blog itu menepati citarasa pembaca .. Tak suka ? Pangkah.. g cari yang lain .. Tapi jangan lupa , setiap kali mereka buat , setiap kali itulah mereka akan perbaiki.. Pengalaman akan mematangkan mereka ..

    Tengok contoh pelakon .. bandingkan lakonan Rosyam Nor pada mula dia berlakon dan sekarang ? Segalanya memerlukan masa dan tekad... Jika benar nak berjaya , perbaiki segalanya .. Jangan tunggu mahir baru nak buat.. Gamaknya , kita tengok omputih je la merapu ..

    Jangan patahkan semangat rakan rakan .. Mereka memerlukan sokongan .. Apakah itu lebih teruk dari melalak di tepi longkang atau dok berpelesiran di pusat membeli belah ? Mereka cuba mengcungkil bakat mereka.. Sapa tau , salah seorang dari mereka boleh jadi JUSTIN BIBIAQ ? Kot la..

    Asalkan tidak lari dari matlamat dan menyalahi hukum agama , buatlah .. janji berbaloi untuk semua orang .. InsyaAllah ..

    vLog BEN ASHAARI terjah Dapur Mat Gebu ?

     

    Yeargh... idea ni lama dah .. tunggu masa nak jadikan kenyataan .. hehehe.. apakah bisa menjadi realiti ? Perbincangan antara aku dan Mat Gebu membuahkan hasil .. Dia okeh .. Manakala orang kuat 1Tube.My , Phil okeh gak .. dan Mia selaku pengurus pon dah okeh.. Aku ? Lagi la okeh..

    Projek ni kalau menjadi , aku nak terjah semua dapur blogger masakan seperti Kak UmmiZaihadi ( Home Sweet Home ) , Kak Chef Hanielieza , Kak Nor ( Secubit Garam ) , MamaFami , kak LG ?? Kak LG tak leh la.. bujet besar.. luar negara tu.. hahaha ..

    Tapi takat ni plan bersama Mat Gebu dulu .. Samada tunggu masa je .. Tarikh ? Tengah bulan Mac ,insyaAllah ... Dan rasanya , nak buat gathering terus kat rumah Mat Gebu tu.. Untuk blogger blogger yang berada di JOHOR lak.. Amacam ? Kat Sedenak , Kulai.. Tak jauh kan.. tengah tengah je tu...

    Amacam ? menarik tak ??

    Tuan Direktor !! Pilih Kasih Eh !! : Pilihan ?

     

    Pada suatu hari...Ayin bersama adik perempuan nya Qaseh sedang membeli ikan di pasar basah...kemudian dengan secara tiba-tiba, Ujang terlanggar Ayin yang kebetulan Ujang sangat tergesa-gesa akibat kena berleter dengan ibu nya iaitu Mamaleesya..dan..Ujang pada masa itu rasa sangat marah dan rasa ingin memarahi orang yang dia langgar...akan tetapi...setelah terpandang, Ujang seolah terpaku..kemudian..

    sambungan >> SINI

    _________________________________________________

    Esok hari minggu..maka dengan tanpa berfikir panjang..Jamal mengajak si makwenye keluar makan…

    makwenye  Jenab dengan gembiranya menerima pelawaan itu dan mnyuruh si Jamal meminta izin dari Ayah dan Ibu..maka  Jamal pon terpaksa aku dan bertolak ke rumah Jenab untuk meminta izin..

    sambungan >> SINI

    _________________________________________________

    “Abang, bila abang nak masuk meminang? Abah dah bising-bising,” pertanyaan itu dibiar sepi.

    Niq terkedu. Bukan dia tak nak meminang Sunah kekasih hatinya. Tapi hutang keliling pinggang membuatkan dia mengambil langkah mendiamkan diri.

    Sunah geram. Dia melemparkan pandangan ke arah pantai. Sedih hatinya. Dia tak tahu bagaimana lagi yang dia perlu lakukan untuk memujuk Niq untuk hantar rombongan meminang. Umurnya kian meningkat. Abahnya Faizal sudah beri kata dua. Antara Niq atau seorang lelaki bernama Izamir. Sunah pun tak berminat dengan orang yang diperkatakan oleh abah dan maknya, Khumaera.

    sambungan >> SINI

    Justin Bieber ?? Siapa dia ??

     

    Aku mmg pernah dengar nama dia .. Cuma nama dia ..Aku tak tau siapa dia pon ..  Justin Timberlake aku tau... tapi dia ? Maaf la yer ... aku tak tau dan tak terpikir nak download lagu dia ..

    Kalau dulu mungkin aku berminat benar dengan menda menda gini tapi bila dah gini usia aku , aku lebih suka dengan lagu lagu di zaman aku jer...

    Aku layan lagu omputih cuma entah .. tak berminat dengan lagu lagu di zaman ini .. Mungkin aku tak nak kenangan zaman aku pudar dari memori aku .. Setiap lagu lagu punya kenangan tersendiri ...

    Si Justin ni , aku terdengar nama dia lagi semalam di berita Sinar.. katanya dia akan dapat pengiktirafan dengan didirikan 3 patung lilin dia di .. mana eh.. ala.. malas tul nak google... sbb bagi aku , tak penting kot ..

    Macam macam orang yahudi ni nak buat bagi kita semua ni sesat.. Hurm...

    Tutup blog kerana ...

    185881_195913300432314_100000409372347_666383_5562825_n

    Member aku gatal g tag aku dengan poster movie I AM NUMBER FOUR .. Grr... terus membuak nafsu aku nak tengok ..

    YM wife aku .. tanya nak tak ? Dia ok jer . Sms member aku .. mintak dia booking kan .. hehe .. Dia ajak esok jer ..tapi esok malam aku ada projek lain .. Mau tak mau , dia booking aja ..

    Dapat tiket.. kul 10.30 malam di Alamanda... Cun.. tempat duduk pon best.. senang nak layan ..

    Balik rumah cam biasa.. tak g gym ari ni sbb smlm dah g.. esok lak g .. hehe... tak leh g selalu .. nanti rosak badan aku.. aku bukan nak masuk competition pon.. tak layak langsung.. hehe ..

    Lepa maghrib.. plan nak update blog tapi mata aku tak larat nak bukak dah.. terlalu penat tengok komputer gamaknya.. Terus terlena dpn laptop.. sampai kul 9 lebih.. Wife kejut... bergegas mandi..solat isyak..siap .. keluar..

    Kul 10.15 baru keluar rumah.. Show kul 10.30 ! Pergh... 10.20 sampai Alamanda.. hehhe.. bukan jauh pon... Hurm.. terus g amik tiket.. masuk panggung ..

    Cait...masuk masuk tgk , member aku ada dalam tu.. Aku dah agak dah ..mmg dia tak leh tahan punya kalau aku tengok dulu.. hahaha ...

    OK.. movie start .. I AM NUMBER FOUR ... hurmm... intro... ok..best.. tengah tengah ... best .. boleh tahan ... penghujung .. menarik ! Mmg best !!

    Hero ? Hensem ... sempoi...  Heroin .. Comel arrr.. i like !! hehehe... Pembantu dia ? Pergh.. hahaha.. suka watak dia.. muka baik tapi bijak...

    Keseluruhan .. tak sabar nak tengok kalau ada sambungan atau series kat tv nanti .. hehehe ..

    Dan ini  kali pertama aku tk usung laptop aku dan update blog sebelah malam ... saja nak rehat ..

    Related Posts with Thumbnails

    Peringatan



    Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

    Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

    Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

    Terima Kasih ..

    BEN ASHAARI