Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 18 April 2011

Bila mula bergelar 'POPULAR' ..

 

Tak kira sapa .. bila dah mula terkenal maka ramailah peminat .. pergi mana mana sekali pon , pastinya akan menjadi tumpuan ramai tak kira dunia realiti atau maya ..

Ramai yang aku perasan suka 'tembak' mereka yang bergelar popular ini dengan gelaran SOMBONG , BERLAGAK dan sebagainya .. Hurm... Apakah kita tau sebenarnya diaorg tu sombong atau berlagak ? Jika tidak ,sapa yang dapat dosa sebenarnya ?

Kita manusia.. ada kehidupan tersendiri.. Kita tak tau kehidupan orang lain tu camana .. Tahap kesibukkan mereka itu .. Bagaimana mereka membahagikan masa .. Sedangkan kita yang biasa biasa ni pon memanjang dok kata 'aku bz la ' .. bayangkan mereka camana pulak ?

Popular atau tidak sebenarnya .. kita kena pandai menghormati privasi orang .. Kadang kadang mereka perlukan ruang untuk diri mereka sendiri .. Kalau korang kata , sapa suruh diorng popular maka sebenarnya korang amat mementingkan diri sendiri !! Sapa suruh korang minat dia ?? 

Mereka popular atau tidak ... kita sendiri yang pilih .. Kalau kita yang pilih , maka kita yang sepatutnya bertanggungjawab atas pemilihan itu ..

Lelaki dan botak ..

 

Hehe.. keguguran rambut ? Lelaki cukup takut dengan keguguran rambut.. Perempuan ? tak kisah.. gugur ? Pakai je tudung .. ayu sentiasa.. hehehe ..

imageHilang machokah bila lelaki botak ? hurm.. hurm... aku rasa .. lelaki lagi bertambah macho bila botak ... kan kan ?

imageBagi aku la kan .. kalau dah botak tu , yang penting kena jaga penampilan .. Botak bukan bererti tamat dah hidup tu.. kalau pandai bergaya ... perghh ..

imageTak macho lagi ke kalau gini ? Kasi bikin skit badan ... botak tu ? Aiseymann... takde maknanyaa

image    Tak payah susah susah .. senyum je skit .. cair dahhh .. tapi hati hati.. jangan salah senyum ... kangg ..

image Dalam botol jadinya .. hahaha...

Bila dah botak tu , sebenarnya .. bawak bawak la insaf .. dekatkan diri pada Allah .. udah udah la tu jadi romeo.. kasi can kat orang lain lak .. kan kan ..

Semakin gemuk aku rupanya ...

Ahaks. .. lama tak timbang berat badan.. Tadi aku timbang ... 92kg !! hahaha... kalau normal bagi aku ialah 85... kalau kurang dari tu , aku nampak lagi kurus dan aku tak sukakannya ..

92kg.. sebenarnya aku tak gemuk pon.. angka je gitu ... air banyak kot.. hehee.. lagi pon mmg dah 2 bulan aku amik suppliment untuk naikkan badan aku lagi .. Bila dah naik , baru start cutting .. baru la jadi model CK .. Hehe.. cantik pe badan diorng .. dah dah... mula la pk aku gay.. Bila aku puji perempuan , kata aku gatal. puji lelaki camtu lak bunyinya.. hehe..

Picture 067Ok ok.. aku bukan nak cerita pasal aku gemuk.. hehehe.. aku nak tunjuk kat korang cincin perak batu purple aku ni haa... Bapak aku belikkan khas untuk aku.. tapi aku bayar balik .. hehehe..

221332_209171272439850_100000409372347_755314_3244004_oAmacam .. cun ? Murah jee.. yang penting sentimental value.. hehee... Berbalik pada cerita aku gemuk tu... haaa.. Gemukkah aku ? Tanya la geng gathering semalam.. aku gemukkah ? hehehe ..

Jom Bikin Filem : The Bloggers

 

Contoh terbaik dari otai penulis skrip drama/filem ... jeng jeng ..

Filem ini mengisahkan tentang Siew Ling seorang remaja cina yang amat meminati seni khat. Ini membuatkan ayahnya Siew Boon naik berang, ini kerana kredibilitinya sebagai seorang penulis kaligrafi cina yang termasyur tercalar. Sudah berkali kali Siew Boon meminta supaya Siew Ling mempelajari seni kaligrafi namun Siew Ling enggan. Menambahkan kemarahannya apabila dia mengetahui bahawa Siew Ling telah terpikat kepada cikgunya yang mengajar seni khat kepadanya iaitu Cikgu Martias.

Amacam ? Nak baca lagi ? > http://bit.ly/dHFP5K

Dan mereka yang dah menghantar cerita cerita mereka ..

http://bit.ly/hMtTdp

http://bit.ly/fnavx1

http://bit.ly/emC532

http://bit.ly/fJycpZ

http://bit.ly/emdNxe

Sapa paling best ??

BEN ASHAARI.COM sebuah blog segmen ?

 

Ada rakan blogger tadi tanya aku ... sekarang ni dia nampak blog aku seolah olah dah jadi blog segmen .. Dan dia syorkan aku membina sebuah lagi blog khas untuk segmen sahaja ..

Terima kasih atas pandangan dan teguran itu .. Sebenarnya motif aku buat segalanya disini selain dari promosi blog ialah , aku nak bina satu komuniti sihat diantara blogger sekalian.. Tak kira dalam Malaysia atau luar dari Malaysia ..

Aku guna pakai konsep masjid.. Masjid tidak semestinya tempat untuk bersolat saja.. Bila masuk waktu je , baru ramai orang datang hanya untuk bersolat ..  Masjid juga boleh djadikan pusat ilmu , pusat pertemuan atau pusat sukan .. Tak salah kan ? Kalau diasingkan , cuba bayangkan apa yang boleh terjadi ? Amik contoh pusat sukan yang agak jauh sedikit dari masjid.. sah sah malas nak berjemaah kat masjid kan ? Yelah , memula tu  mmg akan ada kepala ajak g masjid tapi lama kelamanaan ? Ada yang mula malas.. Tapi jika segalanya dalam kawasan masjid , bila masuk waktu je .. pasti akan berjemaah sekali kan ? InsyaAllah ..

Itu yang aku cuba buat dalam satu blog .. disini aku meluahkan perasaan.. di sini aku berkongsi maklumat.. disini aku berkomunikasi dengan blogger dan disini juga aku berkenalan dengan rakan rakan baru .. Pelbagai kelebihan yang aku dapat sejak aku kendalikan segmen ini .. Jangan fikirkan trafik.. Trafik aku tak sebesar mana pon.. Buat entri biasa lagi meriah dari segmen sebenarnya ..

Tapi itu cara aku .. Selain dari tu , aku secara diam mendidik blogger mengenai dunia blog dan dunia nyata terutama pada adik adik yang masih mentah dalam dunia ini .. Aku tak perlu terjerit jerit .. memberi kritikan pedas .. atau mengutuk ... sebaliknya hanya dengan entri biasa biasa saja dah memadai ..

Kita kena pandai main tarik tali.. ada kalanya kena lepas.. ada kalanya kena tarik ..biar seimbang ... Barulah cara tu kena .. Blogger yang ada sekarang ni bukanlah budak budak mentah .. Semua dah pandai belaka.. Tetapi , mereka seperti aku juga .. adakalanya terleka dan terlalai .. Maka dengan wujudnya komuniti beginilah kita saling tegur menegur dengan cara yang bijaksana .. Barulah takde sapa nak sakit hati atau bermasam muka ..

Dunia maya ni luas tapi kecil ..  Pi mai pi mai tang tu gak.. Aku biarkan segmen aku ini mendidik dan menyedarkan rakan pembaca dan juga blogger secara halus .... Dakwah gak kan ?

Segmen ISNIN : THE BLOGGERS

 

image

Hahaha.. ok ok.. ada blogger mintak aku buat segmen .. Maka inilah yang timbul dalam kepala otak aku .. hahaha ...

Berminat nak join ? Tutup kul 10 malam ni ... Apa yang korang kena buat ialah ... seperti biasa .. entri ...

  1. Letak header ben ashaari blog ..
  2. Tajuk : BEN ASHAARI BIKIN FILEM : THE BLOGGERS dan linkkan ke entri ini .. Kemudian letak letak gambar tersebut ..
  3. Korang dikehendaki mereka sebuah filem berdasarkan gambar dia atas .. Para pelakon / watak adalah blogger yang korang kenali .. Tulis nama dan linkkan ke blog mereka ...  Ada 9 watak dalam tu bermakna 9 blogger ... Sila jelaskan kenapa blogger itu menjadi pilihan korang ...  Kemudian buat satu cerita berdasarkan gambar dan watak tersebut .. Pandai pandai la korang eh .. Mesti lebih 4 perenggan dan tidak kurang dari 100 patah perkataan .. Yang tidak menepati piawaian , tidak akan di senaraikan ! OKeh ..
  4. Sudah siap , sila tinggalkan link url korang ke ruang komen ini ..

Terima kasih .. Mari tengok sapa paling kreatif... hehehe..KREATIF !!

Dan pemenang untuk ROUND 1 !!!

 

Pergh.. soalan mudah tapi ada yang dah muntah hijau ... Aku terima sebanyak 57 jawapan ....tapi sayangnya aku nak cuma 1 saja... hurmmm .... ok ok.. aku bagi 5 pemenang saguhati.. eceh ...

http://bit.ly/ijAdFG

http://bit.ly/exZTh6

http://bit.ly/cEJ4PS

http://bit.ly/fFy4Pn

Tapi sayangnyaaa.... hanya 4 jer yang betul !! Yang lain banyak salah satu.. uhuk.. camana tu ??? Tu sapa la yang menang ye dak ? Juara dah dapat duduk kat banner tu dah .. huhuhu...

Apa pon , terima kasih dan tahniah buat semua .. Sehingga kita berjumpa lagi , esok untuk round 2 .... ok ? Ke nak round skang ?? Haahaha...

GEGAR LAGI - ROUND 1

-TUTUP.... DAH ADA PEMENANG -

Untuk sertai segmen/game ni , sila buat satu entri baru ..

  1. Letak header BEN ASHAARI BLOG
  2. Tajuk : AKU VS BEN ASHAARI : ROUND 1 dan linkkan ke entri ini ..
  3. Sila jawapan soalan soalan ini ... Rujuk SENARAI BLOG di SINI
    1. Bilakah SEGMEN GEGAR LAGI ini dilancarkan ?
    2. Berapa banyakkah blog yang menyertai segmen ini ?
    3. Apakah nama manja blogger yang mengupdate senarai blog GEGAR LAGI ini ?
    4. Soalan berdasarkan KUMP 1 : Siapakah yang suka membebel ? Berikan url blognya..
    5. image siapakah nama blogger ini dan apakah url blognya ?

Tu jer .. Hantar jawapan anda dengan meninggalkan url blog beserta jawapan ke ruangan komen ini ..

Cara nak hantar adalah seperti begini : url blog + jawapan ... www.benashaari.com ( jawapan 1 : 1hb April 2010 , jawapan 2 : 9 blog , jawapan 3 : joe wings , jawapan 4 : www.benashaari.com , jawapan 5 : minah dan url blog www.minah.com )

Kena jawab macam tu.. selain dari yang ini , secara automatiknya ditolak .. ok ? Mulakan sekarang !!!

Segmen GEGAR LAGI bakal bermula !!

 

Haaa... amacam ? Semalam aku dah bagitau bahawa hari ini akan bermula segmen GEGAR LAGI yang mana akan aku bagi soalan mengikut kumpulan dan hanya satu pemenang saja bakal terpilih ... Kenapa satu ? Hahahaha.. yearghhhh... sebab pemenang akan diletakkan di banner ataasss tu.. Hanya akan berubah setelah ada pemenang soalan baru atau pada bila bila masa aku nak laa.. hehehe..

Ok.. berapa soalan akan aku bagi ? Rasanya 5-10 soalan mudah .. Aku cuma nak satu pemenang yang tepat dan pantas ... hehehe .. Kali ni , korang nak tiru ke apa ke.. lantak ler.. camana pon , aku nak paling pantas ...

Ingat yer .. hanya satu pemenang  .. PANTAS dan PALING TEPAT ... ok ? Amacam ? Korang dah berseeeeeedia untuk mengegarkan blog korang dan blog rakan rakan yang lain ???

Sebelum tu , g cari dulu korang dalam kumpulan mana .. cepat cepat .. Klik SINI untuk ke senarai kumpulan GEGAR LAGI ..

Jangan bagi aku marah boleh !!

 

Adoi.. tolong lahh.. wife aku ni suka benar provoke aku kasi marah .. Kang bila aku dah mula marah , bukan tsunami jer .. armageddon lagi !! haaa ..

Aku ni spesis yang susah marah ( yeke ? ) .. tapi bila dah marah .. pergh... tapi cepat gak cool ( yeke ? ) ... Cuma kebelakangan ni aku pelik skit je la ... Hurmm..

Apa yang peliknya ? Haa.. Aku tak perasan memula .. aku kat rumah , borak ngan wife ada kacuk sedikit bahasa .. KL + PENANG  + KELANTAN .. hehehe.. jadi rojak buah la bahasa aku tu .. Tapi bila aku marah je.. automatik aku cakap omputih .. camana tu ??? Hahhaha.. aku tak perasan gak memula .. tapi wife aku tegur.. " Pasal apa awak bila marah cakap omputih ? "

Aah ek.. aku pon pelik .. gamaknya marah dalam omputih tu lebih terserlah keayuan aku kot ?? hurm... bila dah cool , keluar balik penang aku.. hahaha..

Jadi tolonglah jangan bagi aku marah .. aku tak suka cakap omputih.. boleh ? hahahha..

Maaf .. tiada ruang untuk anda lagi !!

 

BEN ASHAARI , BEN ASHAARI II dah penuh laa .. 5 ribu dah .. tak leh nak sumbat dah ... yang dok queue pon ramai ni ... Ops.. apa cerita eh.. FACEBOOK ler... 

Terharu aku sebenarnya dengan sambutan ni diluar jangkaan ni  .. Yelah , sapa sangka kan ? Aku bukan artis.. bukan selebriti ..cuma seorang blogger yang cerita tah hapa hapa jer ..

Aku ingat nak bukak satu lagi cawangan.. erk.. akaun FB laa.. aiseyman.. menjeling dah pembaca pembaca ku ini. hahaha ... ileks arrr.. hahaha.. nak bukak BEN ASHAARI III tapi ada yang syorkan aku bukak kelab sendiri .. grrr..

Ni aku nak habaq kat korang korang korang semua ni.. Lama dah aku ada kelab aku sendiri ni .. tu.. kat tepi tuuu.. SANTAI BEN ASHAARI .. nampak tak ?? Klik LIKE je laaa..

Nak lagi best ? Tuu.. KELAB BLOGGER BEN ASHAARI tuuu.. klik jee.. masuk dan boleh promosi blog korang lagi.. Amacam ? Cukup tak ? Tak jugak ?? Ok .. try cari BEN ASHAARI BLOG lak.. haaa.. tu group.. hahaha.. ok dah kan ? Banyak dah tu..

Jadi , ringan ringankan jari jemari tu wat wat terklik LIKE n join apa yang patut korang nak join ..

Seperkara lagi... SEGMEN GEGAR LAGI akan bermula kejap lagi .. okeh !

Ruang iklan untuk di sewa ..

Kenapa di BENASHAARI.COM ??

Yang pertama ..

Blog dikunjungi lebih 156 ribu pembaca sebulan dan juga lebih 5 hingga ke 6 ribu lebih sehari dengan paparan blog lebih 300 ribu ..

image

Kedua ...

Lebih 4500 blog yang telah meletakkan backlink benashaari.com dan juga berada di bloglist mereka ..

Ketiga ..

Update blog lebih 10 kali sehari ..

Dan lagi ? Berminat ? Sila emailkan ke BENASHAARI.@yahoo.com

Bila otak buntu ...

 

Arghh.. dah dapat duduk dalam lrt tadi tak de idea pulak ... kena pulak duduk sebelah.. ehem.. sapa eh ? Hehe.. dalam lrt ni , toksah memilih .. duduk jer asalkan takde orang tua atau mereka yang tidak berkeupayaan berdiri depan korang ..

Bila dah bukak netbook aku tu , takde pulak idea menjengah .. Grr.. ni mesti otak buntu sebab tidur lewat malam tadi .. Wife lak happy sbb cukup tidur .. hurm.. tak pe la.. suami cari rezeki tambahan .. kan kan ? Sekurangnya semalam dapat la duit poket seminggu .. hehehe ..

Sampai kat opis .. 8.29 pagi.. satu minit lagi untuk memerahkan kedatangan aku.. Ala.. nape tak nak merah .. iskh.. aku suka merah nih. .sungguh.. hehehe.. sombong ..

Oh ya ... ehem... apa nak buat bila dah bukak netbook dalam lrt tapi takde idea ? maka g la usha statistik aku tu haa... bagi mereka yang tak tau lagi cara untuk analisa blog korang tu , aku cadangkan korang pakai GOOGLE ANALYTICS dan HITSTAT.COM ... cukup la untuk buat rujukan dan kajian mengenai blog korang tu haaa..

Macam blog aku ni ... penyumbang utamanya dari korang sendiri laa.. kedua , FACEBOOK , ketiga ... erk.. lambat pulak internet pagi pagi ni .. takkan diorng pagi pagi buta dah redah shopping online atau cari resepi ? Atau dah layan online game? Nak kata update blog , aku rasa tak punya.. mana ada masa diorg nak update blog .. Peliknya banyak pulak masa bersembang atau g bertepuk tampar eh ?

Arghhh.. liatnyaa .. bosannyaa ...

 

Salam .. selamat pagi ..

ARSENAL dan LIVERPOOL .. nasib baik aku tak layan bola dah .. bosan siot... Bukan bosan apa .. segalanya bisnis .. dah diaturkan ... bayangkan penjudi penjudi yang kalah semalam ? Pergh.. ketuk dahi .. sah ramai amik Arsenal punya.. eceh. hahaha.. Maaf la.. dah 3-4 tahun aku tak layan EPL .. makin ketara pembohongannya ..

Ni ha pagi pagi berita pasal artis  terpopular di abad ini , Memey ngan Norman yang tak reti reti hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kes khalwat dia .. Sorang bagi alasan ada shooting dan sorang lagi sakit ( Norman ) .. Adoi.. korang takde lawyer ker nak bagitau ?? Pergh... nikah je la woiii.. buhsan arr.. ruang berita korang tu leh letak berita pasal blogger rm1 juta ke .. hahahha.... aku guwau je okehh .. ilek arr..

OK ok .. malas nak bergossip panas pagi pagi .. Hujan ni .. nak sambung tidur kat ERL ... Ada mamarazi tak kat situ ?

Jangan fikir kita dah popular , kita dah tau segalanya !

 

Ok.. berblog nak kejar populariti ? Ramai menyampah kan ? Rasa berlagak cam artis pulak ! Artis pon tak gitu kan kan ? Pergh.. menyampah siut tengok .. Erk.. sapa nyampah sebenarnya ?

Hehe.. terpulang la atas apa niat sekali pon , Allah Maha Mengetahui .. Ngan kita boleh bohong.. ngan kawan kawan boleh temberang ... Ngan diri sendiri boleh sembang tapi hakikatnya sendiri je tau ..

Tak kira dah popular , dah otai , dah power ranger sekali pon , kadang kadang ada sesuatu yang kita terlupa atau terlepas pandang .. Maka  bila ada insan yang sudi menegur secara baik , apa salahnya terima dengan hati terbuka dan membincangkannya secara berhemah dan berakal ..

Malangnya ada yang perasan popular dan baru nak popular tak leh nak ditegur .. Sbb apa , dah ramai pengikut dan peminat .. Hurm.. Jangan lupa dan jangan ingat bila dah tinggi peringkat tu , maka kita tak perlu belajar apa apa lagi dah .. hurm..

Hidup ini ibarat pusingan roda .. aku dah rasa kat bawah ... tau peritnya ..

Aku suka blog ini.. Gathering lagi ???

 

Memula .. aku nak ajak bergathering sambil bershopping ... amacam ?? ?

image

Hahaha.. ok tak ? Kumpul ramai-ramai .. pastu gegar PWTC .. pergh.. usung kamera masing masing .. hahahah ... menarik tuhh..

Kedua...  aku baru redah blog ni.. sempoi.. takde kalut punya ..entri pon senang nak faham .. takde banyak bunga.. lalang pon takde .. terus dapat buah.. hahaha .. Blog mana aku kata ni ?? G tengok sendiri ... Gud luck ehh > SINI

Aku tak nak tonton MENTOR dah ! Maharaja Lawak bakal bosan ?

Huh... kenapa aku tak nak tengok ? Tak best ke ?? hurm... bukan tak best tapi dah tau sapa bakal juara .. Grrr... Nasib baik la dia tu mmg bagus .. Tapi tu la.. dah takde saingan ... Peserta peserta lain seolah olah tak boleh nak bersaing dengan dia dah ..

Sapa yang aku maksudkan ni ?? Aku rasa korang dapat tangkap la... Hehehe.. SALMA .. Protege Erra Fazira .. Sejak aku follow sehingga minggu lepas , mmg segalanya memihak pada dia dah seolah olah dia bakal juara .. Tapi belum tentu kan ? Jika dia buat hal , tak mustahil lak dia terkeluar tapi tu laa.. bergantung pada undian sms ..

Sama gak cam Maharaja Lawak .. Undian sms .. Hurm.. Bagi aku Nabil , Sepah , Jambu amat kreatif .. Berbeza dengan Jozan .. Jozan bagi aku takde idea ... Lawak dia , lawak senario nun apek punya style.. gitu gitu tuuu .. Kreatif ? Takde ... Menghiburkan ? Ya .. menghiburkan .. Tapi tak leh nak dinobatkan Maharaja Lawak ..

Tapi tu la.. undian sms akan mengubah segala keputusan . Tengok Amir .. Kerana undian sms , dia terselamat sehingga sekarang .. Bagi aku , Nabil bakal tergugat dengan Jozan dari segi undian sms .. Jozan sekarang punya ramai peminat setia berbanding Nabil .. Ini kerana Nabil sejak naik , banyak 'wat hal ' menyebabkan peminat hilang respek sama dia .. Dan Jozan mengambil kesempatan ini ..

Antara Nabil dan Jozan , sapa lebih layak ? silap silap Jambu bakal juara .. Sapa tau underdog bakal juara kan ?

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI