Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 22 Mac 2011

Entri kualiti tapi tiada pembaca ??? Apa kesilapannya ?

 

Aku ada sebidang tanah .. Aku tanam sayur sayuran .. subur.. cantik je naik .. Kemudian berbuah ... aku petik ... aku gembira... Aku bukak meja  untuk jual .. Tapi sayangnya , kat kampung tu , aku sorang je penduduknya .. Adoiiii... aku je la makan sayur tu eh ...

Apa kesilapanya ??? Patutnya aku kena cari kat mana aku patut jual sayur sayur tu .. Apakah aku perlu tunggu sayur tu tumbuh segar , baru aku cari tapak untuk menjual sayur sayur tu ?

Tak ... sepatutnya dalam pada masa yang sama , aku kena merayau .. bertanya pada orang .. kat mana ada tapak meniaga .. kat mana ada ramai orang .. kat mana ada kampung kampung berhampiran ... Barulah pasang strategi.. iaitu apa patut aku lakukan ..

Jadi , bila sayur aku dah matang , aku tak perlu susah susah dah .. terus bawak jer ke tapak meniaga tu .. letak atas meja.. terpulang samada orang nak beli atau tidak .. Dari takde orang langsung , baik ada orang beli gak kan ?

ENTRI dan PROMOSI .. saling berkaitan .. penting bagi blogger baru .. PROMOSI paling mudah sekali , di FACEBOOK .. kita promote di kalangan kawan kawan dulu.. Tengok camana penerimaan mereka.. Mereka itulah pengkritik sejati.. kalau mereka boleh baca blog kita selama berminggu lamanya , bermakna blog kita tu ada tarikan.. tapi kalau sekali je masuk dan tak berminat langsung, sila overhaul ! Bukan tutup terus ! kena baiki.. cari di mana kelemahannya .. Bukan terus lemah semangat ! Ingat.. inilah cabaran blogger ! Jadi blogger yang sejati...

Blog dan FACEBOOK berbeza.. ingat tu .. Ada blog lagi mencabar .. Facebook , sapa sapa boleh ada .. ok ?

Camana nak popular dalam blog ?

 

Aku dok layan cerita melayu kat tv2.. tajuk BANDING .. hahaha.. lawak tul cerita ni.. Si lelaki ni gatal nak menikah ramai.. atas alasan , mampu .. Bini pertama benarkan dia kawin 2 jer .. Kawinlah 2 .... Bini no 2 lawa ... ala .. si Rozita Che Wan tu haa.. Bini no 1 , Dian P.Ramlee... Dah kawin 2 , gatal nak kawin lagi satu...  Yang bagusnya, bakal no 3 ni tak nak bermadu.. suruh cerai dua dua .. Haa.. sapa laaa yang rosakkan perempuan sebenarnya yer ?? hahaha..

Ok ok.. berbalik pada tajuk utama ... Ramai dok kata ... kenapa susah sangat nak popular.. bergantung pada blogwalking dan SB atau sebagainya .. Ok.. aku faham sangat... Aku tau camna perasaannya ... Aku pon pernah dibawah.. Tapi percayalah , usaha tangga kejayaan.. bila dah berjaya , manis sungguh kejayaan tu ..

Ginilah .. cuba sesekali jangan berfikiran seperti blogger .. anggap korang tu ahli perniagaan .. camana nak jual produk korang tu.. takkan semua nak guna cara yang sama  kan ? Haaa.. come on.. korang blogger.. aku pon blogger.. kita sama jer.. takde beza.. bezanya aku cuma baru setahun je berblog.. Usaha ?? Korang perasan kan ? Celik mata je aku dah update blog.. sampai la nak tidur , masih lagi update blog.. Jadi apa perbezaannya ?? Lepas post entri , aku tetap promote dalam FACEBOOK ..apa bezanya ? Sama je kan ? Haa... cuba fikir.. kita sama jer... walaupun rezeki aku naik dulu tapi cuba fikir.. aku kerja keras kan ?? Segmen aku ,cari idea.. promosi.. update dalam blog.. mudah ke ???  Pergh..

Aku pon blogger baru ..

 

Baru balik dari pasar malam Putrajaya ... Tempat letak kereta pasti penuh lebih lagi waktu petang hinggalah ke pukul 8 malam .. Aku parkingkan kereta aku di tempat yang kosong ..tak kira la dekat ngan pasar malam atau pon jauh .. janji ada kereta keluar , terus je masuk ..

Lepas membeli , kembali ke kereta .. masuk.. belum sempat start enjin, dah ada kereta tunggu .. mak aih... aku perhatikan ada banyak tempat kosong.. Kenapa tak nak parking tempat yang kosong tu ? bukan jauh pon.. selang 5-6 kereta je ...

MALAS nak jalan kaki atau takut kereta ilang ??? Hurm.. aku anggap , MALAS ! Nak dekat jer ngan pasar malam ... Apa salahnya jalan kaki skit ??? Anggap jer senaman .. hurm... Sikap ni pon wife aku ada.. Aku bukan nak burukkan dia la tapi cukup geram kalau dia drive n cari parking lebih lagi bila gi Alamanda.. Kalau boleh dia nak parking dalam Alamanda tu haa.. atau ikat je kat kaki .. bila nak balik , toleh jer... kereta kat sebelah .. adoiii...

AKU PON BLOGGER BARU .. entri tadi pasal shoutbox.. ramai dok kata aku dah popular boleh la tak guna...Perasan tak  aku kata tadi , masa mula mula dulu aku berblog , aku sempat guna sejam jer..terus kena serang .. huhu .. Ini bermakna dalam 'usia' muda aku berblog , aku tak guna dah ..

Cuba guna cara lain.. Fikirkan ... Mmg berguna shoutbox untuk blogwalking.. tapi cuba fikir ..Hari raya .. kita pergi beraya ke rumah kawan kawan dan sahabat handai adalah bertujuan untuk mengeratkan silatuhrahhim ... bertanya khabar.. merasa kuih muih... seronok bukan ?

Tapi bila orang datang beraya .. takat bagi salam.. tak masuk .. bersalaman di luar.. tunjuk muka.. kemudian pergi.. Yang penting singgah ! Patut atau tidak ?

Sbb tu aku kata .. sbg blogger , kena la bijak .. tu je la.. Ini cuma pendapat aku.. Jangan anggap aku ni dah popular atau dah ramai kenal maka aku senang dah ! Aku buat  entri sehari lebih dari 10 tau ! Kalau aku popular.. satu entri dah memadai ...

Fikirkan..

Kami anti rokok !!

Ehem... anti rokok gak ke ??? Sebab apa eh ??? OK... jom kita tengok mereka punya sebab musabab ...

  1. http://ezumie.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  2. http://myraayreenmurshemellow.blogspot.com/2011/03/ben-ashaari-aku-benci-rokok.html
  3. http://izzi8990.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  4. http://fizalinolie-buahhatiku.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  5. http://syuwaistory.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  6. http://melo-jieha.blogspot.com/2011/03/segmen-aku-benci-rokok.html
  7. http://nikeima.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  8. http://zaihazrasulaiman.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  9. http://kchhitam.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  10. http://cendawanungu.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  11. http://akusipencari.blogspot.com/2011/03/aku-benci-i-hate-rokok.html
  12. http://supersillystoryland.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  13. http://aynzumi.blogspot.com/2011/03/segmen-aku-benci-rokok.html
  14. http://semanismulut.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  15. http://deaohlala.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  16. http://aremelyna.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  17. http://supersillystoryland.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  18. http://alifaimanaqil.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  19. http://cikyuz87.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  20. http://pinkbiru.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  21. http://quraishahir.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  22. http://sayameeya.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  23. http://mystorymira.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  24. http://atia-gadismelayu.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  25. http://katekatekite.blogspot.com/2011/03/kite-benci-rokok.html
  26. http://noorfanasir.blogspot.com/2011/03/segmen-aku-benci-rokok.html
  27. http://rashatie.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  28. http://sekamarrindu2009.blogspot.com/2011/03/tajuk-aku-benci-rokok.html
  29. http://fatin-hidayah.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  30. http://ikmalira87.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  31. http://shahielac.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  32. http://aizamia3.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  33. http://ajuera-story.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  34. http://www.hidayahmohdsalleh.blogspot.com
  35. http://kkpyacrita.blogspot.com/2011/03/segmen-aku-benci-rokok.html
  36. http://farhanamasdo.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  37. http://zamahyuddin.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  38. http://virgomissi.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  39. http://fifahnazri.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  40. http://whenisaidsomething.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  41. http://naurahnawwarah.blogspot.com/2011/03/ben-ashaari-aku-benci-rokok.html
  42. http://bibie-mumui.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  43. http://fuyohblog.blogspot.com/2011/03/segmen-aku-benci-rokok.html
  44. http://rumahwarnacoklat.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  45. http://mylifesstoryblog.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  46. http://amyzzkerol.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  47. http://gadisarawakcorner.blogspot.com/2011/03/saya-hanya-benci-rokok-tapi-bukan.html
  48. http://ahmadnoraznizam.com/blog/2011/03/22/aku-benci-rokok/
  49. http://eimah2328.blogspot.com/2011/03/segmen-aku-benci-rokok.html
  50. http://herplatform.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html

Jangan ada ' ikut selera masing masing ' !

 

Alhamdulillah .. kehadiran pihak polis di kawasan Stesen Bandar Tasik Selatan yang mana menempatkan hentian bas , erl , lrt dan komuter ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan jenayah di kawasan ni .. Yelah , ni kawasan orang ramai kan.. sepatutnya orang awam tak perlu ada rasa takut untuk berada di sini ..

OK.. ini sekadar pendapat aku ... Sebagai seorang blogger tidak patut ada pendapat " ikut selera masing masing " bila memberi pendapat atau mengomen ..

Kenapa aku kata begitu ? Sebab tiada pendirian .. Aku bagi contoh eh .. " Ayam kfc lebih sedap dari ayam mcdonalds " .. Maka akan ada pendapat , " ikut selera masing masing la " .. Apakah itu pendapat ? Ya .. tapi tidak menunjukkan kematangan dalam memberi pendapat ..

Pendapat aku la kan .. sepatutnya dia menyokong atau membantah .. tu jer .. tak boleh nak berdiri atas pagar .. Berdiri atas pagar ni , bagi aku .. nak selamat la..

Jangan lupa.. Ada yang membaca entri dan pendapat tu.. Bayangkan jika trafik diblog tu tinggi.. Mesti diorng pon akan membaca pendapat pendapat tu.. Jika diberi pendapat yang bernas atau menentang , pastinya mereka nak tau siapa yang memberi pendapat tu kan ? sudah pasti mereka akan klik nama orang tu kan ?

Kalau pendapat yang biasa biasa.. rasa rasa ada tak diorng nak g tengok sapa tu ?? Aku rasa la.. aku rasa yer.. tak de punya .. sbb kalau aku sendiri pon buat gitu.. Sapa sapa yang bagi komen yang bernas dan logik , aku g masuk blognya.. Jika menarik , aku akan terus promote blognya ..

Ni sekadar pendapat aku sebagai seorang bloggger diatas penulisan blog..  Cuba fikirkan .. Kalau tak terima pon , ok je.. aku cuma bagi tips jer ..

Dalam memberi pendapat , aku rasa la kan

Penting ke Ruang borak di blog ?

 

Ada yang kata penting .. senang nak blogwalking ...  Ok.. aku pernah letak sekali je.. tu pon tak sampai sejam kalau tak silap aku.. pastu aku buang .. sbb tak nampak kegunaannya..

Ops.. masa tu aku baru ada blog ok ! Aku suka letak widget .. cantik.. tapi berat pulak bila nak bukak kat hp ... Aku buang jugak .. pastu aku letak je apa yang korang nampak sekarang .. tu je la..

Bagi aku ... ruang borak hanya untuk blogwalking .. kecuali mereka yang gunakan untuk bersoal jawab ..tapi sebenarnya tak de pon.. jadi tempat pembuangan sampah lak .. maaf la yer tapi tu la hakikat ..

Sebenarnya kan ..bagi aku , sebagai seorang blogger , apa yang penting ialah entri .. Kalau mereka masuk  dan baca .. lalu mereka komen di entri bermakna 'hiduplah' entri itu .. Kalau tidak komen , lain kali cuba kasi 'perasaan' skit pada entri tu ..

Jadi , di situ .. korang boleh kasi di mana kekuatan blog korang .. apakah kerana entri atau blogwalking .. beri tempoh untuk berjaya.. bukan sehari dua untuk naik ...

Cari kekuatan pada blog .. jangan asik guna adat turun temurun blogger.. Jadi kreatif... bijak .. okeh ?

Kena bijak bermain emosi ...

 

Aku tak tau blog lain .. sbb aku bukan kaki blogwalking .. Aku masuk jika dipelawa ... termasuk juga blog blog yang di bloglist aku tu ha ..

Jika blogger nak trafik tinggi tak hengat punya , aku syorkan berguru dengan blogger pakar SEO ... Apa itu SEO , boleh google.. serius , dalam masa 1 minit dah dapat jawapan ..

Sekarang ni aku tak gemar bermain dengan SEO .. Aku lebih suka cipta komunikasi dengan pembaca  melalui entri .. Aku cuba buktikan dengan entri aku mampu menyampaikan perasaan aku dan pendapat aku tanpa segan silu punya .. hehee.. dan pembaca memberi respon .. Terima kasih ..

Biasanya aku suka buat entri bersifat dua alam... tersurat dan tersirat... dan kadang kadang aku gemar main dengan emosi pembaca .. Tujuan adalah mengelakkan pembaca bosan dengan blog ini ..

Bukan mudah .. silap silap pembaca akan lari ... Tapi pembaca pon bijak ... bagi yang dah lama follow pastinya tau niat aku sebenarnya ..

Aku bukanlah insan yang mulia apatah lagi cemerlang .. Apa yang aku sampaikan cumalah berdasarkan pemerhatian dan juga pengalaman.. Mana mungkin aku bicarakan soal curang jika tiada pengalaman ? Eceh.. kantoi.. hahaha ... Tak tak. tang tu , aku selalu dicurangi !! Grrr.. hahaha..

Balik ke topik asal .. Jadi , sebagai blogger .. kita kena bijak.. adakan musim di dalam blog .. jangan asik nak tsunami trafik tapi pembaca tak kenal blogger tu .. Yelah , kita nak gak sapa yang cipta lagu negaraku tu kan ? Ari ari dok nyanyi tapi tak tau sapa penciptanya ..

Untuk majukan blog.. sehari bukan satu entri ye adik adik , akak akak , abang abang ..

Kes LELAKI Luar biasa ??

 

Tau kenapa ? Aku saja je buat begitu supaya perempuan perempuan yang masih muda dan asyik dalam percintaan terbukak mata sedikit ..

Kala ini mereka tak nampak apa apa .. segalanya indah belaka .. LELAKI adalah segalanya bagi mereka .. sanggup lakukan apa saja .. kan ?

Tapi tengok la apa jadi bila dah kawin ? Walaupun bukan semua , tapi hakikat ini ada dalam dunia rumahtangga tak kira apa jua bangsa di serata dunia ..

Aku saja kata dalam entri dalam entri INI , kalau LELAKI curang , itu adalah  KES LUAR BIASA sbb mana ada lelaki nak mengaku dia curang dan kalau perempuan yang curang , pastinya lelaki akan berusaha menangkapnya dengan sendiri .. maka itu kes biasa .. alasan untuk lelaki berpisah .. 

Banyak mintak pendapat aku dan bila aku bagitau , "eh , tak mungkin dia curang " ... akhirnya , " ya la, dia curang " ... Tak ke tu kes luar biasa ?  ... Kalau kes biasa " lama dah i tau dia curang " ..

Apa mau buat ???  Akhir zaman.. perempuan makin ramai ... lelaki berkualiti makin kurang .. jadi dari terbiar begitu saja , lelaki berkualiti ni penuhkan je kuota yang ada .. hahahaha.. aku guwau je laaaaa.. hhahaha ..

Korang ni.. asik nak serang aku jer... jom layan kopi tongkat ali dulu ! hahaha..

Kenapa kami benci rokok ?

 

Kenapa dan mengapa... kena baca sendiri .. kan kan ?

  1. http://sukadukacahayaqaseh.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  2. http://mibas.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  3. http://carutankarutaryl.blogspot.com/2011/03/segmen-aku-benci-rokok.html
  4. http://emasriee.blogspot.com/2011/03/segmen-aku-benci-rokok.html
  5. http://qasehsufi.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  6. http://jack-sietbalau.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  7. http://teratakchinta.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  8. http://muniradon.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  9. http://sikucenghitam.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok-segmen-ben-ashaari.html
  10. http://rozita-ceritaita.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok-ben-ashaari.html
  11. http://noraenjalil1309.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  12. http://slumberznanie.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  13. http://day-an-i.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  14. http://pwincessloveydovey.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  15. http://topimagine.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  16. http://aznanaaz.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  17. http://wahidathakhrim.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  18. http://cekedismanis.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  19. http://putrilyanie.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  20. http://mncitmchuk.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  21. http://bloginimyblog.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  22. http://budingyun.blogspot.com/2011/03/kisah-gua-dan-perokok.html
  23. http://geekzster.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  24. http://akmallrazlan.blogspot.com/2011/03/segment-ben-ashaari-aku-benci-rokok.html
  25. http://hanim-roslan.blogspot.com/2011/03/segmen-aku-benci-rokok.html
  26. http://akmallrazlan.blogspot.com/2011/03/segment-ben-ashaari-aku-benci-rokok.html
  27. http://hackerz91.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  28. http://hasrisa.blogspot.com/2011/03/segmen-aku-benci-rokok.html
  29. http://khairunnisasurfina.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  30. http://adialuvluze.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html

 

     

Nape laki kejam sangat??

 

Psst.. ini entri pilihan ...

wah..pagi-pagi dah kuakan statement panas ek?pasal kejam merejam ni..heheehe..saje nak share je ngan korang satu cite.bukan pasal aku tapi pasal kawan aku punye kawan punye kawan punye kakak!lalalalala...cite nye pasal laki dia curang dengan dia.ha...camne kantoi?? pasal bini satu ari tue terbuka ati nak meng'stalk' hp laki dia. ye la...dia pon nak tau gak nape laki dia asyik susah ati dok ke hulu ke hilir cam mati bini je..padahal bini elok je dok depan mata!haih~ =.=' bile dia bukak-bukak je mesej hp laki dia pe lagi..terkezut beyuk la pasal ade mesej-mesej sayang menyayang dengan pompuan lain!siap ber FB-FB lagi!mana terbakar ati member ..

sambungan > SINI

Kenapa LELAKI CURANG ???

 

Sat usha line.. kot wife call ke apa kang .. tajuk panas nih ... Kalau perempuan curang tu , biasa dah kan ? LELAKI CURANG tak biasa ke ??? TAK okeh !! LELAKI CURANG adalah kes LUAR BIASA !

Kenapa luar biasa ? Biasanya lelaki tak suka curang .. betul .. Diorg ni spesis terus terang .. Tapi camana la nak terus terang ? Baru nak ' Aaaaa ' , terjojol sudah mata si pasangan dia .. Tu baru mata .. tak lagi kena serangan tornado , Scud , Tomahawk dan sebagainya..

Bayangkan kalau LELAKI sebut , " U , i nak .. " Belum habis kata lagi , halilintar membelah bumi ! Tsunami dan juga gempa bumi melanda diri ! Padahal nak tanya je  " U , i nak belikan u ... " haa...

Camana la LELAKI tak curang ??? Habaq maiii .. Nak terus terang pon takut wooo.. Sat sat.. bukan takut .. malas nak gaduh ... Menang dah tentu tapi tu la.. Tak larat tengok tsunami dlm rumah tu haaa..

Ok.. skang kita ke isu utama.. hahahha.. intro panjang wehh .. hahaha..

Majoriti perempuan fikir dia dah lakukan yang terbaik .. mencantikkan diri untuk suami / pasangannya .. cakap dengan lemah lembut .. masak .. jaga makan pakainya .. tapi LELAKI tetap nak curang gak !

Haih.. betul ke dah cukup ? Cuba check betul betul ... Bagaimana rupa bila nampak suaminya bila pulang kerja ? Ayat pertama yang keluar dari mulut ... Soal perasaan ... dan banyak faktor sebenarnya kena tengok..

Tu kalau benar la nak jaga pasangan lelakinya tu ... Sebenarnya tak susah jaga laki ni .. Serius .. LELAKI ni cam baby.. perlukan perhatian .. sangat sangat .. tapi jangan dimanjakan.. hanya perhatian .. Sesungguhnya jika tawan hatinya dengan 'perhatian' itu maka , LELAKI nak curang pon akan fikir berkali kali...

Kenapa aku kata lelaki akan fikir berkali kali jika nak curang ? Sebab ditangannya ada mutiara .. Kenapa perlu dilepaskan mutiara itu ? Jika curang bermakna , LELAKI itulah tidak layak untuk perempuan tersebut !

Jadi ... Nikmatilah kehidupan ini .. Masa yang ada tu , gunakan sebaik mungkin .. Kelak dalam kubur , pasti kita akan menyesal kerana tidak gunakan masa yang ada itu untuk beramal kepada Allah .. masa tu , tunggu je la kena libas !

Sapa lu mau cinta sama gua ??

 

Kenal semalam , hari ni dah kata I LUV U ! Mak aih .... cepat benar ? Tau ke cinta tu apa ? Meh sini nak check poket tu .. ada berapa ringgit dalam poket tu ? 

Budak sekolah terutamanya .. Pakat main LUV LUV jer.. bila tegur , melenting ! Aiseyman.. Bila sakit , tau pulak dok MAK MAK MAK ! Bila mak tegur , kata dah besar ! Dah matang ! Huih.. Matang tang mana ? Mai habaq sat ??? Duit pon mintak kat mak lagi , ada hati kata matang ?

Tolonglah .. CINTA tu bukan dari mata turun ke hati .. Tu gatal namanya ! Betul apa ?? Dari mata turun ke hati .. terus terdetik dalam hati .. WOW .. cun ? hensem ? aku tergoda ? Atau WAH ! Aku sudah jatuh cinta !! Apa kes ?? Tang mana yang ekau jatuh cinta ?? Fizikal ? atau keperibadiannya ?

Maka hati hatilah.. zaman sekarang ni perempuan pon pandai bermain kata kata.. Tu belum sambil berkata sambil jari jemari bermain main di bahu ! Abis tergoda cik abe tu haaa...

Lelaki , sudah pastinya pandai bermain kata kata tetapi perempuan sudah bersedia .. bukan mudah menaklukinya namun sekali dijajah maka menyerah ! Adoii..

Tau.. aku tau.. CINTA PADA ALLAH .. CINTA PADA RASUL .. CINTA PADA AGAMA ..tapi sebelum nak melafazkan segala kata tersebut , fikirlah dulu ... apakah kita melakukan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang  Allah ?  ;)

Akhir kata .. belajar cintai ibu bapa kita .. ahli keluarga kita , masyarakat kita , negara kita .. baru anak dara atau anak teruna orang ... sbb nak mencintai diorg ibarat nak menjajah sebuah negara !

" Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


(QS. Ali 'Imraan, 3:31)

Kami cuma benci !!

 

ROKOK .. okeh !  Mereka pon begitu juga .. Kenapa mereka benci rokok ??? Tak perlu tanya dah ! Korang leh tau sebab musabab mereka ! Cerita banyak taarakk.. g baca sendiri !

 

  1. http://www.qasehdalia.com/2011/03/aku-benci-rokok_22.html
  2. http://itsmeshielafirdaus.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  3. http://syuhadahrazali.blogspot.com/2011/03/segmen-aku-benci-rokok.html
  4. http://nikaviolet88diary.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  5. http://bintang2aween.blogspot.com/2011/03/segmen-aku-benci-rokok.html
  6. http://herstoriie.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  7. http://pycahabdulrahim.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  8. http://theuglyreality-hanisa.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  9. http://yayashahrizan.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  10. http://faraaaahalim.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  11. http://mylifemimie.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  12. http://hidupdaku.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  13. http://hariskaito.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  14. http://akukanila.blogspot.com/2011/03/segmen-aku-benci-rokok.html
  15. http://dillaroslan.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  16. http://azfar9897.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  17. http://pedachepallar.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  18. http://mawarmawarputih.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  19. http://shares-something.blogspot.com/2011/03/segmen-aku-benci-rokok.html
  20. http://areliff-mastermindz.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  21. http://speckygurlz.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  22. http://illustrasiaku.blogspot.com/2011/03/aku-cukup-benci-dengan-rokok.html
  23. http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/03/sayang-rokok.html
  24. http://eyqasara-marie.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html
  25. http://noraleenaanwar.blogspot.com/2011/03/aku-benci-rokok.html

Alhamdulillah.. ada gak lelaki sudi bagi buah pendapat ... Terima kasih ..

SEGMEN : AKU BENCI ROKOK !!

-TUTUP SUDAH-

Memula ... kita lihat , apakah itu ROKOK ...

image

Dah tau ? Jom kita mulakan SEGMEN minggu ini .. heheh ...

image

1. Sila letak banner diatas ni .. yang gambar aku tu haaa...

2. Tajuk : AKU BENCI ROKOK dan linkkan ke entri ini ..

3. Sila nyatakan KENAPA ANDA BENCI ROKOK ? Mesti lebih dari 100 patah perkataan ..

4. Pesanan buat mereka yang merokok dan bakal merokok !

5. Pendapat anda mengenai mereka yang merokok ini ..

Siap ? sila pastekan url entri korang di ruangan komen ini ...

TUTUP .. TENGAH MALAM INI ( 22/3/2011 )

Insaf sebentar ...

Antara sifat manusia ialah ... TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH .. SUKA MEMIKIRKAN DERITA DAN MENENGGELAMKAN SEGALA KENIKMATAN ...

Malam tadi.. sewaktu dok bz mengupdate blog sambil cemburu melihat wife yang dah sedap melenakan diri sedangkan aku masih dok mengetuk keyboard ini , aku layan rancangan TANYALAH USTAZ di TV9 ..

Hurm... mmg benar benar menusuk kalbu aku la setiap kata kata dia .. mau aja aku rekodkan segala bicara dia .. Sangat sangat menarik ...

Antara yang masih aku ingat , manusia ni cepat benar lupa .. Menerima tapi tak tau nak memberi .. Sebagai contoh derma .. Takut benar muflis bila menderma sedangkan bila menderma sebenarnya rezeki akan masuk lebih banyak ...

Hurm... manusia nampak penderitaan .. sedangkan dia dalam kenikmatan .. Sebagai contoh .. Aku baru kehilangan kasut ... sedangkan ada yang baru kehilangan kaki ... Hurm.. contoh lain , boleh pikir la sendiri kan ?

Aku dalam dunia blog .. mereka kata aku dah berjaya.. sedangkan aku melihat kepada blogger lain yang lebih berjaya .. Sepatutnya aku bersyukur dan pada masa sama bergerak ke hadapan lagi ..

Sama juga dengan blogger blogger lain.. dok merintih laa kata blog takde orang baca sedangkan dia patut bersyukur sbb boleh juga buat blog berbanding mereka takde jari nak menaip atau buta mata untuk punya blog sendiri.. Tu contoh jer..

Hurm... sama sama kita fikir ..

Jangan ingat kita dah bagus ..

 

Video segmen sembang aku bersama Cikgu Siti Hajar dah keluar ... Tengok dah ? Ya.. aku tau.. tak menarik pon .. Tak kisah la.. janji aku dapat pengalaman ...

Sewaktu aku di sana bersama sama dengan krew 1TUBE.MY dan NAJWA LATIF , aku tengok bagaimana anak anak  buah Cikgu Siti Hajar berlatih menyanyi...

Mak aihhh ... serius .. aku mmg angkat topi la.. ni baru dok belajar menyanyi.. kena yang dah pro tu ? Perghhh... mau menangis aku dengar !

Bukan apa .. bukan mudah sebenarnya nak buat sesuatu yang kita minat.. Takat minat je pon tak guna kalau tak mendalami ilmu bidang tersebut .. Jangan ingat kita boleh pegang mic , dah boleh menyanyi kat stadium negara !

Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka ..

 

Paderi anti-Islam bakar al-Quran

Paderi Amerika Syarikat yang anti-Islam, Terry Jones, memutuskan bahawa al-Quran ‘bersalah menyebabkan jenayah’ tertentu dan mengatur sesi pembakaran kitab suci itu di gerejanya, kelmarin.

Pembakaran itu dilakukan paderi Wayne Sapp di bawah pengawasan Jones yang mencetuskan bantahan terhadap rancangan untuk membakar al-Quran sempena sambutan memperingati serangan 11 September 2001 (9/11).

Upacara membakar itu dilakukan selepas sesi penghakiman hanya lapan minit sebelum memutuskan kononnya al-Quran didapati bersalah dan dihukum.

Kitab itu direndam dalam minyak tanah selama sejam dan diletakkan dalam dulang besi di tengah-tengah gereja itu sebelum Sapp menyalakan api dengan pemetik api barbeku. Kitab itu di bakar selama 10 minit sementara penonton mengambil gambar.

Jones dikutuk hebat banyak pihak termasuk Presiden Barack Obama, Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton dan Setiausaha Pertahanan, Robert Gates berhubung rancangannya membakar kitab suci Islam, September lalu.

Dia tidak meneruskan rancangannya dan berikrar tidak akan melakukannya sebelum menyatakan dia sudah buat keputusan.
Kali ini, Jones berkata, dia sudah memberi dunia Muslim peluang untuk mempertahankan kitab itu tetapi tidak mendapat maklum balas.

Paderi itu merasakan beliau tidak dapat menjalankan perbicaraan sebenar tanpa hukuman sebenar. Upacara itu dibuka pada orang ramai dan hampir 30 orang menyertainya.

Jadwiga Schatz, yang datang untuk menyokong Jones, meluahkan rasa bimbang dengan perkembangan Islam di Eropah.
“Penganut agama itu pada saya seperti raksasa. Saya benci mereka.
“Ini adalah pengalaman sekali seumur hidup,” katanya.
Jones menganggap majlis itu berjaya. – AFP : SUMBER - BHARIAN

 

Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka ...

Video - Segmen sembang-sembang Ben Ashaari bersama Cikgu Siti Hajar

 

Kalau slow , sila klik SINI

Bagi yang berminat nak belajar menyanyi dengan cikgu SITI HAJAR ( bekas guru vokal AKADEMI FANTASIA ) , sila ke alamat ini ..

Lot 01-53B , 1st Floor , Galaxy Ampang Shopping Centre , Taman Dagang , 68000 , Ampang , Selangor ...

Rujuk pada SITI HAJAR  ( 016 335 5851 ) atau RIMA RASHIDI ( 014 338 211 )

Jangan memaksa ... gunakan psikologi ..

 

Kebelakangan ini , bisnis nak cepat kaya mmg banyak .. ada yang menjadi dan ada yang tidak ... segalanya adalah rezeki dari Allah.. bergantung pada usaha kita juga ... rajin dan kemahuan kita ..

Ramai rakan rakan aku terlibat sama ... hasilnya tidaklah seperti yang diharapkan .. Bukan salah bisnis tu tapi salah mereka juga .. Mahu kaya tapi goyang kaki .. tu tak boleh la kan ...

Sama seperti blog ... ramai ingat semudah itu boleh dapat duit .. Asal buat blog mesti dapat duit.. Grrr.... mana boleh bang .. kita kena rajin gak... bukan takat rajin jer .. haaa.. sabar...bijak... kreatif... dan minat...

Cuma yang tak bestnya , dalam mendapatkan orang bawahan .. ada sampai memaksa rakan rakan .. bila mendapat jawapan  TIDAK , mereka seperti tidak berpuashati.. hurm..

Jangan begitu.. sapa nak tanggung kerugian mereka ? Jangan janjikan sesuatu yang tidak pasti... Bagi aku mudah jer.. Kalau nak kaya , kita kaya dulu.. buktikan ..baru bawak rakan rakan yang lain.. Kalau nak jatuh pon , kita je.. tak la kawan kawan pon terlibat sama kan ?

Nasib baik !

 

Salam .. selamat pagi ..

6.20 pagi ! Mmg 2-3 kali gak terjaga.. Kul 5 , 5.20 dan hampir terbabas ! Segalanya kerana ....

Aku mimpi ... Dan ada mamat blogger jantan ni pon leh ada dalam mimpi aku ni .. Tapi peliknya , sekadar namanya .. tapi fizikal orang lain.. tu yang aku hairan bin ajaib...

Mimpi aku dan rakan rakan menginap di berek tentera ... Atas apa tujuan menginap di sana aku tak pasti .. Rasanya ada show la kot .. Tapi aku tak terlibat laa.. hehe.. kenapa ?? Ada ke show zapin !!! Mamat blogger tu menari baik punya lentik . adoi.. tak tahan aku tengok ..

Tapi.. jeng jeng jeng.. bila tiba malam.. kitorng tak leh tidur.. bilik kitorang diganggu abis abisan.. mmg kitorang lari sana sini .. huwaa.. mmg evil dead laaaa..

Kawan kawan perempuan ( tak kenal pon tapi cun wooo ) tak pulak kena kacau .. pelik tu.. kitorang je la.. sampai satu tahap aku sendiri panjat pagar lari keluar dari situ .. tapi kat luar pagar tu lagi banyak antu .. ekekek.. ngarut tul ..

Ni kira cam resident evil punya cerita la... nasib baik time aku nak kena cekik tu , aku terjaga.. bayangkan laa kalau kena cekik ??? Mau aku jerit kuat kuat.. takat ni aku jerit pon " Allah Huakbar" je la... tapi sah sah wife kejut aku.. hahahha... Banyak kali dah terjadi..

Bab hantu , mmg aku layan mimpi punya ..haha.. kenapa ? Best woo mimpi hantu.. lena je tidur.. hahaha.. sedar sedar hujan lebat... pakat laki bini tolak suruh mandi dulu ! Grrr...

Blogger lelaki tu sapa ? Ceh .. si ADIBUDIKA ! Ni gara gara dia merajuk ngan si SUNAH MUHAMMAD semalam punya kes la ...

Baru nak tidur.. Ada soalan untuk aku lak !

 

" abang ben, nak tanye sat. ape abang ben rase bile mereka-mereka nie (arkitek,engineer,doktor ect) bace and jadi follower abang ben ? "

 

Sebenarnya ... korang yang singgah ke blog ini , tak kira pembaca senyap atau tidak , yang mengomen atau tidak ... sangat mengujakan aku !!

Tak kira umur , pangkat , bangsa , jantina ... korang semua terbaik bagi aku !!

Sehingga kini aku berblog adalah kerana korang .. Setiap entri aku , adalah kerana korang ... Korang sumber inspirasi aku .. Korang adalah idea aku .. korang adalah kreativiti aku... Korang adalah segalanya bagi aku ..

KORANG adalah PEMBACA blog ini .. Tak kira apa jua panggilan atau gelaran .. ANDA SEMUA TERBAIK !

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGHABISKAN MASA BERSANTAI DI BLOG BEN ASHAARI !!!

Pesanan buat pembaca blog BEN ASHAARI ...

 

Entri terakhir sebelum aku mengucapkan selamat malam , ampun maaf dan jumpa lagi.. eceh..

Mudah dan ringkas ... Kalau jumpa mana mana blog yang kritik aku secara terbuka dan kritikannya itu tidaklah berasas dan juga tidak berakal ... sila biarkan jer.. tak perlu komen atau sebarkan .. Biarkan jer ..

Kenapa ? Sebab mmg itu cara terbaik dan paling pantas untuk naik .. Keji kan ? hahaha .. lantak ler ...  Ini bukan isu sapa sapa bantai aku malam ini atau pagi tadi atau bila bila .. :)

Kalau kita layan mereka mereka ini , maka kita pon sebenarnya menjayakan agenda mereka.. mmg itu kemahuan mereka.. ingin melihat kita melatah .. Bila kita melatah , mereka suka .. senyum.. sebab dapat tarik perhatian ..

Macam tadi , pengkritik tu rasa seolah olah semua FOLLOWERS FANATIK BEN ASHAARI akan serang dia , malangnya dia silap.. Satu tindakan bijak dari rakan rakan pembaca.. WAT DEK !! 

Itu je la.. semoga esok akan lebih ceria dan aku nak bangun awal ! Bos awal awal dah sediakan keje untuk esok .. huwaaaaaaaaaa....

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI