Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 26 Mac 2011

Macam macam perangai …

 

Baru balik dari MAEPS.. Patut sedap semacam jer.. hehehe.. dan kesannya.. aku pening kepala skang… hahaha .. Salah sendiri la .. terlupa.. makan tak beringat.. nasib baik aku kalut update blog kat sana tadi.. kalau tak ? sah sah aku melantak lagi banyak ..

Esok , ada kenduri kawin lak kat Maktab  Pegawai Kanan PDRM di Cheras.. makan lagi… tapi kalau dah keadaan begini , agak menyukarkan aku ni untuk bergerak .. aiseyman ..

Petang tadi , aku terima panggilan telefon dari kawan aku … hurmm.. berhubung satu kes ni la.. Haih .. geleng kepala aku mendengarnya.. Orang kita ni kan , kalau bercerita mesti nak ada ajinamoto kan ? Kalau tak , tak best langsung cerita tu kan ? entah lah …

Satu lagi.. entah mana sesat laaa makhluk asing dalam FB aku .. kenal pon tidak .. tau tau kata aku gila ! Bila aku masuk ke FB dia , tenyata dia yang gila.. dok mengarut dalam FB dia .. bila tengok gambar gambar dia .. hurm.. patut laa..

Entahlah.. mintak maaf la yer dik .. abang terpaksa remove n block adik .. sbb adik yang buat gila kat FB abang .. maka tu je la abang leh buat .. bukan salah abang yer.. mungkin salah jiran adik tu kot yang mempengaruhi sosio ekonomi di tempat adik tu.. Haa .. tengok ! penyakit adik berjangkit dah kat abang !! Arghhhh…. Kuarantin segera !!

Kenapa perlu 1TUBE sedangkan ada YOUTUBE ?

 

Soalan budak sekolah yang mana budak tadika boleh tolong jawabkan .. Kenapa perlu PROTON padahal dah ada TOYOTA ? Atau kenapa perlu INSPIRA sedangkan ada MITSUBISHI ? Atau kenapa perlu makan lempeng sedangkan ada PIZZA HUTS ?  Kenapa tengok UPIN dan IPIN kalau dah ada BEN 10 ? hehehe.. nak gak sebut nama aku tu.. eceh..

Kadang kadang aku pelik , camana mereka berfikir ? Sangat mudah tapi tamo fikir .. Kalau semua nak sokong produk luar maka orang kita ni akan bergantung sepenuhnya pada mereka sampai bila bila ..

Produk tempatan vs produk luar negara ... walaupun tak setanding tapi sekurang kurangnya kita mampu punya produk sendiri... satu yang patut kita banggakan .. Kalau tidak , asik nak melancong luar negara je la kita.. abis semua duit kita mengalir keluar... camana nak maju ?

1TUBE.MY .. kenapa aku sokong ? Sebab ianya produk tempatan dan milik sepenuhnya orang melayu ! Sangat mudah .. nak sokong produk yahudi ? silakan ... Cakap tak serupa bikin.. aparaa...

korang g tengok sendiri kat chatbox 1tube.my sendiri.. memalukan ..

Bosan ? Nak sesuatu yang menarik untuk malam ini ?

 

Ini antara koleksi video temubual yang patut korang tonton...

dan ada banyak lagi.. Hanya di 1TUBE.MY

BLOG bukannya FACEBOOK …

 

Bila ada rakan aku baca blog aku , mereka tersenyum.. aku mengerti sangat  senyuman tu .. Kalau kau kata cerita macam ni dah boleh mendatangkan pulangan yang besar pada kau , aku pon boleh buat .. Seolah olah begitulah suara hatinya ..

Aku tak nafikan , ramai berfikiran begitu .. Malah aku sendiri pon dulu begitu … Bukannya susah nak buat blog.. Buat pastu promote.. sah ramai masuk baca..

Oh , kalaulah semudah itu pembikinan dan penjanaan pendapatan pada blog , sekarang jugak aku berenti kerja ..Tak perlulah aku bangun seawal pagi untuk bersiap pergi kerja kan ? Kerja je dari rumah ..

Apakah semudah itu ? Korang yang baru buat blog.. apa pendapat korang ? Semudah itukah buat blog ? Samakah buat blog macam buka akaun FACEBOOK ? Kita add je orang kasi ramai kawan kawan dalam senarai rakan rakan FB tu ? Samakah di blog ?

Hurmm… aku rasa , ramai geleng kepala tu.. bagi yang benar benar berblog , untuk mencari pembaca bukanlah satu perkara yg mudah .. nak mencari satu hal… nak tackle satu hal… nak kekalkan pon satu hal.. tu tak masuk lagi bab kena kritik ! Haa.. kalau hati kering pon belum tentu mampu bertahan .. takat hati kering tapi tiada perubahan atau perbezaan dengan blog lain , takkan meningkatkan kualiti pada blog tersebut.. hurm..

Aku senang je cakap .. Kalau senang , buatlah ? Aku nak gak tengok kawan aku ni popular …  :)

LELAKI panas baran ??? Apakah ubatnya ?

 

Aiseyman … baru cadang nak cuti 2 hari.. tapi tadi bukak FACEBOOK , ramai dah cari … rindu ehh nak baca ngomelan jantan ni eh ??? hahahah.. Bukan daku sengaja menghilangkan diri tapi keadaan memaksa aku .. Ni pon jap ada jap takde … geram jer rasa .. tapi tak leh nak salahkan sapa sapa kan .. dah nasib begini ..

Ok .. semalam ada pembaca mintak pandangan aku mengenai LELAKI yang punya sikap panas baran .. Sewaktu aku baca soalan dari dia tu pon aku dah ketawa .. Camana aku nak jelaskan dan bagi pandangan memandangkan aku sendiri pon spesis panas baran ????

Pergh.. terus terang tu… Ya , mmg aku panas baran .. tapi panas baran aku tak la tahap lempar barang atau pukul orang .. hahaha.. Aku punya panas baran , peringkat 1 baru.. yakni cakap keras … Grr..

Serius  ! Aku amat benci sikap ini… Aku tak tau la orang lain tapi aku rasa la kan , lelaki yang belum matang dan bersikap kebudak-budakan mmg akan bersikap begini ! Cepat melenting dan mengamuk ..

Kenapa ? Aku rasa sikap kurang sabar , kuat cemburu , terlalu fikir negatif adalah punca utama … Biasanya kes kes begini menyebabkan pasangan akan bergaduh.. dan perempuan akan terlebih dahulu berdiam diri .. mengelakkan dari pertengkaran menjadi lebih panjang dan ‘ganas’ !

Bagaimana nak mengelakkannya ? LELAKI perlu belajar bersikap terbuka .. Banyakkan bergaul dengan orang yang jauh dewasa .. Banyakkan beramal .. membaca Al-Quran berzikir .. beristighfar dan solat sunat  malah menghadiri ceramah juga boleh membantu .... Mendekatkan diri dengan Allah adalah jalan terbaik bagi menghilangkan sikap panas baran .. Ingat , keikhlasan terhadap amalan adalah paling mujarab.. Ramai ingat , dia dah buat tapi masih lagi tidak mujarab .. Cuba tanya semula.. apakah dia benar benar beramal dan ikhlas terhadap amalamnnya ?

Peranan perempuan di sini juga amat penting sekirangnya ingin membantu pasangan mereka dalam mengurangkan sikap panas baran ini .. Untuk menghilangkan bukan mudah .. akan mengambil masa .. Perempuan kena rajin membawa pasangan mereka mendekatkan diri dengan Allah .. Ya , aku tau ..sepatutnya LELAKIlah kena begitu .. Tapi jangan lupa , dalam bab bab begini , jangan berkira.. Kalau asyik berkira , lelakilah pemimpin , lelaki ketua keluarga , maka takkan kemana manalah korang ! Lelaki adalah ketua tapi perempuan adalah penasihat ! Ketua tanpa penasihat pasti pincanglah pemerintahan ! Jangan lupa itu ..

Ada yang kata , perkahwinan akan mengurangkan sikap panas baran lelaki .. Aku rasa tak tinggi pun peratusan tu.. Malah ada lelaki bertambah panas barannya selepas berkahwin .. macam aku kata tadi , paling baik ialah , pelajari ilmu agama .. Hayati segala ajaran yang di ajar oleh Rasulullah s.a.w  .. Insyaallah …

Yang penting , peranan perempuan ..Jika perempuan yang panas baran , lelaki la kena bertindak sebaliknya.. Kalau dua dua panas baran , simbah je ngan ais batu ! Asik ingat dia punya panas je !!

Ini cuma pandangan aku jer .. Apa pun sama sama cuba mengubahnya..

Bohsan malam ini ?? Aku ada cadangan

Malam ni ada Earth Hour kan ? Aku rasa banyak shopping complex akan sambut gak ni .. tapi lepas tu tak tau nak buat apa kan ? Haaa… aku ada cadangan ..

imageAku baru layan semalam dengan Ujang9897 ( tak ingat lak link blog dia apa ) .. Battle Los Angeles … Bukan aku berdua je la ngan dia.. kang ada pulak ingat aku gay.. Dia ngan tunang dia , YanaMIB dan aku bersama wife aku .. Member aku pon ada , Ady Hazman .. Dia yang uruskan segalanya.. hehehe.. Thanks bro … Ujang belanja aku semalam tuuu.. Cekedis dan air coke.. ok la kan ? Hahaha… Tqqqq..

Berbalik pada cerita tu … Bagi aku , cerita ni mmg best selepas INDEPENDENCE DAY … tolak tepi STAR WARS la.. tu mmg best gile..Berapa bintang ? Aku kasi 4 bintang sebab mampu buat aku tak ngantuk dan tak berkelip tengok aksi mereka …

image

Apa pon , jika boring malam ni , mmg sesuai g layan movie ni .. cadangan bagi mereka yang menghabiskan sisa malam ini la…

Tensen giler !

 

Aku tak tau kenapa sejak dari semalam aku tak boleh connect ke internet ! Aku dah buat panggilan untuk buat laporan , tapi diorg pon tak leh nak detect.. nak tak nak , kena tunggu 3 hari waktu keja baru leh tau.. hurmm

Jap ok jap tidak line dia ni.. Haihh…bila tak ok , punya la lama nak tunggu untuk connect …  Dah la tu , charger netbook aku lak tertinggal kat opis.. nasib baik ada ada satu lagi laptop kat rumah ni… tapi tu laa .. nak keluar berjalan sambil update dah tak dapat dilakukan untuk dua hari ni ..

Aku rasa mmg ni petanda suruh aku cuti berblog …. Yelah sejak aku mula berblog , aku tak pernah amik cuti lagi.. Walaupun sakit aku tetap update blog .. hehehe..gila kan ? Gila tapi berbaloi..

Tapi bila dalam keadaan begini , aku boleh rileks skit dan berfikir … Sekarang aku faham dah … aku tau apa yang aku cari dalam dunia blog ini .. tak perlu jadi cam diorg ! Aku perlu cari yang benar benar minat pada BENASHAARI.COM …

Psstt..malam Earth Hour eh ? Nak g sambut kat MAEPS Restaurant laa.. sambil makan steamboat.. layan wehh .. tak caya ? Atau nak join ? meh meh … baca kat SINI

Selamat pagi dan salam…. semoga hujung minggu ini membawa makna pada anda semua ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI