Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 7 Mac 2011

Blogger :Orang punya dia kutip... Sendiri punya kedekut !!

 

Orang tanya aku .. "Ben , camana ko cepat boleh naik dalam dunia blog ?? " Maka jawapan aku ialah ..

Aku cari trafik .. Sebanyak mungkin sehingga aku rasa mencukupi lalu aku berikan kepada blogger blogger baru yang nak naik .. Yang dah naik , takkan berminat punya ..

Cara yang aku buat ialah dengan segmen .. Trafik mereka yang sangat skit itu , aku amik kemudian trafik aku yang banyak itu aku berikan kepada dia .. Kemudian dengan gabuangan aku dan blogger tadi itu , aku berikan kepada blogger seterusnya dan begitulah adanya ..

Dalam erti kata lain aku kumpul semua pembaca samada dari blog aku dan juga blog blog lain lalu perkenalkan kepada blog blog  yang terbaru dan terkini . Segar dari ladang ..

Hanya mereka yang berani dan tidak kedekut ' pembaca ' mereka saja yang akan sertai setiap segmen aku .. Mereka yang berfikiran BEN ASHAARI nak kutip trafik mereka , amatlah malang sama sekali .. Tak bawak ke kubur trafik tu weh ! Wat malu jeer ..

Ok .. skang ni aku nak senaraikan blogger blogger yang aku rasakan ikhlas dan jujur dalam soal rakan blogger meraka yang lain .. Jutaaan terima kasih !

Segmen ini aku tuju khas buat Encik Sukur Ibrahim diatas semangat setiakawan sebagai blogger .. Tiada apa lagi yang mampu kami berikan sebagai tanda persahabatan dan juga semangat blogger kecuali entri entri khas ini buat anda !

http://cahayanurqasih.blogspot.com/2011/03/terkesimaterkedusebakmelihat-diablogger.html

http://mariatunnabila.blogspot.com/2011/03/kalau-dia-tabahkenapa-tidak-kita.html

http://masikarfan.blogspot.com/2011/03/insan-istimewa-berjiwa-kental.html

http://asnithechampions.blogspot.com/2011/03/rasa-bangga-dengan-mohd-sukur-ibrahim.html

http://www.darxniq.com/2011/03/cekalnya-seorang-blogger.html

http://areliff-mastermindz.blogspot.com/2011/03/semangat-seorang-yang-istimewa-tak.html

http://nurawaneeszlife.blogspot.com/2011/02/terima-kaseh-enben.html

http://fizalinolie-buahhatiku.blogspot.com/2011/03/ya-allah-kau-jadikan-hambamu-istimewa.html

http://salimharmanain.blogspot.com/2011/03/wa-respek-sama-lu.html

http://www.borakkosong.com/2011/03/mohdsukur-ibrahimaku-tetap-aku.html

http://tiffinbiru.blogspot.com/2011/03/aku-tabik-pada-blogger-istimewa-ini.html

http://ruhayurazali.blogspot.com/2011/03/sorang-lagi-blogger-yang-paling-keu.html

http://www.adybudika.com/2011/03/anda-patut-kenal-siapa-itu-mohd-sukur.html

http://www.broframestone.com/2011/03/blogger-wanted-adakah-anda-mengenali-blogger-ini/

Hurmmm ... jangan amalkan kedekut trafik...

Penghormatan buat blogger ini ..

 

Petang td , timbul satu idea aku .. Hasil dari vlog yang dia SANGGUP buat khas untuk aku , membuatkan aku terharu .. Serius.. tak sangka dia buat untuk aku ..

Lalu aku sms semua rakan rakan blogger yang ada dalam hp aku ni yang mana aku tau diorng tengah free , aku mintak diorng buatkan satu entri khas buatnya sebagai tanda semangat dan setiakawan ..

Mereka yang dah buat ialah ...

Ramai lagi akan buat ... Sebenarnya semangat seperti inilah yang perlu kita ada di dalam diri seorang blogger .. Cekal , tabah dan penyabar ... bukan muda nak jadi manusia .. Nak jadi binatang ? Ramai dah .... Tak betul ?? Fikir la sendiri ..

Sekiranya korang berminat untuk berbuat seperti mana rakan blogger kita di atas itu buat , aku amat amat alu kan .. Nanti korang tinggalkan jer url entri korang tu kat ruang komen ini eh ...

JELAJAH BLOG 2011 bakal kembali ..

 

Pernah dengar JELAJAH BLOG terbitan BEN ASHAARI.COM  ?  Tak ?? Haa... Sila google ... hehehehe... Jeng jeng jeng jeng .... Jumpa ?? Tak ? Aisey... sah tak google betul betul tu...

Tak jumpa gak ? Adoi... tak leh nak tolong apa apa dah ... Mesti komputer rosak tu ... Meh sini aku cerita bab JELAJAH BLOG ni .. Haa.. dulu JELAJAH BLOG ni tak terhad tapi kali ni , aku akan buat terhad ... Samada aku akan amik 100 buah blog setiap kategori atau , terpilih jer.. haaaa.. heheh...atau ? biarlah rahsia ...

OK... kategori yang akan ada ialah .... jeng jeng jeng ...

BLOG IBU ( khas buat ibu ibu yang ada blog )

BLOG PELAJAR LUAR NEGARA

BLOG MASAKAN

BLOG PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (yang dah kerja bagus bagus)

BLOG GURU GURU  ..

BLOG PENGANGGUR ..

BLOG PELAJAR IPT ..

Amacam .. ok tak ? Bila mau mula ? doakan aku sihat sejahtera dari segi fizikal dan mental ... hehehe ...

Kenapa setiap SEGMEN BEN ASHAARI berjaya tarik minat ramai blogger ?

 

Kenapa ?

Mengapa ?

Bagaimana ?

Punca ?

Tarikan ?

Kesungguhan ?

Hadiah ?

Dan banyak lagi faktor sebenarnya .. tapi aku , mudah jer ... TRAFIK ... Setiap segmen aku , pulangannya adalah TRAFIK ...bukan duit atau hadiah .. TRAFIK .. Blogger inginkan trafik .. BOHONG kalau tak nak TRAFIK  !!!

Trafik bukan menjana pendapatan !! Trafik takkan buat blogger kaya .. Tapi TRAFIK memberi semangat kepada blogger !!  Trafik bukanlah segalanya tapi trafik adalah punca utama ramai blogger muncul di kala ini .. Mereka menulis bukan kerna nama tapi kerna semangat .. Semangat yang diberikan oleh TRAFIK yakni PEMBACA !

Faham skang ? Aku pon tak faham.. balik nanti je la aku terangkan lagi.. nak g gym pon tak larat ni ... huhu ...

Salam Tuan Sadiq Sepakraga ...

Satu soalan yang aku terjumpa di FACEBOOK yang mana tertera khas buat Incik Ben AShaari.. Pusing p pusing mai dok cari sapa nama Incik Ben AShaari.. tak jumpa , maka aku bukak dan baca

" Saya nak bertanya kat bro ni, sebab sy tgk bro selalu kira 'bermain' dengan blogger2 baru. Maksudnya bermesra, bergaul & lain2 lah. Persoalan yang saya nak tanya pada bro ni, macam mana cara paling berjaya nak handle newbie2 ni ye? Mereka amat susah nak dengar cakap...rasa macam jaga budak2 sekolah je. HUhu~ Saya admin ke2 bagi XXXXX  yang mana majoriti di dalam blog itu adalah newbie.
Dari pemerhatian sy, mereka lebh suka kejar Follower, traffic, & komen spt yg bro tw la kan. Di XXXXXX punya grup, kami melarang PING blog sebab bila sorg PING akan bertimbun PING blog sampai org yang berborak2 and apa semua hilang sebab susah nak catch-up.

Bgi kami (admin), cara berkawan2 sesama blogger lebih berkesan berbanding sekadar ping blog dan pergi. Sebab, bila ada yang kenal kita...ada lah yg akan ke blog kita.

kire mcam, "Eh, si Pulan ni dah Update lah..." Diri kita akan lebih cenderung pergi ke blog org yg kita kenal dari blog yg kita belum kenal. Betul tak bro?

Jadi, saye tertanya...macam mana bro berjaya satukan blogger2 baru ni? Adakah ada sebab bro ni dikenali org lebih percaya berbanding kami yang terselit2. Huhu~ Maaf bertanya ni, sebab saya cuma nak betulkan sikit konsep blogger2 baru ni. Kalau entry kosong, than PiNG blog pun tak guna. Siapa nak baca... "

Sebelum tu , apa kata baca dulu pendapat mereka tentang aku dan vlog ..

http://masikarfan.blogspot.com/2011/03/pendapat-aku-mengenai-ben-ashaari.html

http://areliff-mastermindz.blogspot.com/2011/03/pendapat-aku-mengenai-ben-ashaari.html

http://gula-gulapelangi.blogspot.com/2011/03/segmen-pendapat-aku-mengenai-ben.html

http://budakkampung39.blogspot.com/2011/03/pendapat-aku-mengenai-ben-ashaari.html

http://eyqasara-marie.blogspot.com/2011/03/pendapat-aku-mengenai-ben-ashaari.html

http://sedetikilham.blogspot.com/2011/03/pendapat-aku-mengenai-ben-ashaari.html

http://fuyohblog.blogspot.com/2011/03/pendapat-aku-mengenai-ben-ashaari.html

http://gadisgula-gula.blogspot.com/2011/03/pendapat-aku-mengenai-ben-ashaari.html

Ok..tu je.. skang baru aku jawab .. .

FACEBOOK... jika dibuka group maka ramai blogger akan gunakan untuk ping entri terbaru mereka .. sama cam aku gak la.. hehehe.. Kalau untuk elakkan semua ini berlaku, jadikan je group tertutup.. khas untuk blogger jemputan .. Ini sama je kalau buat ceramah terbuka dan tertutup.. mana lebih mudah dikawal ? 

Berkaitan dengan blogger blogger baru .. kita tau  camana perasaan blogger blogger baru dengan blogger lama .. Terdapat jurang .. Mereka memikirkan blogger lama memandang mereka dengan sebelah mata .. Ini mmg ada berlaku . Apa yang aku buat ialah , berdiri sama tinggi.. duduk sama rendah .. Jangan fikirkan sapa senior sapa junior .. Tapi batasan yang aku letakkan ialah faktor umur !

Umur blogger memainkan peranan penting.. Sungguh pon ada blogger yang berumur buta IT tapi dari segi pengalaman hidup , blogger muda ni , belum tentu dapat lawan .. Jangan lupa , blogging ini melibatkan penulisan dan pengalaman .. Bukan sekadar bagus atau tidak dalam dunia IT ..

Aku ada gak group aku sendiri .. Mereka nak ping ? Ping la sampai pengsan .. asalkan entri terbaru.. mereka ping entri lama , aku delete je la.. tak susah pon... tu mmg tugas admin.. hehehe.. takkan sambil tengok makan burger kot ? hehehe..gurau jer ..

Apa apa pon , kembali ke basic.. Semua ini adalah hiburan semata mata .. Pentingnya bila gunakan dengan sebaik mungkin dan dapatkan seramai mana rakan rakan yang sebenarnya rakan ... hehe..

Gud luck .. adeh sakit kepala balik...

Vlog Santai bersama BEN ASHAARI feat MAT GEBU dan HELIZA ? HELIZA ???

 

Mula mula aku nak paparkan pendapat mereka mengenai segmen aku hari ni :

http://apisv3.blogspot.com/2011/03/pendapat-aku-mengenai-ben-ashaari.html

http://storymoryiqin.blogspot.com/2011/03/pendapat-aku-mengenai-ben-ashaari.html

http://myhurtbubu.blogspot.com/2011/03/pendapat-aku-mengenai-ben-ashaari.html

http://www.adybudika.com/2011/03/pendapat-aku-mengenai-ben-ashaari.html

http://shukrifadzillah.blogspot.com/2011/03/pendapat-aku-mengenai-ben-ashaari.html

http://fidoodidooo.blogspot.com/2011/03/pendapat-aku-tentang-ben-ashaari.html

 

Amacam ? Baca dah ? Heheh.. skang kita ke tajuk utama berita petang ini ...

Semalam , entah dari mana datang idea aku yang mana kepala otak aku ni tak berenti renti berfikir mencari idea untuk menjana pendapatan negara dan juga negara negara jiran mahupun bersekutu ..

Maka terfikirlah pada awek lama .. eh.. bukan kawan sorang ni .. artis la.. sapa lagi kalau bukan Julia Robert Malaysia ! BEN ASHAARI !!! Eceh.. poyosss... HELIZA HELMI laaa... bukan julia robert okeh !! dia tu mendedahkan aurat.. Heliza tak , okeh !

Maka timbullah di benak aku , selepas menerkam lalu gigit tengkuk MAT GEBU ( bukan terjah okeh ) nanti di SEDENAK , maka aku plan ngan 1TUBE.MY untuk menerkam , ops berduet dengan HELIZA untuk vlog seterusnya .. hehe.. Aku rasa masa ni kena pakai spek itam.. Gulp, bahaya tengok mata dia tu haa.. hahaha.. mampus malam ni.. hahahha.. picit la pala sorang sorang.. hahaha ...

Gurau jer.. Ni profesional okeh ! Tujuan adalah untuk suka suka dan juga promosi single album Heliza.. Bantu produk bumiputera dan juga melayu.. kan kan ?

image

Tapi ada satu lagi idea yang aku plan nanti nak kongsi dengan HELIZA .. berminat nak tau ?  .. jeng jeng jeng.. biarlah rahsia dulu... hehehhe.. aku kan penuh dengan segmen.. hehehe..

Bak kata HELIZA di TWITTER :

image Nasib baik dia kata amin.. Kalau kata sah ???

Ok... tu je.. semua ni masih dalam peringkat perbincangan kecuali MAT GEBU .. InsyaAllah , sabtu ni ... hehehhe... Jumpa di sanaaaaaa...

Sapa blogger pertama buat segmen bloglist neh ???

 

Gulp... aku rasa .. aku kot.. sat nak angkat tangan .. " Saya cikgu " ... Saya rasa sayalah blogger pertama yang buat hal begini .. " Erk.. kenapa cikgu ? "

Ada yang tertanya tanya .. kenapa kena buat eh ? Takkan sampai gitu sekali teruk ??  Nak letak dalam bloglist , letak je la kan ? Tu pon susah ke ?

Dengan trafik lebih 100 ribu UV dan lebih 250 ribu PAGEVIEWS , pastinya ramai nak berada dalam bloglist blog aku .. kan ? Sekurangnya dapat la rasa tempias dia .. kan ? Ok la tu..

Mmg aku buka peluang masa tu.. mana mana blogger berminat , boleh la tinggalkan url ... Korang tau berapa banyak bloglist yang ada ??? Hampir 5 blog list dan setiap satunya ada hampir 200 blog ! Masak woiii .. Semua main pakat campak je url dalam ruangan komen.. Aku yang baikhati ini pon mengutipnya satu satu ( tetapi dihina kemudian hari ) .. eceh.. hahahaha..

Masa tu , mmg aku nak berkongsi trafik... Apa salahnya kan ? Kemudian aku rasa cara tu mmg menyiksakan aku lalu timbul satu idea yang mana aku nak kumpulkan semua trafik dari blog blog yang berminat kemudian pecahkan ke blog blog yang mana mempunyai entri yang menarik .. haaaa... Bijak tak ? Tak pe.. tak payah puji.. aku tau.. kang ada yang muntah .. Dengki la tu .. hahahh...

Bermula dari situlah , setiap 3 bulan sekali aku buat segmen bloglist.. kasi tukar tukar blog dalam tu .. Dan sekarang , aku tak buat dah sebab terlalu banyak malware dalam blog dan risau semua akan terjebak sekiranya aku yang pertama kena ..

Dan juga blog aku jadi berat gak la.. hehehe.. Hurm.. Segmen BLOG LIST ni BEN ASHAARI mulakan dulu eh.. Hahaha.. I like.. ada gak kenangan kan ..

Segmen : Pendapat aku mengenai BEN ASHAARI

-TUTUP SUDAH ! -

Minggu ni , aku ada dua lagi vlog untuk dibuat bersama 1TUBE.MY .. Satu santai di gym dan satu lagi di dapur MAT GEBU .. hehe... Jadi aku nak pendapat dan pandangan korang mengenai vlog aku yang hari tu ... yang INI dan ITU ... Aku tengah cari idea untuk apa nak dicakapkan ...

Jadi , aku sediakan satu segmen khas ... akan berakhir tengah malam ni ... ok ? Sangat mudah ... boleh ? Jika berminat je la .. tak nak tak pe ... tak de paksaan ..

image

  1. Sila letak banner di atas ini... ( gambar atas ni )
  2. Sila tulis Tajuk : PENDAPAT AKU MENGENAI BEN ASHAARI
  3. Sila berikan sebab kenapa korang sukakan GENGBLOGGER.COM ( jika belum pernah masuk , sila masuk ) dan juga 1TUBE.MY ..
  4. Sila berikan pendapat korang mengenai kedua dua vlog aku itu ..
  5. Sila beri pendapat mengenai blog BEN ASHAARI
  6. Sila tinggalkan url entri korang di ruangan komen ini ..

Gulp.. apakah komen ??? Cepat cepat !

Mentang mentang aku pakai barang murah !

 

Wah... vlog aku dipersoalkan oleh si dia ! Vlog mana ? Tengok SINI .. Siapakah dia mempersoalkan fesyen aku neh ? Cermin mata dan juga topi aku ???

Apakah aku tak layak nak pakai untuk vlog aku sendiri ? Aku bukannya g temuramah sapa sapa sehinggakan tak tau sapa berpangkat dengan takde pangkat.. Aku cuma cakap sorang sorang jer .. Tu pon nak jeles ?

Aku sedar.. Aku tak de beg tangan ribuan ringgit.. Kalau ada sekali pon , aku bagi kat mak aku je.. suh bawak g pasar je .. Aku tak minat nak membazir gitu.. Tapi kalau dah minat , tak pe la .. Jangan la riak pulak.. Nak berlagak pulak  dengan orang lain ! Aiseyman.. Tamo la gitu adik kichik...

Lain orang lain fesyen.. Janji tak mengaibkan diri sendiri kan ? Nak lagi cantik , tutup aurat tu .. Bukan balut aurat yer .. Tutup aurat.. kan lagi cantik.. Satu dakwah untuk pembaca gak kan ? Mana la tau kot jap lagi , tertidur untuk selamanya... Pahala woo......Kena pulak tu last entri.. Alhamdulillah... saham akhirat tuuu...

Apakah tidak layak mereka untuk maju ?

 

" Blog dia takde info... blog orang tu tak cantik.. blog orang ni mengarut ... Maka tidaklah layak untuk dia maju selangkah ke hadapan ... " Bolehkah kita berpegang pada pendirian sebegitu rupa ?

Aku... pernah jatuh dan kembali bangun .. Aku berpandangan ketika itu , aku ini sampah di mata mereka .. Tapi aku terlupa , aku punya bakat .. Bakat aku ini aku tak gunakan langsung .. Kenapa ? Sbb aku hanya gunakan apa yang aku diajar dulu.. Maka jika mencari pekerjaan , aku gunakan sekeping kertas itu ..

Sejak itu aku berpegang pada pendirian aku.. Jika aku rasakan aku mampu melakukannya maka tiada apa yang mampu menyekat kehendak aku !

Aku berblog .. mereka ketawa .. Ada apa pada blog ? Aku buktikan .. Aku bershopping  dengan duit blog.. Duit gaji aku simpan untuk renovate rumah aku nanti .. Kalau takde blog ? dari mana aku nak bershopping ?

Apakah mereka ketawa selepas itu ? Tak.. mereka tanya aku .. bagaimana aku melakukannya .. Aku jawab satu je .. ALLAH beri aku peluang untuk aku majukan diri aku sendiri dengan akal dan fikiran ..

Aku bermula dari 0 .. blog yang mengarut .. Tunjuk ajar dari rakan pembaca dan blogger , mengubah aku sedikit demi sedikit .. hinggalah sekarang ni.. Masih lagi 1 dari 10 ! Terlalu jauh tapi syukur , mereka dah mengenali aku ..

Apa guna blog yang berinfo tinggi tapi tiada enjin untuk bergerak ??? Sediakan enjin kemudian test drive .. Cantik ? Baru letak muatan ! Baru tau kekuatan gabungan pemandu dan kereta tersebut ...

Vlog khas buat aku ? BEN ASHAARI hero ?

 

Mak aih... sampai gitu sekali ?? Aku tak layak sebenarnya terima segala penghargaan ni.. Bagi aku , ini semua adalah hasil usaha mereka sendiri selama bergelar blogger ..

Sapa la aku kan ? Sekadar blogger biasa jer... Tak la sampai naikkan beribu ribu blogger atau sampai jadi anak emas mana mana syarikat kan ..

Apa yang aku cuba buat , ialah tunjukkan jalan je.. sapa rajin , maka dialah dapat ... Tak perlu nak maki hamun.. Sepak terajang untuk berjaya dalam bidang yang terlalu luas ini ...

Yang penting , usaha dan ada kemahuan .. Semangat juang pon perlu ada .. Jangan peningkan kepala bila mereka menjerit mengatakan BLOG KITA INI SAMPAH ! .. Sekurangnya kita cuba menghasilkan sesuatu untuk kita dan juga rakan rakan dari mereka yang menjerit itu , tapi tidak berguna langsung kepada negara !

Disini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat mereka-mereka yang sudi menghabiskan tenaga menaip entri penghargaan buat aku .. Namun , aku tetap mengatakan bahawa aku masih tidak lagi layak untuk menerima penghargaan tersebut ..

Vlog khas yang ditujukan kepada aku , dan aku terharu ... klik sini

Dan entri khas dari blogger .. klik sini

Serius , aku tak baca blog kau !

 

Aku pernah masuk sekali dua je.. saja nak  tinggalkan backlink kat situ.. nak tengok apakah blogger itu seperti yang digembar gemburkan ..

Tu pun selepas dipaksa dek wife aku .. Aku nak masuk sendiri ? Mak aih.. lama siut tunggu .. siap leh buat burger lagi .. Lama benor loading dia tu haa...

Tapi tu je la.. sampai sekarang ni , aku takde motif atau point nak masuk blog dia .. Aku tak tau nak cari apa kat situ .. Takde jual jam pon.. Ke jual kasut .. mahupun prepaid kad pon takde haa...

Aku bukanlah nak mengutuk dia .. tak baik.. dosa laaa... Tapi aku pelik je la... dia kata dia benci kat aku.. blog aku tak best .. tapi awat dia dok skodeng blog aku termasuk vlog aku tu ?

Dan lagi .. tolong la yer.. jangan malukan warga blogger ni .. Kena tau gak , mana berpangkat mana tidak.. Bukanlah mengangkat darjat diorng tapi kenang gak hasil titik peluh mereka .. Kalau dah layak dipanggil tu , maka panggil je la. Lain la tetiba je dapat tapi takde pon upacara rasmi .. tu bolayan je la.. hehe..

Aku tau apa dia buat kat aku.. tak buta lagi .. aku pon ada mata mata sekeliling dia.. jangan pk dia je hebat ... ok ? Muahhh... heheeh...

Tau tak password blog saya ?

 

Sakit sangat kepala semalam .. terpusing sana sini .. tak leh tidur .. mata pon dah naik merah .. Ni mesti kuah daging kelmarin .. Aku mmg pantang daging.. Maklumlah .. darah tinggi.. Ni penyakit keturunan.. tak leh nak elak.. adik beradik laki semua ada.. Kena jaga makan je la..

Demam.. panas dah badan.. Nasib baik la ada isteri .. kalau takde ? Mau gak keluar cari tok kadi malam semalam .. sapa yang sudi , pakat ajak je .. hahaha.. guwau jee.. 

Dia la tolong picitkan kepala , kaki , tangan .. bagi rileks skit .. Pastu aku cakap kat dia la .. Yelah , mengenangkan ada kawan aku meninggal muda sebab darah tinggi gak..

" Tau tak password blog saya ? "

" Wat pe ? Mana la tau "

" Kot la nak wariskan blog tu pada awak .. "

Hahahha.. terus tarik muka ..

"Cuba la cakap menda elok elok " .. dia marah aku ..

" Yelah.. time ni la kita ingat mati...kan kan ? "

Kira dalam aku sakit kepala malam tadi , badan aku birat gak la kena cubit ... huhu ..

Saja je nak jerit ... MANCHESTER UNITED KALAHHHH !!

 

Salam .. selamat pagi ..

Hehe.. sajaaa je kan .. pagi pagi nak bakar peminat MU neh .. Aku bukanlah peminat Liverpool atau pun penyokong  MU .. Arsenal ? Lalalala.. Bukan fanatik ok ! Saja suka suka ..

Kalau aku dulu kan , layan bola ni  mmg all out laa.. Masa World Cup 1998 dulu.. tak silap aku kat France tu kan ? Masa Brazil kalah teruk tu.. Pergh.. aku frust giler ! Terus letak jawatan sebagai peminat bola ! Bukan sbb kecewa tapi tau ada skandal dalam perlawanan tu.. heheh...

Dalam perlawanan liga pulak , sungguh pon pasukan feveret aku juara liga tapi kalau kalah dengan pasukan kuat ( amik contoh Chelsea , MU , Liverpool ) tak guna gak.. Kira menang nombor je la.. hehe.. tak puas.. Nak puas , kalahkan semua pasukan kuat tu , baru best jadi juara la . hehe..

Apa pun , tu semua sekadar menghabiskan masa lapan di waktu malam sewaktu zaman bujang dulu.. Sekarang ? Aku rela ngadap laptop mencari bahan dan idea untuk naikkan trafik blog aku ni..

Buat apa gila naikkan trafik blog ? Tunggu skit masa lagi dan korang akan ternganga ! InsyaAllah ... hehehe .. Bukan riak tapi buktikan segala usaha aku ini membuahkan kejayaan ...

Tak reti nak insaf ke ?

 

Salah makan semalam .. Ada kuah daging pon dah beri kesan pada aku .. Rasanya tekanan darah naik balik .. Kepala naik birat ... Demam dan sakit tekak .. Esok pulak ada keje penting nak disiapkan .. Nak mc ? tak boleh la.. Kesian kat bos aku lak nanti ..

Teringat cerita seorang sahabat semalam .. Diceritanya  tentang seorang budak lelaki yang mana dia amat handal dalam bidangnya .. Namun begitu , tugasnya sebagai seorang hamba Allah tidak pernah dilupakan ..

Muda .. kuat .. bijak .. pantas .. itulah yang digambarkan kepada aku .. Dia dilihat bakal menjadi jaguh dalam bidang dia .. Diakui sendiri oleh sahabat aku tersebut ..

Satu hari , katanya .. sedang mereka duduk minum di sebuah kedai , dalam berborak borak , lelaki tersebut terlelap... Kawan kawan dia ingat , dia terlalu penat akibat terlebih berlatih .. Tapi bila diperiksa bahagian nadinya , rupa-rupanya dah meninggal dunia ..

Hurm... Fikirlah sendiri .. Jangan sangka kita ini sihat , jaguh , bijak , berpangkat , kaya ... tunggu tua baru nak kembali kepadaNya .. Hurm..

Sama sama kita buang segala sikap takbur , riak , sombong ,sakit hati , dengki khianat dan maafkan segala dosa dosa mereka sebelum kita tidur malam ini ...

Al-Fatihah buat arwah ... 

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI