Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 10 Mac 2011

Susahnya nak dapat pembaca setia ..

 

Kata si NORFA NIR atau empunya blog http://www.norfanil.com/ ... dia kata " susah nak dapat pembaca setia.. blog baru hari ni 1 org je readers. huhu " ..

Susah ke ?? Hurmm... cari kat mana pembaca setia ni ? Dalam FACEBOOK atau ?? Main post je ? Pastu biar je ? Atau promosi kat mana mana blog atau web ? Atau rakan rakan ?

Sebenarnya tak susah nak cari pembaca setia ni .. Bagaimana nak tackle pembaca agar mereka menjadi pembaca setia tu yang susah !! Haa.. Bila dapat tackle pembaca , kita kena kekalkan mereka di blog kita .. Bagaimana nak kekalkan ?

Bayangkan eh.. Kita bukak sebuah kedai makan .. Kita hidangkan makanan yang sedap sedap .. Sehari , berapa kali mereka akan datang ? Sekali ? Dua kali ? Mereka datang , makan .. dan blah kan ? tu je ? Bagaimana nak kekalkan mereka lama lama kat kedai tu ? Haa.. dalam erti kata lain nak diorng lepak kat situ ? Jangan jawab kat aku .. korang pk sendiri eh ..

Aku tau.. ada yang akan fikir , buat apa nak diorng lepak lama lama kan ? Orang lain pon nak makan gak kan ? Kalau takde orang lain camana ? Biasanya tengah bulan.. Haa.. berapa ramai sangatlah nak datang makan kat kedai makan ? Jadi kalau nak untung pun mestilah dari mereka yang datang makan kemudian lepak lama sedikit terutama mereka yang masih bujang .. Caranya , pasang dvd , atau letak pekerja perempuan yang cun cun gitu.. haa... melekat la diorg sampai ke subuh ! Skit skit order .. skit skit order .. haaa... tu cuma contoh je...korang leh bagi contoh lain.. kan ?

Dalam blog , kena ada tarikan.. Tarikan utama ialah entri .. entri yang menarik yang membolehkan mereka datang berkali kali untuk membacanya .. Kalau korang baru buat blog , berapa banyak sangatkah entri korang ada ? Tak banyak kan ? Kalau tak banyak , nak buat apa ? Kasi banyakkan laaa... Kena rajin post...

Pembaca masuk blog nak baca entri korang.. bukan nak tengok gambar korang ... sesekali tu ok la... kalau dok tengok gambar je , apa yang menariknya kecualilah blog korang tu blog fotografi.. tu lain kes la.. ni aku cerita blog peribadi.. haaa...

Nak tackle pembaca untuk menjadi pembaca setia hanyalah melalui entri .. Apakah satu entri sehari mampu memikat pembaca agar menjadi pembaca setia ? Apakah kita mahu mereka datang sekali sehari ??  Cuba fikirkan ...

Sejauh mana blog kita dikenali mereka ?

 

Bila aku dalam group  blogger , mereka seringkali memberitahu tentang populariti sesebuah blog .. Hurm.. Aku tertanya tanya , apakah benar blog mereka popular ? Sbb aku tak pernah lak dengar nama blog tu .. ops.. sori.. aku jarang blogwalking.. hehhe.. blog aku sendiri pon tak popular..

Jadi , aku tertanya sendiri .. sejauh mana popularnya blog aku ini .. Sehingga sejauh mana dikenali mereka .. Mereka ini maksud aku ialah pembaca pembaca di alam maya ini .. Mungkin sekitar dalam negara dan juga luar negara ..

Menurut Google Analytics , 83% trafik aku dari referring sites dan cuma 9% saja dari search engines .. Dan baki adalah direct trafik...Hurm.. 83% peratus itu pula dari 4,219 sumber iaitu blog dan juga web .. termasuk gak dari search engine .. Hurm..

Tolak pi tolak mai , lebih 4,200 blog yang letak link BEN ASHAARI.COM .. Hurm... Nak bagi capai 5,000 blog ! Camana eh ?

Aku sebenarnya lebih puas nampak link blog aku di dalam blog rakan berbanding aku dok 'makan' trafik melalui SEO , buat masa sekarang .. Sebab apa tau ? Sebab satu cabaran untuk buatkan mereka bercerita tentang BEN ASHAARI ... Bukan mudah wooo ..

Jadi , cuba kita fikir kembali.. apakah benar blog kita popular ? Popular ni bukanlah glamer tapi dikenali .. Cukup dikenali .. Mereka bercerita tentang blog itu.. Mereka berbual mengenai blog itu.. Mereka mengkritik blog itu ..

Hurm... bukan mudahkan ? Strategi ..  hurm.. tak mudah ..

JELAJAH BLOG LUAR NEGARA : 4

 

image

"Jika Allah berikan kesempatan kita merantau untuk mencari ilmu kat muka bumiNya yang luas ni, gunakanlah kesempatan itu sebaik mungkin. Jangan hampakan harapan mereka-mereka yang sayangkan kita terutama sekali ibu dan ayah kita. Dan paling-paling penting aku tujukan kata-kata ni buat mereka yang dapat biasiswa la, kerana aku rasa korang paling bertuah kerana nak belajar semua orang tanggung. Lebih bertuah daripada aku dan ramai lagi kawan-kawan aku kat sini; kos pengajian dan sara hidup semuanya sendiri tanggung @ hanya dengan semata 'sponsor' My Parent Sendirian Berhad..."

sambungan > sini

image

Aku dok pikir apaaaa lah si Ben ni dok buat ya? Every second update status fb dia pasal blog dia yang konon glamer tu..hahaha..

Pastu aku buat rumusan, oohh..dia cari makan kot blog citernya :), Cool mannn...glamer kah dia? Glamer jugak aku hihi..eceh aku bermadah bahasa jer cuma..Nah..so aku terjah blog dia pagi ni. Tetiba ada slot cumel nih hiks!

sambungan > sini

image

Kenangan manis banyak..tp yg termanis rasanya dapat merasai pengalaman berada di dunia lain, yang berbeza budaya dan cara hidup kita. Juga mengharungi 4 musim yg berlainan di uk nih..tidak akan dpt dirasai di Malaysia..terutama sekali adalah musim bunga dan ketika salji! sila klik sini dan sini for snow entries...cantiknya musim bunga tak terkata!!! Juga dpt melawat tmpt2 yg biasanya dpt tgk dlm tv jer..hehehe..takde la byk berjalan pun..boleh la....lagi, heemmm..juga dpt menimba ilmu drpd expertise..lagi..hehehe..of course la utk shopaholics..sini adalah heaven!!! (kalau anda rajin scroll blog ini, jumpa la apa yg sy sebutkan semua yg di atas :) )

sambungan > sini

Senang giler buat blog cuma ..

 

Semua orang boleh buat blog.. Bila cerita blog boleh buat buat , bertubi tubi orang nak buat blog tapi apa sebenarnya yang diorng nak blogkan pon tak tau .. Takde idea ?

Ada yang banyak idea tapi tak tau camana nak luahkan dalam bentuk blog.. Cerita pandai tapi nak terjemahkan dalam bentuk perkatan tak reti...

Bila orang tanya aku , " ko buat blog dapat duit ke? camana ko boleh dapat duitt? halal ke ? Senang ke ? Ajar aku boleh ? " ..  Paling tidak pon , perli ... " Tah ya tak tidak.. cakap je dapat ! "

Atau koman koman pon akan kata , " aku malas je buat blog .. Nak lagi malas , aku nak buat blog tapi tak tau nak cerita apa " ... Ler.. kalau cakap gitu , aku pon boleh ..

Sama cam menyanyi... takat menjerit , semua orang boleh kan ? cuba menyanyi bagi orang terhibur.. Bukan menyanyi untuk masuk pertandingan tau , tapi bagi orang terhibur.. Bukan mudah ! Silap silap kena baling telur busuk !

BEN ASHAARI @Bangsar Village

Baru lepas meeting .. segalanya bukan mudah seperti yang dirancang .. Memerlukan penelitian yang sebenar-benarnya .. Hurm.. InsyaAllah... akan dilaksanakan juga ..

Ingat nak g gym .. Hurm.. Masih tersadai di sini lagi ... Nampaknya minggu ni aku kurus laa.. ilang ketul ketul.. Ingatkan nak la berketul nanti masa g Sedenak.. hehehe ... niat tak elok ...

Minggu depan , ada satu lagi projek.. Aku ingat nak join.. Kena tanya 'tokey' la gini.. hehee... bukan senang nak menyelit .. Kalau dapat 'lari' ok la kot.. ke amik cuti ? Hurm... Rugi nih..

Lama tak lepak kat Bangsar ni ... Not bad gak... hurmm....

Aku benci segmen JELAJAH BLOG LUAR NEGARA !

 

image

image

image

Aku nak pergi gak la woiiiiiiiii.. huwaaaaaaaaaaaa...

JELES SEHHHHH

Aku tak minta dipuji ...

 

Hurm... Kenapa ingin jadi blogger popular ? Apakah dengan menjadi popular , kita akan diingati ? Apakah dengan popular  kita akan hidup kita akan mewah ? Atau kita sering dipuji ?

Hurm.. Aku buat blog .. bukan semata mata ingin dipuji .. Aku buat blog adalah kerana ini membuktikan aku ini 'berguna' !  Aku ingin buktikan aku boleh berjaya hanya dengan menaip keyboard ini !!!

Ramai orang dah buktikan mereka dah berjaya dalam bidang yang mereka ceburi .. Aku ingin jadi seperti mereka ! Aku mahukan kejayaan seperti itu ! Aku tidak mahu lagi mengangguk walaupun aku mahu mengelengkan kepala .. aku tidak mahu lagi !

Blog.. Hurm... aku tak sangka inilah dunia aku sekarang .. Dan aku pasti ianya akan menjadi sepenuh masa pada satu hari nanti.. Apakah aku akan jadi seorang penulis sepenuh masa ?  :) Akan terjawab sedikit masa nanti ..

Aku lakukan kerana aku minat .. Bukan kerana inginkan pujian atau populariti .. Apa yang aku lakukan selama ini adalah promosi .. Aku perlu memperkenalkan blog aku di serata tempat .. Bukan mudah untuk melakukannya .. Sapa yang nak pacak muka kita dalam blog mereka ?? Kena ada 'sesuatu' baru akan berlaku semua itu ! Dan aku ada 'sesuatu' itu .. Mereka memacakkannya !

Pujian ? Aku tak hidup atas pujian .. Aku hidup atas rezeki Allah .. Aku hidup atas nikmatNya .. Aku hidup atas ehsanNya .. Maka ... aku nak g solat zohor dulu la... kang nak g meeting lak ..

Apa pun ... aku tak minta dipuji dan tolong jangan puji aku .. Kritik ? TOlong simpan dalam hati tu .. lagi la aku tak nak ! Kalu nak bagi pendapat , aku alu alukan .. okeh ? Jumpa lagi nanti ..

Bz skit pasni .. ;)

JELAJAH BLOG LUAR NEGARA : 3

 

image Grr .. tak leh copy cat lak text dia .. tak pe tak pe .. Meh aku cite skit latar belakang dia.. Ok .. dia ni .. ala.. korang baca sendiri la... Jom.. kat sini jer > PUTERIANISS

 

image

okeyh!..pertama sekali ceritakan serba sedikit tentang diri aku..segan nie!..haha..okey,nama penuh aku ialah wan nurul syafawati binti wan ahmad.ala,nama URL blog ini aje pun..haha.Umur,21 tahun.Asal dari Dungun,Terengganu.Aku sekarang menetap dinegara yang jauh sangat dari Malaysia,iaitu Mexico..sangat asing kot pelajar malaysia hantar student kesini.dan ini,adalah kali pertama Malaysia hantar student kesini.alhamdullilah,aku terpilih secara tidak  langsung oleh u aku iaitu Universiti Utara Malaysia...

Selanjutnya > SYAFA

 

image So.. pertama kalinya saya merasakan winter sonata di bumi Finland ni dgn perasaan yang sungguh teruja...dan jakun pun yer juga sebab dapat merasa memegang salji yang turun dibumi Allah ni..sebelum ni pernah rasa yg tiruan jer masa ke Dubai dulu...bila dh rasa yang realnya ni baru ler taukan mcm mana bestnyer salji tu...dan dari situ jugalah timbulnya kesyukuran pada maha Esa diatas peluang yang diberikan.

Selanjutnya > NIEZA

 

Hurm.. tak tau nak kata pe.. Kirim salji boleh ?

Jangan kecewa bila dikritik ..

 

Tak dinafikan bila dikritik , blogger akan patah semangat .. Baru nak bergerak , terus undur langkah .. Sebenarnya itu satu kesilapan ..  Kesilapan yang kita buat ialah undur ataupun maju .. Sepatutnya berdiri tegak ..  Senyum , tengok kiri  dan kanan.. depan dan belakang .. barulah terus maju ..

Kenapa aku kata berdiri tegak bila dikritik ? Kita undur , kita salah .. kita maju , kita melawan ... Bila kita berdiri tegak , bermakna kita bersedia .. bersedia terhadap apa jua serangan selepas ini .. Dengan berdiri tegak juga kita menyediakan segala pertahanan .. Bersiap sedia !

Aku berkali kali di serang ... pelbagai tohmahan dilemparkan .. Aku tak undur .. Aku juga tidak maju ke hadapan .. Aku biarkan saja .. Aku perlahankan rentak ..Bagi mereka terus menyerang sehingga kelemahan mereka terdedah ! Pasti akan terdedah kerana mereka menyerang pada satu fakta saja.. Mereka tidak mengenali kita .. Jadi mereka akan mencari satu kesalahan yang terang terang depan mata mereka sedangkan kesalahan itu bakal menyelamatkan kita ..

Aku pernah diserang dengan panggilan GILA TRAFIK .. Ramai blogger mengatakan BEN ASHAARI GILA TRAFIK .. Sekarang aku membuktikan dengan GILA TRAFIK aku dikenali ... Apakah aku dikenali dengan blog aku cun ? Atau aku dikenali sebagai mentor blog ? Tidak.. aku dikenali dengan GILA TRAFIK .

Dalam usia blog yang terlalu mentah , aku dah berjaya punya lebih 150 ribu UV sebulan .. yang mana sepatutnya blog yang berusia lebih 3-4 tahun baru boleh mencapai angka tersebut ..

Dan aku buktinya .. Bukan aku seorang ! Seorang demi seorang blogger muncul di belakang aku .. Bukan riak.. aku buktikan , dengan kerjasama , ramai blogger boleh naik asalkan saling bantu membantu dan punya semangat yang kental ..

Apa jadi dengan mereka yang kuat mengkritik ??  Mereka masih bermain guli di tepi longkang ...

JELAJAH BLOG LUAR NEGARA : 2

 

image" L merupakan pelajar tahun enam di First Moscow State Medical University. Selain berblogging, ML suke memasak dan make up. InsyaAllah, jika tiada aral melintang, bulan July ni, ML bakal grad setelah 6 tahun berada di perantauan "

Selanjutnya > MISZLULABY

 

image

"tulisan negare ni memang pelik sikit... bukan2.. pelik banyak! hik3... dan saya baru menetap dekat sini selame setahun setengah.. maksud nyer ade 4 tahun setengah lagi sebelum saya graduate... lame nyer lagi... "

Selanjutnya >  SCHAJAR

 

Grrr... tensen tensen .. nyesal tak belajar sungguh sungguh dulu.. Grr... yang masih sekolah tu , haaa.. belajar rajin rajin .. dapat p tengok negara orang .. Jangan bawak balik anak orang putih dah !

Menyedihkan ...

 

Buat masa sekarang , syaitan bertepuk tangan.. Gembira di atas kemenangan memecahbelahkan anak cucu Adam .. Entah sampai bila , aku pon tak pasti ..

Dua hari aku mc .. datang pejabat... Aku lihat rakan karib aku , tiada lagi dimejanya ... Hurm.. Meja dia pon dah dikemaskan ... Mangsa fitnah .. Haih ..

Segala jasanya selama ini tidak langsung dipandang oleh 'mereka' .. Teruk sangatkah ? Sekurang kurangnya berilah peluang .. tapi ni tidak , terus dijatuhkan hukum sedangkan belum lagi dibicarakan .. Pelik !

Inilah dia .. Kalau kata lebih , kita lak kena .. Mau tak mau , jadi lembu cucuk hidung ! Ikut je kata orang atasan .. Akhirat kelak , tau la nasib memasing .. Haih ..

JELAJAH BLOG LUAR NEGARA : 1

 

image Ieyqa Adam

saya sedang menuntut ilmu bahasa mandarin yaa.keh3. mandarin teacher going to be.gulrrppp.ta senang doe belaja ini.lagi 3 tahun.uwaa~huhu

Selanjutnya > Ieyqa Adam

image

IBU,ISTERI dan juga STUDENT di bumi asing ini...
Ibu kepada  dua anak kecil; arash dan ainan..Isteri kepada cik laling saya (mestilah kan..hihi) dan juga research student di Norwich, United Kingdom in law...(ade sesapa buat bidang yang sama...? sharing is caring, tak gitu..?:))

Selanjutnya > SUFEENAN

Segalanya bermula di sini ..

 

Aku dah mulakan satu lagi segmen malam tadi dah dah berjaya mengumpulkan beberapa buah blog.. ermm.. bukan sedikit la.. kalau tak silap aku ada dalam .. 20 buah blog rasa aku .. dan aku dah mulakan dengan blog TRIGYY yang sedang berada di Perancis sekarang ini .. diikuti dengan blog .. erk.. tu korang g  check sendiri kat entri yang dah aku buat tadi .. klik sini ..

Apa maksud aku segalanya bermula di sini ? Erm.. Aku bermula dari FACEBOOK .. aku cuma ada pembaca dikalangan rakan rakan FB aku saja .. Maka aku terfikir bagaimana nak melebarkan sayap blog aku ni .. Lalu hanya dengan segmen ini saja aku dapat lakukan ..

Alhamdulillah ... Ramai rakan rakan blogger yang berada diluar negara menjadi kawan .. Sangat berbaloi.. Nak dijadikan satu cerita... Aku rasa ramai dah tau pasal ni .. hehehe.. tapi tak pe.. setiap hari hampir 30% aku dapat pembaca baru .. Aku cerita lagi eh ?

Nak dijadikan cerita.. bos aku dapat sambung belajar kat Denmark .. Dia minta tolong aku carikan rakan blogger yang ada di sana .. Aku pon pening gak pada mulanya .. Sapa la ada kat Denmark tu .. hurmm..

Citer banyak tak guna , aku buat pengumuman dia blog dan juga FACEBOOK .. Hahaha.. aku terlupa.... Rupanya Sue Joshua ada kat Denmark waktu tu..

Setelah deal dengan Sue , bos aku bertukar maklumat dengan dia .. Lalu selamatlah bos aku kat sana ... hehehe.. Bagus tak ? Sapa kata blog ni buang masa ?? Haaa...

Jadi peluang segmen yang aku buat ni , aku harap korang tak lepaskan la untuk mencari kenalan yang berada nun di negara orang .. Mana tau .. leh buat bisnis nanti.. Kalau bijak rebut peluang la.. Kalau tak , tak kisah pon ..

Selangkah lagi ke hadapan ?

 

Aku pernah kata , blog aku ini bukan setakat ini saja ... Aku akan maju dan terus maju .. Dan sedikit  demi sedikit aku buktikannya ... Walaupun bukan mudah , aku tetap akan harunginya..

Apa yang aku buat ini adalah satu contoh bahawa kita boleh maju dalam apa jua bidang yang kita buat dengan syarat , kita mesti yakin !

Ya .. aku yakin... aku yakin blog aku ini takkan berhenti setengah jalan .. sekurang-kurangnya aku akan dapat sesuatu yang pastinya akan membanggakan diri aku dan juga mereka yang pernah gelakkan aku ..

Orang nampak remeh .. mengarut dan membuang masa.. Tapi aku nampak blog adalah 'emas' .. Emas yang digali secara perlahan lahan tetapi tak kena gaya ... apakah peuang itu patut dibiarkan ?

Hurm... insyaAllah... usaha aku takkan berhenti setakat ini ... Biar nampak bodoh diluar .. ibarat durian .. Luar buruk dan busuk.. tapi isi biar lazat!

JELAJAH BLOG LUAR NEGARA : TRIGYY

 

image

"Hye bloggers di Malaysia dan dimana sahaja anda berada. Saya Edie Trigyy yang kini berada di Le Creusot, France sedang menjalani praktikal selama 7 bulan bermula january yang lepas dan berakhir pada bulan tujuh nanti. Saya adalah pelajar Universiti Teknologi Petronas, Perak dibidang Electrical and Electronic Engineering. Sekarang tahun ketiga di UTP. Harap dapat jumpe bloggers Malaysia lepas balik nanti. amiinn."

Huh.. tamo ulas.. jeles .. huwaaaaaaaaaaaaaaaa...nak g gakkkkkk .. hehe.. guwau.. sempoi !! Bertuah blogger kita neh ... Bab blog , no komen... mmg cun ! Bab lain , korang gegar la sendiri eh ..

Jom > SINI

Rakan blogger yang lain :

http://newblogger-mia.blogspot.com/2011/03/jelajah-blog-luar-negara.html

http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/03/jelajah-blog-luar-negara.html

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI