Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 28 Februari 2011

Akhirnya , cikgu2 blogger g gym bersama BEN ASHAARI !

 

Memandangkan mereka terlalu dekat la sangat dengan gym dan rumah mak aku di mana aku membesar disitu , maka aku ajak mereka g gym bersama aku sewaktu di gathering cikgu blogger tempohari ...

image

Akhirnya hari ni , diorg g menjengokkan diri ke BIONIC GYM ... hahaha... Malu malu diorg neh .. hahaha.. Maunya tak malu , 99% lelaki.. sorang jer perempuan !

Tapi kat situ , perempuan tak boleh usik ... Lelaki dalam tu pon tak boleh nak mengatal .. Sila tengok saja yer .. Kalau berani usik , mmg kena perambat keluar punya laa ..

Setelah diorng sampai kat situ , aku bawak diorg pusing gym yang besarnya tak sampai sampai... erk... kecil je la tapi untuk membina badan , sesuai la.. untuk perempuan , lepas buat kardio jer.. tapi masih boleh bersenam.. cuma tkde la nak bersenamrobik ke.. nak poco poco ke .. hehehe..

Apa pon , aku mmg galakkan diorng ke gym tu seawal dibuka... sbb tak ramai orang.. ada sorang dua jer.. boleh la diorng bersenam sampai pengsan .. kan kan ? Dari petang petang membina perut tu ada baiknya membakar lemak itu.. hehehe .. kan kan ?

Ego punya perempuan !

 

Huh.. kot ye pun bergaduh , jangan la gaduh tempat sunyi... dah la gitu .. tengah malam pulak ! Giler ke apa ??? Grrr... bikin panas betul ...

Bila gaduh , nak balik sendiri ! Giler ke apa ??? Tengah malam buta pastu nak balik sendiri .. naik teksi la konon eh ? Tak pon tunggu bas ?? Gilo ko ??

Ego ego gak kak oiii.. tapi bila bergaduh tu , suruh la antar balik rumah dulu .. Jangan memandai nak balik sendiri.. Geram camana pon pastikan sampai rumah dulu .. Kalau siang tu lain ceritanya.. Ni malam .. kang tak pasal pasal .. haaa.. ada je  'geng' kat situ.. Tak ke naya ..

Akhirnya apa yang aku kata menjadi kenyataan .. mmg kena dah perempuan ! Mmg kena dah ! Naik teksi hantu .. Hantu la konon.. Grrr... Tak menakutkan langsung ..

Haih.. kena buat lagi real la drama MISTIK ALAM HITAM kat ASTRO neh... jalan cerita best dah tapi hantu dia , agak kureng skit .. Kasi mabeles skit  okeh !

Panaskah aku ?

 

Bosankan ? Isu kutuk mengutuk .. kata mengata tak abis abis .. Aku terasa ker ? Serius aku kata , aku malas nak terasa .. Malas nak sakit hati ... Tidak menguntungkan di dunia langsung...

Aku ada baca beberapa entri dari rakan blogger yang cuba mengeluarkan pendapat mereka .. Bagi aku tak salah.. Tapi bila mereka mengelarkan seseorang dengan gelaran yang tak sepatutnya , itu mengaibkan .. Tak tau erti mengaibkan ? Bukak kitab ! Jangan bagi takfsiran berdasarkan akal serta logik yang masih cetek ilmu tu ..

Isu kononnya blogger mengedik di dalam vlog ... Bagi teguran dengan bijak.. Sertakan dengan fakta dan dalil .. Gunakan pendekatan psikologi.. Bukan gunakan cara yahudi ... Terus mengecop seseorang itu dengan sesuatu yang memalukannya .. Banggakah dapat memalukan seseorang ?

Jangan suka suka menjatuhkan air muka orang .. Ari ni mungkin dia mengedik.. Sapa tau satu hari nanti dia pulak bagi khutbah agama kat korang , mana nak taruk muka ? Nabi sendiri pon tak terus gunakan kekerasan bagi melembutkan hati orang orang kafir.. Diberinya peluang .. Disampaikan dengan kata kata dari Allah bagi melembutkan hati orang orang kafir.. Inikan pula kita nak berdakwah sesama saudara ??

Dia mengedik.. Bagitau , tak manis anak dara berkelakuan begitu.. Susah ke? Terus nak kata dia pelacur blogger ? Siapa 'kau' nak berkata sedemikan rupa ? Apa hak kau ? Cermin diri tu dulu .. Orang mungkin tak nampak dosa kau tapi Allah Maha Mengetahui.. Jangan berlagak suci !

Kalau nak kutuk aku .. silakan...nak keji aku ... silakan .. Tapi bukan dalam blog aku.. bukan dengan cara menjatuhkan air muka aku .. Kalau itu berlaku , aku pon tau perjalanan undang undang dalam negara ini .. Aku ikut prosedur ... Bukan ikut hukum rimba .. Aku manusia .. Manusia yang berpelajaran.. Ada akal , hati dan perasaan ..

Aku suka vlog neh !! hahahha... sempoi !

 

atau sila klik SINI

Kenapa mereka menyokong vlogger malaysia ?

 

Yang mengeji .. ramai ... yang puji pon ramai ... Mana lagi bagus eh ?

 

http://onlymezue.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://bromondayslife.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://atiqsalleh.blogspot.com/2011/02/segmen-saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://shares-something.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://niezmostory.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://terowonginformasi.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia-segmen.html

http://yslgalz213.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://faizalfredley.com/2011/02/28/saya-sokong-vlogger-malaysia/

http://xtwnameape.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://jomklikblog.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://puteri-katek.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://imanazraf.blogspot.com/2011/02/segmen-saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://eyqasara-marie.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://wacanaku2009.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://fyqafullstop.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://ahmadnoraznizam.com/blog/2011/02/28/saya-sokong-vlogger-malaysia/

http://reality2fantasy.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://azfar9897.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://akukanila.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://azzeyatin.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://suzila-anggun.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://hajarhasan.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://titinyetnyet.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://www.izamirridzwan.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://missedura.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://adialuvluze.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://hasrulhassan.blogspot.com/2011/02/vlogger-malaysia-satu-kenyataan.html

http://adeqfai.blogspot.com/2011/02/segmen-kami-sokong-vlogger-malaysia-ben.html

http://rumahwarnacoklat.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://khaiartzfar.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://twinkleohbutterfly.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://twinkleohbutterfly.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://gadishanim.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://faziera193.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://noremyrahmat.blogspot.com/2011/02/segmen-saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://iniblogana.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://apisv3.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://bulanpurnama89.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://hidayatimohamed.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://illustrasiaku.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://www.anakulucheka.com/?p=837

http://kupukupukecik.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://ninenov91.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://nurelleohnurelle.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://em-a-wai-a.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://bahulucom.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

http://wanieydush2.blogspot.com/2011/02/saya-sokong-vlogger-malaysia.html

Bf dia jeles dengan aku ? Aisey..

 

" ni nak cite pasal issue BF ak plak ni,. haishh,. nak marah tapi lawak,. nak gelak tapi geram,. penyudahnye ak gelak kan jelah dia tadi.,hahahaha~ dah lama agaknye dye pendam pasal ni,. baru tadi dia buat confession,. kih3,. yelah selalu nyer klu dye msg atau kol ak soklan bese yg akan ditanye "u tgh buat ape tu",. ak pon bgtau je la yg ak tgh,.,..,.,.,.,,.. "

 

Bukan entri aku... sila baca seterusnya di > SINI

Kenapa aku buat vlog ?

 

Hehe.. kali pertama aku dengar perkataan VLOG adalah dari orang kuat 1TUBE.MY .. Waktu perbincangan melalui YM antara aku dan mereka , mereka mencadangkan aku buat satu vlog ... Tujuannya adalah satu , promosi !

Aku buat vlog ? Hurm.. serius aku malu .. aku segan.. aku mmg cukup segan bila berdepan dengan kamera .. tak reti nak senyum tak reti nak cakap ... aku tak fotogenik mahupun fotogedik ..

Tapi kenapa aku buat ?? Satu sebab saja ... 1TUBE.MY ! 1TUBE.MY adalah satu produk tempatan yang akan naik satu hari nanti dan aku tak nak ketinggalan ... Aku nak berada bersama sama mereka ..

Mereka melakukan rakaman dan suntingan dengan percuma .. Apa yang aku perlu buat cumalah meluangkan masa dan bercakap ! Tu saja ..

Disamping itu , aku boleh mempromosi blog aku .. Tetapi aku tak nak makan sorang ! Aku ajak rakan rakan blogger yang lain .. Bermula di gathering SAHABAT BLOGGER kemudian di PUTRAJAYA seterusnya gathering blogger cikgu , aku ajak 1TUBE.MY merakamkan segala kenangan tersebut !

Kenangan !! Kita dalam dunia blog ini tak tau sampai bila .. Entah esok lusa kita tutup blog.. Entah esok lusa kita mati .. Sekurangnya ada sesuatu untuk pengubat rindu ... Aku fikirkan yang itu ...

Populariti ? aku tak nampak blogger blogger yang buat vlog itu mengejar populariti dengan buat vlog ! Mereka tau risiko buat vlog tu.. tapi mereka tetap buat.. KENAPA ?? Sebab mereka sukarela untuk menaikkan 1TUBE.MY.. Mereka nak sama sama bantu menaikkan produk anak tempatan !

Kalau benar mereka nak populariti , aku rasa blog saja dah memadai ! Aku sendiri pon dah terlebih kenyang dengan trafik .. Dah naik bosan ! Aku inginkan menyumbangkan kreativiti aku dalam bentuk lain dan Alhamdulillah , 1TUBE.MY adalah tapak pertama aku untuk menaburkan jasa ..

Aku tak harapkan balasan .. Cukup bangga bila 1TUBE.MY dikenali dikalangan blogger sekarang ini .. Sejarah tercipta .. Jangan ingat segalanya adalah kerana populariti atau $$ ... Sila buka minda anda !

SILA CERMIN DIRI SEBELUM NAK MENGATA .. Sebab itulah wujud slogan KITA BOLEH ! Kalau dok fikir , tak boleh atau tak mampu atau  .. hurm... AKU TAK LAYAK maka sampai tua la duduk dalam tempurung !

Siapa bodoh sebenarnya ?

 

Kasar ke bunyinya ? Bodoh ? Atau patut guna kurang cerdik ? Neh.. maksudnya tetap sama .. cuma agak bertapis ..

Teringat zaman kecik kecik dulu.. sewaktu aku bergiat cergas dalam arena berguli atau bergasing bawang .. haa.. aku pasti ramai tak tau dah sukan rakyat ni ... Konda kondi tau ? Haa.. tau dah.. kaki playstation korang neh.. ATARI pon mesti tak tau kan ? Eceh.. lari tajuk..

Sambung .. Kalau dah bergaul dengan rakan sebaya maka pelbagai isu dibualkan .. tapi paling menikam kalbu ..

" Bodoh betul la kau nih " atau dengan selambanya , " Weh bodoh.. sini jap "

Maka yang dipanggil itu pon teringat la kata kata ustazah dia .. lalu dengan dia mengucapkan Alhamdulillah ...  Dia cakap , " kau punya pahala aku amik eh.. Yeahoo "

Tapi ada gak yang tak tahan...

" Sapa bodoh ? Bapak kau la bodoh ! " Tak pon .. " Mak kau laaa "

Tak pasal pasal orang tua jadi mangsa .. kan kan ? Kesian kat orang tua kita .. dah la diorng bersusah susah cari rezeki untuk membesarkan kita tapi jadi bahan kutukan kawan kawan lak.. Grrr...

Siapa yang bodoh sebenarnya ? Yang memanggil atau dipanggil ? Sehingga dewasa pon , kita masih lagi dok dengar perkataan 'bodoh' itu ditujukan pada orang .. Apakah benar dia lebih bijak dari orang tu ?

Bahasa melambangkan peribadi seseorang itu .. Maka berhati hati dalam penulisan blog kita .. Blogger yang bijak pasti tau mana yang boleh dan mana  yang tidak ..

Kita hidup hanya sekali ..

 

Tujuan kita atas muka bumi ini hanyalah satu ... beribadat kepada Allah s.w.t  .. Tiada yang lain selain itu saja .. Apa saja yang kita buat segalanya berniatkan kerana Allah ..

Tapi sebagai manusia yang serba kekurangan , kita lebih kerap leka dari mengingatiNYA .. Lalai dan cuai .. segala perintahNYA , kita engkar .. malah ada yang lakukan tanpa rasa bersalah lagi .. seolah olah kita akan hidup selamanya .. Paling teruk ,  ada siap boleh fikir , 'nanti aku tua , aku bertaubat la.. skang aku nak enjoy dulu ' ..

Hurm.. terkenangkan kawan aku yang terdampar di hospital akibat ketumbuhan dalam kepala tu , sedikit sebanyak menyedarkan aku betapa semalam kita sama sama bergelak ketawa tapi kita tak sedar sebenarnya bilakah ajal kita ? Sedap mengumpul dosa dari pahala dengan berfikiran lambat lagi kita akan mati !

Kawan aku tu , sama cam aku dulu .. Kitorang kerap sakit kepala dan akhirnya dua dua ada penyakit darah tinggi ! Huh.. Pada mulanya aku fikirkan dia stress sbb kerja tapi setelah rakan aku bagitau punca sebenar , barulah aku tau hakikatnya ..

Aku sendiri pon selalu sakit kepala .. kebelakangan ini saja dah kurang sedikit .. Aku malas nak fikir masalah dunia lebih lagi bab remeh temeh terutama bab blog ni ..

Aku sayangkan blog aku.. aku sayangkan rakan rakan blogger yang aku kenali .. Kita sama sama jaga dan semai .. Ingat , blog adalah satu jambatan penghubung yang amat pantas menyebarkan maklumat .. Kita gunakan dengan betul dan bijak .. Jangan salahgunakan sama sekali ...

Sebagai blogger , kita mati tinggalkan blog .. Apakah kandungannya yang akan dibaca oleh pembaca kita nanti ?

SEGMEN : KAMI SOKONG VLOGGER MALAYSIA !

 

image

Segalanya bermula dari merepek... mengarut... dan cakap cakap kosong .. tapi itu lebih baik dari merempit , meragut atau berpelesiran tak ketahuan !

Vlog atau video log yang dihasilkan oleh blogger kebelakangan ini adalah salah satu usaha mereka untuk mempromosi blog mereka .. Salah satu cara marketing yang  digunakan disamping cuba menengahkan bakat yang mungkin mereka ada ... Tak cuba , kita tak tau kan ?

Kritik , boleh kritik.. Kritik pastinya akan membuatkan vlogger tersebut cuba membaik penyampaiannya pada vlog akan datang .. Tapi kritiklah dengan bijaksana .. Bukan mengutuk .. Vlogger bukanlah rejim zionis yang patut dikutuk ! Mereka sekadar cuba menyampaikan mesej dengan cara tersendiri .. Jika tidak suka , kritik tapi bukan kutuk atau mengeji mahupun mengelarkan mereka dengan panggilan tertentu .. Tak pun , sila tekan butang close atau 'X' .. Mudah bukan ?

Bagi mereka yang menyokong VLOGGER MALAYSIA , mari sama sama kita beri mereka semangat !! Jangan lupa , satu vlog sama seperti satu entri .. beri mereka peluang ... Jika mereka naik satu hari nanti , bukankah mereka itu kawan kita juga ??

Jika korang menyokong VLOGGER MALAYSIA , sila buat entri khas :

  1. Sila letak banner diatas itu ...
  2. Tulis tajuk SAYA SOKONG VLOGGER MALAYSIA dan linkkan ke entri ini ..
  3. Tulis kata kata semangat buat mereka ...
  4. Tu je.. sila tinggalkan url entri korang di ruangan komen ini ...

TERIMA KASIH !

 

MEREKA YANG MENYOKONG > SINI

Perempuan jek !

 

image

Pueraria Mirifica adalah merupakan sejenis tumbuhan yang banyak tumbuh di kawasan tanah tinggi di Utara Thailand. Dalam bahasa Thai, ia dipanggil White Kwao Krua.

Pueraria Mirifica mempunyai kesan seperti estrogen yang sangat hebat. Ia telah digunakan berabad lamanya sebagai herba anti-penuaan. Pueraria Mirifica juga terkenal sebagai herba semulajadi untuk pembesaran serta penganjalan payudara.

Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica memberikan kesan positif dalam merawat masalah osteoporosis, merawat simptom-simptom menopause dan mengelakkan pembentukan kanser yang disebabkan ketidakseimbangan hormon.

Phytoestrogens bukanlah hormon, tetapi ia memberikan manfaat yang sama seperti hormon estrogen, iaitu sumber utama yang menyumbang ke arah pembesaran payudara. Phytoestrogens memaksimumkan pengaliran darah dan peredaran estrogen sekitar tisu-tisu payudara.

Hasilnya, payudara anda menjadi bertambah besar dan bertambah anjal dan mantap. Pueraria Mirifica menambah tisu-tisu lemak di sekitar kawasan payudara. Ia juga membantu dalam menyokong kolagen yang memberikan bentuk yang cantik dan anjal secara semulajadi.

Pueraria Mirifica juga mengandungi ekstrak miroestrol dan deoxymiroestrol yang boleh memberi kesan pembentukan semula pada bentuk payudara yang semakin kendur hasil daripada perubahan hormon dan faktor dimamah usia. Malahan ia juga menjanjikan kecantikan payudara agar semakin montok dan menggiurkan seperti yang diidamkan setiap wanita.

Keistimewaan Pueraria Mirifica juga dapat memberi bentuk badan yang sempurna terutama pada bahagian payudara dan pinggul. Hasil penggunaan yang kerap pasti memberi impak kepada saiz payudara yang asal kepada saiz idaman. Ia juga mengandungi agen anti-kanser yang dapat membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi pengidap kanser payudara. Ini membantu kaum wanita bebas daripada kanser payudara yang merupakan penyakit pembunuh utama wanita iaitu dengan mencegah pertumbuhan sel tersebut.

Thanyaporn produk membesar dan menegangkan payudara no. 1 di dunia dengan kadar keberkesanan 97% !

Nak tau dengan lebih lanjut ? > sini

 

 

ps: Jangan tengok aku !! tanya tuan punya kedai tu.. hehehe

Kenapa Lin Dan lagi bagus dari Chong Wei ?

 

Kenal dua dua manusia ni ? Sapa tak kenal kan ?  Jaguh dunia badminton tuu ...  Tapi kan , kalau kedua dua pemain ni bersua di atas gelanggang , pasti Chong Wei kerap 'sakit kepala' punya kan ? Kenapa yer ?

Chong Wei , pemain no 1 dunia .. Lin Dan pulak , sememangnya jaguh dan sudah menjadi lagenda badminton .. Dari segi taktikal dan kemahiran , kedua dua seimbang tapi kenapa Chong Wei kerap kalah ?

Penguasaan mental ! Lin Dan dengan mukanya yang sombong serta gayanya yang sering 'psiko' Chong Wei setiap kali berjaya mendapat mata .. Bijak kan ? Hanya perlu kuasai mental sudah memadai ... Tapi hakikatnya Chong Wei lagi bagus kan ?

Ini adalah sama dalam dunia blog .. Mereka yang sering 'mencuit' blogger tak kira muda atau tua , mmg tunggu melatah saja dan kemudiannya 'menganga mulut' ... Secara percuma jee trafik akan masuk ke dia ..

Blog aku tak terlepas dari dicuit mereka.. Aku malas nak layan .. Kalau diorg bayar aku untuk melatah , aku buat la.. tapi kalau takat nak tengok aku sakit kepala , hahaha.. tak pe la...

Gini jer... bila mereka kata blog kita sampah ... kita tengok , berapa ramai yang suka dengan blog kita .. kalau 10 orang suka dan takat dia sorang je tak suka , bermakna mmg dia 'bermasalah' la.. Mmg betul , tak semua orang akan suka .. Bila ada kes sebegitu , kita tengok.. dia ada blog atau tidak.. Perhatikan corak penulisan dia.. Apakah citarasanya .. Sapa sebenarnya 'sampah' .. Dan tak perlu melatah .. Senyum dan keluar dari situ .. Puashati kan ?

Tak perlu ikut corak permainan mereka .. Lama lama , diorng main guli sesama mereka .. Kita terus je layan main 'saidina' ... masyuk siut...

Tamo entri macam tu !

 

Bosan.. aku tarik balik entri aku tu.. Takde manfaat punya entri tu... Sekadar meluahkan perasaan .. boring boring .. Tak membantu langsung .. kan kan ?

Tutup kes kes sampah tu .. Cam biasa , aku bangun awal pagi walaupun tidur lewat .. Pastinya hari ini membawa sejuta kerja di pejabat.. Haih.. nak masuk hujung bulan dah ni ... Grrr.. statistik statistik statistik.. apa mau buat... dah keje aku ..

Dulu aku gembira bila setiap kali g kerja .. sekarang ni , aku gembira bila ada kat rumah .. Er... aku mmg gembira pon bila ada kat rumah.. suka lepak rumah apa aku ni ?

Petang , g gym... g gym pon kena ada 'suka' .. kalau tak, jawabnya melepak je la kat gym tu tanpa berpeluh .. Buang masa je kan ? aku g gym.. workout dan terus balik rumah.. hehehe.. kalau lepak ? berjam lamanya baru berpeluh..

OK ok.. aku nak sambung workout skit lagi.. Ops.. pelik.. ada orang kata blog aku , blog sampah .. Persoalannya , rajin betul dia masuk blog aku ni kan ? Camana dia tau segala perjalanan blog aku ni ?

"  ;) , adik manis , g cari keje lain okeh ? "

Bloggers , bersatu kita teguh !

 

Bercanggah pendapat , itu biasa .. Tapi memusnahkan semangat  itu bukan biasa tapi sifat keji ! Melihat jatuhnya seseorang itu kerana dengki atau irihati sama juga seperti menyakiti hatinya .. Maka bersoraklah syaitan atas kemenangan itu !

Apa yang sebenarnya kita dapat dari berbalah sesama sendiri ? Agenda mereka agenda bisikan syaitan .. Kita ? Jika berpendirian , kita mampu membina satu komuniti seterusnya menjalinkan persaudaraan sehingga bila bila ..

Apa lagi yang tinggal pada kita sekiranya di dalam dunia maya ini pon kita sering bertelingkah ? Kononnya nak mempertahankan pendapat tetapi tidak membawa ke mana mana pon ! Tang tu gak.. sekadar gah atas kemenangan saja ... Kemajuan ?? Ada peningkatankah ?

Aku dapat lihat , kebelakangan ini banyak gathering bloggers dibuat di merata rata .. Alhamdulillah .. ini bermakna bloggers di Malaysia terutama yang muda muda ini inginkan sesuatu yang segar .. Mereka ingin keluar dari dunia kebiasaan mereka lalu membina satu komuniti yang baru .. Komuniti blogger ! Di situ mereka berkenalan diantara satu sama lain.. Berkawan .. Bertukar tukar pendapat.. bukankah itu satu aktiviti yang sihat ?

Bayangkan jika dunia blog ini hanya bergerak secara kumpulan kecil atau individu tertentu saja... Apakah kemanisannya yang boleh kita ceritakan pada mereka yang tidak tau langsung mengenai dunia blog ??

Hanya satu.. $$$ ! Tu je ke ???? Aisey... Atau kutuk mengutuk ? Atau gossip sana sini ? Kecewa siot ! Baik layan FACEBOOK !

Layan Syurga Cinta ...

 

Ehem... Dah berapa kali cerita ni lalu depan mata aku di tv tapi sedikit pon aku tak terfikir nak layan sampai abis.. Entah kenapa , kenapa cerita ni tak pernah menarik minat aku .. huhu ..

Dan sekarang .. sekali lagi aku layan ... kali ni aku nak tengok bagi abis .. kot .. hehe.. kalau sempat la... heheh.. Yelah , esok kije maa..

Bila aku tengok sedikit cerita ni , mmg terkena kat batang hidung aku .. Dulu aku cam tu la... Brutal siut... Tapi tak la sampai pakai subang.. hehe.. rantai tu pakai la.. tapi sekadar memain gitu .. hurm.. Nak kata apa kan.. zaman jahilliyah ..

Tapi alhamdulillah.. sebijik cam cerita Syurga Cinta .. aku berubah disebabkan oleh seorang wanita... Kena tegur... baekk punya weh... Sejak tu , mmg aku berubah ...  Leh rujuk entri INI ..

Cinta ... ada dua .. satu membawa ke jalan duniawi .. dan satu lagi membawa ke jalan Allah .. Pilihlah yang mana satu ...

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI